Tuesday 31 January 2012

memberi dan menerima

Aku merasa diri kehilangan...
Tanpa tahu apa yang sudah ku temukan
Aku merasa menemukan...
Tanpa tahu apa yang aku cari
Dan aku seperti masih mencari...
Tanpa tahu apa yang sudah hilang...
Terang atau malap simpang yang ku pilih ini, 
itulah takdir yang tertulis untukku. 
Andai bencimu sekadar kata, 
sisipkan sedikit doa agar bahagia menjamah diriku.
 Biarlah perpisahan berkompang...
 asalkan apa yang pernah kita saling menerima 
dan apa yang pernah kita saling memberi,
 tetap kekal bersemadi.
 Percayalah perpisahan ini bakal memberi bahagia lain kepada kita...
Itu harapanku, itu doaku... 
buat kita yang pernah bergelar kekasih...

Friday 27 January 2012

tak usahlah

Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda
tidak sebenar-benarnya mengambil kisah.
Tak usahlah bercakap tentang perasaan,
jika ia tidak berada dalam hati anda.
Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda
berhasrat untuk melukakan hati pasangan anda
Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada
di hati anda untuk berpisah.
Tak usahlah memandang ke matanya
jika anda berbohong kepadanya.
Tak usahlah sebut hello jika kelak anda
mengucapkan selamat tinggal.
Tak usahlah katakan dia satu-satunya,
jika ada orang lain di sisi.
Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci
untuk membukanya kelak.. 

titip satu cinta itu

aku titipkan satu cinta padamu
jangan  hadirkan dulu saat ini
jadikanlah suatu saat nanti
ketika waktunya telah tiba
waktu yang paling tepat..
dengan seseorang yang tepat
yang telah kau persiapkan untuk ku
titip satu cinta itu Ya Allah

Monday 23 January 2012

sebenarnya cinta

"Maafkan saya.. dila, kita terpaksa berpisah".

Ungkapan itulah yang masih tergiang-giang di telinga dila, Kata- kata yang lahir dari mulut kekasih hatinya bagaikan panahan yang menusuk jantung,

"sampai hati sungguh, tergamak kau memutuskan hubungan yang telah kita bina selama ini, apa kau fikir bercinta tu macam melepaskan batuk di tangga ke? tidak ada perasaan langsung..huh!" rungut dila sendirian.

berikan

Tuhan berikan aku cinta
Tuhan berikan aku kasih
Tuhan berikan aku sayang
aku ingin miliki hatinya....

Tuhan berikan aku kekuatan
Tuhan berikan aku keteguhan
Tuhan berikan aku kesempatan
aku ingin mencintai dia setulus hatiku...

Tuhan maafkan aku....
seandainya aku meminta lebih dari segala2nya...
berikanlah apa yang perlu untuk ku...
ku tak ingin meminta lebih dari yang sepatutnya...

kerana ku tahu.....
pemberianMU adalah terbaik buat ku...
untuk ku bisa mengapai cinta itu

ku tahu hati ini
ku tahu cinta ini
bukan milikku
namun izinkan aku untuk meminjamnya...
walau seketika cuma...

ku bahagia andai itu MAHUMU
ku akan bahagia jika itu PEMBERIAN DARIMU...
dan ku ikhlaskan hati ini....
jika itu terbaik buat ku.....

akan ku pujuk hatiku...
sabar...sabar...sabar
duhai hati...cinta itu pasti milikmu....
berilah masa
berilah waktu....
kau akan bisa tersenyum....

Friday 20 January 2012

sahabat dan cinta

Semua sibuk nak belajar subjek cinta, pening dibuat kepala aku, hari2 ada2 je soalan nak Tanya kat aku, macamlah aku nih pakar cinta atau pun ustazah.

“Nape ngan kau bulan ?”.

“Owh kau sepi, biasalah aku dengan dunia ku yang selalu dihujani dengan masalah cinta budak2 zaman sekarang, diorang selalu Tanya aku subjek cinta, macamlah kat sekolah dulu aku amik subjek yang femes tuh”.

Tuesday 10 January 2012

Bukan cinta biasa ~ 6


“Aku tak nak jumpa dia ayah, please !, bagi tahu dia yang aleya tak nak jumpa dia. Kalau boleh aleya tidak ingin jumpa dia untuk selamanya”.

“Tapi aleya, kenapa aleya tak nak jumpa dia ?, ayah rasa dia lelaki yang baik, dia cintakan aleya, dia sanggup tunggu aleya sampai sedarkan diri. Kenapa aleya sanggup buat begini terhadap dia?. Wan dah buat kesalahan yang berat ke sampai aleya tidak mahu bersemuka. Terus terang dengan ayah, apa yang sebenarnya telah berlaku”.

heart trap

Heart trap

Lembut angin sepoi2 bahasa mengajak untuk aku terperangkap sekali dalam cinta, cinta yang ingin aku buang jauh dari hidup ku. Namun sesekali aku terasa sepi tanpanya.


Senja itu selalu menemani  aku duduk di taman kasih ku yang dulu. Mengenang detik pertemuan, mengimbau kenangan pahit memang ingin aku lenyapkan dari pandangan hati ini. Entah kali keberapa hati ini seolah2 memanggil dia kembali agar aku bisa menyentuh cintanya.


Pagi yang indah memberi aku cerita indah n syahdu walau aku sendiri melangkah sekali lagi di destinasi ini.


*****

Saturday 7 January 2012

Bukan cinta biasa ~ 5

Bukan cinta biasa ~ 5


Amboi panjangnya syarat dia bagi kat aku,  aku cuma ada motor tuh je, aku tak ada apa2 pun selain itu. Memang patut pun dia kenakan aku sebab aku memang tak tahu malu, nak juga menagih cintanya.



1). tak nak bercinta
2). lepas kawen, tidur berasing
3). tak nak awak sentuh saya
4). kalau lepas setahun kita tak serasi, kita berpisah
5).lepas kawen, awak jadi tukang masak saya
6).tak nak kongsi bilik air
7). lepas kawen awak boleh panggil saya apa2 je kecuali sayang
8). jangan bagi tahu abah saya yg kite sebenarnya bukan sepasang kekasih

Friday 6 January 2012

Hujan cinta ~ 11

Hujan cinta ~ 11

Azwan daniel merasa sedih bila dikecewakan dengan gadis yang disangkanya baik rupanya diluar je baik tapi didalam jahat. Terkadang dia merasa hampa dengan keputusan yang dibuatnya bila memilih gadis itu dari mona. Apa khabar agaknya mona sekarang nih, dia dah kawen ke ?, berbagai persoalan bermain di fikirannya, seolah menyesali setiap perbuatannya terhadap mona.

Timbul di hatinya untuk mencari mona sekali lagi, teringin dihatinya ingin mengetahui apakah masih cinta kah lagi mona terhadap dirinya.

Hujan cinta ~ 10

Hujan cinta ~ 10

Lain benar suami aku tenung aku, berdebar pulak hati ini, alah kau nih mona dah cair ke, tuh baru je nak tenung belum lagi pegang, dah nak cair, hish ke situ pulak aku fikirkan.

Melihat renungan khusairi asraf yang tajam membuat matanya terpaku seketika, entah kenapa ? saat ini dia merasakan mata khusairi benar-benar telah membuat dirinya alpa. Pelah aku, dah hilang akal agaknya aku ketika ini.

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).