Sunday 27 November 2011

hujan cinta ~ 6

“Semalam ada orang datang nak merisik,” ibu memulakan kata bila melihat mona selalu termenung semenjak balik dari bercuti.

“Apa kena mengena ngan mona.” Balas mona bila melihat ibunya sengaja mahu membincangkan perkara yang sememangnya yang tidak disenanginya sejak dulu lagi.

“Haish budak bertuah nih, pura2 dalam perahu pulak dia, ibu cakap elok2, dia pulak tak nak amik tahu.” Penat mulut ibunya bila mengenangkan anak manja nih selalu ambil mudah pasal kawen. Nampaknya dah kempunan dia nak tengok anak perempuannya nak bersanding dengan pilihannya.

“Mona pun cakap yang betul lah nih ibu, mona bukannya nak main2 pasal nih.” Mona dah mula naik angin bila melihat ibunya selalu menyalahkannya.

“Ibu nak Tanya nih ?, kau jawap dengan jujur. Mona tak nak kawen ke, dah ramai kawan2 mona dah kawen, dah anak pun sekarang ini, tak kan mona nak membujang sampai tua.”

“Haish apalah ibu nih, Tanya soalan itu lagi. Mona bukannya tak nak kawen lah ibu. Mungkin belum serunya.” Balas mona.

“Yelah tuh mona, ibu bukannya tak tahu dengan perangai kau tuh, dah lama ibu bersabar nih, kalau nak ikutkan hati ibu nih, hari ini juga ibu nak kawenkan kau dengan pilihan ibu.” Baru lega rasanya bila ibunya dapat melahirkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Kalau asyik diam je dan selalu nak ikutkan rentak hati anaknya, sampai bila lagi dia nak merasakan menantu yang diidamkannya.

Apalah ibu aku nih, awal pagi dah bising, macamlah aku nih tak nak kawen Cuma aku tak nak lagi sekarang ini. Kalau setiap harilah ibu aku nih nak mendesak aku, memang hari2 aku tension dibuatnya.

“oiii mona ! yang kau diam je kat situ, kenapa ? kau setuju tak kalau ibu kawenkan kau ngan pilihan hati ibu nih”. Ibunya dah mulakan rancangannya nak menjodohkannya dengan anak kawan baiknya sejak sekolah lagi.

“Biar mona fikir dulu lah bu, nanti mona bagitahu keputusaanya dalam seminggu dua nih, boleh tak ibu.” Mona dah mula malas melayan kerenah ibunya yang selalu mendesaknya untuk kawen. Apalah malang nasib aku nih dah putus 
bercinta, nak kawen pun dengan orang yang tidak dikenalinya. Adakah dia bernasib malang atau bertuah, kata orang; pilihan ibu dan bapa adalah pilihan yang terbaik.

“Baiklah mona, ibu akan tunggu keputusan kau tuh, kalau mona dah fikir sedalam2nya, bagi tahu kat ibu yer, nanti bolehlah ibu buat keputusan untuk kawenkan kau dengan bakal suami kau tuh.” Usik ibu bila melihat anak kesayangan tuh dah mula menjeling.

Mona tidak merasa hairan dengan kelakuan ibunya sebentar tadi. Ibu mana yang tidak gembira dengan kebahagian anaknya jika dapat berkawen dengan pilihan hati sendiri (pilihan ibu tuh terbaik ke, tiba2 timbul keinginan dihatinya nak tahu juga).

Teringat dengan pemuda yang selalu muncul dalam hidupnya, yang selalu mengusik hatinya walaupun dia tahu, dia telah bersikap kejam terhadap pemuda itu. Kenapa tiba2 aku teringat kan dia ?. Hujan itu telah menemukan aku dengan dirinya, apa kah hujan cinta datang lagi.


Semalam mungkin tidak akan sama dengan hari ini, namun mona akan cuba untuk mempertimbangkan kemahuan ibunya, mungkin itu jalan sebaik2nya agar dia terlepas dari memendam rasa sakit hati yang ditanggungnya selama ini. Semoga apa pun keputusannya dapat membahagiakan dirinya dan juga ibunya.





No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).