Wednesday 30 November 2011

lepaskan hati ini pergi

Lepaskan hati ini pergi
Walau untuk seketika
Aku relakan ia pergi
Kerana aku tiada di hatimu
Untuk Selamanya...

Lepaskan hati ini pergi
Jika itu dapat membahagiakanmu
Aku relakan
Walau berat hati untuk melepaskannya....

Lepaskan hati ini pergi
Jika itu dapat melepaskan derita
Yang bermukim di hati


Mengapa perlu disimpan
Jika hanya menambah
Derita untuk selamanya....

Lepaskan hati ini pergi
Jika itu dapat menghapus airmata
Di hati ini...
Mengapa harus membiarkannya
Mengalir tanpa henti...


Lepaskannya dengan rela hati...
Mengapa perlu mengenggam bara
Jika tangan tak terdaya mengenggamnya
Untuk selamanya......

Lepaskan hati ini pergi
Jika tak mampu bertahan lagi
Biarlah ia pergi

Mengapa perlu menahannya
Jika hati terseksa....


Lepaskanlah hati ini pergi
Untuk selamanya.....

3 comments:

  1. awak ada hantar kat mana mana editor majalah ke surat khabar? cuba hantar. rugi tak gunakan bakat nih

    ReplyDelete
  2. thanks yer kgb, belum hantar kat mne2 suratkhbar cuma hantar kt gk jer.

    ReplyDelete

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).