Wednesday 30 November 2011

lepaskan hati ini pergi

Lepaskan hati ini pergi
Walau untuk seketika
Aku relakan ia pergi
Kerana aku tiada di hatimu
Untuk Selamanya...

Lepaskan hati ini pergi
Jika itu dapat membahagiakanmu
Aku relakan
Walau berat hati untuk melepaskannya....

Lepaskan hati ini pergi
Jika itu dapat melepaskan derita
Yang bermukim di hati


Mengapa perlu disimpan
Jika hanya menambah
Derita untuk selamanya....

Lepaskan hati ini pergi
Jika itu dapat menghapus airmata
Di hati ini...
Mengapa harus membiarkannya
Mengalir tanpa henti...


Lepaskannya dengan rela hati...
Mengapa perlu mengenggam bara
Jika tangan tak terdaya mengenggamnya
Untuk selamanya......

Lepaskan hati ini pergi
Jika tak mampu bertahan lagi
Biarlah ia pergi

Mengapa perlu menahannya
Jika hati terseksa....


Lepaskanlah hati ini pergi
Untuk selamanya.....

sakit ini

Sakit itu yang aku rasakan
Saat airmata mengalir
Lem but ke pipiku

Saat itu rupanya ku tahu
Ada sesuatu
Yang tak bisa aku katakan

Aku hanya bisa berdiam
Kerana ku rasakan
Itu lebih baik dari
Berterus terang

Tentang apa yang kurasakan....

Untuk saat
Untuk ketika ini
biarkanlah
ia berlalu begitu saja.....

usahlah diingat tentang dia
biarpun bisikan cinta ini
terus memanggil namamu
namun bisikan hati ini
tak bisa meluahkan apa
yang ku rasakan sekarang ini.....

terseksa....
terkecewa....
terpedih....
hanya itu yang mampu ku lakukan....

biarlah aku yang pergi
untuk selamanya....

aku hanya mengejar bayang cinta
kerana bayang cinta tetap akan hilang
bila pagi mendatang
ia akan hilang untuk selamanya........

biarlah aku sakit sendiri
biarlah untuk saat ini.....

kerana cinta tak akan pernah
mengungkap segala-galanya
bila ia tentang hati
hati yang menyinta...................

Sunday 27 November 2011

syurga cinta dari DIA

Dihatiku ada cinta..
dijiwaku ada sayang..

disiangku ada tawa..

dimalamku ada gembira..

dipagiku ada suka..

dipetangku ada ceria..

dalam hidupku ada DIA..
DIA yg Maha ESA...

Dihatiku ada syurga cinta
Syurga cinta dari DIA…
DIA yg Maha ESA..

Di hatiku ada nyanyian cinta
Nyanyian cinta dari DIA…
DIA yg Maha ESA

Walau hati ini luka
Namun air cinta dari DIA…
DIA yg Maha ESA bisa
Melenyapkan beribu kesakitan
Yang bermukim dihati…..

Dihati ku ada ubat
Ubat cinta dari DIA…
DIA yg Maha ESA
Tak kan sakit kerana disirami
Ubat cinta yg mujarab hanya dari DIA..
DIA yg Maha ESA….

Kerana itu aku tidak pernah merasa sendiri
Kerana ada DIA disisiku…
DIA yg Maha ESA…..

KU AKAN SELALU MENANTI CINTA SYURGA DARI DIA…
DIA  YANG MAHA ESA……

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM~~~

hujan cinta ~ 6

“Semalam ada orang datang nak merisik,” ibu memulakan kata bila melihat mona selalu termenung semenjak balik dari bercuti.

“Apa kena mengena ngan mona.” Balas mona bila melihat ibunya sengaja mahu membincangkan perkara yang sememangnya yang tidak disenanginya sejak dulu lagi.

“Haish budak bertuah nih, pura2 dalam perahu pulak dia, ibu cakap elok2, dia pulak tak nak amik tahu.” Penat mulut ibunya bila mengenangkan anak manja nih selalu ambil mudah pasal kawen. Nampaknya dah kempunan dia nak tengok anak perempuannya nak bersanding dengan pilihannya.

“Mona pun cakap yang betul lah nih ibu, mona bukannya nak main2 pasal nih.” Mona dah mula naik angin bila melihat ibunya selalu menyalahkannya.

“Ibu nak Tanya nih ?, kau jawap dengan jujur. Mona tak nak kawen ke, dah ramai kawan2 mona dah kawen, dah anak pun sekarang ini, tak kan mona nak membujang sampai tua.”

“Haish apalah ibu nih, Tanya soalan itu lagi. Mona bukannya tak nak kawen lah ibu. Mungkin belum serunya.” Balas mona.

“Yelah tuh mona, ibu bukannya tak tahu dengan perangai kau tuh, dah lama ibu bersabar nih, kalau nak ikutkan hati ibu nih, hari ini juga ibu nak kawenkan kau dengan pilihan ibu.” Baru lega rasanya bila ibunya dapat melahirkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Kalau asyik diam je dan selalu nak ikutkan rentak hati anaknya, sampai bila lagi dia nak merasakan menantu yang diidamkannya.

Apalah ibu aku nih, awal pagi dah bising, macamlah aku nih tak nak kawen Cuma aku tak nak lagi sekarang ini. Kalau setiap harilah ibu aku nih nak mendesak aku, memang hari2 aku tension dibuatnya.

“oiii mona ! yang kau diam je kat situ, kenapa ? kau setuju tak kalau ibu kawenkan kau ngan pilihan hati ibu nih”. Ibunya dah mulakan rancangannya nak menjodohkannya dengan anak kawan baiknya sejak sekolah lagi.

“Biar mona fikir dulu lah bu, nanti mona bagitahu keputusaanya dalam seminggu dua nih, boleh tak ibu.” Mona dah mula malas melayan kerenah ibunya yang selalu mendesaknya untuk kawen. Apalah malang nasib aku nih dah putus 
bercinta, nak kawen pun dengan orang yang tidak dikenalinya. Adakah dia bernasib malang atau bertuah, kata orang; pilihan ibu dan bapa adalah pilihan yang terbaik.

“Baiklah mona, ibu akan tunggu keputusan kau tuh, kalau mona dah fikir sedalam2nya, bagi tahu kat ibu yer, nanti bolehlah ibu buat keputusan untuk kawenkan kau dengan bakal suami kau tuh.” Usik ibu bila melihat anak kesayangan tuh dah mula menjeling.

Mona tidak merasa hairan dengan kelakuan ibunya sebentar tadi. Ibu mana yang tidak gembira dengan kebahagian anaknya jika dapat berkawen dengan pilihan hati sendiri (pilihan ibu tuh terbaik ke, tiba2 timbul keinginan dihatinya nak tahu juga).

Teringat dengan pemuda yang selalu muncul dalam hidupnya, yang selalu mengusik hatinya walaupun dia tahu, dia telah bersikap kejam terhadap pemuda itu. Kenapa tiba2 aku teringat kan dia ?. Hujan itu telah menemukan aku dengan dirinya, apa kah hujan cinta datang lagi.


Semalam mungkin tidak akan sama dengan hari ini, namun mona akan cuba untuk mempertimbangkan kemahuan ibunya, mungkin itu jalan sebaik2nya agar dia terlepas dari memendam rasa sakit hati yang ditanggungnya selama ini. Semoga apa pun keputusannya dapat membahagiakan dirinya dan juga ibunya.





Friday 25 November 2011

pemilik hati ini

bismillahirrahmanirrahim~


entah mengapa ?,


biar ringkas bicaranya,,


seribu kesan di hati..

*****
Sana : “ assalamualaikum”

Sini : “walaikumussalam,

Sana : “ terasa macam nak ckp dgn seseorg,

Sini : “ pasal apa ?” ,

Sana : “sibuk ke?” ,

Sini : “agak2nya.”

Sana : “ok,”

Sini : “Allah ada,”

Sana : “tahu,”

Sini : “Allahlah tempat kita mengadu,”

Sana : ” tahu,” .

Sini : “Allahlah tempat kita mengadu,”

Sana : “Ya baik,”

Sini : “Bangun, malam nih jom g sini”,

Senyap.

Sana : “ Kan bagus kalau awk ade di sini,” .

Sini : “Tak bagus pun,”

Sana : “Kenapa?”

Sini : “Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh,”

Sana : “Bila dekat asyik nak gaduh jer,”.

Tergelak dalam sebak.

Sini : “Rindu sebenarnya,”

Sana : “Kenapa tak cakap?”

Sini : “Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi,”

Sana : senyap.

Sini : senyap.

Sana : “ ujian apa tuh ?”

Sini : “ ujian hati kita berdua

Sana : “ nape ngn hati kita ?”

Sini : “ hati nih bukan milik kita”

Sana : “tahu”

Sini : “kalau tahu kita serahkan hati ini kepada pemiliknya”

Sana : “tahu”

Sini : “moga hati tak berbelah bahagi,”

Sana : “tahu”

Sini : “biarlah Allah menentukan hati nih untuk siapa ?”, kerna Allah lah pemilik hati ini....

Sana : “tahu, saya tak pernah meraguinya”


Sini : “jumpa lagi”

Sana : “yer insyaAllah, jika Allah mengizinkan kita untuk bertemu dalam satu hati yang kukuh”...

Sini : “insyaAllah, berdoalah kita selalu untuk mendapat redhanya”

Sana : “amin”

Sini : “amin”

Tuesday 22 November 2011

7 kali memandangmu

-: Wahai Cinta... Aku Karang Puisi... Sampaikan Ya :--


Pertama kali ku memandangmu...
Rasa hati ini hidup semula...

Dua kali ku memandangmu...
Rasa cinta di hati ini datang semula...

Tiga kali ku memandangmu...
Rasa kasih ini datang semula...

Empat kali ku memandangmu
Bicara hati ini datang semula


Lima kali ku memandangmu
Rasa cemburu di hati ini datang semula

Enam kali ku memandangmu
Rasa rindu di hati ini datang semula

7 kali ku memandangmu
Rasa debaran di hati datang semula

Sah...
Kini aku jatuh cinta...

Selamat datang sayang...
Cinta itu suci...

Saya tak pernah menidakkan kehadiranmu...
Cuma dulu hati ini tak terpanggi untuk bisa hadir di setiap nafas2mu...

Kini...
Segalanya indah...
Rindu...?
Ya... Milik kamu...
Sayang...?
Ya... Milik kamu

Rasanya tiada yang indah melainkan kamu...

Dalam hati ada taman...?
Taman hati ini lagi parah bila bercinta sesama manusia...
Namun aku tidak dapat menghalang akan kehadiranmu...

Namun aku tidak pernah lupa ....
Bahawa
Pemilik taman yang sebenarnya
Adalah
Sang pencipta
Aku Cuma meminjamnya untuk sementara
Oleh itu
Bila masa n waktu ku akan mengembalikannya
Kepada yang berhak.....

*****

P : Puisi atas tu untuk siapa...?

L : Untuk orang...

P : Orang tu siapa...?

L : Adalah...

P : Siapa...? Saya kenal tak...?

L : Kenal sesangat awak...

P : Apaaaaaaaaaaa...? Awak biar betul...? Hati saya tengah panas nie...! Memang hobi awak suka mainkan orang ke?

L : Orang tua-tua cakap... "Tak tahu tanya... Tak faham... Belajar..."

P : Ooooooo... Skang awak nak tuduh saya nie Miss comunicationlah...

L : Payahnya cakap dengan awak sekarang nie...

P : Awak tu yang suka payahkan keadaan...

L : Hurmmm...

P : Kita balik ajalah... Mee goreng nie rasa busuk jer lah...

L : Suka hatilah....

Sunday 20 November 2011

understanding islam ~ 1

Bye Myspace Comments
MyNiceProfile.com

mengerti


Tidak perlu kita mengatakan ya
Tidak perlu kita mnegatakan tidak
Bila hati kita sudah memahaminya
Walau tanpa bicara manis
Walau tanpa bicara sayang

Kita tetap mengerti

Hati ini untuk siapa ?
Cinta ini untuk siapa ?

Perlukah kita mengatakannya
Untuk bisa lebih mencintai
Untuk bisa lebih menyayangi
Untuk bisa lebih mengasihi


Bye Myspace Comments
MyNiceProfile.com

sahabat

bila sahabat kata suka
tak semestinya dia cinta
ini kerana anda teman yg layak utk disuka....

bila sahabat kata cemburu,
tak semestinya dia cinta,
ini kerana anda teman yg hebat bila menjalinkn persahabatan...

bila sahabat kata rindu,
tak semestinya dia cinta,
ini kerana anda teman yg baik bila menjalin ikatan...

ini bermakna saya berhak kata suka kat awak,
cemburu bila awak ketepikan saya &
rindu bila awak lupa pada saya..........

Bye Myspace Comments
MyNiceProfile.com

hidup penuh bermakna

‎* Hidup adalah kesempatan, gunakan itu.
* Hidup adalah keindahan, kagumi itu.
* Hidup adalah mimpi, wujudkan itu.
* Hidup adalah tentangan, hadapi itu.
* Hidup adalah kewajiban, penuhi itu.
* Hidup adalah mahal, jagalah yg itu.
* Hidup adalah kekayaan, simpan itu.
* Hidup adalah kasih, nikmati itu.
* Hidup adalah janji, kecapi itu.
* Hidup adalah kesusahan, atasi itu.
* Hidup adalah nyanyian, nyanyikan itu.
* Hidup adalah perjuangan, perjuangkanlah itu
* Hidup adalah tragedi, hadapi itu.
* Hidup adalah perjuangan, lewati itu.
* Hidup adalah keberuntungan, laksanakan itu.
* Hidup adalah terlalu berharga, jangan rosakkan itu.
* Hidup adalah hidup, berjuanglah untuk itu.


Bye Myspace Comments
MyNiceProfile.com

understanding of jihad


Bye Myspace Comments
MyNiceProfile.com

understanding of islam ~ 2


Bye Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Saturday 19 November 2011

ingin menjadi apa ?

Diam itu emas, tetapi ada saatnya diam tidak selalu emas
Jujur itu baik, tetapi ada saatnya jujur tidak selalu baik
Cinta itu indah, tetapi ada saatnya cinta tidak selalu indah
Mengalah itu lemah, tetapi ada saatnya mengalah tidak selalu lemah

Mimpi itu khayalan, tetapi ada saatnya mimpi tidak selalu khayalan

Dunia itu kejam, tetapi ada saatnya dunia tidak selalu kejam

Kaya itu keinginan, tetapi ada saatnya kaya tidak selalu keinginan

yang pasti semua itu terletak pada hati kita sendiri untuk bisa menjadi seperti apa??

fikir2lah & renung2kanlah~~~~

understanding of hijab

Thursday 17 November 2011

sahabat vs kekasih

bukan ke sudah tersurat ketentuan Tuhan,
aku hanya bisa menjadi sahabat buat dirimu
meski aku telah melewati batas2 persahabatan kita
namun aku pujuk hatiku ini agar bisa menjadi sahabat
dan bukannya menjadi kekasih demi persahabatan kita,
duhai teman tolonglah aku untuk bisa melawan rasa cinta dihati ku ini....

Ya Allah susahnya hambamu ini untuk menjaga sekeping hati.
namun aku cuma insan biasa tak terlepas dari merasa dicintai
tak terlepas dari merasa dikecewakan
namun aku masih percaya itu Cuma dugaan bagi ku
lalu mengapa perlu aku mengeluh
atas setiap apa yang berlaku.....

Wahai hati !
Bangunlah dari tidur lenamu.....
Gapailah
Rebutlah
Lalu sematkan di hati yang paling indah
Bahawa sesungguhnya cinta sahabat n kekasih
Tidak akan mampu menandingi CINTA ILAHI
Namun berilah rahmat-MU
Untuk rasa kasih n sayang ku buat sahabat ku
Semoga kami mampu menjaganya di landasan yang betul
Di paksi yang betul
Untuk selamanya

Wednesday 16 November 2011

bicara ku

Airmata tak akan bisa menghapuskan derita di hati ini, namun ketentuan-Nya tak pernah aku salahkan, aku redha diatas segala2nya walaupun hati ini telah hancur....wah2 sakit sangat ke hingga dah hancur...mestilah sakit kalau tak sakit pe maksudnya tuh...tak kan manis.....nah itulah sepatutnya yang harus kau rasakan kemanisan dalam derita yang kau rasakan.....Ya Allah indahnya ujianmu  seindah namaMU....lalu ku tersenyum untuk kesekian kalinya kerana aku telah membazirkan airmata ku ini hanya kerana CINTA DUSTA sedangkan dihadapan ku telah lama menunggu CINTA YANG HAKIKI yang dapat memimpin langkah ku ke destinasi yang abadi~~~ 

titian

ku berjalan di titian kasihmu
ku berjalan di setiap sayangmu
ku berjalan di setiap kenanganmu
ku berjalan di setiap cerita cinta kita
namun belum ku temui apa yang ingin ku cari
namun belum ku temui apa yang ingin ku inginkan
sedangkan masa itu tidak akan bisa menemani aku disetiap perjalananku ini
namun aku tidak akan mengalah hanya kerana aku telah jatuh di titian yang aku lalui~~~

Tuesday 15 November 2011

benarkah cinta ~ 4

Perlukah aku memikirkan
Perlukah aku mengenangkan
Cerita cinta kita
Sedangkan hanya aku yang mampu memberi
Aku ingin mengakhiri semua itu
Namun aku masih sayang
Namun aku masih cinta padamu
Perlukah aku yang berkorban
Hanya mampu memendam perasaan ini
Atau memutuskan untuk berlalu pergi........
Benarkah cinta ada di hati kita............

“Apa yang kau menungkan tuh wanie, kau ada problem ke, dari tadi aku perhatikan kau termenung je, kalau kau ada masalah, bagitahulah kat aku nih”.


“Tak adalah elise,  biasa lah ngan problem aku nih”. Balas wanie.


“Kau ngan zack macam mana, ada perkembangan terbaru ke”. Elise menduga apa masalah wanie sebenarnya.


“Biasalah aku ngan zack tuh, sekejap baik pastu kejap gaduh lagi, penatlah asyik gaduh je, mungkin aku dengan zack tuh tak serasi kut.” Wanie mengeluh sendirian tanpa di duga hatinya seakan dah tawar hati untuk memperbaiki keadaan. Benarkah cinta masih ada di antara kami.


“Nape lak sampai camtu wanie, kau tak rasa sayang ke nak putuskan cinta korang berdua, tak kan kau dah berputus asa”. Usik elise seakan tak percaya dengan kata2 yang baru je didengarnya.


“Entahlah elise, aku dah buntu nak fikirkan masalah aku ngan zack nih, zack tuh asyik salahkan aku je, kalau aku lambat contact die or tak jawap sms dia, mesti dia naik angin, rimaslah kalau camni.” Keluh wanie.


“Alah wanie, itu baru dugaan namanya, kalau tak diduga camne korang berdua tahu sekuat mana cinta yang ada kat dalam hati korang berdua tuh, janganlah jadi cam aku nih, tak de langsung cinta yang dapat aku gapai, aku nak sangat bercinta nih tapi tak de yang sudi kat aku.”  Usik manja elise kat kawannya yang sentiasa ayu dan menawan, kalaulah zack nak lepaskan wanie, memang dah butalah mata dia tuh, elise tersenyum sendirian membuat wanie bengang dengan perangai kawannya tuh.


“Yelah tuh elise, ada orang nak kat kau tuh tapi kau jual mahal selalu, dia nak kat kau, kau tolak mentah2, cian ikmal tuh.” Giliran wanie mengusik elise.


“Hish mana de, kau nih wanie ada2 jelah, aku ngan ikmal tuh tak ada2 pun, kau je tuh perasan yang ikmal tuh ada hati kat aku nih.” Balas elise.


“Of course lah elise, aku dapat baca dari tingkah laku ikmal tuh bila dia tengok kau, macam dia nak telan kau je tuh”.


Wanie sengaja mengusik elise, membuatkan elise tergelak bila melihat wanie sengaja mempermainkan perasaannya.





hujan cinta ~ 5

“Cik boleh tak kalau saya duduk kat sebelah cik ?”.  Pemuda itu memohon agar bisa menikmati suasana yang indah ketika ini bersama gadis berada didepannya sekarang ini, dah beberapa minggu ini dia teringin sangat untuk mendekati gadis ini. Nampaknua hari ini dia bernasib baik kerna berjumpa dengan gadis yang punya banyak rahsia.

“Ermmm.... duduklah kalau berani”, hish pelah aku nih dah buat perangai lagi, orang dah tegur elok2 tapi aku jawap macam nih pulak.

“Cik nih garanglah, kata nenek saya kalau perempuan suka marah nanti muka tuh cepat berkedut. ” Usik pemuda itu.

“Sukanya akulah kalau muka aku nak berkedut bukannya aku nak kacau orang lain.” Balas mona.

“Hish2 lain jer bunyinya, marah sangat ke cik kat saya nih, ape lah yang dah saya buat kat cik nih sampai marah tak nampak telinga”. Usik pemuda itu.

“Suka hati aku lah nak marah ke, nak ketawa ke, itu hak aku,” mona dah tak tertahan lagi ngan pemuda itu, banyak sangatlah kerenahnya.

“Alamak cik nih suka sangat naik angin, kalau cam nih lah perangai cik, gerenti cik akan jadi andartu.” Usik pemuda itu dengan menjeling manja ke arah mona.

Hujan cinta pun datang lagi menyemarakkan lagi suasana keadaan di antara mereka berdua. Seolah-olah merestukan pertemuaan mereka.

Pemuda itu berusaha lagi dengan memberi senyuman yang paling menawan sekali walapun sekali sekala terkena hujan yang turun. Nasib baiklah kat situ ada tempat berlindung kalau tidak memang dah ada yang terkena hujan cinta.

Pemuda itu mengusik mona sekali lagi dengan kata2 yang pastinya akan membuat hati mona akan teruja bila mendengarnya.

‘Nikmat sungguh bercinta
Masih mampu tersenyum walau kuyup dibasahi hujan
Hati jadi berbunga walau demam ditimpa hujan
Terasa hangat cinta walau menggigil kesejukan
Namun apa kan daya gadis di depan hati sejuk membeku bagai ais di kutub selatan’

‘Bukan salah pelangi andai turun hujan
Bukan salah ombak andai ribut datang
Bukan salah Adam andai Hawa merajuk
Mainan hati kecil memang susah nak pujuk ’

‘Titis air
jangan biar mengalir
belai hati
pujuk ia
ubat luka, rawat hiba
gerimis pergi, datang pelangi
hajat di hati
biar rajukku sekejap cuma.
Semoga ada yang bisa memujuk’

Apalah pemuda ini, asyik bermadah pujangga cinta, macamlah hati ini bisa cair bila mendengarnya.

“So macam mana best tak ngan madah2 yang saya ungkapkan”. Usik pemuda itu.

“Alah madah cam tuh dah banyak saya dengar, tak payahlah nak pujuk saya dengan madah awak yang murah tuh”, hish apalah aku nih kejam sangat kat dia ,kan dia Cuma nak hiburkan hati aku, yang aku terikut2 perasaan aku nih, nape ? dah memang kacau hati aku sekarang ini.




hujan cinta ~ 4

“Cik ooo cik !”, lamunan ku terhenti seketika.

“Yep.....,  aku dalam samar2 mencari suara siapa ke yang selalu menganggu mimpi-mimpi indah yang selalu ku angankan.

“Maaf cik, jika saya selalu menganggu.” Balas pemuda itu.

Pehal lah lelaki ini selalu muncul kat mana2 ku berada.

“Memang pun awak ganggu saya, awak tak ada tempat ke nak pergi, nape selalu ikut kemana saya pergi ?, ada sesuatu ke yang awak nak dari saya”. Mona dah terlanjur berbicara membuat pemuda itu tak menentu.

“Sorry sangat kalau kedatangan saya nih membuat cik tak rasa selesa, saya pergi dulu lah”. Balas pemuda itu.

Aik cepatnya dia pergi, aku tegur sikit pun dah terasa ke, apakah aku terlalu kejam terhadapnya, entahlah, biarkan jelah dia nak pergi., lagipun antara aku dan dia tak ada kaitan pun.

****

Hujan senantiasa mengajarkan aku tentang erti cinta dan kehidupan. Mengajar aku agar lebih tabah. Hujan cinta bulan disember sentiasa jadi rahsia rintik rindu aku dan dia.

Kepada pohon berbunga yang sentiasa basah ketika hujan turun adalah saksi cerita cinta aku dan dia

Tiada yang indah seindah hujan bulan disember walaupun aku ingin menghapusnya dari hati aku ini namun jejak-jejaknya masih ada walaupun telah hilang ketika hujan membasahi bumi ini.

Napelah aku nih selalu memikirkannya, sedangkan hati ini telah bulat untuk tidak mengingatinya lagi. Susahlah macam ini, rupanya aku taklah sekuat mana pun. Mona mengaru kepalanya yang tidak gatal pun.

‘Cinta itu tak terlihat....’. Sedangkan aku sentiasa menutupi hati ini agar bisa melupakannya, memanglah cinta itu tak terlihat oleh mata kasar, sedangkan cinta itu terlihat oleh mata hati kita sendiri. Adesss cinta lagi, sejak kebelakangan ini aku selalu sentimental, asyik nak cinta itu dan ini, kalau begini bila lagi aku nak mulakan cerita baru kalau selalu ingatkan kisah silam yang seharusnya aku lupakan, macam manalah aku nak lupakan tentang dirinya kalau hujan tuh selalu mengingatkan aku kepadanya.

Ketika mata ini tertutup, bayangannya selalu datang menerpa tidur ku yang lena. Ketika aku ingin menemukan seseorang dalam hidupku, sesuatu keindahan yang serupa yang pasti inginkan terkadang terhenti oleh kerana ada sesuatu yang tidak ingin aku lepaskan, sedangkan aku tahu melepaskan sesuatu bukannya jalan akhir dalam percintaan ini.

MENCINTAI…, Bukanlah bagaimana aku melupakan, melainkan bagaimana aku memaafkan, bukanlah bagaimana aku mendengarkan, melainkan bagaimana aku mengerti, bukanlah apa yang aku lihat, melainkan apa yang aku rasakan, bukanlah bagaimana aku melepaskan, melainkan bagaimana aku bertahan. Lebih berbahaya lagi jika aku mencucurkan airmata dalam hati pasti kesannya amat dalam sekali. Sedangkan aku telah pun tahu  dalam urusan cinta, kita akan selalu merasa kecewa namun ada ketikanya kita harus menerimanya walaupun pahit untuk ditelan.

hujan cinta ~ 3

“Hai cik, mengapa duduk termenung kat sini, tidak sejuk ke,” sekali lagi suara itu terasa hangat menusuk hatiku membuat hati ku berdebar2 apa kah tandanya itu. Ku menoleh lalu terpaku melihat insan di hadapan ku adalah insan yang ku temui ketika hujan di LRT.

“Maafkan saya encik, jika kehadiran saya ketika ini menganggu encik, sekejap lagi saya akan pergi dari sini,” hish napelah dengan aku nih, nape aku yang perlu melangkah pergi sedangkan tempat tuh bukan hak milik pemuda itu.


“Maaf cik jika teguran saya tadi membuat cik salah sangka, sebenarnya saya hanya bertanya bukannya niat hendak menghalau cik dari sini.” Pemuda itu seperti terasa dengan kata-kata gadis dihadapannya.

“Tak apa lah encik, lagipun saya nak balik rumah sekarang, kalau encik nak tinggal kat sini, saya tak boleh nak larang, ini kan tempat awam.” Mona memberi ruang untuk pemuda itu menikmati suasana yang indah tanpa dikacau.

“Aik Cik, cik nih marah ke, maaflah kalau saya tersilap kata membuat cik tak senang tinggal kat sini.”  Pemuda itu memberi ruang untuk diri ku agar sama-sama menikmati indahnya pemandangan di situ.

“It’s okay, saya tak marah pun, apa2 pun  selamat bersantai”. Mona berlalu tanpa menoleh.
*****

Aku selalu bahagia di saat hujan turun, kerna aku dapat mengenangmu untuk diriku sendiri. Kau selalu ada cerita untuk ku, tersimpan di hatiku tentang dirimu dan tentang cinta kita yang mengalir seperti air.

Aku bisa tersenyum sepanjang hari kerna hujan pernah menahanmu disini untuk aku.

Betapa di saat ini, aku ingin lari dari semua kenangan kita namun apakan daya mulut berkata ya namun hati berkata tidak. Ego kah aku disaat ini bila inginkan kesempurnaan dalam cerita cinta ini.

Amboi ! betapa hati ini selalu dekat kepadanya, walaupun ku tahu itu mustahil untuk menjadi kenyataan.

Hebat sungguh hebat imaginasi yang ku lakarkan sekarang ini, sentiasa mengharap sesuatu di luar kemampuan ku sebagai hambanya.
*****

hujan cinta ~ 2

Bila malam meyapa hati ini sekali lagi, aku seakan tahu di mana hati ku ketika ini, hati ini telah jauh pergi meninggalkan apa yer, nak fikir lagi balik ketika ini, terkadang aku pun keliru dengan diri ini, sentiasa berkhayal dan sentiasa melayan hati duka lara sendirian di bilik yang sama ketika aku bertandang setahun lalu  ketempat ini, yang menghairankan kenapa lah aku nak datang ketempat ini lagi, sedangkan aku telah bertekad untuk tidak mengingatinya lagi. Susahnya nak menjaga hati ketika ini, di otak dah tetapkan agar jangan ingat kepada dia lagi tapi hati ini susah nak padamkan namanya.


 Wahai hujan kenapalah di saat ini kehadiranmu menganggu hati ku ini lagi.

Apapun pandangan aku ketika ini , hujan itu rahmat. Kita mencari nya ketika panas mentari terik membakar dan mencairkan kulit. Hujan memberi aku 1001 perasaan yang aku sendiri tak mampu tafsirkan. 


Aku sering mencari hujan. Mungkin kerana aku seakan dapat melihat cinta mencurah jatuh membasahi insan yang memerlukannya. Aku sendiri mungkin. Mungkin juga aku menyimpan harapan agar selepas hujan aku boleh melihat pelangi cinta yang indah. Mungkin juga mencari cinta di balik hujan yang turun. 


Betapa bodohnya aku ketika ini, seperti cerita dongeng seakan mengharapkan hujan itu sebagai hujan cinta sedangkan hujan itu mengingatkan aku kepada dirinya.

I miss dancing in the rain. Dance and dance till it fade away my sorrow. Love in the rain, membuat aku tersenyum sendirian, terkadang di saat begini aku ingin berteriak memanggil namanya, agar dia tahu aku masih lagi merinduinya. Hish apalah hati ini dah semakin keliru untuk membezakan antara realiti dan fantasi.

Hati ini adalah seperti senaskhah kesedihan yang ingin aku kirimkan melalui hujan bahawa sesungguhnya jiwaku ketika ini dipenuhi duka dan kecewa kepada sebuah cinta yang ingin ku rasakan lagi selain cinta pertama ku yang lara. Sesungguhnya, dirinya telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraihkan kemerdekaan kerana bisa meninggalkan aku dan berlalu pergi.

Disini cinta ku menari seakan memujuk pada hujan agar bisa membawa aku bermain  dan menari bersama nyanyian hujan yang semakin riang seolah hujan itu menyanyi cinta dan ingin ku pujuk hati ini agar bisa menghayati nya dengan lebih asyik lagi. Aku dah memang gila ketika ini kerana mengharapkan hujan seperti cinta , betapa bodohnya aku ketika ini.

‘Cinta itu sesuatu yang indah.
indah di mata tapi sakit di hati...
cinta itu seperti pelangi
indah berwarna akan tetapi
lama kelamaan keindahan. akan pudar
dan menghilang bila tiba masanya’

Bodohnya hati ini mengharapkan cinta seperti itu, mana mungkin cinta itu seperti pelangi, kerana cinta itu lebih dari segalanya.

Selayaknya dulu kau pernah mendambakan hujan, kerana bagimu ia adalah sesuatu ingatan antara kita berdua, diriku ini pernah kau inginkan dalam doa-doamu. Sejujurnya aku pernah mengharapkan kehadiranmu ketika hujan datang membasahi dunia ku ketika ini. Namun aku terlalu mengharapkan dirimu  dalam rindu ketika mimpi-mimpiku bertamu di saat lena tidur ku.


Selayaknya dulu kau pernah memandangi hujan itu seperti kau memandang cinta di mata ku kerna bagi mu hujan cinta adalah dirimu.

Derasnya hujan tidak akan membuat cinta ku seindah dulu, namun aku rindukan saat di mana kau sentiasa menjadi payung untuk ku ketika hujan itu turun, mengenggam manisnya percintaan kita. Rindunya hati ini terkadang membuat aku malu pada diriku kerana hujan bisa membuat aku menjadi tak menentu.
*****

hujan cinta ~ 1

Tahu2 je lah bila KLMJ, mesti hujan turun kan...? Yelah hujan rintis2 membasahi pipi. Tapi aku dah tepu. Patah hati, jiwa kacau, tsunami kasih, kurang kasih sayang. Semua dah aku rasa dan sekarang aku lebih tabah dari sebelumnya.  Yang tak best pulak, aku seakan Philophobia bila berbicara tentang hujan, maklumlah itu kenangan yang ingin aku lupakan. Bila hujan datang seakan cinta itu mengejek aku untuk jatuh cinta lagi. Tapi itu semua mustahil untuk aku jatuh cinta untuk kedua kalinya.

Ramai kata aku kuat. Tapi ini semua adalah mentality, kita bermain dalam games of love. You don't wanna get hurt, so don't bother to fall in love. But of course, u don't fall in love, u'll never know how it feel. Some love will give you sweet memories no matter how it end up. Some not. What it has to do with RAIN...?. Senangnya berkata namun bila melaksanakannya amatlah susah.

Cik2 ! , hujan dah berhenti ! cik tak nak bertolak lagi ke , kejap LRT dah nak bertolak, suara lembut menegur aku, bila seketika aku mengelamun tentang hari2 yang ku lalui.

“Terima kasih encik, maaf kerana menganggu, aku pun berlalu tanpa melihat seketika wajah lelaki itu, mungkin lelaki itu akan berkata dalam hatinya, wah ! sombongnya gadis ini, biarlah dia berkata sedemikian kerana aku tak pernah ambil tahu pun apa orang lain kata, yang penting aku tak pernah nak kacau orang.

Akhirnya sampai juga aku ke destinasi yang ingin ku tuju, dah setahun aku tak datang ke tempat ini. Tempat yang telah menyimpan seribu satu malam yang meninggalkan manis dan pahitnya cinta. Bila difikirkan semula, sesungguhnya aku tidak pernah menyalahkan dirinya bila dia meninggalkan diri ini, aku malah bersyukur disebabkan dirinya aku semakin tabah menghadapi hari2 yang mendatang walau seketika aku takut untuk jatuh cinta lagi.

“Janganlah dikenang cerita lama, terdengar seketika suara lembut menyapa hati aku ketika ini, semakin hati ini merasa hairan kerana suara itu seakan tahu apa yang tersirat dihati ini, mungkin perasaan aku je ketika ini, maklumlah suasana sunyi sepi ketika ini seolah-olah aku ditemani oleh seseorang yang ingin memujuk hati ini agar melupakan segala-galanya.
*****

Saturday 12 November 2011

3 budak comel

“zee ! cepatlah bersiap tuh, macam nak kawen je di buatnya”, wan dah penat menunggu tapi zee belum ada tanda-tandan nak keluar dari bilik.

“Sabarlah wan”. Balas zee .

“Apalah kau nih zee lambat sangat nak bersiap, aku kira sampai 10 kalau tak siap, aku nak chaw dulu le . Wan dah mula mengira 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 dah ke zee”, wan nak baliklah kalau cam nih.

“Ish2 kau nih wan tak boleh bawak bersabar”. Usik zee.

“Penatlah zee nak tunggu kau nih macam tuan puteri je”, balas wan.

“Okay2, jom lah kita bertolak, zee nak bagi tahu mak dulu, kita nak pergi jalan2”.

“Mak ooo mak zee nak keluar dulu”.

“Uit zee tak boleh ke cakap slow2, kau tuh perempuan cakaplah lemah lembut macam yaya “, usik wan.

“Huhu...asyik yaya je, tak ada nama lain ke, aku tahulah dia tuh awek kau, tak payahlah nak puji lebih2, malas nak layan wan nih buat sakit hati je”.

“Alahai zee  nih cepat sangat merajuk, meh aku belanja ais kerim vanila”, usik wan.

“Tak mahulah, zee tak ada selera nak makan ais kerim”.

“Dah mula lah tuh merajuk, tak comel lah kalau zee majuk2 nih, usik wan lagi.

“Biarlah zee tak comel,” balas zee.

“Korang berdua tuh nape lambat sangat dah lama aku tunggu”. Sergah erroshi.

“Tuan puteri kita nih yang wat lambatlah erroshi, macamlah kau tak tahu  ngan zee kita nih kalau dah bermekap memang tak boleh cepat2, tapi wan hairanlah napelah lama sangat mekap tuh zee tapi tak juga putih2 muka  tuh yer zee”. Usik wan sambil menjeling.

“Nak libas ngan wan nih, ada2 jelah wat cite, dah memang begitu muka aku, aku nak wat camne lagi”, balas zee.

“Janganlah usik zee tuh lah wan, korang berdua nih tak abis ngan bergaduh”, erroshi kasihan melihat zee bila wan selalu je mengusiknya.

“Hari ini kita nak buat apa erroshi ?, zee dah lupa lah nak buat hari ini”. Tegur zee.

“Alahai zee nih selalu lupa, kan kita dah janji nak tanam pokok hari ini, itu pun dah lupa ke”, usik wan.

“Zee tak tanya kat wan, pasan sangat, zee tanya kt erroshi lah”,” zee buat muka masam je sambil menjeling kat wan.

“Alah zee nih selalu buat muka cam tuh, memang patut pun tak terang sangat muka tuh”, wan dah mula menyakat zee.

“Apa kena mengena ngan muka aku nih wan, biarlah muka zee cam nih, yang penting aku tak susahkan siapa2 pun”. Zee merasa hampa dengan sikap wan terhadapnya,  macamlah gelap tuh buruk sangat.

“Zee dan wan nih tak boleh nak berdamai ke, selalu je bergaduh kalau cam nih lah keadaan korang berdua nih tak siap kerja kita nak buat,” errosshi dah mula naik angin bila melihat zee dan wan asyik bertekak sepanjang masa.

“Tuhlah wan, erroshi dah mula naik angin tuh,” apa lagi zee pun ketuk kepala wan ngan kayu.

“Sakitlah zee, nih zee punya pasallah, tiada kena mengena ngan wan”, saja wan nak mengenakan zee.

“Hish2 korang berdua nih, tak habis2 lagi ke, wan pergi ambil cangkul tuh, hang pulak zee tolong wan buat kerja tuh nanti kita  tanam  pokok persahabatan kita nih”. Erroshi dah mula memberi arahan macam ketua polis lagaknya.

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada



“Tanya sama pokok apa sebab goyang”, wan dah mula menyanyi dan yang lucunya zee pun turut sama menyanyi “Jawab angin yang goncang ,Terbang burung terbang  Patah sayap diduga Seandainya rebah Kau masih ada,” terbatuk2 zee dibuatnya apa tidaknya picing dah lari.

“Korang berdua nih buat kerja ke atau nak masuk pertandingan menyanyi, ”usik erroshi.

“Hihihi.....kita nyanyi je lah, kan wan kan”. Balas zee.

“Yelah erroshi, kami berdua nih suka2 je nak test suara, suara sape yang paling merdu”.

“Yelah tuh wan , nyanyi apanya kalau  picing dah lari,” hahaha.... usik erroshi lagi.

Membuat zee dan wan tersenyum malu, apa tidaknya suara diorang berdua memang teruk sangat.

“Wan ambik pokok tuh, meh bawak kat zee,” zee tak sabar nak menanam pokok persahabatan mereka .

“Semoga dengan adanya pokok ini dapatlah lagi kita eratkan persahabatan kita, walaupun nanti kita terpisah, kita akan tetap ingat tempat ini, tempat yang mempunyai banyak seribu makna untuk kita bertiga”, erroshi memberi kata2 semangat buat zee dan wan.

Zee dan wan angguk tanda setuju.

“Korang berdua nih kejap okay, kejap tak okay,” membuat erroshi tersenyum bahagia bila melihat zee dan wan sama berganding bahu membuat kerja.

Wan dan zee sama tersenyum bila melihat erroshi asyik geleng kepala melihat mereka berdua menanam pokok persahabatan mereka.

“Kalau dah siap semuanya, kita makan ais kerim  kat kedai pendekar tanpa nama dulu yer wan dan zee, pelawa erroshi.

“Nak2”,  wan dan zee sama2 angguk tanda setuju dengan cadangan erroshi.

“Korang berdua nih kalau nak makan ais kerim memang the number one”, usik erroshi.

“Hihihi...mestilah kan zee”, balas wan.

“Yep wan, betul tuh, zee sokong seratus percent ”.

“Alah kau nih zee, ada2 jelah”. Usik erroshi.

“Memang betul mah, tarah bohong mah”, balas zee.

“Cepatlah korang berdua nih, nanti sampai malam baru nak sampai kat kedai ptn tuh, jom cepat zee dan wan, erroshi dah mula membebel bila melihat zee dan wat dah mula main kasih dan sayang.

“Baik boss erroshi, kami berdua menurut perintah”, usik wan.

“Erroshi nanti bila kita dah dewasa, kita masih ingat kat pokok tuh lagi tak, kalau zee ada masa bolehlah zee selalu jenguk2 pokok persahabatan kita tuh.” Zee menawarkan diri untuk melihat pokok yang mereka tanam tadi.

“Mestilah zee,  kita kan kawan sejati, mestilah selalu jenguk2 pokok persahabatan kita, walaupun kita dah tua mesti ingat kat pokok kita tuh.” Balas erroshi.

“Yelah zee, tak kan kau abaikan je pokok tuh kalau kau dah besar panjang.” Giliran wan menyampuk.


Zee hanya  mendengar erroshi dan wan memberi kata2 yang bagi dirinya sungguh berharga.

“Cepatlah jalan tuh zee dan wan, jalan macam kura-kura je korang berdua nih.” Usik erroshi.

“Yelah tuh erroshi, kami berdua je yang selalu kena tegur.” Balas zee.

“Hihihi.... dah terbiasa ngan korang berdua nih, dah memang betul pun korang berdua tuh selalu lambat berjalan macam datuk dan datin je.” Erroshi sengaja menyakat sahabatnya tuh, dalam hati tergelak pun ada, aku nih nakal juga.

“Jom ! cepat2 kita balik nanti emak dan abah marah kita lagi, nanti terkena babap kat punggung kita nanti, wan sahaja nak menyindir zee, yang selalu kena babap oleh abah,” (tuh abah  zee bukan abah wan yer kawan2 semua).

“Elok2 cakap tuh wan, kau nak nyindir aku kan wan kan”, balas zee.

“Tak ada maknanya nak sindir kau nih zee,” sambil menjeling tajam kat zee yang dah mula tajam mulutnya macam ayam jantan tercabut ekornya.

“Yelah tuh wan, macamlah aku tak tahu perangai kau tuh memang suka nak kenakan aku, nanti zee libas baru tahu, nak tak wan, kalau nak jom kita mula.”  Apa lagi zee dah mula buka langkah kanan.

“Hish2 korang berdua nih, sudah2lah tuh, kalau dah memang budak kecik tuh, memang tak boleh nak dengar cakap, asyik main je tak tentu pasal”. Erroshi dah masak dengan perangai mereka berdua tuh.

“hahaha.....tuhlah wan, erroshi dah mula bising tuh, nih kau punya pasal lah nih buat erroshi kita tuh membebel semacam je, memanglah kita nih kan masih budak kecik lagi kan wan kan wan.” Balas zee.

Erroshi hanya mampu mengelengkan kepala tanda mengalah, tak tahu nak buat macam mana lagi ngan mereka berdua tuh, dah tak ada idea lagi nak kenakalan diorang berdua nih.

“Erroshi tunggulah wan ngan zee nih, tak kan dah merajuk kut,” usik wan.

“Merajuk apanya, erroshi nih bukan macam korang berdua tuh, suka merajuk tak kena tempat,” erroshi sekali mengusik wan dan zee.

“Wan jom kita lumba lari, siapa lambat dia kena belanja kita makan ais kerim,” zee sengaja nak mengusik wan, sebab wan kalau bab lumba lari nih memang lambat sikit.

“Tak nak lah zee, wan dah penat seharian tanam pokok kita tuh, hari nih wan tak nak lumba lari,” wan sengaja memberi alasan nak bertanding, macam tak ada idea lain, asyik lumba lari je, dahlah aku tak reti nak kalahkan dia, bab tuh lagi dia nak kenakan aku, huhu macam gaya lelaki je lah zee nih.

“Alah wan nih, cakap jelah yang wan  takut  ngan zee.”

“Mana de takut ngan zee, saja je wan tak nak sebab takut nanti ada yang jatuh tak boleh nak bangun”. Usik wan.

“Yelah tuh wan,” belum sempat zee nak lari, wan dah mulakan langkah dulu, membuat zee geram sebab wan dah dapat kenakan dia dulu.

“Weksssss wan, awas yer wan nanti zee libas , nanti zee dapat wan, baru padan muka”.

“Hish korang berdua nih, ada2 jelah tak penat ke asyik bertekak je.” Usik erroshi.

Beginilah ragam sahabatnya,  memang kalau dah berjumpa, tak boleh nak duduk diam, ada2 je diorang nak buat.

****

Hari ini dan esok pasti ada2 je cerita antara mereka bertiga, memang manisnya persahabatan yang mereka bina selama ini.


Tiada mutiara sebening cinta..
Tiada sutra sehalus kasih & sayang..
Tiada embun sesuci ketulusan hati..
Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukan
MATEMATIK yang dapat dihitung nilainya..
EKONOMI yang mengharapkan material..
Tetapi
Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa..


Persahabatan adalah hal yang sangat indah dalam kehidupan. Kerana melalui itu kita boleh menemukan orang yang boleh mengerti kita selain keluarga. Yang selalu ada ketika merasa kesulitan, selalu ada ketika kita sedang mempunyai masalah, dan selalu ada di saat kita memerlukannya. 


Sahabat juga merupakan orang terdekat bagi kita, bahkan mungkin saudara juga bagi kita. Oleh kerana itu peliharalah persahabatan agar berpanjangan hingga ke akhir hayat.

TAMAT






Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).