Tuesday 15 November 2011

hujan cinta ~ 1

Tahu2 je lah bila KLMJ, mesti hujan turun kan...? Yelah hujan rintis2 membasahi pipi. Tapi aku dah tepu. Patah hati, jiwa kacau, tsunami kasih, kurang kasih sayang. Semua dah aku rasa dan sekarang aku lebih tabah dari sebelumnya.  Yang tak best pulak, aku seakan Philophobia bila berbicara tentang hujan, maklumlah itu kenangan yang ingin aku lupakan. Bila hujan datang seakan cinta itu mengejek aku untuk jatuh cinta lagi. Tapi itu semua mustahil untuk aku jatuh cinta untuk kedua kalinya.

Ramai kata aku kuat. Tapi ini semua adalah mentality, kita bermain dalam games of love. You don't wanna get hurt, so don't bother to fall in love. But of course, u don't fall in love, u'll never know how it feel. Some love will give you sweet memories no matter how it end up. Some not. What it has to do with RAIN...?. Senangnya berkata namun bila melaksanakannya amatlah susah.

Cik2 ! , hujan dah berhenti ! cik tak nak bertolak lagi ke , kejap LRT dah nak bertolak, suara lembut menegur aku, bila seketika aku mengelamun tentang hari2 yang ku lalui.

“Terima kasih encik, maaf kerana menganggu, aku pun berlalu tanpa melihat seketika wajah lelaki itu, mungkin lelaki itu akan berkata dalam hatinya, wah ! sombongnya gadis ini, biarlah dia berkata sedemikian kerana aku tak pernah ambil tahu pun apa orang lain kata, yang penting aku tak pernah nak kacau orang.

Akhirnya sampai juga aku ke destinasi yang ingin ku tuju, dah setahun aku tak datang ke tempat ini. Tempat yang telah menyimpan seribu satu malam yang meninggalkan manis dan pahitnya cinta. Bila difikirkan semula, sesungguhnya aku tidak pernah menyalahkan dirinya bila dia meninggalkan diri ini, aku malah bersyukur disebabkan dirinya aku semakin tabah menghadapi hari2 yang mendatang walau seketika aku takut untuk jatuh cinta lagi.

“Janganlah dikenang cerita lama, terdengar seketika suara lembut menyapa hati aku ketika ini, semakin hati ini merasa hairan kerana suara itu seakan tahu apa yang tersirat dihati ini, mungkin perasaan aku je ketika ini, maklumlah suasana sunyi sepi ketika ini seolah-olah aku ditemani oleh seseorang yang ingin memujuk hati ini agar melupakan segala-galanya.
*****

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).