Friday 4 November 2011

cinta itu mati

Cinta ku mati disini bersama kenanganmu
Walau ku tahu cinta itu tak pernah bersalah
Namun aku tak dapat membuka hati ini
Untuk memaafkan dirimu

Sejauh mana aku pergi
Sejauh mana aku nak melangkah
Aku terkaku disini
Bersama cerita cinta semalam
Bergema lagu cinta
Namun cinta itu telah mati
Untuk selamanya...........

Salahkah aku untuk berfikir begitu ?
Tidak kah aku pernah rasa bersyukur
Kerana aku bisa jatuh cinta
walauku tahu cinta itu melalaikan
Namun apa kan daya aku Cuma manusia biasa
Sekali cinta akan adakah dua kalinya untuk aku jatuh cinta lagi

Mungkin ya
Mungkin tidak

Dan yang pasti cinta yang satu pasti abadi selamanya.....

Aku disini
Kau disana

Masing2 punya keegoan
Tidak mahu mengalah
Hingga akhirnya terluka bersama............

Mencari dan terus mencari
Hingga akhirnya tiada satu pun kepastian
Menunggu dan terus menunggu
Hingga akhirnya tiada satu pun yang setia menunggu
Masing-masing melangkah ke destinasi yang berbeza

Sedangkan nafas kita sama
Sedangkan janji kita sama

Namun kita masih mencari
Erti sejati dalam cinta kita
Sedangkan cinta itu telah mati
Mati bersama cinta yang luka berdarah

Kejam kah cinta ku ini
Kejam kah diri ini
Kerana sanggup membunuh cinta di hati ini......

Sesungguhnya aku telah pasrah pada ketentuan-Nya

Namun mengapa aku masih disini menunggu dan terus menunggu
Sedangkan ku tahu cinta itu telah mati untuk selamanya..........

Bicara dan terus membicarakan tentang cinta
Membuat aku benci pada dirinya
Sedangkan aku tahu dia adalah cinta semalam ku

Namun aku masih disini mengharap
Sedangkan aku telah tahu jawapan yang aku cari selama ini
Telah berada di hati ku Cuma aku tak nak menghadap kenyataan
Yang aku telah membunuh cinta itu untuk selamanya............

Ku pejam mata ku seketika
Dan ku ingat pada indahnya cinta
Dan ku ingat pada syahdunya cinta
Lalu aku terfikir dan bertanya
Mengapa aku harus membunuh cinta itu ?

Ku dengar desiran ombak berlagu indah
Seolah mengejek aku
Seolah mengajar aku
Tentang cinta yang sejati
Tentang kasih yang sejati
Tentang cinta tidak pernah bersalah

Lalu mengapa aku masih degil dalam menerima ketentuan-Nya
Aku tak pernah letak hati aku pada cinta itu di hati
Kerna itu aku tak pernah memegang cinta yang sejati
Kerna itu aku tak pernah merasa cinta yang hakiki
Kerna aku meletakkan cinta itu pada landasan yang salah

Seharusnya cinta itu pada hati
Bukan pada janji semata-mata..............

Ya Allah Ya Rabbi mengapa hamba mu ini
Boleh berfikir seperti ini
Ya Allah Ya Rabbi
Berilah aku pilihan
Untuk memilih jalan seterusnya.................
“JALAN CINTA YANG ABADI DAN HAKIKI”

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).