Saturday 12 November 2011

3 budak comel

“zee ! cepatlah bersiap tuh, macam nak kawen je di buatnya”, wan dah penat menunggu tapi zee belum ada tanda-tandan nak keluar dari bilik.

“Sabarlah wan”. Balas zee .

“Apalah kau nih zee lambat sangat nak bersiap, aku kira sampai 10 kalau tak siap, aku nak chaw dulu le . Wan dah mula mengira 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 dah ke zee”, wan nak baliklah kalau cam nih.

“Ish2 kau nih wan tak boleh bawak bersabar”. Usik zee.

“Penatlah zee nak tunggu kau nih macam tuan puteri je”, balas wan.

“Okay2, jom lah kita bertolak, zee nak bagi tahu mak dulu, kita nak pergi jalan2”.

“Mak ooo mak zee nak keluar dulu”.

“Uit zee tak boleh ke cakap slow2, kau tuh perempuan cakaplah lemah lembut macam yaya “, usik wan.

“Huhu...asyik yaya je, tak ada nama lain ke, aku tahulah dia tuh awek kau, tak payahlah nak puji lebih2, malas nak layan wan nih buat sakit hati je”.

“Alahai zee  nih cepat sangat merajuk, meh aku belanja ais kerim vanila”, usik wan.

“Tak mahulah, zee tak ada selera nak makan ais kerim”.

“Dah mula lah tuh merajuk, tak comel lah kalau zee majuk2 nih, usik wan lagi.

“Biarlah zee tak comel,” balas zee.

“Korang berdua tuh nape lambat sangat dah lama aku tunggu”. Sergah erroshi.

“Tuan puteri kita nih yang wat lambatlah erroshi, macamlah kau tak tahu  ngan zee kita nih kalau dah bermekap memang tak boleh cepat2, tapi wan hairanlah napelah lama sangat mekap tuh zee tapi tak juga putih2 muka  tuh yer zee”. Usik wan sambil menjeling.

“Nak libas ngan wan nih, ada2 jelah wat cite, dah memang begitu muka aku, aku nak wat camne lagi”, balas zee.

“Janganlah usik zee tuh lah wan, korang berdua nih tak abis ngan bergaduh”, erroshi kasihan melihat zee bila wan selalu je mengusiknya.

“Hari ini kita nak buat apa erroshi ?, zee dah lupa lah nak buat hari ini”. Tegur zee.

“Alahai zee nih selalu lupa, kan kita dah janji nak tanam pokok hari ini, itu pun dah lupa ke”, usik wan.

“Zee tak tanya kat wan, pasan sangat, zee tanya kt erroshi lah”,” zee buat muka masam je sambil menjeling kat wan.

“Alah zee nih selalu buat muka cam tuh, memang patut pun tak terang sangat muka tuh”, wan dah mula menyakat zee.

“Apa kena mengena ngan muka aku nih wan, biarlah muka zee cam nih, yang penting aku tak susahkan siapa2 pun”. Zee merasa hampa dengan sikap wan terhadapnya,  macamlah gelap tuh buruk sangat.

“Zee dan wan nih tak boleh nak berdamai ke, selalu je bergaduh kalau cam nih lah keadaan korang berdua nih tak siap kerja kita nak buat,” errosshi dah mula naik angin bila melihat zee dan wan asyik bertekak sepanjang masa.

“Tuhlah wan, erroshi dah mula naik angin tuh,” apa lagi zee pun ketuk kepala wan ngan kayu.

“Sakitlah zee, nih zee punya pasallah, tiada kena mengena ngan wan”, saja wan nak mengenakan zee.

“Hish2 korang berdua nih, tak habis2 lagi ke, wan pergi ambil cangkul tuh, hang pulak zee tolong wan buat kerja tuh nanti kita  tanam  pokok persahabatan kita nih”. Erroshi dah mula memberi arahan macam ketua polis lagaknya.

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada



“Tanya sama pokok apa sebab goyang”, wan dah mula menyanyi dan yang lucunya zee pun turut sama menyanyi “Jawab angin yang goncang ,Terbang burung terbang  Patah sayap diduga Seandainya rebah Kau masih ada,” terbatuk2 zee dibuatnya apa tidaknya picing dah lari.

“Korang berdua nih buat kerja ke atau nak masuk pertandingan menyanyi, ”usik erroshi.

“Hihihi.....kita nyanyi je lah, kan wan kan”. Balas zee.

“Yelah erroshi, kami berdua nih suka2 je nak test suara, suara sape yang paling merdu”.

“Yelah tuh wan , nyanyi apanya kalau  picing dah lari,” hahaha.... usik erroshi lagi.

Membuat zee dan wan tersenyum malu, apa tidaknya suara diorang berdua memang teruk sangat.

“Wan ambik pokok tuh, meh bawak kat zee,” zee tak sabar nak menanam pokok persahabatan mereka .

“Semoga dengan adanya pokok ini dapatlah lagi kita eratkan persahabatan kita, walaupun nanti kita terpisah, kita akan tetap ingat tempat ini, tempat yang mempunyai banyak seribu makna untuk kita bertiga”, erroshi memberi kata2 semangat buat zee dan wan.

Zee dan wan angguk tanda setuju.

“Korang berdua nih kejap okay, kejap tak okay,” membuat erroshi tersenyum bahagia bila melihat zee dan wan sama berganding bahu membuat kerja.

Wan dan zee sama tersenyum bila melihat erroshi asyik geleng kepala melihat mereka berdua menanam pokok persahabatan mereka.

“Kalau dah siap semuanya, kita makan ais kerim  kat kedai pendekar tanpa nama dulu yer wan dan zee, pelawa erroshi.

“Nak2”,  wan dan zee sama2 angguk tanda setuju dengan cadangan erroshi.

“Korang berdua nih kalau nak makan ais kerim memang the number one”, usik erroshi.

“Hihihi...mestilah kan zee”, balas wan.

“Yep wan, betul tuh, zee sokong seratus percent ”.

“Alah kau nih zee, ada2 jelah”. Usik erroshi.

“Memang betul mah, tarah bohong mah”, balas zee.

“Cepatlah korang berdua nih, nanti sampai malam baru nak sampai kat kedai ptn tuh, jom cepat zee dan wan, erroshi dah mula membebel bila melihat zee dan wat dah mula main kasih dan sayang.

“Baik boss erroshi, kami berdua menurut perintah”, usik wan.

“Erroshi nanti bila kita dah dewasa, kita masih ingat kat pokok tuh lagi tak, kalau zee ada masa bolehlah zee selalu jenguk2 pokok persahabatan kita tuh.” Zee menawarkan diri untuk melihat pokok yang mereka tanam tadi.

“Mestilah zee,  kita kan kawan sejati, mestilah selalu jenguk2 pokok persahabatan kita, walaupun kita dah tua mesti ingat kat pokok kita tuh.” Balas erroshi.

“Yelah zee, tak kan kau abaikan je pokok tuh kalau kau dah besar panjang.” Giliran wan menyampuk.


Zee hanya  mendengar erroshi dan wan memberi kata2 yang bagi dirinya sungguh berharga.

“Cepatlah jalan tuh zee dan wan, jalan macam kura-kura je korang berdua nih.” Usik erroshi.

“Yelah tuh erroshi, kami berdua je yang selalu kena tegur.” Balas zee.

“Hihihi.... dah terbiasa ngan korang berdua nih, dah memang betul pun korang berdua tuh selalu lambat berjalan macam datuk dan datin je.” Erroshi sengaja menyakat sahabatnya tuh, dalam hati tergelak pun ada, aku nih nakal juga.

“Jom ! cepat2 kita balik nanti emak dan abah marah kita lagi, nanti terkena babap kat punggung kita nanti, wan sahaja nak menyindir zee, yang selalu kena babap oleh abah,” (tuh abah  zee bukan abah wan yer kawan2 semua).

“Elok2 cakap tuh wan, kau nak nyindir aku kan wan kan”, balas zee.

“Tak ada maknanya nak sindir kau nih zee,” sambil menjeling tajam kat zee yang dah mula tajam mulutnya macam ayam jantan tercabut ekornya.

“Yelah tuh wan, macamlah aku tak tahu perangai kau tuh memang suka nak kenakan aku, nanti zee libas baru tahu, nak tak wan, kalau nak jom kita mula.”  Apa lagi zee dah mula buka langkah kanan.

“Hish2 korang berdua nih, sudah2lah tuh, kalau dah memang budak kecik tuh, memang tak boleh nak dengar cakap, asyik main je tak tentu pasal”. Erroshi dah masak dengan perangai mereka berdua tuh.

“hahaha.....tuhlah wan, erroshi dah mula bising tuh, nih kau punya pasal lah nih buat erroshi kita tuh membebel semacam je, memanglah kita nih kan masih budak kecik lagi kan wan kan wan.” Balas zee.

Erroshi hanya mampu mengelengkan kepala tanda mengalah, tak tahu nak buat macam mana lagi ngan mereka berdua tuh, dah tak ada idea lagi nak kenakalan diorang berdua nih.

“Erroshi tunggulah wan ngan zee nih, tak kan dah merajuk kut,” usik wan.

“Merajuk apanya, erroshi nih bukan macam korang berdua tuh, suka merajuk tak kena tempat,” erroshi sekali mengusik wan dan zee.

“Wan jom kita lumba lari, siapa lambat dia kena belanja kita makan ais kerim,” zee sengaja nak mengusik wan, sebab wan kalau bab lumba lari nih memang lambat sikit.

“Tak nak lah zee, wan dah penat seharian tanam pokok kita tuh, hari nih wan tak nak lumba lari,” wan sengaja memberi alasan nak bertanding, macam tak ada idea lain, asyik lumba lari je, dahlah aku tak reti nak kalahkan dia, bab tuh lagi dia nak kenakan aku, huhu macam gaya lelaki je lah zee nih.

“Alah wan nih, cakap jelah yang wan  takut  ngan zee.”

“Mana de takut ngan zee, saja je wan tak nak sebab takut nanti ada yang jatuh tak boleh nak bangun”. Usik wan.

“Yelah tuh wan,” belum sempat zee nak lari, wan dah mulakan langkah dulu, membuat zee geram sebab wan dah dapat kenakan dia dulu.

“Weksssss wan, awas yer wan nanti zee libas , nanti zee dapat wan, baru padan muka”.

“Hish korang berdua nih, ada2 jelah tak penat ke asyik bertekak je.” Usik erroshi.

Beginilah ragam sahabatnya,  memang kalau dah berjumpa, tak boleh nak duduk diam, ada2 je diorang nak buat.

****

Hari ini dan esok pasti ada2 je cerita antara mereka bertiga, memang manisnya persahabatan yang mereka bina selama ini.


Tiada mutiara sebening cinta..
Tiada sutra sehalus kasih & sayang..
Tiada embun sesuci ketulusan hati..
Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukan
MATEMATIK yang dapat dihitung nilainya..
EKONOMI yang mengharapkan material..
Tetapi
Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa..


Persahabatan adalah hal yang sangat indah dalam kehidupan. Kerana melalui itu kita boleh menemukan orang yang boleh mengerti kita selain keluarga. Yang selalu ada ketika merasa kesulitan, selalu ada ketika kita sedang mempunyai masalah, dan selalu ada di saat kita memerlukannya. 


Sahabat juga merupakan orang terdekat bagi kita, bahkan mungkin saudara juga bagi kita. Oleh kerana itu peliharalah persahabatan agar berpanjangan hingga ke akhir hayat.

TAMAT






No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).