Tuesday 26 March 2013

PEMENDAM RASA


Wahai si pemendam rasa

Mengapa baru sekarang kau datang

Hasrat apakah yang terbuku dihatimu

Setelah aku begitu lama menunggu di sini

Mengapa dirimu baru datang...

Carilah apa mahumu

Sebelum terlambat

Jika benar yakinmu itu benar

Usahlah pendam rasa itu

Agar jalan yang kau pilih itu tidak sia-sia

Ikhlaskan rasa itu agar perjalanan kita tidak sia-sia

Berzikir cintalah rasa itu agar mampu membawa dirimu ke SYURGA sana...

KADANG-KADANG


Kadang-kadang hati bisa tersentuh tanpa sebab

Kadang-kadang airmata bisa mengalir tanpa sedar

Kadang-kadang kepala pusing tanpa alasan

Kadang-kadang sesak dada tanpa dipinta

NAMUN CINTA TUHAN penyembuh mustajab...sungguh berkesan

CINTA TUHAN TEMAN suka nan lara

Bukan sementara tapi selamanya.....

Monday 25 March 2013

BUKAN KU PINTA ~ BAB 3



Tiap malam mesti aku pandang siling kat bilik aku. Huh boringnya, keluh dira bila setiap malam mesti siling yang sama dipandangnya. Selama ini tak pernah sekalipun dia begitu setia memandang siling rumahnya. Aku dah memang gila dibuat exal.

Hujan semakin lebat. Guruh berdentum bersama kilat. Sesekali tubuh aku terasa mahu melayang-layang. Sejak dulu aku memang fobia dengan guruh dan kilat. Bisik hati exal. Walaupun berdua dengan dira namun antara mereka tidak pernah bersatu seperti orang lain yang dah berkawen. Mereka bernikah pun tanpa kerelaan hati mereka masing-masing. Achumm, sesekali aku bersin bila semakin dingin badan ini ku rasakan. Aku demam ke ni. Aku rasa badan aku ni lain je , rasa tak sedap badan pun ada. Mungkin perasaan aku je.
Sesekali dira menjeling ke arah exal. Kelakuan exal lain dari biasa. Aku peduli apa, dia pun bukannya kisah sangat aku ada ke tak ada. Keluh dira.

PINTU YANG SATU


RINDU-RINDUILAH 
PINTU YANG SATU

SAYANG-SAYANGILAH 
PINTU YANG SATU

KASIH-KASIHILAH
 PINTU YANG SATU

JANGAN-JANGANLAH TERLAMBAT
SEBELUM PINTU ITU TERTUTUP...

Sunday 24 March 2013

PESAN PADA HATI




Pesan pada hati
Ak tak ingin merindui dia lagi

Pesan pada hati
Ak ingin melupakannya

Pesan pada hati
Ak tak ingin dia lagi

Pesan pada hati
Ak tak ingin kecewa lagi

Pesan pada hati
Ak ingin sendiri
Tanpa teman
Tanpa cinta
Tanpa rindu
Tanpa sayang

Pesan pada hati
Tabahlah
Sabarlah
Allah tetap ada untuk ku
Memberi ak kebahagian sejati
Yang tak mungkin aku temui dihatimu.....



Saturday 23 March 2013

CINTA LIKE A BABY


CINTA perlukan kemesraan

CINTA perlukan belaian

CINTA perlukan nyanyian

CINTA perlukan dorongan

CINTA perlukan segala2nya

CINTA umpama BABY yang memerlukan perhatian

Sekejap menangis, sekejap merengek, sekejap ketawa...

Begitulah CINTA LIKE A BABY

MERAPU-RAPU


Semalam emosi sikit. Entah kenapa mood aku tiba2 tak baik. Tak pesal2 mamat seorang ni kena bom. Apalah malang nasib mamat ni. Aku yang bad mood dia pulak yang kena.

Buat kenyataan yang menyakitkan hati. Semua dah baca kat fb. Last2 aku deactivated fb aku.

Sampai mamat yang sering aku gelarkan  ‘PUTIH PUTIH MELATI’ pn trkena tempiasnya. Cian gak dia. Alahai mamat ni wat aku gelak biarpun hati tengah hot.

Hati bisa cair bila dia cakap kt  ak  ‘I LOVE YOU’. Begitu senang mengungakapkannya. Sepatutnya dia cakap masa kite kawen. Perasaannya ak ni nk kawen dengan mamat seorang ni. Hish2 dah buang tabiat agaknya ak ni.

Mamat ni tak abis2 dengan gelak dia. Tapi dalam gelak dia sempat bagi pesan kat ak “ sebelum tido baca bismillah 21 kali. Aku pn ikut je pesan dia, tapi mata tak nak tutup. Last2 ak baca novel “ LAFAZKAN CINTA” sampai tamat.

Nak call  dia kali k 2 ke tak ni. Tak payahlah nanti buat ak tak lena tido lak....entah pukul berapa ak lelapkan mata ?....hujan turun dengan lebatnya hingga ak trbangun pukul 3.25 pagi pastu tak leh nak tido...ak pn sambung baca novel yang lain “AIRMATA KASIH”....last2 ak tido ngn novel ak tu...apalah malang nasib badan tak lena tido...ak ingat dia ke? Entahlah.....

Merapu-rapu ak lak kali ini..hope tak de yg boring. maklumlah dah lari dari topik sebenar.

cukup sudah cukup ak merapu kat cni....apa2 jelah...:D senyum lah walau hati trluka. 



Friday 22 March 2013

LET IT HURT


Biarkan ia terluka

Biarkan saja

Jika luka itu memberi aku kesedaran

Biarkan saja ia terluka

Let it hurt...
Let it be....

Monday 18 March 2013

SAAT CINTA DATANG DAN PERGI



Saat "CINTA" itu datang
Tanpa kita sedar kita bisa memilikinya....


Keindahannya
Tak dapat diungkapkan,
Tak dapat dibayangkan kebahagiaan “CINTA” yang dimiliki...

"CINTA" datang dan memilikknya seakan "Hidup Sempurna”


NAMUN Saat "CINTA" pergi,
SAKITnya tidak terperi.....


Saat "CINTA" pergi seakan semua hampa & berubah menjadi benci??

MENGERTILAH !


"CINTA" ada kerana anugerahNya yang Maha Kuasa.
Merasakan “CINTA”  itu keranaNya.
MENGAPA perlu terseksa sedangkan “CINTA” yang abadi tetap ada. 


WAHAI diri  Janganlah mencintai siapapun & apapun melebihi "CINTANYA”.

Friday 15 March 2013

TAK SUKA TAK APA


Tak suka tak apa
Aku bisa biasa saja...
Tak suka tak apa
Aku rela tanpa paksaan,,,
Tak suka tak apa
Aku bisa terima apa aja...
Cinta itu wajar apa adanya

NAK SYURGA

Ustaz tanya : "Siapa nak masuk Syurga?"

Semua pelajar angkat tangan.

Ustaz tanya lagi : "Siapa nak mati?"
Tiada seorang pun angkat tangan.

Ustaz senyum dan sambung....
"Kalau takut mati macamana nak masuk Syurga? Bukan ke kalau masuk Syurga kena mati dulu? "

: ^_^"

Mudahnya bercakap soal syurga bila amalan entah ke mana ...

-Muhasabah bersama-



Sumber dari Encik Google

Thursday 14 March 2013

IBU PUISI CINTA BUAT AKU



Puisi yang ku karang Cuma sedikit
Tapi semakin lama ku karang
Aku Cuma sedikit mengarang puisi buat ibu ku
Senyuman ibu ku
Tangisan ibu ku
Dakapan ibu ku
Teguran ibu ku
Belaian ibu ku
Doa ibu ku
 puisi cinta buat aku

Monday 11 March 2013

CINTA TIADA NOKTAHNYA



Kepastian yang ku inginkan
Tak mungkin dapat kau berikan...

Kejujuran yang ku inginkan
Tak mungkin dapat kau berikan...

Saturday 2 March 2013

DIAM KU




Diam ku
Itu pilihan ku
Bukan kerana dipaksa
Tapi itu mahu ku...

Diam ku
Beralas
lebih mengerti
lebih memahami
Apa yang ku inginkan...

RINDU SELALU


Apa yang perlu aku lakukan untuk bisa bersamamu
Apa yang perlu aku lakukan untuk membuatmu mengerti
Yang cinta ini adalah tanpa batasan...

Percayalah diri ini hanya untuk bersamamu
Percayalah diri ini hanya setia bersamamu....

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).