Saturday 30 June 2012

dan, kerana Allah bersabarlah


Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah…

bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah..
dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah…

dan kerana Allah, maka bersabarlah..

tiada ketentuan yang sia-sia.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.

Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

Thursday 28 June 2012

Puteri hatiku ~ 3



Resah hati bila mendengar khabar dia telah ditunangkan, entah siapa gerangan pemuda itu, dia mengeleng kepala dan mengeluh bila soal jodoh
sekali lagi bukan terletak di tangannnya sendiri.

Tahun ini adalah tahun terakhir buat dirinya yang akan mengambil peperiksaan STPM. Dia mengharap dengan perkhabaran pertunangannya tidak
akan menjejaskan prestasi pelajarannya.

"Uit Tuan Puteri kesmua dewi termenung nampak, terkenang buah hati ke ?." Usik Hanisah.

""Entahlah nisah, aku tengah bengang ni bila memikirkan masalah aku ni, aku belum habis belajar dah kena tunang. Esok-esok aku pulak di paksa
kahwen. Ni dah kes dera perasaan je dibuatnya."

"Okay lah tuh." Usik nisah.

" Biar betul nisah, aku ni kan masih belajar lagi, mana mungkin aku nak bertunang dengan lelaki yang asal usulnya aku tak tahu." Balas puteri.

"Baru je bertunang bukannya nak kahwen dah kelam kabut." Usik nisah.

"Amboi nisah, senang je kau nak cakap, yang bertunang tu aku bukan kau. Manalah kau tahu perasaan aku sekarang ini." Puteri mula
merasa geram diatas sikap nisah terhadapnya."

"Releklah kawan, bawalah berbincang dengan mak kau tentang masalah ini, dari kau fikir yang bukan-bukan hanya menambah
resah hati kau je tu. Lagipun lelaki yang dah jadi tunang kau tuh, mak kau kenalkan , maknanya pilihan orang tua kau tu memang yang baik
untuk kau."

"Kau ni nisah, macam berpihak pada mak aku je ni, aku suruh kau tolongkan selesaikan masalah aku bukannya suruh aku terima je bulat-bulat
pertunangan aku tu. Entah lelaki tu hodoh macam putera katak."


"Hahahaha....." tergelak nisah bila mendengar kata-kata kawan baiknya.

"Uittt nisah, gelak bukan main lagi, kau sindir aku ye nisah."

"Tahu tak apa." Balas nisah.

Puteri hanya mampu berserah pada Tuhan, semoga apa yang dilaluinya adalah terbaik buat dirinya.







Empunya Cinta



Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya.

Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga kerana telah ditetapkan oleh Nya.

Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insan. Tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung.

Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya.

Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan.

Jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta. Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta.

Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah. Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan.

Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah. Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Meraih cintaNya adalah jalan untuk kita menuju kebahagian yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

InsyaAllah dengan mendekati cintaNya, kita bisa meraih bahagia dengan penuh kasih dan sayang.

Yakinlah :

ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA,
 yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa."

Tuesday 26 June 2012

Dihatimu


Kau tetap dihatiku



Aku tidak marah
Aku tidak cemburu
kerana kamu bukan hakku

Kadang-kadang  kelemahanku
Sungguh senang untuk jatuh cinta
Sungguh senang untuk dilukai...

Saat ini ada cinta dihatiku untukmu
Ku teringin agar kau tahu
Didalam hati ini ada namamu 
Namun aku hanya mampu mencintaimu
dalam diamku...

Ku tahu dirimu bukan untukku
ku tahu dirimu bukan milikku
Namun kau tetap dihatiku....

Thursday 21 June 2012

Tanpa



Aku tanpa cintamu
bukanlah yang ku mahu...

Aku tanpa kehadiranmu
bukanlah yang ku relakan...

Aku tanpa kata-kata cintamu
bukanlah yang ku pinta hadir dari hatimu....

Namun percayalah mengenal mu sesuatu yang tak mungkin
aku sesalkan......

Hanya mampu merancang


Wednesday 20 June 2012

Menerima CintaNya, KasihNya & SayangNya



Jika cinta tiada dihatinya
usahlah menagih
biarlah ia pergi dengan relanya....

Jika sayang tiada dihatinya
usahlah menangisinya
biarlah ia pergi dengan mahunya

Jika kasih tiada dihatinya
usahlah dinanti
biarlah ia pergi tanpa dpinta

Tunggulah CintaNya, KasihNya  &  SayangNya
yang selalu ada di kala suka dan suka...

Belajarlah mengingatiNya
Belajarlah merinduiNya
InsyaAllah pasti CintaNya, KasihNya & SayangNya
Tersenyum melihat kita yang selalu merinduiNya....

Tuesday 19 June 2012

Biarlah hati itu mati tanpa saksi

Berlarilah….
Kemana mahu mu
Sesuka hatimu
Pergilah…
Terbang sebebas nya
Jangan lagi sembunyi diri
Jangan lagi menjauh pergi
Yang kau bina dengan derita
Kerana 'cinta' kita 

Sunday 17 June 2012

CINTA SUCI TANPA RACUN



YAKINLAH ALLAH ITU INDAH DAN CINTA PADA KEINDAHAN - tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri. Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.

Allah maha mengetahui dan maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.

Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam syurga. Ketika itu benarlah ungkapan "ku nantikan kau di pintu syurga." Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta ! Cinta Nabi Adam dan Siti Hawa. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Tertolak segala racun dan fitnah. Ya, jangan tunggu si dia di pintu neraka kerana di sana tidak ada cinta. Na'uzubillah.

Kata lagu lama, " Rasa cinta pasti ada.... pada makhluk yang bernyawa." Itu betul. Tetapi "Sejak lama sampai kini....tetap suci dan abadi." Itu belum tentu. Sebabnya ? Cinta pada masa kini, banyak yang tak suci lagi, apa lagi untuk abadi...Cinta yang abadi hanya ada di syurga.

P/S Gapailah n raihlah cinta itu di syurga. Jangan pernah merasa kecewa kerana putus cinta sebab ada cinta menunggu kita di sana (Syurga). ~ yg ni idea dari admin Cinta Puisi DI HATI


Di taip semula oleh admin Cinta Puisi DIHATI

Hasil karya oleh Pahrol Mohd Juoi ~ Tentang CINTA ~

Saturday 16 June 2012

Rahsia Kentut (Buang Angin)


Tentu korang semua dah borink dengan puisi-puisi cinta dan cerita cinta, jom layan entri ini , benar atau tidak itu terpulang pada seseorang yang penting baca jangan tak baca, tidak rugipun...:)

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

Friday 15 June 2012

ajarkan aku


Ajarkan aku cara Merayumu,
agar Engkau tak jemu dengan sikapku....

Ajarkan aku  cara menyayangimu, 
agar Engkau tak ingin tinggalkan aku..... 

Ajarkan  aku cara mencintaimu,
agar aku tetap Singgah Dihatimu. 

Aku Mencintaimu ... 
Namun Aku Tak Tahu Cara Untuk Ungkapkannya.....

Sudilah kiranya,
ajarkan aku semua itu
agar cinta bisa aku ungkapkan buat dirimu..... 

Thursday 14 June 2012

sakitnya memang sakit



berulang kali kau sakiti
sedangkan aku punya hati
yang tak ingin luka selalu...

ku harus pergi
ku harus tinggalkan kamu
walau sakit
memang sakit
sakitnya.........

Hujan Cinta ~ 15 ( Ending )


"Abang ada sesuatu nak cakap ni, harap sayang tak marah kat abang." Khusairi memulakan bicara bila tinggal mereka berdua dibilik yang
dihiasi cantik oleh isteri kesayangannya.

"Abang ceritalah, mona tak akan marah pun, buat apa nak marah-marah tak tentu pasal". Balas Mona.

"Betul nih tak marah. nanti sayang libas abang ketat-ketat, susahlah nanti abang." Usik khusairi.

Mona pun turut tersenyum mendengar usikan manja suaminya.

Tuesday 12 June 2012

andainya



Andainya engkau tahu
memandang mu tidaklah dosa
maka aku akan terus memandang mu..

Andainya rindu ini adalah halal
maka aku akan menghubungimu hingga berjam-jam
dan meminta mu untuk datang menemuiku..

Monday 11 June 2012

Jangan sedih

PERCAYA TAK KITA? Ketika Allah merindui hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Sunday 10 June 2012

Aku cuma wanita



Aku cuma wanita…
Wanita yang mencintai mu…
wanita yang merindukan mu lewat dawai-dawai rindu ku..
Wanita Yang hanya bisa memandangmu..
WALAU…hanya lewat mimpi ku…
KERANA....
BAGI ku…kau jauh TAK TERSENTUH..




Saturday 9 June 2012

Sahabat




INDAHNYA DUNIA HANYA SEMENTARA,

INDAHNYA CINTA HANYA SEKETIKA,

INDAHNYA MIMPI KADANG TAK PASTI,

TETAPI INDAHNYA PERSAHABATAN,

SUKAR DICARI GANTI,

KENAL TAK LAMA TAPI MESRA,

HATI TAK CINTA TAPI RINDU,

KASIH TAK LAMA TAPI KEKAL,

SAYANG TAK SELALU TAPI BERPANJANGAN,

DOAKU SEMOGA UKHUWWAH INI KEKAL SELAMANYA,

AMEEN YA RABBAL ALAMIN....


Hidup Berdiri Atas Cinta


Jika diukir dengan segala bahasa
Cinta itu masih tiada sastera buatnya,
Jika dilukis dengan segala warna,
Cinta itu masih tiada citra baginya..

Wednesday 6 June 2012

Jodoh




Apapun yang berkaitan dengan rezeki (termasuk jodoh), jangan diletakkan di hati! "Tapi  serahkan pada اَللّÙ‡ُ.."

A : "Sakura, mahu nikah ya ?"
S : "Insya اَللّÙ‡ُ mahu lah.. Kan sunnah Rasulullah.."
A : "Dah pny calon?"
S : "Alhmdulillah sudah, kan sudah ditulis oleh اَللّÙ‡ُ"
A : "Siapa dia?"
S : "Insya اَللّÙ‡ُ dia adalah lelaki pilihan اَللّÙ‡ُ"
A : "Mengapa mahu nikah dengan dia?"
S : "Insya اَللّÙ‡ُ memilih dia kerana اَللّÙ‡ُ"
A : "Bagaimana bisa berjumpa dengannya?"
S : "Yakin saja,اَللّÙ‡ُ punya cara yang tak pernah kita duga. Percaya saja dengan اَللّÙ‡ُ "...
 A: "Lah,  kalau macam tu bila nak nikahnya?"
S : "hmm.. اَللّÙ‡ُ Maha Tahu bila dan waktu yang tepat dan terbaik"
A : "Kalau macam tuh bila nak bertemu?"
S : "Tenang... Masih di bumi اَللّÙ‡ُ , kalau tidak bertemu  di dunia, Insya اَللّÙ‡ُ di syurganya اَللّÙ‡ُ "
A : "Jadi..."
S : "Serahkan pada اَللّÙ‡ُ, niatkan untuk  mengapai redhaNya semata-mata, dan Insya اَللّÙ‡ُ semua akan terlaksana jua ! ^_^"

P/S ~ A for Ace
       ~ S for Sakura
Mengapai dirimu dihatiku sesuatu yang bermakna buat diriku...

Lelaki dihatiku


Lelaki dihatiku
Ku tahu aku sering menduga hatimu
Ku tahu aku sering menduga cintamu
Ku tahu aku sering mengetuk pintu hatimu
Ku tahu aku sering merajuk keranamu
Ku tahu aku sering bermanja denganmu...

tetapi percayalah dirimu cukup berharga buat diriku
tetapi percayalah dirimu amat ku cintai
tetapi percayalah dirimu amat bermakna buat diriku

Lelaki dihatiku
Ku tahu aku bukanlah terbaik buat dirimu
Ku tahu aku bukanlah pertama mengetuk cinta dihatimu
namun percayalah aku cuba menjadi wanita yang terindah dihatimu..

Senyuman

Kita akan tersenyum disebabkan oleh kebahagian yang kita rasakan. Tetapi kita juga

boleh bahagia disebabkan oleh senyuman yang kita hadirkan.

Senyumlah agar kesusahan pergi meninggalkan kita. Atau dampinglah orang yang

banyak tersenyum, kerana senyuman dan kebahagian itu saling berkait antara satu sama

lain.

Tuesday 5 June 2012

suatu saat


Bila aku salah,
Tegur aku..
Bila aku melencong,
Luruskan jalanku..

telah ku

telah ku tinggalkan
cemburu di kamar hatiku

telah ku hanyutkan
airmata yang mengalir dari mataku
di sudut hati ku...

Sunday 3 June 2012

Bagaimana Mencintai Secara High Class


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.

Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.

Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.

Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

- Artikel iluvislam.com

Ditulis oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. Beliau merupakan penulis novel tauhid. Terbaru beliau menghasilkan novel Sebarkan CintaMu terbitan PTS. Beliau juga menulis di http://sebarkanbahagia.blogspot.com

Friday 1 June 2012

definisi cinta



Kelmarin en Tunang bertanya " sudah ada ke perasaan cinta dalam hati?" 

Cik CINTA menjawab..

C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tidak melanggar batas agama

I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama

N- Nikah didahulukan sebagai pembuka gerbang kebahagiaan

T- Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang sesama.

A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga. 

En.Tunang tersenyum mendengar jawapan dari tunangnya .....Cik Cinta

P/S Cinta pasti ada pada hati yang selalu menerimanya....

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).