Monday 31 October 2011

Benarkah Cinta ~ 2



“Apa zack buat kat sini ?, macam orang dah hilang ingatan je”. Wanie menegurnya bila melihat kelibat zack di depan rumahnya.

“Memang aku dah hilang ingatan kebelakangan ini, ini semua kau punya pasal”, balas zackuan.

“Erk.... aku punya pasal”, bingung memikirkan jawapan zack, dahlah datang tak bagi tahu, nih tuduh orang lah pulak.

“Yelah.... siapa lagi kalau bukan kau wanie, dah banyak kali zack call tapi wanie tak pernah balas .Apa sebenarnya masalah wanie nih?”, hari ini dia nak kepastian tentang hubungan mereka berdua.

“Apa maksud zack sebenarnya, wanis tak faham”, balas wanie.

“Wanie tak faham ke atau sengaja tak faham”, zack merasa geram sekali dengan perangai wanie terhadapnya.

“Memang betul lah apa yang wanie kata, apa lagi yang zack mahu dari wanie”.


“Biarlah kita berterus terang hari ini”,  zack tidak tertahan lagi dengan sikap wanie yang tak pernah serius terhadapnya, macam dia je yang berusaha terhadap perhubungan mereka berdua.

“Okay, wanie tak ada masalah, kalau zack nak berbincang sekarang nih apa salahnya, wanie pun nak juga luahkan perasaan wanie yang dah lama wanie pendam”.

“Biarlah wanie yang mulakan perbincangan kita. Bukan wanie tak balas setiap panggilan zack tapi buat masa ini wanie sibuk dengan tugas yang melambak, bukan niat wanie nak lukakan hati zack, tapi zack bagilah ruang untuk wanie membuat sesuatu yang wanie suka”. Balas wanie.

“Wanie nak ruang apa lagi, selama ini zack dah bagi banyak peluang untuk wanie, zack sanggup tangguhkan pertunangan kita kerana wanie nak lebih tumpuhkan kat  karier wanie. Wanie nak zack tunggu berapa tahun lagi, zack dah penat menunggu selama ini”.
“Wanie bukannya nak paksa zack nak tunggu wanie, kalau zack rasa wanie nih menyusahkan zack lebih baik kita putus je, balas wanie.

“Wah begitu senang wanie ambil keputusan, zack nih tak bermakna langsung buat wanie, macam dah tak laku lagi”, rungut zack yang tak puas hati dengan keputusan yang wanie buat.

“Bukan ke itu yang zack nak dari wanie, kalau zack dah penat nak tunggu wanie, biarlah hubungan kita setakat nih je”.

“Zack bukan nak paksa wanie untuk mengambil keputusan ini, zack nak wanie lebih banyak tumpuhkan kepada perhubungan kita ini”, balas zack.

“Bukannya wanie tak nak fikir tentang kita tapi buat masa ini, wanie banyak kerja hendak dilakukan, kalau zack rasa perhubungan kita nih dah tak dapat nak diselamatkan, wanie tak paksa zack untuk tunggu wanie lagi”.

“Yelah tuh wanie, ada-ada jelah alasan yang wanie bagi kat zack, terus terang kan lagi baik dari wanie bagi banyak alasan untuk mengelak dari zack, kalau wanie dah memang tak cintakan zack, lebih baik wanie cakap kat depan zack sekarang nih”.

“Kalau zack dah tak percayakan wanie lagi, mungkin ada baiknya kita fikir lebih dalam lagi tentang perhubungan kita”, wanie memberi cadangan agar zack mempertimbangkan perhubungan mereka.


"Mungkin ada benarnya cakap wanie tuh, mungkin ada baiknya kita fikir lebih dalam lagi tentang perhubungan kita, buat apa lagi kita teruskan percintaan kita kalau salah satu antara kita tidak percaya lagi dan yang lebih penting lagi kalau tiada lagi rasa sayang dan cinta antara satu sama lain itu tandanya kita terpaksa berpisah" . Zack meluahkan apa yang tersimpan di hatinya selama ini.

“Apa yang zack merepek nih”, balas wanie.

“Memang betul lah apa yang zack katakan nih, zack bukannya merepek tak tentu pasal, zack perhatikan wanie nih dah tak sayangkan zack lagi”. Merasa hampa dengan sikap selamba wanie terhadapnya.

“Penatlah cakap dengan zack nih, tak faham bahasa langsung”, balas wanie.

“Amboi cantiknya mulut kalau dah bercakap, tak pandai nak cover line”. Sergah zack.

“Memangpun cantik mulut aku nih zack, baru tahu ke”. Usik wanie.

“Membuat zack ketawa tanpa sengaja, apalah wanie nih ada-ada jelah”. Balas zackuan.

“Alah zack nih, sekarang baru nak ketawa, dari tadi muka tuh masam jer macam mangga hijau, usik wanie.

Zakuan tersenyum sipu bila mendengar kata-kata wanie terhadapnya, mungkin ada benarnya aku nih terlalu mengikut perasaan dan suka ambil keputusan dengan terburu-buru.


“Tuh lah lain kali fikir dulu sebelum nak menyerang, nih tidak main hentam je macam wanie nih budak hingusan tak ada otak langsung”. Usik manja wanie terhadap zack.

“Yelah tuh wanie, aku je yang salah, wanie pun salah juga sebab tak pernah nak ambil perhatian terhadap zack”.

“Nak ambil perhatiai macam mana lagi nih zack, kita kan dah dewasa dah lama kita kawan dah dekat 7 tahun, zack belum memahami hati wanie lagi ke”.

“Entahlah wanie, kadang-kadang aku terfikir juga tentang perhubungan kita selama ini, aku je yang selalu memberi dari menerima, aku juga yang selalu mengalah dalam perhubungan kita, aku rasa tidak adil buat aku”.

“Apa yang kau tidak puas hati lagi nih zack, kalau kau rasa aku nih membebankan atau selalu mendesak, lebih baik kita fikir dulu atau kita berpisah buat sementara waktu untuk bagi peluang untuk kita menilai balik hati kita masing-masing, mencari di mana kelemahan kita sepanjang perhubungan kita ini”. Wanie memberi kata putus apa yang ada dihatinya sekarang ini.

“Okay kalau dah begitu kau cakap, aku tak dapat nak buat apa-apa, aku terima je”, balas zack tapi dalam hatinya terasa dengan kata-kata wanie terhadapnya.

Sunday 30 October 2011

Benarkah Cinta ~ 1



 Benarkah cinta telah ada ketika senja telah menyapa hati ku ketika ini, benarkah cinta telah ada di saat ketika aku pandang hatimu, benarkah cinta telah ada ketika aku renung matamu dan benarkah cinta telah ada ataupun hanya khayalan ku semata-mata yang lemas dalam hangatnya cinta..
*****
Wanie !, dah berapa kali aku call tak jawab, bising mulut zakuan bila kekasih hatinya tidak mengendahkannya, ini dah kali ketiga, dia buat aku begini. Entah berapa kali lagi dia nak cabar kesabaran aku, tak cukup ke selama 7 tahun aku tunggu dia, panas hatinya tiba-tiba bila mengenangkan perangai wanie semakin hari berubah, entah di mana silapnya dia dibuat begitu.

“Hai zack, nape mulut kau tuh mancung sekali, kau ada problem ke ?”, tiba-tiba je ikmal muncul di depan pintu.

“Entahlah ikmal, aku dah bingung memikirkan si wanie nih, aku call dia, dia tak pernah nak balas call aku, buat aku sakit hati je saat ini”, keluh zakuan.

“Kau tinggalkan je dia tuh zack, dah berapa kali dia buat kau macam nih, dia tak pernah anggap kau tuh sebagai kekasih dia, balas ikmal.

“Aku tak sampai hati lah ikmal, dia kan cinta pertama aku, dah lama aku kenal dia, sejak bangku sekolah lagi, sayang aku kat dia masih lagi dan tak pernah berubah”.

“Dia layan kau begini, kau masih lagi nak pertahankan dia, kalau aku yang berada kat tempat kau sekarang, memang aku dah break kat die”, keluh ikmal bila melihat betapa setianya zack terhadap wanie.

“Nak buat macam mana ?, dah memang hati aku nih sayang sangat kat die, terpaksalah aku yang bersabar dengan kerenah dan perangai die tuh kat aku, balas zack.

“Aku tak tahu nak cakap apa kat kau tuh zack, terpulanglah kau nak buat macam mana ?, aku sokong je dengan apa jua keputusan yang kau buat, sebagai kawan aku harap kau bahagia selalu”.

“Thanks man !,  kau dah banyak tolong aku, kalau kau tak ada, aku tak tahu nak luahkan perasaan aku nih kat siapa, balas zakuan.

“Apa gunanya kawan, kalau tak dapat tolong kawan, mungkin hari ini hari kau, entah esok hari aku pulak, sebagai kawan tuh je yang mampu aku lakukan”, ikmal merasa bahagia jika kawannya tuh bahagia tapi kalau zack merasa terluka diapun akan turut terluka, macam aku pulak yang bercinta dengan zack , hihihi...dah memang senget otak aku nih.

Saturday 29 October 2011

MY LOVE STORY ~ 8



Haikal jauh duduk termenung bila melihat risya yang berwajah baru, semakin comel dan hatinya tiba-tiba berdebar tanpa isyarat, apa ke tandanya ini.

“Hai bro.... ! apa yang di tenung tuh macam nak telan sesuatu je”, usik hafiq.


“Tak ada lah hafiq, sibuk je nak ambil tahu, jom kita pergi sarapan, kita dah lewat nak masuk kuliah nih, balas haikal.


“Dalam hati siapalah yang tahu yer bro..., hanya diri sendiri yang merasakannya”, usik hafiq lagi bila melihat haikal tak nak berterus terang lagi.


“Petang nanti kita jogging kat tempat biasa nak tak haikal, dah lama kita jogging sama-sama, 3 bulan tuh jangka masa yang panjang aku rasa kan, betul tak haikal, apa lagi kalau tak dapat jumpa dengan seseorang yang kita cinta, mesti hari-hari tak sabar nak menghitung hari”, sekali lagi hafiq mengusik haikal.


“Yelah tuh hafiq, memang betul lah apa yang kau cakap tuh ”, balas haikal.


“Kau dah ajak eyrana,hidayu dan kharisya ke belum?”, haikal bertanya lagi.


“Belum lagi., kejap lagi aku ajak lah.”, balas hafiq.


“Petang karang nanti kita jumpa kat tempat biasa”, balas haikal.


“Okay bro...kita jumpa petang nanti”, balas hafiq.


Sebelah petang yang dinantikan kharisya, haikal, ayu, eryana dan haikal masing-masing mengenakan baju kegemaran mereka.


“Kau dah lain lah risya, penampilan berbeza sekali”, tegur haikal.


“Apanya yang berbeza haikal, risya rasa sama je tak ada beza pun”, usik risya.


“Yelah tuh risya, mesti kau perasaan perubahan yang ketara, dan yang pasti risya comel sekali”, haikal memuji gadis yang berada di depannya sekarang ini walaupun berat badan risya dah banyak menurun namun gaya dan tingkah laku risya tetap sama seperti selalu.


“Amboi korang berdua nih, tengah sembang apa, boleh kitaorang join sekali, usik hafiq.


“Alah hafiq, macam tak biasa pulak, join lah apa salahnya, balas risya .


“Manalah tahu kitaorang nih kacau daun je”, usik eryana sambil tersengeh.


“Kacau daun apanya, korang semua nih dah memang nak kena sekeh”, balas haikal.


“Emm.... korang nih kalau  tak usik aku dan haikal memang tak acih kan ayu”, usik risya.


“Kitaorang nih sangat bahagia bila melihat korang berdua nih mesra macam selalu tak ada pun nak usik yang bukan-bukan kan hafiq”, balas ayu sambil menjeling risya dengan tersengeh.


“Yep ayu, aku setuju sangat, balas hafiq.


“Emm.... jom kita rehat dulu  sebelum kita sambung lagi jogging  kat taman nih, balas eryana.


“Jom, masing2 memberi kata persetujuan setelah penat berlari kat taman rekreasi itu.


****


Terasa begitu cepat masa berlalu, macam baru je  semalam risya berpisah dengan safrul, kalau difikir hubungan mereka selama ini dah memang terlalu lama, sayang putus je begitu tapi apa boleh buat dah memang begitu perjalanan cinta mereka, selalu hambar je, entah di mana silap dirinya, apalah aku nih, buat apa aku nak ingat lagi kat orang yang dah tak suka aku, keluh risya.


Baik aku pergi buat kerja yang banyak melambak, esok nak pergi kuliah, kalau tak siap nak buat semua esei-esei nih, memang kredit aku teruk sangat, tak boleh jadi nih, aku mesti kuatkan semangat aku, aku tak boleh goyah. 


Sekarang  nih aku nak kejar cita bukan nak kejar cinta, risya tersenyum sendirian bila seketika terdetik dihatinya untuk melupakan cinta dan mengejar sesuatu yang penting dalam hidupnya. 


Esok dan hari seterusnya akan aku tempuhi, walau seribu kali terluka dan tersungkur, aku akan cuba untuk bertahan dan terus bangun lagi. Perjalanan cinta ku belum berakhir lagi, hari ini dan selamanya akan ku tunggu seseorang yang ikhlas menerima aku dengan seadanya.


Cinta yang lahir dari hati adalah cinta yang suci, semoga aku akan menemui cinta itu di setiap perjalanan yang ku lalui. AMIN


*****


Cerita belum selesai lagilah sebab cerita aku dengan haikal baru nak bermula so tunggulah sinambungan cerita cinta aku dan dia, betul tak haikal, usik risya.


"Alahai risya nih buat malu je kat aku", balas haikal.


"Sejak bila lak kau nih malu, biasanya kau okay je dengan aku", usik risya.


"Alah risya nih, buat tak tahu je, usik haikal lagi bila melihat risya sengaja nak menyakatnya namun dalam hatinya begitu bahagia sekali lagi sebab penantiannya tak sia-sia. Dia akan cuba selalu berada disisi dan menemani risya hingga hujung nyawanya.


"Haikal ! apa yang dimenungkan tuh, lain je kau tenung aku". Usik risya.


"heheheh.....adalah cik risya, yang itu rahsia tak boleh nak bagi tahu, balas haikal dengan senyuman yang bahagia sekali.


"Nak berahsia lah tuh, dengan aku pun kau nak berahsia, pe lah haikal nih", risya memperlihatkan muka yang masam tanda protes bila haikal tak nak berterus terang.


"Sorrylah sayang", usik haikal lagi.


"Apa sayang-sayang nih, sejak bila aku sayang kat kau nih haikal", giliran risya mengusik haikal.


"Sejak kali pertama aku pandang wajahmu yang cute sekali", balas haikal. Teringat kenangan lalu mengajak dirinya mengingati setiap detik dan waktu bila bersama dengan risya walaupun penampilan risya sekarang nih dah jauh beza namun cintanya tetap sama tak berganjak walau seinci. 


"Yelah tuh haikal, macamlah aku percaya sangat". Usik risya sekali lagi.


Percayalah kasih ku pada mu selalu tak kan berubah hingga akhir waktu, hihihi...dah menyanyi pulak aku nih, membuat haikal tersipu malu.


"Ermm.....haikal nih ada-ada je lah", balas risya dengan muka yang merah macam merah jambu.


Biarlah kasih kita tersimpuh dengan rapi sekali, walau ombak datang melanda tak akan goyah cinta kita. Itulah janji kita berdua.


"Tapi ingat tuh haikal, kita kejar cita dulu baru nak kejar cinta". Usik risya sekali lagi.


"Baiklah sayang, kita kejar cita dulu baru kita kejar cinta, tapi bolehlah lah cita dan cinta seiring dalam perhubungan kita, balas haikal.


"biarlah risya fikir-fikir lah dulu", balas risya.


"Tak payah nak fikir lama sangat lah risya, cakap je ya, biar senang hati aku nih". Usik haikal.


"Erk......okay lah, biar cita dan cinta kita kejar bersama, tapi janji jangan lepaskan tangan risya untuk selamanya", risya mengharap agar haikal tak akan melepaskannya walau jalan cerita selalu berubah.


"Haikal berjanji tak akan melepaskan tangan risya untuk selamanya". 


Untuk sekian kalinya cinta datang lagi dalam cerita cinta aku dan dia.


TAMAT




                                                         

MY LOVE STORY ~ 7



Risya mengemas katilnya. Dia meminta pada pihak pengurusan asrama untuk kekal di bilik lama. Kerana dia selesa di situ. Linda dan Hidayu masing-masing pun dah ada di bilik masing-masing. Dia ingin siap berkemas dahulu baru mendapatkan teman-temannya.

Usai mengemas pakaiannya ke dalam almari, dia mencapai beg galas tepi berwarna putih itu. Dia mengunci pintu biliknya dan menuju ke bilik Hidayu di tingkat atas.

“Assalamualaikum” kharisya mermberi salam.

“Waalaikumussalam. Masuklah risya” balas Hidayu dari dalam. Ayu amat kenal akan suara itu.

“Ayu, kau sihat?” soal risya sambil menguak pintu bilik Ayu dan memeluk ayu keriangan.

“Risya, kau nampak lain lah.” Balas Ayu.

“Lain, apa yang lain? aku sama jer macam dulu.” Balas kharisya pura-pura tak mengerti.

“Risya, kau dah kurus.” Jerit Hidayu keriangan.

“Mana ada, macam biasa jer. Kau tu yang makin berseri-seri. Maklumlah, tinggal tak sampai satu tahun jer lagi. Lepas ni orang tuh dah nak naik pelamin. ” Usik risya sambil tersenyum.

“Risya, aku cakap pasal kau, kau cakap pasal aku pulak. Serius ni risya, berapa kg yang turun nhi? Adoi, makin comel aku tengok kau ni risya.”

“Apa, sebelum ni aku tak comel?” risya bergurau.

“Comel, tapi sekarang lagi comel. Eryana dah jumpa the new risya belum?” soal Hidayu tidak sabar.

“Belum.” Balas kharisya.

“Jom, pergi bilik dia. Aku yang tak sabar nak bagi dia jumpa kau. Lepas tu kita lunch ok?” cadang Hidayu.

“Habis, ni tak nak kemas ke?” soal risya sambil menundingkan jari ke arah timbunan pakaian Hidayu yang telah dikeluarkan dari begnya.

“Alah, tuh takpe, nanti-nanti boleh buat. Cerita sensasi ni tak boleh tunggu lama dah.” Usik Ayu. Kharisya hanya tersengiih melihat keletah Hidayu yang periang itu. Mereka menuju ke bilik eryana. Reaksi eryana agak stereotaip dengan reaksi Hidayu.

Risya hanya mampu tersengih dan jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana Allah kurniakan dia sahabat yang sejati. Dalam ramai-ramai sahabat, tiba-tiba dia teringatkan safrul tiada lagi sendu di hatinya. Dia bebas kini. Khabar itu masih belum disampaikan kepada mereka semua.

Mereka ke Kafetaria di Pusaneka. Setelah memilih juadah dan lauk pauk untuk di makan tengah hari, mereka bertiga duduk di meja yang agak tersorok dari laluan orang ramai.

“Risya, kalau lah Haikal dengan hafiq tengok kau sekarang, sure diaorang terkejut beruk.” Hidayu bersuara.


“Apa pasal pulak, tak ada bezanya sangatlah aku ni.” Balas kharisya merendah diri.

“Tak beza sangat kau kata? Kau tak nampak tadi masa bertembung dengan Abang Nazri? Dua tiga kali dia toleh dekat kau. Macam konfius takut silap orang jer. Lepas kau senyum kat dia, baru dia berani nak segih kat kau.” Balas eryana.

“Alah, abang naz tuh, drama je lebih.” Balas risya sambil tersengih.

“Nih kalau Haikal nampak kau nih, memang tak tidur malam budak tuh. Makin angau lah dia dekat kau.” Usik eryana.

“Kenapa pulak dia nak angau dekat aku?” balas risya tak mengerti.

“Kau nih risya, takkan tak paham kot. Kan mamat tu suka kat kau.” Balas Hidayu. Kharisya hanya menjungkit bahu.

“Risya, aku tanya kau jangan marah ye.” eryana meminta izin.

“Tanya lah. Takde maknanya aku nak marah. Pasal apa?” soal risya.

“Saf.” Balas eryana pendek.

“Kenapa dengan saf?” Soal risya. Walaupun dia dah dapat agak persoalan itu.

“Kau dengan dia macam mana? Dia dah jumpa kau lepas kau kurus?” soal eryana.

“Aku dengan dia dah putus. Dah lama dah. Masa awal-awal cuti hari tuh. ” balas kharisya tenang.

“Serius? Alhamdulillah. Lega aku dengar.” Balas eryana lagi.

“Kalau dia nampak kau sekarang ni, mesti menyesal tak sudah mainkan perasaan kau dulu.” Balas Hidayu.

“Emm, takde maknaya. Aku ni tak manja dan tak menggoda. Mana reti nak liuk-lentok ni. Aku ni bukan taste dia ” balas risya.

“Kalau bukan taste kenapa dia gatal-gatal nak couple dengan kau dulu?” soal Hidayu geram. kharisya hanya menjungkit bahu.

“Mamat tu memang tak sedar dek untung, padan muka pun kalau perempuan kat luar sana tu nak mainkan dia.”

“Tak baik doakan yang tak baik kat orang lain tau.” Usik risya.

“Kau tu baik hati sangat risya, orang buli kau pun kau diamkan jer.” Ayu membalas.

“Meminta pada yang ada, merayu dan bermanja pada yang kasih. Buat apa nak susah-susah Fikir ? Baik kita terima orang yang boleh terima kita seadanya. Baik, buruk, susah dan senang.” Balas risya lagi.

“Macam Haikal?” soal eryana lagi.

“Apa korang ni? asyik-asyik Haikal.” Balas kharisya gelisah namun masih tersenyum.

“Senyum-senyum tuh tanda setuju.” Usik Ayu. kharisya sengih sambil menghabiskan makan tengahhari .
Risya merenung kipas yang ligat berpusing. Dia mencari-cari wajah Haikal yang lama tak ditemuinya. Tiba-tiba dia teringatkan panggilan telefon dari safrul 2 bulan lalu.

“Saf, sampai bila kita nak terus macam nih? kalau saf dah ada pilihan hati lain terus terang ajelah. risya boleh terima.” risya memulakan bicara.

“Kenapa? Risya dah tak sayangkan saf lagi?” Duga Safrul.

“Entahlah saf, saf dah makin jauh dari hidup risya. Saf pergi dan datang sesuka hati. Risya dah letih dengan permainan hati ” balas risya tenang.

“Risya tak marah dan bencikan saf kalau saf cakap saf dah jumpa orang lain? ” soal safrul lagi.

“Risya tak akan marah saf kalau dah itu pilihan saf, risya tak boleh nak ubah keputusan yang saf buat, risya terima dengan rela hati ”, dengan sedih risya merelakan keputusan yang telah safrul buat untuk menjelaskan kedudukan dirinya di hati saf.

“Risya, kenapa termenung ? apa yang kau menungkan tuh risya, usik ayu bila melihat risya jauh mengelamun.

“Tak delah ayu, Cuma teringat kat saf bila dia putuskan perhubungan kita berdua”.

“Ermm tak payah lagi kau ingat kat dia risya, bukalah lembaran baru, manalah tahu kot2, kau jumpa dengan putera idaman”, usik eryana

“Buat masa sekarang risya tak nak fikir soal cinta, aku nak tumpukan perhatian pada study aku nih”, balas risya dengan wajah yang tenang.

****

MY LOVE STORY ~ 6




Cuti semester telah bermula. kharisya nekad kali ini. Dalam tempoh cuti selama tiga bulan ini, dia nekad ingin menurunkan berat badannya dengan cara yang sihat. Bukan semata-mata ingin tampil menarik, yang penting dia ingin mengurangkan risiko untuk berdepan dengan penyakit akibat berat badan yang berlebihan. Dia mengatur semula jadual pemakanannya.

Dia juga mula mengikuti kelas aerobik di sebelah petang setiap 3 kali seminggu. Di hujung minggu, dia akan berjongging ataupun berlari-lari anak di taman tasik berhampiran rumahnya. Dia kini rasa lebih cergas dan sihat. Setiap minggu angka di penimbang digitalnya menunjukkan penurunan. Dia bersyukur


usahanya berhasil. Tiga bulan berlalu. Dia akan kembali semula ke kampus pada minggu hadapan.

Dia mula memilih baju-baju yang ingin dibawanya pada semester hadapan. Baju-baju lamanya dicuba semula. Kesemua baju kurungnya kelihatan gelebeh dan agak longgar, namun masih boleh dipakai. Angka 10 kilogram yang hilang dari badannya dalam tempoh 3 bulan itu bukan sedikit. Dan sebagai hadiah atas usahanyanya menurunkan berat badan, risya membeli 3 pasang kain untuk membuat baju kurung yang baru dan meminta ibunya manjahitkan untuknya. Dia mengacu baju barunya. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin. Dia puas dengan penampilannya kini. Dia masih dia yang dulu, cuma dia nampak semakin yakin dan kelihatan lebih bertenaga dengan fizikal barunya.
*****

MY LOVE STORY ~ 5

Eryana, Hidayu, Haikal dan hafiq berjalan keluar dari pusat bowling itu. Kharisya tidak turut serta kerana minggu ini dia ingin pulang ke kampung halamannya.

“Hafiq, laparlah. Jom makan.” Usul Ayu.

“Nak makan di mana ayu ?” soal hafiq.

“Food court je lah ye. Aku rasa nak makan yong tau fu lah” balas Eryana.

“Boleh jugak. Aku tak kisah mana-mana pun.” Jawab Hidayu.
Mereka berempat beriringan menuju ke food court di tingkat atas sekali bangunan mall itu. Selepas menjamu selera, mereka berempat berpakat untuk menuju ke MPH untuk meninjau-ninjau dan mencari bahan bacaan baru.

Sedang asyik berbual dan dalam perjalanan ke MPH di tingkat bawah sekali, tiba-tiba Eryana terpandangkan seraut wajah. Dia amat kenal wajah itu. Tapi, masakan apa yang dilihat itu betul.

Setahu eryana, safrul dah mula bekerja di Ipoh. Dia mencuit Hidayu. “Ayu, mata aku salah tengok tak?” Soal eryana sambil memuncungkan mulutnya ke arah subjek.

“Mmmm, aku rasa tak salah dah tuh. Memang mamat tu. Amboi bergembira nampak.” Getus Hidayu.

“Haikal, kau rasa kau kenal tak mamat tu?” soal eryana pada haikal sambil menundingkan jarinya.

“Mamat mana pulak yang kau berkenan ni eryana?” sambil melihat ke arah yang dimaksudkan oleh eryana.

“Betul tak apa yang kami nampak?” soal Hidayu.

“Aku rasa betul dah” Balas hafiq, sambil mengiyakan. Haikal hanya menggetap bibir menahan geram melihat safrul yang sedang memimpin tangan dengan seorang gadis yang sedang tergelak manja.

“Budak tak kenang di untung.” Getus Haikal sambil berjalan menhampiri safrul. Laungan teman-teman yang lain sudah tak diperdulikannya lagi.

“Safrul, aku ada hal sikit nak cakap dengan kau.” Balas Haikal sambil menarik tangan safrul menjauhi gadis yang bersamanya.

“Apa hal nih?” Soal safrul, seolah tak berpuas hati dengan teguran haikal.

“Perempuan mana pulak kau heret nih ha?” soal Haikal.

“Girlfriend aku lah. Kau ni siapa nak ambik tahu hal aku?” soal safrul dengan rasa rimas.

“Aku kawan risya, Haikal.” Terang Haikal.

“Ooo, nih lah Haikal yea.” Balas safrul tanpa rasa bersalah.

“Safrul, kau tak patut buat risya macam nhi?” Haikal bersuara.

“Aku buat apa kat dia?” soal safrul pura-pura tak mengerti.

“Kau mainkan perasaan dia safrul. Tak kasihan ke kau kat dia?” Nada suara Haikal mula mendatar.

“Bro, soal hati dan perasaan mana boleh paksa-paksa” balas safrul selamba.

“Amboi, senangnya kau cakap. Masa kau tagih cinta dia kali kedua hari itu, ada siapa-siapa yang paksa kau ke?” soal Haikal. Nada suara dia semakin meninggi dan tiba dapat menahan kesabaranya yang tiba-tiba membuak dengan perangai safrul..

“Itu dulu.” Balas safrul selamba.

“Habis tuh, kenapa kau tak terus terang saja dengan dia. Bagi tahu dia hal sebenar. Lepaskan dia dengan cara elok?” soal Haikal tak puas hati.

“Yang kau sibuk sangat nih kenapa? Kalau aku lepaskan dia kenapa? Kau pulak nak ambik sisa-sisa aku ke? ” safrul berkata dengan rasa bongkak.

“Apa yang kau merepek nih saf?. Suara Haikal dah mula bergetar menahan marah. Kalau diikutkan hati, sekarang juga ditumbuknya muka lelaki yang tak tahu malu dan berguna itu. Tapi dia cuba menahan sabar.

“ Kalau aku tak ambik risya tu jadi awek, kau ingat ada orang lain ke nak ambil dia jadi awek?” soal safrul dengan nada sombong.

“Safrul, tak baik kau cakap macam itu. Risya tuh budak baik. Dia tuh kawan kau juga safrul.” Balas Haikal lagi. Penumbuknya digenggam erat. Tunggu masa sahaja untuk dilepaskan. hafiq, Hidayu dan eryana merapati mereka berdua. hafiq memegang erat penumbuk Haikal. Menahannya dari dilepaskan. Kalau tidak nanti, ada pulak drama tak berpengarah kat khalayak ramai nih.

“Dahlah, malas aku nak layan korang. Korang kirim salam kat kawan korang tuh. Haikal, kalau kau nak sangat kat risya tu, ambiklah. Aku tak kisah.” Balas safrul angkuh sambil meninggalkan mereka yang terkial-kial.

“Kurang ajar punya jantan.” Getus eryana.

“Budak ni elok terlungkup je tepi jalan.” Balas Hidayu.

“Kesian risya kalau dia tahu orang yang dia sayang cakap macam tuh.” Balas hafiq. Haikal hanya diam membisu seribu bahasa. Jauh di sudut hatinya luluh dan pilu. Tak dapat dibayangkan kalau risya sendiri yang mendengar kata-kata safrul tadi. Hujung minggu mereka yang sepatutnya ceria berubah mendung tiba-tiba. Masing-masing kemudiannya diam seribu bahasa melayan perasaan.
****

MY LOVE STORY ~ 4

“Risya, kita jogging kat taman petang nanti.” Usul Haikal.

“Boleh jugak. Nanti aku tunggu kat foyer. Pukul 4.15. Eryana dengan Ayu tak ajak sekali ke?” soal kharisya.

“Aku dah ajak, diaorang malas. Nak tengok tv.” Balas Haikal lagi.

“Nak tengok cerita korea siri petang tuh lah. Mana boleh miss bebudak tuh.” terang kharisya.

“Kau tak tengok ke?” Soal Haikal.

“Aku malas, kalau dah start tengok nanti payah nak berhenti. Mulalah tak boleh lekang depan tv tuh. Asal pukul 6 jer kena tercongok depan tv tuh. Langsung tak boleh buat benda lain. Aku tengok-tengok macam tu je. Tak ikut sangat.” kharisya bercerita panjang.

“Hafiq ikut sekali ke? “ Soal risya.

“Ikut.” Balas Haikal.
Suasana kelihatan tenang di taman itu. Ramai pelajar sedang berriadah di situ. Ada jugak yang hanya memerhati gelagat orang ramai yang ada di situ.

Mereka bertiga berlari-lari anak mengelilingi taman itu. Hafiq meneruskan larian ke pusingan yang ketiga. Manakala risya dan Haikal hanya membuat dua pusingan sahaja. Mereka kemudian duduk berlunjur di atas rumput.

Peluh meleleh dicelahan anak tudung dan mengalir di tepi pipi risya. Risya mengelap menggunakan lengan bajunya. Haikal bingkas bangun menuju ke kereta. Dia mengambil sapu tangan dan dua botol 100 plus. Dia kembali mendapatkan risya dan melambungkan air botol tersebut dan sapu tangan.

“Eee, tak mahu lah aku sapu tangan kau ni Haikal. Entah berapa lama tak basuh.” Isya bersuara.

“Hoi cik kak, aku baru basuhlah. Tak pakai lagi nin.” Balas haikal.

“Betul ke nih?” soal risya sambil tersengih. Dia mengelap peluh yang meleleh di pipinya. Memasukkan sapu tangan tersebut di dalam kocek seluar tracksuitnya.

“Thanks haikal.” Balas risya sambil tersenyum manis.

“Hmmm..” Balas Haikal. Lidahnya tiba-tiba keluh bila melihat senyuman manis dari risya.

“Risya, kalau aku tanya, kau jangan marah ye.”

“Tanyalah dulu. Kalau tak, mana boleh cakap aku marah ke tak.” risya sengaja menyakat Haikal.

“Nih yang aku malas nak tanya nih.” Balas Haikal dengan serba salah.

“Yelah-yelah. Aku tak marah. Tapi, kalau tiba-tiba muka aku jadi hijau tuh faham-fahamlah ye.” Usik risya sambil tergelak kecil. Haikal juga tersengih.

“Kau dengan safrul macam mana?” Soal Haikal serius.

“Macam tuh lah haikal. Aku telefon dan cakap lah sepatah dua kata. Lepas tuh, macam-macamlah alasan dia. Sibuklah, nak gosok bajulah, nak keluar dah lah. Macam-macam lagilah alasan dia.”

“Dia betul-betul sibuk kot.” Duga Haikal ingin menyenangkan perasaan risya ketika ini..

“Haikal, kalau dia tuh betul-betul sayangkan kita sesibuk mana pun pasti boleh luangkan masa. Aku bukan minta cakap lama pun , tapi 5 minit pun payah nak bercakap dengan dia sekarang.” Balas risya.

“Risya, sampai bila kau nak biarkan dia mainkan perasaan kau? Kali ni dah dua kali risya, dia buat macam tuh kat kau, sampai bila kau nak bertahan dan pendam saja masalah ini, jangan sampai nanti kau yang sakit hati. ” soal Haikal.

“Entahlah haikal, agaknya salah aku jugak. Aku ni bukan jenis yang pandai menggoda. Pandai nak mengada-ngada dan merengek manja. Tuh yang agaknya dia beralih arah tuh.” jelas risya dengan nada yang sedih.

“Risya, aku rasa kau dah cukup sempurna.” Pujuk Haikal dan bagi dirinya risya memang dah cukup sifat dan kebaikan yang ada pada dirinya, apa lagi yang safrul nak dari risya, semuanya dah perfect.

“Tuh kau kata haikal, tapi safrul tak anggap macam tuh. Aku tak cantik, badan pun berisi pulak tuh, tak pandai bergaya, tak menggoda dan tak macam-macamlah lagilah..” balas kharisya dan dia sedar dirinya memang banyak kekurangan berbanding dengan gadis-gadis yang lain.

“Risya, fizikal tak penting. Pada aku, kau dah cukup comel. Masa kau marah lagi bertamabah comel. Kalau masa kau senyum lagi cute dan di tambah lagi dengan lesung pipit kat kedua pipi kau memang comel giler.. Masa kau serius dengan dahi berkerut pun aku tetap nampak kau comel. Kalau muka kau berubah hijau, yang itu aku tak pasti comel ke tak. Hehehee” Usik Haikal.
Bagi diri haikal melihat risya yang sentiasa tersenyum membuat dirinya bahagia walaupun risya hanya menganggap dirinya sekadar sahabat, tapi bagi dirinya itu dah memadai, yang penting risya selalu disampingnya.

“Kau nampak garang, tapi kau sebenarnya penyayang. Kau nampak serius, tapi kau juga pandai merapu. Kau nampak tabah, tapi dalam semua itu kau juga
sensitif dan lembut hati.” Haikal meluahkan apa yang dia rasa dan memahami perangai risya.

“Thanks Haikal.” kharisya menghargai usaha Haikal untuk menceriakannya.

“Risya, aku cakap nih bukan semata-mata nak ambil hati kau tuh. Tapi, aku betul-betul ikhlas.” Balas Haikal, membuat risya tersenyum.

“Tengok tuh, kan aku dah cakap. Senyum kau tuh sangat comel dan siapa yang melihatnya akan merasa bahagia.” Usik Haikal. Muka risya kemerahan menahan malu. Dicampaknya botol 100 plus yang sudah kosong ke arah Haikal. Nasib baiklah haikal sempat mengelak. Betapa bahagia dirinya bila melihat risya tersenyum seolah dirinya bahagia juga

“Woiii, ape nih buang sampah merata-rata? Tak ada sivik langsung.” Jerit hafiq.

“Haikal ni lah, buat lawak entah apa-apa ” Balas risya.

“Mana ada. Hafiq, kau tengok risya ni comel tak?” Usik Haikal.

“Comel sangatttt dan lagi cute… macam kucing siam.” Balas hafiq.”
Kharisya berlari anak mengambil semula botol kosong yang dilemparkan tadi dan mengetuk bahu hafiq, risya merasa geram dengan pengakuan hafiq.

“Nah, amik kau. Berani kau samakan aku dengan kucing Siam ye…”

“Betul lah tuh, kan kucing siam tuh memang comel sangat. Rasa nak picit-picit je kan. Macam tuh juga aku tengok pipi tembam kau tuh, rasa nak picit-picit je” Usik hafiq.

“Ceh, mengong lah korang nie. Menyampah aku nak layan, buat sakit hati korang kerjakan aku. Jomlah balik.” Balas kharisya geram.

Haikal dan hafiq tergelak nakal melihat kharisya yang terkulat-kulat. Jauh di sudut hati Haikal, dia tetap mengatakan walaupun muka risya berubah hijau, dia pasti tetap comel. Dia tersenyum sendiri bila memikirkannya.

Kharisya merenung lama cermin panjang yang berada didepannya , dia lihat dari atas hingga bawah. Dia mengakui, wajahnya tak lawa sangat . Tak tinggi, cuma 5 kaki 5 inci. Bentuk muka bulat. Kulit agak cerah. Badannya agak berisi. Mungkin 8-9 kg lebih berat dari berat idealnya. Tapi tak dinafikan, bak kata Haikal, dia agak comel cuma dia tak lawa macam model.

Entah mengapa tiba-tiba dia tersenyum apabila teringat kata-kata haikal di taman tempoh hari. ‘Ahh, Haikal. Kau memang nakal dan pandai ambil hati aku. Safrul dulu pun macam begitu. Tapi dia dah berubah sejak akhir-akhir ini. Perubahan yang sama seperti dia mula-mula meninggalkan aku kerana kamelia suatu masa dulu.’ Kharisya tersenyum pahit. Dia menuju ke peti ais di ruang dapur dan menuangkan semug air sejuk dan turun semula ke biliknya di tingkat bawah.

Kharisya membelek-belek diari unggu itu. Sejak akhir-akhir ini, tak banyak catatannya. Tiada kisah menarik yang nak ditulisnya sebagai kenangan. Kalau ada pun, hanya kisah duka antara dia dan safrul. Dia sendiri dah naik bosan dengan kisah drama airmatanya itu. Dan, sejak itu dia sudah berhenti menulis. kharisya melayan perasaannya.

‘Agaknya safrul malu kot bercinta dengan aku yang tak cantik nih. Aku ni bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan kamelia yang pernah bertakhta di hati safrul. Tapi dia juga yang beria-ia nak sambung balik ikatan yang pernah terputus suatu masa dulu. Entahlahlah, mungkin dia sunyi waktu itu. Mungkin juga kehadiran aku ketika itu hanya sebagai tempat dia mengubat hatinya yang luka setelah kamelia meninggalkannya . Tak mustahil jika dia sekarang dah ada pilihan hati.

Tapi, kenapa tak berterus terang sahaja? Bukankah lebih baik dia berterus terang sahaja daripada terus-terusan memberikan alasan yang tak masuk dek akal. Aku bukan bodoh, aku bukan dungu, aku cuma nak dia mengaku dan berterus terang. Aku tak boleh nak menahan dia dari beralih cinta. Soal hati tak boleh dipaksa. Aku mengerti kalau aku bukan pilihannya. Tapi sampai bila dia perlu berahsia begini.
Kalaupun safrul dah tidak ada punya rasa kasih dan sayang pada aku, sekurang-kurangya safrul masih ingat aku nih sahabatnya. Dia patut lebih tahu yang aku paling benci kalau ditipu dan ditikam dari belakang.

Aku lebih rela berdepan dengan kenyataan walaupun kenyataan itu melukakan hati aku. Walaupun kenyataan itu melukakan kembali parut yang dia tinggalkan suatu masa dulu. Parut yang makin sembuh dek kerana kasih sayang teman-teman yang sentiasa di sisi memberikan semangat. Kasih sayang dari insan-insan yang sentiasa menyayangi aku. Atau akukah yang terlalu naïf dan bodoh kerana memberikan dia peluang dan ruang untuk melukakan hati aku buat kali kedua. Entah, aku sendiri pun tak ada jawapannya.
****

MY LOVE STORY ~ 3

‘Eryana, aku nak jumpa kau dengan Ayu petang ni kat depan library. Jangan bagi tahu risya tentang ini, haikal sms eryana ada sesuatu yang hendak dibawa bincang dan juga dia inginkan kepastian tentang hubungan risya dan safrul.

Eryana membaca sms dari Haikal tersebut. Dia cepat-cepat memadam sms tersebut, bimbang sekiranya risya ternampak dan salah sangka.Petang itu di hadapan perpustakaan.

“Kenapa dengan safrul, eryana?” soal Haikal dengan penuh tanda tanya kat dalam hatinya?.

“Susah aku nak cakap kes safrul dengan risya nih.” balas eryana sambil mengerutkan dahi.

“Hari tu, bukan elok je ke dia dengan safrul. ?” soal Haikal lagi.

“Elok tak elok sangatlah. Kat belakang risya, entah perempuan mana dia usung kehulu kehilir.” Balas Hidayu.

“Mana kau tahu tentang itu semua ?” giliran hafiq pulak menyoal ayu.

“Ada orang yang nampak lah. danisa kawan baik risya masa sekolah dulu yang bagitahu kat kitaorang. Dia nampak masa dia balik rumah mak dia kat Kuantan bulan lepas. ” Terang Eryana.

“Ooo danisa kawan si safrul tu jugak kan.” Balas hafiq.

“Yelah, danisa yang mana lagi. Dia ternampak safrul dekat mega mall dengan seorang perempuan. Siap pegang-pegang tangan lagi.” Jelas Hidayu.

“Risya ada tanya safrul pasal budak perempuan tuh ke?” Haikal ingin tahu.

“Kau tahulah risya tuh, lembut hati sangat. Kalau aku, dah memang aku kerjakan habis-habis dah kat safrul tuh. Safrul nih tak pernah bersyukur. Masa dia kecewakan risya 1st time haritu, risya dah maafkan dia. Merayu-rayu nak berbaik semula. Janji macam-macam. Dah elok, risya dah maafkan dia dan terima dia balik, dia buat hal lagi. Memang tak kenang dek untung. Danisa yang tengok dengan mata kepala sendiri pun rasa nak lempangaje si safrul tuh” jelas eryana

“Tapi Safrul tuh buat tak kisah je masa terserempak dengan danisa masa itu. Tak nampak rasa bersalah pun.” Terang Eryana lagi.

“Tuh la yang aku geram tu. Masa dah kecewa kena kikis dan dimainkan dek kamelia tuh dulu, tahu pulak nak datang menyembah mintak ampun dengan risya. risya ni pulak, kenapa lah lembut hati sangat.” Balas Hidayu.

“Korang kan tahu risya tu macam mana. Nampak je garang kan, tapi dia lembut hati dan pemaaf. Saf tu kawan lama dia masa sekolah dulu. Dah lama sangat kenal. Tuh yang macam tak sampai hati kot. Kebetulan masa tu dia single, tuh yang dia terima balik Saf tu.” Balas Hidayu lagi.

“ Kalau aku jumpa budak Saf tu, memang aku bagi penumbuk je.” Balas Haikal.

“Haikal, kenapa kau tak berterus terang dengan risya?” Soal Eryana.

“Berterus terang apanya?” Haikal pura-pura tak mengerti.

“Kitaorang tahu kau sayangkan risya tuh kan.” Hidayu bersuara.

“Sayang? Sama macam aku sayang korang semua.” Haikal cuba mengalihkan topik.

“Dahlah Haikal, kalau kau tak nak mengaku sudah. Kami tak paksa.” Getus Eryana.
Haikal hanya tersengih bak kerang busuk. Jauh di sudut hati Haikal, hatinya tersayat pilu dan kalau bercerita tentang hati nih memang susah nak ditafsirkan..

geng giler kentang aka ggk2





GGK wajah baru
Gandingan generasi lama dan baru
Melahirkan minda cerdik
Bersatu memupuk kasih
Bersatu memupuk sayang
Bersatu tak akan roboh
Walau nakal
Walau giler
Tapi akal fikiran tetap cun
walau cinta
walau benci
walau suka
hati dan perasaan tetap sama
menjalin hubungan
membina silatulrahim
sesama kita
GGK
Punya budaya
Budaya satu malaysia
Bersatu teguh
Bercerai roboh

GGK
U ARE THE NUMBER 1
GGK
Lahir dari rasa sayang
Lahir dari satu hati
Satu hati rakyat malaysia
Dari sabah hingga ke kuala lumpur
Tetap satu
Tetap utuh
Walau di mana jua berada
GGK
U ARE THE POWER
POWER OF MUSIC
POWER OF FRIENDSHIP
POWER OF LOVE
POWER OF KNOWLEDGE

Akhirnya siapa juga lagu baru untuk geng giler kentang, semoga kita akan berjaya dalam pertandingan nanti, dodol begitu bersemangat untuk sama menjayakannya walaupun susahnya nak menghasilkan lagu dan iramanya, seminggu baru dapat disiapkan.

“Zee siap juga lagu kita , kalau ada masa nak juga tanya yang lain pendapat mereka tentang lagu ggk”, dodol memberi saranan terhadap lagu baru ggk.

“Apa yang bising tuh dodol, tiba je mm mencelah perbualan mereka berdua”.

“Uit.... mm, ini lagu baru ggk dah siappun, nak tanya pendapat mm tentang lagu ggk nih, best atau tidak, mm bolehlah komen pasal lagu nih “, dodol bersemangat untuk menunggu pendapat mm.

“Boleh tahan juga lagu nih, kalau begini memang kita ada harapan untuk menang, hehe mm memberi pendapat.
Wah ! memang gempak lagu kita kan dayang, balas das.

"Tak sabar rasanya nak nyanyi ramai-ramai, memang ada klass lah zee, pandai kau buat lagu tuh", usik makteh.

“Ermmm, lah biasa je aku buat lagu nih, ini pun dodol yang bantu aku buat, kalau tak memang tak akan siap sampai sekarang”.

“Semenjak gilerkentang dah bergabung dengan dinet fm, dah memang gempak dan giler dari normal dan dah ramai peminatnya”, balas dodol.

“Tapi aku tak puas hati sangat dengan budak2 sekarang nih, bila masuk kat gilerkentang memang tak ada benda lain yang mereka bincang asyik yang itu je”, komen zee.

“Apa yang kau tak puas hati nih zee”, balas erroshi.

“Tak adalah erroshi, saja zee cakap gtuh, hihihi....”

“Alah zee, bagi tahulah kat kitaorang nih, apa yang budak2 gk buat sampai kau tak suka sangat”, balas mm pulak.

“Budak gk memang gtuhlah zee, mereka semua tuh asyik main2 je, janganlah ambil hati sangat, dah nama pun giler kentang, otak semua pun dah giler seperti biasa, usik makteh.

“Hahaha .... tahu tak pe, memang senget semacam”, usik kijiya.

“Assalamualaikum wbt... saya nih budak baru kat sini, boleh tumpang lalu ke”, amir memberi salam.

“Lalu je lah amir, tak ada tol pun tapi ada banyak smilies kat sini so pandai2lah cari yang mana satu berkenaan di hati, usik dayang.

“Mengomlah kau nih dayang, adakah cakap gtuh kat amir, smilies apanya”, balas das.

Untuk menghangatkan suasana pagi2 begini, jom kita layan lagu dari Devotees-Berjalan tanpa henti , lagu nih permintaan dari pendengar kita 123 atau zee buat semua ggk dan juga dinet fm dengan ucapan semoga hari ini lebih baik dari semalam kalau hari ini tidak baik dari semalam usah risau dan sedih, jalanilah hidup ini dengan senyuman yang menawan.

“Wah begitu seksinya suara pendekar tanpa nama”, usik zee bila mendengar dj kesukaanya memutarkan lagu permintaannya.

“Hahaha....zee dah jatuh cinta dengan ptn lah”, balas dodol.

“Uittt ... dodol, jatuh cinta dengan suaranya yer bukan dengan orangnya , nanti aku kena ban dengan ptn bila dengar kau cakap gtuh kat aku”, balas zee.

“Amir budak nakal sangat kat sini kan”, usik lola.

“Amir dengan tangan yang terkatup2, amir bukan budak nakal lah, amir kan dah besar panjang, dah lepas ambik spm”, balas amir.

“Yelah tuh amir, kat sini semuanya masih study lagi, korang semua kat sini dah selesai study ke, asyik melepak kat sini je”, balas dodol yang memang tak puas hati dengan adik2 kat gilerkentang kalau dah melepak tak ingat dah kewajipan masing2.

“Relax lah dodol, diorang semua itu kat sini nak lepaskan tension je, balas cin.

“Aku sokong dengan kau cin, erya setuju dengan kata-kata cin, erya kat sini pun nak lepas kan tension asyik mengadap buku je sepanjang hari, balas eyra.

“Ye ke eyra, bukan ke nak lepaskan rindu dengan seseorang kat sini, tiba2 je muez mengusik eyra, gadis yang diminatinya, cuma gadis ini susah untuk didekati.

“Benar ataupun tidak itu terletak pada hati masing-masing, nak pergi sejauh mana kalau korang semua berfikir secara positif maka itu baik untuk korang semua, balas erroshi.

“Tempat ini kita kongsi sama untuk selesaikan masalah baik yang remeh temeh mahupun yang berat tapi janganlah sampai mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati ataupun menjatuhkan maruah seseorang, yang itu dah lain ceritanya, balas mm.

“Cukuplah kita semua yang ada kat sini sama-sama memupuk persauadaran sesama kita, setiap masalah kita kongsi bersama, asal jangan korang semua giler kat sini sudahlah, hihihi....balas ciku”, jejaka yang biasanya pendiam tiba2 je mengeluarkan pendapat.

“Yep.... aku sokong seratus peratus dengan apa yang ciku katakan tadi”, balas sakura.

“Macam mana korang semua tidak terfikir kalau dah memang tempat nih giler dah semestinya otak yang ada kat sini memang dah semestinya giler2 seperti selalu, usik amir.

“Hai bro.....! ye memang namanya giler pun tapi janganlah sampai kelakuan pun nak sampai menjatuhkan seseorang, yang itu bukan giler namanya tapi dah senteng, usik ridz.

“hahaha.....okay2 dah  lah tuh, pokoknya kita sama jaga tempat nih agar sentiasa harmoni bukan gtuh donis, usik ciku kat dodol.

“Nak libas kat ciku nih, suka sangat nak mainkan nama dodol, balas dodol.

“Alah donis, kan dah cute pun nama donis, apa pulak yang ciku nak main2, balas ciku.

“Zee.... ! tolonglah dodol nih, ciku dah mula mainkan nama dodol.

“Alah ciku, biarkan je dodol tuh, napelah suka sangat nak usik dodol tuh”, balas zee tersengeh.

“Alah usik je pun tak kan dah nak marah..., balas ciku.

"Suka sangat usik samdodol sebab dia cutelah", tiba2 je ptn mengusik dodol.

Semua kat gilerkentang tiba2 je bunyi bising dengan ketawa masing2 (tak dengar juga sebab masing2 guna smilies yang chumelll belaka), apa tidaknya ptn pun berminat nak mengusik dodol.

 *****
Aku cinta padamu...sungguh..mestikah ku ucapi dari mulutku sendiri..aku cinta padamu..kasihhhh...

“amboi-amboi kiji ! ,happy nampak..ada cerita yang menarik ke?” duga zee bila melihat kiji menyanyi macam orang tak ingat dunia.

“hehe zee nih..macam tak tahu plak, den happy lah sebab buah hati den si cin tuh slalu telepon den, tak boleh nak tidur kalau tak dengar suara cin, suaranya  sedap sekali hingga menusuk ke hati.” Usik kijiya.

“Kiji memang kedekutlah zee, sikit-sikit suruh  kak cin yang telepon dia.” Sampuk dayang.

“Hehe.... betul ke kiji, kiji  memang kedekut, macam manalah cin boleh suka kat kiji nih, asyik cin jeh yang berhabis keluarkan duit nak telepon jejaka idaman di hati, kalau selalu begini bankrap lah cin”, usik zee.

“Assalamualaikum.” sapa ewan dan dila serta lex dan dodol serangkap teman tapi mesra di rumah GK.

“Walaikumussalam.” Semua menjawab salam yang diberikan.

“Ewah- ewah pasangan DiWan dan DoLex ni memang sweet selalu, dahlah masuk GK sama-sama, out GK pun sama-sama.”.  Rungut das sambil buat muka bosannya.

“Shut mana erk?”, lola mencari buah hatinya.

 “Shut merajuk dengan lola lah.”. Sampuk eyra yang tiba-tiba je muncul.

“Majuk dengan lola ke !, balas lola, lola buat apa kat dia tuh sampai dia merajuk”.

“Hehehe....yang itu eyra tak tahu, bila eyra tegur je dia, dia buat don’t know je kat eyra nih, bila eyra tanya, dia kata suruh tanya kat lola”, pening eyra dibuatnya.

“Hai semua!” sapa shahirah dan benz_boyz yang macam biskut chipsmore yang selalu cun , mula memecah sunyi rumah GK.

“Hai shah...,hai benji!”,  sambut dodol seperti selalu, dah memang sudah menjadi lumrah kat GK, selalu menyambut mesra kawan-kawan dengan penuh sporting dan manja selalu. Tanpa dodol sunyilah GK dibuatnya.

“aik...,nape MM cam badmood je?”, cin membuka topik.

Kijiya menarik muka seposen bila cin melayan MM.

“MM rindu Makteh lah, lama tak nampak Makteh join dengan kitaorang, dia tak rindu kita ke?”, rungut MM.

“Alahai MM janganlah merajuk, maktek mungkin sibuk kut, tuh yang tak boleh selalu join kita kat sini”, cin memujuk MM sambil menjeling kat kiji.

“Haha..., Makteh tu janda aku lah MM.”, dengan bangganya Kiji menepuk dadanya, membuat hati cin terluka dah mula tunjuk muka mencuka, dah mula merajuk cin dibuat kiji.

“Erk... sejak bila plak makteh jadi janda kau nih kiji, cakap tuh elok2 sikitlah, balas MM.

“Alah MM, aku gurau jelah, yang MM marah sangat tuh nape ?, janganlah tension sangat”, balas kijiya.

“Macam mana aku tak tension ?, aku tanya baik2, kau jawap dengan jawapan yang memang dah giler”, MM dah tak sabar dengan perangai yang selalu main kan perasaan orang lain.

“Oppssss....sorry MM, kalau kiji dah terlalu terbabas dengan gurauan yang kiji buat”, balas kiji dengan wajah yang muram tapi masih lagi dengan wajah yang kacak selalu.

“Woi !....,apa bising-bising ni?, aku nak study pun tak boleh!, korang nih asyik bising jeh.”, marah zack bila suasana kat GK dipenuhi dengan pelbagai jenis suara.

“kalau kau tak suka dengar kitorang bising..,,kau  sumbatlah telinga kau dengan kapas zack oiii !”, selamba eddie menyuarakan pendapatnya. Semua ketawa melihat gelagat zack menarik muka apabila diperli oleh eddie. Zack segera menyusun langkahnya dan terus masuk ke dalam bilik.

“Zack ni tak habis-habis dengan emo dia, dah datang bulan ke dia tuh?”, tanya ridz dengan muka seriusnya.

“Tak lah  ridz., .kan memang zack  tuh tak suka suasana bising-bising camni.., sabo je lah ridz oii !”,  giliran anon pula bersuara.

Ciku datang sambil membawa peralatan mekapnya. “hai all ! borak apa ni?. Serius nampak.., sampai hati tak ajak ciku pun..” ciku membuat muka seposennya.

“Alaa...,,kitorang tengah cakap pasal ciku lah nih, sejak bila ciku tukar nama dan jantina nih sampai nama boleh jadi Siti Nora Che Ku ???” sinis wak.  Orang lain hanya mampu ketawa mendengar wak memerli ciku.

“Ini zee punya pasallah buat ciku jadi shemale”, balas ciku.

“Alah ciku nih, zee bukan sengaja pun, lagipun ciku kan memang suka nak jadi shemale, apa lah yang bagus sangat tuh ciku nak jadi shemale, kan bagus jadi jejaka tampan kat gk nih, tak lah kitaorang semua kat sini jadi keliru tentang status ciku, tak apalah ngan kitaorang semua, tapi kasihan dengan orang baru kat sini, asyik terkeliru dengan gender ciku. Minat sangat nak bawa alat mekap (just smilies only).

“Hei korang ! ada nampak zee tak?,  Shimu dah rindu lah”, tanya jay sambil mencari orang yang disayanginya.

“Zee ada kat tepi radio tu hah., .zee tengah tunggu lagu dia diputarkan oleh PTN ”, Balas benz sambil memuncungkan mulutnya ke arah zee. Shimu mengatur langkahnya dan duduk di sebelah zee.

“Bosan lah malam nih!”, iema menunjukkan reaksi bosannya tetapi pantas dipujuk oleh lelaki malaya GK iaitu lemang dan bersatu.

“Apa kata kita main pilih-pilih pasangan ?”, cadang das, nak tak korang semua.

Budak-budak GK mengangguk tanda setuju dengan cadangan das.

“Tapi zee tak nak masuk campur dengan korang semua yer, balas zee.

“Alah zee !, nape pulak zee tak nak masuk dengan kitaorang nih”, usik dayang.

Hish2 korang nih, zee tak nak, janganlah paksa lagipun itu semua kan permainan budak kecik jer, zee kan dah tua, tak padan nak main pasang-pasangan nih, biar zee dengan shimu je kat sini sambil dengar lagu, sambil menjeling ke arah shimu, betul tak shimu.

Shimu hanya mengangguk tanda setuju.

“Alah zee nih, kitaorang tahulah, nape zee tak nak ?”, usik lex.

“lex pilih dodol manis ok !, kan dodol sayang?” lex membuat muka gatalnya.

“das ngan iema.. hehe.”

“Den macam biasalah,..dah tentu semestinya dengan buat hati den, siapa lagi kalau bukan cin.”, balas kijiya dengan manja.

“Ridz dengan MggM ok tak !”, balas ridz.

“MM dengan Makteh walaupun Makteh takde.”, usik amir.

“Siapa kata makteh tak ada”, dengan pantas makteh bersuara tanda protes.

“Benji dengan shahirah my darling”, benji pun tak nak ketinggalan nak ambil bahagian.

“Anon dengan heliza helmi.. hahaha .” jerit anon dari belakang.

“Perasan betul lah anon tuh.”. Kata wak dengan muka jelesnya.

“Muez dengan eyra,boleh tak ?”,  tanya muez sambil mengangkat keningnya kepada eyra.

“Eyra okey jeh kalo dengan muez.”, balas eyra membuatkan hati muez makin tidak menentu.

“Ewan pilih dua orang boleh?,  Dila ngan zalia??” tanya ewan pula.

“Alah ewan ni.,.pilih sorang dah lah, tamak betul !” kata zalia sambil berpeluk tubuh membelakangkan ewan.

“Ewan tuh macam ditelan mati emak, diluah mati bapa lah zalia., .dia konfius nak pilih siapa.” Terang dayang yang sememangnya mengerti perasaan sahabat baiknya iaitu ewan.

“Benz plak pilih dayang”, “eddie pun pilih dayang jugak!” sampuk eddie.

“lori dengan sape plak?” tanya masyi.

“Lori dengan masyilah, macam mana ok tak?, usik lori.

“lori nak partner ngan cen tapi lex dah tempah..jadi lori takde geng lah nih.” Lori pasrah.

“Lixdo dengan bulan okey tak?”, balas lixdo.

“okey jeh lixdo.bukan betul-betul pun kan? Kata bulan.

Bulan bintang yang bersinar terang, asyiknya lixdo menyanyi bila dia tahu yang pasanganya ada bulan dihatinya.

“Korang !, jangan lupa nadz ngan zamiera tau!” nadz datang dengan muka selambanya.

“emo ngan ratu sentiasa..tak boleh dipisahkan.” Kata emo.

“lonely ngan yaya jela..hihi.” pintas lonely memilih gadis idamannya.

“korang ni macam bebudak lah main chop-chop pasangan..” gelak ujang memecah riuh rumah GK.

“Bunyi macam shopstick jer, amir menyampuk”, sebab dari tadi namanya tak ada dalam senarai sedangkan dia teringin berpasangan dengan lola, gadis idaman di hati.

“Alah amir, kitorang tahu lah kau nak dengan sape, tuh pun jeles, usik lex.

“Nenek, nissa, saku dan loli tak nak main tau..kitorang dah berpunya.. hehe” serentak nenek, nissa, saku dan loli bersuara.

*****

Lagu zee tengah diputarkan oleh PTN. Eddie pula asyik melayan lagu lazy songnya. Sememangnya budak-budak GK mempunyai telatah tersendiri. Takkan kering gusi jika melayan kerenah mereka yang bermacam ragam dari A hingga ke Z, biasalah dah giler dari normal kata PTN.

~ Cinta yang bersemi di rumah GK tersimpan rapi di hati semua.
Persahabatan yang terjalin ini mudah-mudahan kekal hingga ke akhirnya.

~ rakan mudah didapati , tetapi sahabat sukar ditemui . ~
Bak kata pepatah “ sahabat yang ada semasa diperlukan itulah sebenarnya sahabat.”
Inilah kehidupan kami (GGK) yang senantiasa membantu dan menyokong antara satu sama lain.

~ GK THE BEST ~

(IDEA BERSAMA DAYANG DAN CINDERELLA)

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).