Wednesday 30 January 2013

BILA



Bila kau tersenyum
Aku pun tersenyum
Bila kau menangis
Aku tak terdaya
Aku pun turut menangis....

Bila kau terluka
Aku pun turut terluka
Bila kau berduka
Aku pun turut berduka...

Tuesday 29 January 2013

AKU



Aku menunggu sesuatu yang tak pasti
Aku menanti sesuatu yang tak pasti
Aku mengharap sesuatu yang tak pasti
Sesuatu yang ingin aku mengertikan
Namun aku belum cukup memahaminya
Apakah ia ?

Tuesday 22 January 2013

BUKAN KU PINTA - BAB 1


SELESAI  akhirnya majlis pernikahannya dengan Exal, lelaki yang tidak dicintainya. Pertemuaannya dengan exal memang tidak dirancang. Dia dan exal berkahwin kerana desakan orang tua. Dia dan exal umpama langit dan bumi, langsung tiada persamaan.

Resah membungkam di sudut hatinya bila kekasih hati juga bertunang dengan gadis pilihan orangtua. Mungkin sudah suratan takdir dia dan hanif tiada jodoh, masing-masing mencipta bahagia bersama insan yang bukan dicintai.

"DIRA JIWA LARA...buat apa kat sana tuh ?,  ibu dan ayah panggil."  Kedengaran suara adiknya  menyedarkan dia dari lamunannya seketika.

Sunday 20 January 2013

JANGAN BERSEDIH


Jangan bersedih
Bila dirimu merasa kecewa
Bila dirimu merasa terluka
Jangan risau itu adalah ujianNya...

Jangan bersedih
Bila dirimu melihat dunia ini kejam
Bila dirimu melihat dunia ini tidak adil
Bila dirimu melihat dunia ini sungguh gila
Jangan risau itu adalah dugaanNya...

Thursday 17 January 2013

MALAM INI



Malam ini
Aku merasakan
kita punya
Satu Cinta
Satu Kasih
Satu sayang
Dan satu rindu....

Malam ini
Aku melihat senyuman
Disetiap insan yang berada disekeliling ku mahupun jauh dari ku....

Wednesday 16 January 2013

CINTA YANG HALAL




















 Jangan nak memandai-mandai nak pergi ngorat lelaki. Kalau suka diam je. Kalau tak boleh diam. Berdoa je pada Allah agar ditetapkan hati kita untuk tidak mengambil langkah yang salah. Kalau nak yang halal kawen je. Kalau lelaki itu lambat nak suarakan hati dia, biar kita ambil langkah yang positif. Korang mesti faham apa yang aku maksudkan.

Kalau betul lelaki itu memang sayang kita mesti dia nak cinta yang halal, betul tak ?. Apa-apa pun semoga anda menemui lelaki yang halal untuk dijadikan pendamping hidup. Biar cinta yang halal itu bisa membawa kita ke syurga.  Semoga berjaya mengapai yang halal biar mengundang pahala dan bukannya dosa.

Datanglah cinta yang halal agar diri tidak mengundang dosa.

Pergi jauh-jauh cinta yang tidak halal aku tak sudi dekat padamu.

Ganasnya aku. Hehehe...semangat sikit dong. Jangan mudah putus asa. Bahagiakan diri dengan yang halal je. Okay kawan-kawan.

BERITA GEMBIRA DARI TUHAN



Pada zaman Rasulullah s.a.w, hiduplah seorang yang berwajah sangat buruk, namanya Dzun  Namrah (Namrah ertinya wajah berbintik-bintik). Pada suatu hari, dia menemui Rasulullah s.a.w.

“ Ya Rasulullah, amal-amal apakah yang telah Allah wajibkan kepadaku ?” tanya Dzun Namrah.

Tuesday 15 January 2013

JIKA DIRIMU


Jika dirimu tidak menyukai aku
ada yang lain akan lebih menyukai aku

Jika dirimu tidak merindui aku
ada yang lain akan lebih merindui aku

Jika dirimu tidak menyintai aku
ada yang lain akan lebih menyintai aku

Aku akan bersabar dan menunggu
dia yang akan menjadi pendamping hidup ku

Aku tak akan kecewa jika dirimu bukan untuk ku
Aku pasrahkan segalanya....

Biarlah Allah menjadi penghubung antara aku dan jodoh ku

Monday 14 January 2013

BILA ORANG DAH BENCI



Tak guna memujuk lagi bila orang dah benci
Tak guna merayu lagi bila orang dah tak suka
Tak guna bersedih lagi....

Lepaskanlah walau hati merana
Jangan mengharap lagi....

Sunday 13 January 2013

BILA IBU BOLEH MEMILIH


Anakku...
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandung mu
maka ibu akan memilih mengandung mu...
kerana dalam mengandung mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah


Sembilan bulan nak,...engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut ke manapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa,
kerana ibu kecewa dan menitis airmata.

Wednesday 9 January 2013

JAGALAH JANTUNG AKU


Lepaskanlah aku pergi.

Biarlah aku berikan jantung ini kepada dia.

Biarlah suatu saat bila kita bertemu aku akan menjadi milikmu.

Berilah aku peluang untuk memberikan apa yang menjadi milikku untuk dia.

Jangan menangis untuk aku andainya aku tiada lagi disisimu.

Tuesday 8 January 2013

CONTENG-CONTENG




Malam begini dengar lagu Anuar zain memanglah best. Kerja dah pun beres. Tinggal nak lelapkan mata nak beradu.

Hari ini hari yang ke- 10 kita di tahun baru 2013. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Malam ini aku nak conteng-conteng kat blog aku.

Asyik nak fikir-fikir. Akhirnya.....

Fikir dulu sebelum bertindak. Fikir dulu sebelum mengambil keputusan untuk bercinta. Fikir dulu sebelum menyentuh hati wanita ataupun lelaki. Yang penting ikhlas dan jujur dalam setiap perhubungan.

Hehehe....sejujurnya

Yang belum berpunya tu jangan risau. Yang dah berpunya tu cepat-cepatlah kawen.


Hish-hish...sememangnya
Tiada siapa yang ingin bersendirian..tapi nak buat macam mana kalau jodoh itu belum datang....so sabar jelah duhai hati.

Rindu telah berlabuh...
setulus hati aku curahkan...
namun  belum tentu ada cinta...

ececece....madah cinta aku dah datang ....tersenyum bila membacanya.



Monday 7 January 2013

INDAHNYA


Indahnya tak terucap dengan kata-kata...

Terpukau hati melihatnya....

Bukan khayalan tapi realiti....


 INDAH mempersonakan.....

Inilah Syurga idaman hati...








Sunday 6 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Cinta Puisi DI HATI

Mengucapkan

Selamat Tahun baru 2013

Kejarlah sesuatu yang bermakna agar hidup selalu bermakna dan berharga.

Jangan leka mengejar harta dunia tapi terlupa mengejar harta akhirat.

Semoga kehidupan yang kita bina berlandaskan syariat islam.

Cinta itu satu

Sayang itu satu

Rindu itu satu

Kasih itu satu

Sayang itu satu

Dan Allah itu Cuma satu.

Bermula dan berakhir hidup ini hanya kerana Allah SWT

JANGAN PERNAH MELUPAKANNYA...

P/S Dah lama tak update blog moga tak terlambat untuk mengucapkannya. Maaf dipinta bermula bicara semoga kita selalu dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang serba kekurangan ini. Salah dan silap harap dimaafkan.

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).