Saturday 31 March 2012

wahai lelaki kacak jangan ganggu hatiku

Wahai lelaki kacak
jangan ganggu hatiku...
jangan dekati aku,
jangan beri aku harapan
biarkan aku sendiri....

Wahai lelaki kacak
kau perlu tahu hasrat hatiku..
aku tak ingin  cinta darimu..
izinkan aku mengejar cintaNYa..
sebelum aku kenal cintamu

Wahai lelaki kacak,
andai kau benar menyayangiku,
kau akan berusaha membawaku ke syurgaNYa
kau akan membina cinta dalam keredhaanNya..
cinta dalam redha Allah??
bagaimana?
fikir2kanlah wahai lelaki kacak....

Wahai lelaki kacak,
aku juga insan yang lemah..
jika kali ini..
aku bernekad menolak dirimu,
hari esok,aku takut tewas di hatimu...
kerana aku juga insan biasa
bantulah aku...
agar bisa melupakan dirimu...

Wahai lelaki kacak,
Jangan katakan perasaanmu
jika dirimu tidak yakin aku milikmu
JANGAN SESEKALI.....

Wahai lelaki kacak,
jangan taburi aku janji2 mu
jangan lalaikan aku dengan rayuanmu
jangan harapkan jawapan dariku,
jangan katakan apa2 pun pada ku
kerana diam itu lebih baik dari bersuara....

Tolonglah aku wahai Tuhan,
untuk mengisi rasa cintaku untukMu
Teguhkanlah kasihku untukMu Ya Allah...

Maafkan aku,
Wahai lelaki kacak.....

aku bukannya untukmu.....



Saturday 24 March 2012

salahkah aku ?

Kau disana
Aku disini
Cuma nama mu
Cuma wajah mu
Terukir di muka buku

Tanpa melihat renungan mata mu
Tanpa mendengar bicara mu

Ada ketikanya
Ada masanya

Aku rindu
Aku sayang
Ingin bersua dengan mu
Namun hati ini tak mampu
Untuk berkata……

Yang pasti….

Aku  hanya mampu mencintai mu dalam diam
Aku hanya mampu memandang mu dalam diam

Namun salahkah  aku…..
Jika perasaan ini ada….


Wednesday 21 March 2012

atas nama cinta

ku percaya
atas nama cinta
hadir mu penuh bermakna

lelaki kacak....
yang ku cintai...

sinar mata mu...
menawan hati ku...

senyuman yang mekar
membuat aku bahagia....

di hati ku...
telah terukir nama mu....

bicara mu....
menghiasi kamar hati ku...
tak mungkin aku berpaling darimu....

lagu cinta kita bergema lagi
merestui cinta kita......

kehadiran mu....
menjadikan aku puteri di hati mu....

keperibadian mu mengusik hati ku
keramahan mu membuat aku terpesona.....

kelembutan budi bahasa mu
mengusik hati ku....

mekarlah kasih n sayang ku
bersama bunga-bunga cinta...

semoga ada jodoh antara kita
semoga bahagia selalu ada .....

kau dan aku....
berdua bersama selamanya....
di ambang perkahwinan

lelaki sepertimu

Lelaki sepertimu….
Kacak bergaya
Manis senyuman
Tidak akan memandang
Wanita seperti aku….
Wanita yang biasa
Tidak punya paras rupa yang menawan….

Lelaki sepertimu…
Selalu dikelilingi wanita…
Wanita yang cantik bergaya

Lelaki sepertimu…
Tidak akan memandang
Walaupun dengan sebelah mata..

Memang lucu bila memabaca puisi di atas ini, memang banyak ke lelaki kacak yang hebat kat dunia ini,  lelaki kacak yang dapat memimpin dirinya kelandasan betul.

Lelaki yang hebat, apa lah agaknya pengertian yang dapat kita ungkapkan, namun yang penting lelaki itu mampu mendidik wanita seperti aku, menjadi wanita solehah, mampu mendamaikan hati di kala duka. 

Lelaki kacak yang pasti aku impikan tidak sekadar kacak pada luarnya namun cantik pada hatinya. Sentiasa taat kepada Allah & Rasulullah. Sabar dalam menghadapi ujian. Menjadikan kampong akhirat itu keutamaanya. Yang pasti rajin berdoa n selalu memohon kepadaNya agar di ampunkan dosa-dosanya.

Lelaki kacak atau tidak terletak pada hatinya bukan pada wajahnya. Apa guna wajah kacak jika perangai memanglah teruk, nak cerita pun akan menambahkan dosa. Apa-apa pun cintailah lelaki yang bisa membawa kita kejalan kebenaran dan menjadikan diri kita wanita yang berharga, lebih berharga dari emas dan permata.

Monday 19 March 2012

aku gadis kampung

Aku gadis kampong
Lahir di bumi Allah
Lembut gemalai langkah ku
Namun tegas bila berdepan dengan kebenaran…..

Aku  gadis kampong
Setiap pagi makan ubi kayu
Berintikan kelapa muda

Aku gadis kampong
Setiap pagi memandang hijaunya alam
Setiap pagi membanting tulang
Setiap pagi memerah tenaga
Untuk menikmati keringat yang berharga…..

Aku  gadis kampong
Memandang langit biru setiap hari
Mengharap ada sinar baru datang bertamu
Mengharap ada  damai disetiap langkah
Mengharap ada yang sudi memberikan
Cinta  untuk dirinya
Yang kini berlindiung
di langit bayu……


jika ku tahu

Jika jiwa mampu terlepas dari raga, 

aku tidak akan jadi begini, 

selalu menangis bila teringatkan dia,

dia yang telah menghancurkan hatiku....


Jika ku tahu cinta luka begini

tidak akan ku ajak hati ini 

singgah di hatinya untuk menyimpul kasih.....


Jika ku tahu duka akhirnya hati ini

tidak akan ku seru namamu kasih 

untuk bisa bertakhta di hati ku.....


Jika ku tahu hati ini retak seribu

tidak akan aku serah jiwa dan raga ku 

jika hanya mengundang derita......


jika ku tahu rindu itu sakit

tidak akan ku berikan rasa rindu ini

bermukim di hati ini.....


namun siapalah aku.....

hanya insan kerdil

yang tak mampu mengatasi takdirnya cinta

namun aku selalu percaya 

dalam duka itu pasti ada suka

dalam derita itu pasti ada bahagia

dalam sakit itu pasti ada ubatnya

dalam tangisan itu pasti ada gembira.....


DAN SESUNGGUHNYA........

aku rela .....

aku redha n 

pasrah pada ketentuanNYA......








Saturday 10 March 2012

cerita cinta kita

“HANS AKA FARHAN , kalau iapun janganlah sepak kaki aku nih...,ini yang buat aku geram kat kau nih hans, bola ada kat depan yang kau sepak kaki aku pehal, kau ada masalah ngan aku ke, cuba kau terus terang.” Membebel amie bila melihat hans menyepak kakinya macam bola.

“Alah amie, aku bukannya sepak kuat sangat lagipun aku tak sengaja, janganlah kau marah sangat macam harimau kehilangan anaknya.” Usik farhan aka hans.

“Mestilah aku marah, kalau kaki dah sakit sangat tak kan aku diam je macam tunggul kat depan rumah kau tuh, dahlah bola depan mata, kaki aku juga yang kau jadikan sasaran, kau nih hans dah memang cari nahas ngan aku.”
Balas amie tanda tak puas hati dengan sikap selamba hans.

“Sorrylah sayang, aku tak sengaja, sungguh aku tak sengaja.” Hans dengan muka kasihan memujuk amie.

jalan-jalan syurga

 Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.

mainan hati

Jika dirimu tak mampu memberikan apa yang ku inginkan,
ku harap janganlah dekati aku,
aku tak ingin menyimpan seribu pengharapan darimu.
Jika bisa hati membuat pilihan,
aku ingin lari dari pandanganmu
namun apa kan daya aku tak mampu.
Memang betul katamu mulut berkata benci tapi hati sebenarnya berkata sayang.
Namun hati ini telah retak,
saat kau berpaling dariku.
Jika benar cinta yang hadir ini hanyalah mimpi semata2
ku harap ia tak akan menjadi realiti.
Saat ini ku hanya bisa memandangmu dari jauh,
jauh dari sudut hatiku, jauh dari segala-galanya.
Ku hanya bisa berdoa agar hati ini bisa melupakan mu
dari hidupku untuk selama-lamanya.
Jika dirimu bisa melupakan aku,
ku harap aku mampu seperti dirimu.
Melafazkan perpisahan memangnya sakit,
sakit untuk diluahkan, ia bukan sekadar kata-kata,
ia lebih dari segala-galanya.
Namun melafazkan kemaafan jua tidak mudah,
tapi kerana kasih n sayangku pada mu
ku ikhlaskan jua untuk memaafkan dirimu.
Semoga luka yang ada di hati ini akan bisa menjadi manis.
Manis untuk di rasa, rindu untuk diingat,
sayang untuk dikenang hingga ke akhir hayat.


Sunday 4 March 2012

aku, kawan n sahabat


Aku musafir di perantauan,
Insan kerdil bernama hamba,
Lemah tidak berteman,
Memang adat hidup di dunia
-
Lahir ke dunia membawa tujuan,
Usai 18 tahun baru ku tahu,
Tidak terdaya pabila dipikirkan,
Namun ku gagahkan jua menyahut seruMu
-
Hari ini dalam sejarah,
Aku menangis entah mengapa,entah kenapa,
Ingin ku jerit walau tidak berhikmah,
KepadaMu jua aku berharap kau masih bersama
-
Kawan,
Kita bersatu kerna ciptaan manusia,
Rapuh nye matlamat tidak kemana,
Kau disisi ketika ku melangit,
Datang tsunami hilang kemana
-
Kawan,
Ku pujuk hati ini,
Memandangmu penuh simpati,
Memanggil-manggil ke bahtera Nuh,
Kekadang gagal kekadang berjaya
-
Kawan,
Kusangka cerah sampai ke petang,
Namun Allah penentu segala,
Kusangka kau juga dibahtera,
Rupanya tertinggal kerna leka
-
Sahabat,
Kita bersatu kernaNya,
Segala-galanya demi matlamat yang gah,
Kau disisi ketika ku melangit,
Datang bah masih bersama
-
Sahabat,
Ku pujuk hati ini,
Memandangmu mu umpama cermin,
Bergerak bersama biar penuh bahtera Nuh,
Kekadang timbul kekadang tenggelam
-
Sahabat,
Kusangka laut tenang aman,
Namun Allah lebih tahu ciptaanNya,
Kusangka kau jauh ke depan,
Rupanya disini mengiringku
-
Aku,kawan,sahabat,
Jiwa sedih memikirkanmu,
Dimana silap langkah kerja ku,
Ku kembali ke hatiku,
Menjawab persoalan yg masih terbuku
-
Adakah aku tidak ikhlas,
Adakah aku malas,
Adakah aku sekadar melepas batuk ditangga,
Adakah aku……..
-
Bukan ku benci melihat kegiranganmu,
Bukan ku benci dirimu,
Bahkan aku rindu padamu,
Bahkan aku mahu bersamamu
-
Ku kembali lagi ke hatiku,
Membetulkan jalan niatku,
Satu pintaku padaMu,
Semoga kami masih dan akan di jalanMu.

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).