Wednesday 9 November 2011

sahabat

Hargailah bila bersahabat
Sayangilah bila bersama
Maafkanlah bila terluka
Rinduilah bila berjauhan
Fahamilah bila keliru
Nasihatilah bila terleka
& tegurilah bila tersilap

Kerana manisnya bila bersahabat............
Kerana indahnya bila bersahabat.......

Tersimpan luas kenangan
Tersimpan luas kemanisan

Tak perlu merasa kecewa
Tak perlu merasa terluka
Tak perlu merasa rendah diri
Tak perlu merasa terpinggir

Kerana sabahat itu punya segalanya
Kerana sahabat itu punya pengertian

Tidak akan sekali berpaling

Walau terkadang ada luka di hati
Walau terkadang ada senyum dalam duka

Sahabat sejati sentiasa ada bila kita memerlukannya
Sahabat sejati sentiasa ada membimbing

Memahami , punya pengertian
Mengajak kita ke arah kebaikan
Melarang kita ke arah kejahatan

Sentiasa memberi ingatan tentang siapa kita
Sentiasa memberi dorongan bila kita terjatuh
Bangunlah sahabat
Ingatlah siapa diri kita
Ingatlah matlamat kita

Kita untuk siapa
Siapa kita sebenarnya

Nawaitu yang suci
Melahirkan sahabat sejati
Secebis KASIH membuat kita SAYANG
Seucap JANJI membuat kita PERCAYA
Sekecil LUKA membuat kita KECEWA
tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA~~~

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).