Friday 20 July 2012

LANGIT KE LANGIT


Subhanallah, alangkah indahnya ciptaan Tuhan. langit itu indah, umpama hamparan permaidani mahal yang dihiasi dengan bintang-bintang yang berkelipan. sesekali, kelihatan bulan purnama penuh yang menggantikan tugas sang mentari…menambahkan keindahan malam.

kata orang, bila kita merindui seseorang…lihatlah ke langit. mungkin orang yang kita rindui itu juga melihat langit yang sama. kemudian, bisikkanlah kepada langit…betapa anda sangat merinduinya. pasti dia akan mendapat mesej anda jika anda berdua mempunyai ikatan hati yang kuat.

Thursday 19 July 2012

Hatiku, impianku dan cintaku




Jangan ganggu hatiku,
biarlah kali ini aku yang pergi....

Jangan ganggu impianku
biarlah kali ini aku yang mengalah....

Jangan ganggu cintaku,
biarlah kali ini aku yang terluka...

Namun percayalah 
Hatiku, impianku dan cintaku ......
telah aku serahkan kepada yang berhak...

TIADA LAGI


JANGAN


Jangan panggil aku cinta
Jangan panggil aku rindu
Jangan panggil aku kasih
Jangan panggil aku sayang
kerana aku bukanlah milik siapa-siapa....

Aku hanyalah penunggu sementara
bila n masa akan pergi jua....

Jangan simpan kenangan itu
Jangan simpan cerita itu
Jika kelak hati merana.....

Jangan n Jangan pegang hati ini
Jika tidak mampu SETIA....

Janganlah.....Biarkanlah ia begitu saja... Biarlah tiada cerita antara kita.....

Monday 16 July 2012

Kata Mereka


Mereka mengatakan,
kita meminta bunga, tapi Allah bagi kaktus,
kita minta rama-rama, tapi Allah bagi kepompong,

Mereka kata...

kita menangis bila hujan berhenti,
tapi kita tidak tahu ada pelangi menanti,

Mereka kata juga...

Setitis Tinta Buat Hati



Sekali lagi kita bersua...
Antara hati dan titis...
Akhirnya titis kebumi jua...
Gugur dengan penuh kehampaan..
Mata menahan dengan penuh kesabaran...

BUKAN SEKALI AKU TERLUKA

Bukan sekali aku terluka oleh dirimu, dah berulangkali...entah mengapa ? aku masih setia menemani dirimu sedangkan hati ini semakin sakit.

Setia pada cinta akan membuat hati kita buta, buta pada segala-galanya. Dah tahu diri sering dilukai tapi mahu juga menerima  dirinya.

Saturday 14 July 2012

CINTA SEORANG LELAKI TERJAGA


Ukhti
Cintaku bukan diatas lisan maka tak harus aku ucapkan.
Cintaku bukan pula di mataku maka tak harus aku menatapmu.
Cintaku bukan pula pada jemariku maka tak perlu ku sentuh dirimu.

Duhai wanita yang ku cintai,
ku dengar gemercik hatimu bertanya, “maka dengan apa engkau mencintaiku ?”

Monday 9 July 2012

Ketika Aku


Aku cemburu



Aku cemburu padamu yang selalu khusyuk dalam setiap sujud panjangmu..
Aku cemburu padamu yang selalu meluangkan waktu untuk menghisab dirimu..
Aku cemburu padamu yang tak letih menghayati setiap bacaan Alquranmu..
Aku cemburu padamu yang setiap malam membasahi sejadahmu..
Aku cemburu padamu yang tak kenal lelah dalam berjuang..
Aku cemburu padamu yang selalu sungguh-sungguh dalam setiap amanahmu..
Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga lisanmu..

Sunday 8 July 2012

Bukan Cinta Biasa - Ending



Terlambat bukan bermakna tiada peluang untuk dia merasa bahagia. Keinginan untuk mencipta bahagia 
bersama orang tersayang tidak pernah dilupakannya. Setianya pada Aleya Yasmin masih terpahat lagi dihati
sanubarinya. 

Genap 7 tahun aleya meninggalkannya tanpa khabar berita. Rindu dihatinya tidak tertanggung lagi. Berpisah
dari aleya telah membuat hatinya lebih tabah dan sabar menanti kehadiran dan kepulangan aleya kesisinya walaupun dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Hanya gambar aleya yang menjadi pengubat rindu dihatinya. Perpisahan tanpa dipinta bukanlah kemahuannya. Namun dia percaya dalam semula dugaan yang dilaluinya pasti ada terselit hikmah yang bisa membuat dirinya bahagia.

Zahar dah berkawen dengan nazira akhirnya. Gadis yang selalu menemaninya namun jodoh antara mereka tiada tapi sebaliknya jodoh nazira bersama zahar kawan baiknya yang selama ini memberi kekuatan dan pendorong untuk dia lebih kuat lagi dalam menghadapi setiap masalah hati dan jiwa.

Selawat Terapi Jiwa dari UNIC adalah pengubat hatinya. Indahnya kata-katanya . Terubat hati didalam gelora rindu yang bermukim dihatinya.

****

Akhirnya sampai juga aku ke kampung halaman aku. Tidak sabar rasanya pulang kerumah dan berjumpa dengan ayah yang dirinduinya. Tujuh tahun bukanlah masa yang singkat. Kepulangannya ke tanah air adalah ingin mengubati rindunya pada seseorang. 7 tahun dia dirantauan telah mengajar hatinya untuk merindui seorang yang dulu dibencinya.

Aleya tersenyum bila melihat ayahnya setia menunggu dirinya ditempat menunggu. Jelas terbayang diwajah ayahnya kerinduan yang dah begitu lama tidak menemuinya.

"Apa khabar anak ayah ni ?."

"Alhamdulillah sihat ayah.". Balas aleya sambil memeluk ayahnya.

"Jom kita balik."

"Jom ayah, aleya tak sabar nak balik rumah. "

Si ayah tersenyum melihat kegembiraan diwajah aleya. Didalam hati memanjat rasa kesyukuran terhadap ilahi kerana anaknya dah menjadi dewasa, dan kini lebih bersedia menghadapi segala dugaan yang mendatang.   

****

Hari ini dia dah mula bertugas di pejabat ayahnya. Selama ini dia telah meninggalkan ayahnya seorang menguruskan perniagaan yang dah lama ayahnya ingin dia menguruskannya. Terbit rasa bersalah dihati aleya bila selama ini, ayahnya bertungkus lumus membanting tulang untuk mempastikan apa yang diusahakan tidak sia-sia. Tiba gilirannya untuk memastikan usaha ayahnya tidak akan sia-sia.

Hari pertama bagi dirinya memanglah tidak menang tangan. Sentiasa sibuk melayan kerenah pelanggan, nasib baiklah dia ada setiausaha yang cekap dapat menolongnya membuat kerja.

"Hari ini ada temujanji Cik Aleya dengan pelanggan dari Pesona Media Network Sdn. Bhd."

"Okay nina, kalau diorang dah datang bagi tahu saya".

"Baik cik aleya."

Nampaknya hari ini dia akan menemui pelanggan yang pertama, harap-harap semuanya berjalan lancar.

Semenjak dia memakai kaki palsu, hidupnya semakin berjalan lancar walaupun pada mulanya dia sukar menerima dirinya  tidak sempurna lagi namun rasa kesedaran dia membuang segala yang negatif menjadi positif. Namun satu hal yang tidak dapat dibuangnya didalam hatinya rasa cinta dan rindunya pada lelaki yang selalu mengacau hidupnya. Ternyata dia silap dalam mengambil keputusan. Tapi sayang semuanya dah terlambat. Mungkin sekarang ini dia telah berumahtangga. Mana mungkin wan masih setia menunggunya.

Lamunanya terhenti seketika bila mendengar suara nina dari peti suara dibiliknya.

"Cik Aleya, tetamu dari pesona network dah datang."

"Baiklah nina, suruh dia masuk sekarang."

"Sila duduk." Aleya mempelawa tetamu tanpa disedarinya lelaki itu adalah lelaki yang dikenalinya.

"Awak...awak !." Terkaku seketika mereka berdua. Diam membisu tanpa kata. Mata saling memandang tanpa berkelip walau sesaatpun.

Sepanjang hari itu mereka saling memandang tanpa satu patah perkataanpun cuma hati mereka saling berkata.

Cinta memang sulit untuk dimengertikan. Kalau memang dah jodoh, sekuat mana kau sembunyi tetap akan bersua jua akhirnya.

****

Ajari aku lagu dari Anuar zain menemaninya ketika ini, pertemuannya dengan aleya memang tidak disangka. Mungkin ini adalah peluangnya untuk menambat hati aleya sekali lagi.

Wajah aleya masih seperti dulu cuma yang lain adalah sikapnya berbeza. Tiada lagi aleya yang dulu manja dan ego yang ada sekarang ini adalah aleya yang matang.

Terbit dihatinya ingin mengajak aleya keluar, sekaligus melepaskan kerinduaan dihatinya. Tersenyum sendirian bila memikirkan semua itu. Malunya aku masih menyimpan cinta dihati. Salahkah aku jika cinta dan rindu itu masih ada.

Baik aku telepon dia.

"Hello ! Assalamualaikum wbt ..."

Teleponnya berdering dengan lagu dejavu dari shila amzah. Aleya tersenyum bila melihat nama wan.

"Walaikumussalam..."aleya membalas salam.

"Hmmm...boleh tak kita keluar malam ini ?. Wan mempelawa aleya untuk bertemu.

Aleya serba salah, nak ke tak nak jumpa wan ni. Mengeluh seketika hinggakan tanpa disedarinya ayahnya telah berada dihadapannya sambil memberi isyarat agar setuju keluar dengan wan.

Tersenyum bila melihat perangai ayahnya. Macam budak kecik pulak ayah aku ni.

"Hmm...baiklah aleya setuju keluar makan malam. Wan nak jemput aleya ke kat rumah ?."

"Ya Ya Ya nanti wan datang rumah aleya ."  Kelam kabut je wan membalasnya. Adesss apalah aku ni, malunya aku. Sabarlah duhai hati.

****

“Selamat pagi sayang!”

“Awal bangun?”

Aleya tidak menjawab. Hanya tersenyum.

“Boleh mintak tolong sikit tak?”

“Yes?”

“Boleh tolong masak  tak?  Abang laparlah ."

Tergelak aleya bila mendengar kata-kata suaminya. Semalam dah suruh makan tak nak, awal pagi dah minta makan, haish dah buang tabiat.

"Asal gelak ni, lucu ke apa yang abang cakap ni." Sambil mencubit pipi aleya isteri kesayangannya. Akhirnya jodohnya dengan gadis yang dicintainya selama ini berakhir dengan perkahwinan. Siapa sangka selama 7 tahun dia menunggu akhirnya bahagia datang kepadanya setelah banyak kesedihan dan kepahitan terpaksa dilaluinya.

"Jauh termenung nampak cik abang aleya ni. Ada masalah ke ?."

"Tak ada masalah pun cuma terkenang cerita cinta kita, buat abang semakin sayang kat isteri abang ni. Next time jangan tinggalkan abang lagi ye,dah penat menunggu." Usik wan.

"Amboi ! dah dapat aleya, baru kata penat tunggu ye, kalau leya tahu, tak nak kawen dengan abang, biar abang tunggu lama-lama."

"Jahatnya isteri abang ni, nanti abang babap aleya baru tahu."

Aleya tersenyum bahagia. Melihat kemesraan dan kemanjaan wan membuat dirinya begitu bahagia sekali. Bukan cinta biasa yang kini dirasakan tapi lebih dari segala-galanya. Suaminya adalah cintanya ke akhir hayat.

TAMAT SUDAH CERITA BUKAN CINTA BIASA KE PENGHUJUNGNYA...KEPADA SIAPA YANG SUDI MEMBACANYA  SILALAH LIKE DAN SILALAH BAGI KOMEN SEKALI YE....TERIMA KASIH DAUN KELADI, LAIN KALI DATANG LAGI DENGAN SERIBU MANISNYA DIBIBIR PENGUNJUNG CINTA PUISI DI HATI....LOVE U ALL WITH ALL MY HEART.....ADMIN

****

Bukan cinta biasa ataupun cinta luarbiasa yang kita inginkan tapi kasih dan sayang dalam percintaan itu yang kita nak. Janganlah terlalu mengharap pada cinta jika tiada kasih dan sayang didalam hati, namun jika kasih dan sayang ada tapi tiada jodoh itu maknanya memang tiada rezeki untuk hidup bersama didalam mengharungi ranjaunya hidup bersama dalam ikatan cinta yang halal. Jika anda memang mencintainya kahwinilah dia..jangan tunggu terlalu lama, takut pulak jodoh lari sebab penat tunggu lama2....(tergelak seorang-seorang tanpa teman disisi)....sayang u all ketat2 semoga percintaan anda kekal ke penghujung cinta yang halal.


P/S - Babap = pukul manja

Friday 6 July 2012

KU KETUK



Ku ketuk sepi yang serupa
Ku ketuk rindu yang serupa
Ku ketuk kasih yang serupa
Ku ketuk sayang yang serupa
Ku ketuk cinta yang serupa

Jiwa ku tetap sama
Hati ku tetap sama

Walau perih terpancang di dada
Walau Lepuh terukir di tapak-tapak jejak
Remuk luka tetap sama

Aku pergi bukan kerana tak lagi mencintai



Aku pergi bukan kerana tak lagi mencintai

Aku tersenyum saat berpisah

bukan kerana bahagia meninggalkanmu

Aku begini bukan ingin menyakiti hati 

Aku begini bukan juga ingin kau benci

Hatiku pun menangis…

Jiwaku pun terhiris...

Pergi ku kerana bersebab

Sebab yang tak mampu ku ungkai

kerana cinta aku harus pergi.......

Thursday 5 July 2012

Jangan sakiti hatimu



Jangan sakiti dirimu jika dia bukan untukmu
Biarkan dia pergi darimu
Biarkan dia mencari jalannya sendiri
Biarkan dia menemukan cinta yg tertulis untuknya
Mengertilah bahwa dia tak di takdirkan untukmu
Dan dia memang bukan milikmu

Cinta.....
Tak seharusnya membuatmu terluka
Jika kau menyedari betapa cinta begitu indah
Cinta tak akan menyakitimu jika kau mengerti hakikatnya
Cinta selalu memberi tanpa balasan
dan cinta tak mengharap balasan kerana nya

Cinta....
Melepaskan demi utuk kebahagiaannya juga cinta
Mengikhlaskan dia menjauh pun juga cinta
Mendukungnya dalam doa juga cinta
Walaupun kau tak bisa mendapatkannya
Tapi cintanya pernah kau dapatkan dan kau rasakan

Dengarlah....
Ketika kau herus pergi darinya
Dunia belum berakhir...
Masih ada yangg lebih baik darinya di luar sana
Yang akan menghampirimu dengan cinta yg bersulamkan indah
Kerana Allah mengirimkannya hanya untukmu
Kerana Allah tahu yang terbaik dan pantas untukmu
Kerana Allah lebih tahu siapa dia yang sesungguhnya

Sabarlah....
Jika perjalananmu masih teramat jauh..
Allah masih mengujimu
Kerana dengan begitu kau akan selalu dekat denganNYA
MemerlukanNYA
MerindukanNYA

Kerana sesunggunya hanya cinta ALLAH yang paling hakiki
CintaNYA tak menyakiti
CintaNYA tak membuatmu merasa sepi
Doaku selalu untukmu
Semoga Allah memberikan yg terbaik untukmu
Senyumlah....

Kerana senyummu selalu kutunggu....
Wahai Sahabatku…..




Aku hairan



Aku hairan
Mengapa aku selalu menangis…

Aku hairan
Mengapa aku begitu takut…

Aku hairan
Mengapa aku Selalu sendiri…

Aku hairan
Mengapa aku selalu
Tidak lena tidur malam…

Tuesday 3 July 2012

Lalu mengapa dicari lagi



Tatkala aku mencari sesuatu yang hilang tidak berjumpa,
aku berfikir bahawa ia bukan milikku....

Lalu mengapa dicari lagi.......

Kerana apa yang aku miliki sebenarnya lebih aku sayangi....

Lalu mengapa dicari lagi.....

Sudah-sudahlah.....

Jangan menambah derita hati jika jawapannya telah ada........

Lalu mengapa dicari lagi.......

Jangan dicari yang telah tiada....

Tapi jagalah dan sayangilah apa yang telah aku ada....

Sayangilah dia apa adanya..........

Pasti dia menyayangi aku lebih dari segala-galanya......

Monday 2 July 2012

Dekatkanlah aku kepada Tuhan ku



Dekatkanlah aku pada Tuhan ku
Aku ingin bicara
Sebentar saja hanya sebentar....

Dekatkanlah aku pada Tuhan ku
Aku ingin berbisik
sebaris kalimah
Sekejap saja hanya sekejap....

Dekatkanlah aku pada Tuhan ku
Aku ingin memohon
Aku ingin berdoa
dekatkanlah aku kepada cintaNYA....

Dekatkanlah aku kepada Tuhan ku
Aku ingin bersimpuh
Sesaat saja sedetikpun tak mengapa
Hanya ini hanya kalimat ini yang ingin kusampaikan
Hanya ini hanya kalimat ini yang ingin ku bisikkan
Dalam simpuhku kulirihkan bisikku
Tuhan aku rindu pada-MU.......

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).