TERSENYUMLAH saat duka bertamu. Bukan
salah diri hati merana. Ikhlaskanlah dia pergi dari hidup ini. Redha adalah
jalan yang paling mudah untuk melepaskannya. Pasrah pada ketentuanNya. Cinta
yang indah lahir dari dua hati yang menginginkannya.
JANGAN MUDAH MENGALAH hanya
kerana cinta putus ditengah jalan. Sabarlah dan tabahlah kerana derita tidak
selamanya.
WAHAI HATI jangan
mudah menyerah. Cinta itu bukan untuk dirimu. Biarkanlah dia pergi jika itu
mahunya.
CINTA jika itu mahumu aku tak akan
menahan dia pergi.
Aku bukan meminta cinta yang akhirnya KECEWA
Aku bukan meminta cinta yang akhirnya DERITA
Namun aku mengerti dalam kecewa dan derita yang ada pasti
ada terselit bahagia yang bermakna. Allah itu penuh pengertian.
AKU BAHAGIA dengan
TAKDIR yang maha ESA.
Aku tak akan mengeluh lagi.
Aku tak akan menyerah lagi.
Biarlah waktu itu berlalu bersama cinta yang lara. Aku tak
akan menagih CINTA seorang lelaki lagi.
Selamat tinggal CINTA yang ada di hati ini.