Friday 2 December 2011

Hujan Cinta ~ 7


Selagi kaki melangkah, selagi itu aku akan tetap membawa setiap kenangan kita walau terkadang ia menyeksa hati aku, namun aku tetap gagahi juga kehidupan ini.

Ku ingin melepaskan bebanan ini yang dah terlalu lama ku pikul. Hati ! bantulah aku untuk bisa melupakannya. Terlalu penat aku ketika ini, teringin hati ini untuk berehat walau Cuma seketika.

Wahai hujan cinta, teringin aku hadir untuk sekali lagi untuk merasakan cinta itu datang lagi. Pelah jiwang ku datang lagi, mona tersenyum sendirian bila melihat dirinya melayan perasaanya lagi.

Kepalanya dah sakit bila memikirkan permintaan ibunya, dah masuk hari keenam, mona belum dapat membuat keputusan untuk menerima cadangan ibunya untuk menerima jodoh untuknya.

Mungkin kalau dulu azwan daniel tak meninggalkannya, aku dah bahagia dan tidak menderita seperti ini. Mona tidak menyangka bahagia yang dirasanya akan berakhir dengan penderitaan.

Sepi aku ketika ini, setiap hari asyik memandang dinding yang sama, nasib baiklah ada angry birds kuning menemaninya selalu, kata dah dewasa tapi masih berkepit dengan patung abnya (angry birds). Macam budak kecik dibuatnya. Tersenyum sendirian bila mengenangkan perangainya yang terkadang terlebih budak kecik.

Perlahan2 mira alaina menghampirinya, kawan serumahnya sejak dulu lagi yang selalu menemaninya dan memahami perasaan mona ketika ini. Kalau dulu dia selalu menemani mona bila menemui azwan daniel ketika mula dilamun cinta, terkadang terkilan bila mendapat tahu azwan dainel sanggup meninggalkan mona demi perempuan lain. Apalah azwan tuh nampak dengan perempuan lain sedangkan mona lagi lebih baik dari perampas kekasih orang.

“Apa yang dimenungkan tuh mona, masih ingat dia lagi ke, dah lama dia tinggalkan kau tuh mona, kau ingat kat dia lagi ke. Buat apa kau buang masa ingat ngan orang yang dah tinggalkan kau tuh. Buang yang keruh amiklah yang jernih.” Usik mira.

“Kau nih mira, memang tak sah kalau tak usik aku”. Balas mona.

“Biasalah tuh cik monalisa airanisa, kalau aku tak usik, siapa lagi yang nak usik kau tuh tak kan si tembam tuh yang nak kacau kau tuh”.

“Apa hal si tembam ngan aku lak nih mira, mana si tembam tahu nak usik aku kalau cakar aku pandailah. Tersenyum bila melihat si tembam (si kucing parsi) kucing kesayangan mira asyik mengusik kakinya.

“Senyum juga kawan aku nih, dari tadi aku tengok kau tuh termenung sana termenung sini, kalau dinding tuh boleh bercakap, memang dari tadi dia kata kat kau tuh, pelah gadis satu nih asyik memandang aku, ensem ke aku nih ? sampai dia nak tenung aku lama2, kalau begini memang aku jatuh hati kat gadis ini.” Usik mira.

“Kau dah senget ke mira, cakap dinding macam gituh , pelah punya kawan nih,” mona merajuk bila melihat mira sengaja mengusiknya.

“Jangan marah my friend, nanti cepat tua tak de yang nak ajak kawen, kau juga yang susah.” Usik mira sekali lagi membuat mona menarik muka masam.

“Kau nih mira, buat aku tambah sakit hati lah, dahlah pening kepala aku dengan perangai ibu aku yang selalu mendesak aku nak kawen dengan pilihannya, nih yang buat aku tension sepanjang hari”. Mona dah semakin tak menentu bila hari yang dijanjikan dengan ibunya dah hampir dekat, dia belum lagi membuat keputusan, adakah dia setuju dengan pilihan ibunya atau dia akan menolak.

“Nape kau tak terima je pilihan orangtua kau tuh mona, aku rasa tak salahpun, lagipun kau sekarang kan masih single belum double lagi, buat pe lah kau peningkan kepala kau tuh nak tolak cadangan ibu kau tuh, lebih baik terima je, manalah tahu lelaki itu adalah terbaik buat kau. Biarlah korang berdua tuh bercinta lepas berkawen. Daripada bercinta lama, last2 berpisah juga, kan tuh namanya buang masa je nak bercinta lama2 akhirnya kecewa juga”. Mira dah mula memberi saranan untuk mona fikirkan cadangan ibunya tuh untuk menjodohkannya dengan pilihan orang tuanya.

“Betul ke begitu mira ?, aku mesti terima ke pilihan ibu aku tuh dari pilihan aku sendiri.” Balas mona.

“Betul lah tuh mona, buat apa kau nak kusutkan kepala kau tuh dengan masalah ini, aku rasa baik kau kawen je dengan lelaki itu dari kau membujang sampai ke tua, itukan dah buang masa namanya.  Tak salah mencuba, aku nih yang nak kawen pun tak ada orang yang nak. Usik mira membuat mona tersenyum dengan kata2 mira yang baru je di dengarnya, dah buang tabiat agaknya si mira nih.

“Yelah tuh mira, macamlah kau rasa apa yang aku rasakan nih, kau sangka senang je ke kawen dengan orang yang kita tak kenal, sedangkan dah kenal pun boleh juga berpisah inikan lagi dengan seseorang yang langsung tidak pernah kita jumpa, ini namanya memang sah cari penyakit sendiri ”. Balas mona.

“jangan fikir lama2 lah mona, nanti dikebas orang, kau juga yang susah nanti, kau terima jelah dia tuh pastu kau kenallah dia dulu baru kau nak bercinta, alah bercinta selepas kawen tuh kan mesti best, kata orang banyak manisnya cinta itu hadir selepas kawen. Kalau kau tak nak biarlah aku yang jadi wakil kau tuh ”.  Usik mira.

“Amboi kau nih mira, suka main jelah dengan soal kawen nih, hish2 budak bertuah nih, nanti aku sekeh kang baru tahu.” Tersenyum melihat gelagat mira bila mengusiknya sekali lagi.

“Yelah mona, betul lah apa yang aku cakap nih, cuba kau baca ayat2 ini yang aku baru je baca dari petikan sebuat majalah yang baru je aku baca, dengar baik2 yer mona sayang.” Mira ingin memberi nasihat yang berguna buat kawan yang disayanginya itu.

~ Bagi yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaAllah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah. ~

“Macam mana ? okay tak, dah faham ke maksudnya tuh atau kau nak aku terangkan lagi dengan lebih lanjut lagi”. Usik mira.

“Tak payahlah mira, aku dah faham maksud kata2 tuh, insyaAllah aku akan fikir masak2 perkara ini, dan kalau dah bulat hati aku nih, insyaAllah aku akan buat keputusan yang terbaik so janganlah kau risau tentang aku nih, yer cik mira sayang. Balas mona.

“Alhamdulillah, amin2, apapun keputusan kau tuh mona , aku tetap akan sokong dari depan dan belakang ”. Mira memberi kata peransang dan semangat buat kawannya tuh agar dapat membuat keputusan yang bijak.

“Baiknya kawan aku nih, tak sia2 aku kawan ngan kau nih mira, kaulah kawan aku dunia dan akhirat”. Usik mona membuat mira tertawa.

“Mestilah mona sayang, aku nih memang kawan kau yang terbaik, tak rugi kau kawan ngan aku ”. Mira tersenyum memuji dirinya sendiri.

Ya Allah, andai memang dia jodohku dekatkanlah aku dan dirinya, Namun seandainya aku bukan untuknya buanglah dia dari hidupku. Semoga keputusan yang aku akan buat dapat membawa kebahagian buat diriku, kerana aku tahu Ya Allah hanya kau yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambamu yang hina ini. AMIN.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).