Thursday 27 September 2012

SAYANG TANPA CINTA (BERCINTA)



Sayang tanpa bercinta. Apa agak rasanya ? indah ke, bahagia ke ?. Aku pun tak tahu.
Dirimu sayang padaku tapi dirimu tak ingin bercinta. Aku rasa dia ni memang dah tak siuman.
Tak kan ada sayang kalau tidak ada cinta. Senang sangat cakap macam tu kat aku. Dia ingat aku ni siapa ?.
Baik dia layan sayang dia tu sendiri. Malas aku nak join dia sekali. Hati aku ni dah berapa kali kecewa. Kejap dia nak macam tu, kejap nak macam ni. Dia ingat sayang dan cinta tu senang kena rasa ke. Aku pun nak amik Feeling yang bagus gak ni.

Wednesday 26 September 2012

AKU RELAKAN JIKA ITU MAHU MU



Bukan KU kesalkan cinta dihati ini
Bukan KU kesalkan rindu dihati ini
Bukan KU kesalkan kasih dihati ini
Bukan KU kesalkan sayang dihati ini
Bukan KU kesalkan Takdir dihati ini
Bukan KU kesalkan.....

Sunday 23 September 2012

HATIKU YANG CANTIK

Biar susah asal bahagia, Jangan senang tapi sengsara....
Biar merindu asal tak jemu, Jangan cinta tapi terseksa...
Biar berjauhan tiada perbalahan, Jangan di sisi tapi tak serasi...

Amacam best tak kata-kata tu. Tu bukan aku yang buat yea. Aku amik dari facebook je.

Tertarik pada kata-katanya. Aku harap korang pun suka. Pada yang empunya kata-kata,

mohon share yea. Halalkan la yea.

Wednesday 19 September 2012

KELAKARNYA CINTA

Hanya aku yang akan mencintaimu
Hanya aku yang akan merinduimu

Hmmm....pasti itu janji aku...aku memang bermimpi saat ini..siapalah agaknya yang sudi jatuh cinta dengan gadis biasa seperti aku.

Bila difikir, tak salah aku bermimpi. Yang salahnya jatuh cinta pada yang salah. Ayat aku bukan main power lagi. Jatuh cinta pada yang salah. Siapalah agaknya orang itu. Aku pun nak tahu. Mimpilah awak cik

kelakarnya cinta.

Tuesday 18 September 2012

MIMPI BERSAMU



Indahnya lagu ini dengan lirik yang menyentuh hatiku.
Airmata ku pun bisa gugur lagi mendengar lagu ini. Indah dan
syahdunya. Nanana... Asyikkan...

'Biar aku belajar berdikari,' ........ajari aku erti itu agar bisa bertahan
jika dirimu pergi meninggalkan aku.


Tersentuh hati memang tersentuh hati ini bila mendengarnya. Aku terbuai-
buai di awangan bila mendengarnya.

Tuesday 11 September 2012

AKU, UCUK & GILER KENTANG


"Ucuk ! Bagi balik novel akak. Berapa kali akak cakap jangan usik novel akak. Berbuih mulut akak cakap. Yang ucuk tak dengar apa hal. Karang aku begi lempeng muka ucuk baru tahu."

"Garanglah akak ni. Kalau novel bolehlah garang tapi kalau dengan lelaki tak pulak garang."

"Lelaki yang mana satu ni ucuk. Tak ada dalam kamus akak tentang lelaki. Yang ada pun ayah akak, yang lain tak minat."

Adik aku seorang ni memang tak boleh tengok akak dia senang, suka sangat nak kacau.

Sunday 9 September 2012

AKU MENCINTAIMU DENGAN SEDERHANA


MABUK CINTA HALAL



Cinta kami bukan lah cinta yang biasa-biasa, bukan juga luar biasa. Cinta ini baru sahaja berputik, lantas tumbuh subur selepas sah nya lafaz ijab kabul. Ia bersemi selepas kami saling menyerah kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan suami, selepas saya memberikan sepenuh cinta dan jiwa saya kepada suami setelah cinta saya pada Allah dan Rasul. Bukan Cinta Biasa Semasa tempoh bertunang, teman-teman kerap bertanya tentang hubungan cinta kami, saya biasanya akan tersenyum sahaja. Sukarnya memberi jawapan kerana kami tidak pernah ‘bercinta’ sebelumnya. Hubungan kami cuma diikat janji setia untuk saling menunggu sehingga tiba masa selayaknya mengikat perkahwinan. Tiada madah cinta menghiasi bicara, tiada SMS atau panggilan telefon melainkan benar-benar daruri, tidak pernah keluar berduaan walaupun sekali apatah lagi duduk berdekatan atau berpimpinan tangan. Saya kerap dilontarkan pelbagai persoalan dan komen oleh teman-teman, antaranya:

Thursday 6 September 2012

SIMFONI CINTANYA



bukan selalu ku terluka
berulangkali aku ditinggalkan
sepi adalah temanku
tersisih dari hatimu
membawa duka disetiap bening malam ku
jiwa lara milikku
terdampar aku dimuara sepi

Wednesday 5 September 2012

SAHABAT MAAFKAN AKU ANDAINYA AKU YANG BERSALAH



biarlah aku mengalah... 

biarlah aku mengurangkan ego ku..
andai itu yang kau inginkan... 
kerna ego mu tiada tandingan nya... 
aku mengalah bukan kerna aku lemah tanpamu... 
aku..bisa hidup tanpa kehadiran mu..
aku bisa bahagia tanpa mu..
tp aku mengalah kerna... 
aku sayangkan dirimu..

Tuesday 4 September 2012

AKU, PUISI & CINTA





aku tak akan mampu memberimu bahagia
aku tak akan mampu memberimu kerinduaan
aku tak akan mampu memberimu kedamaian
aku tak akan mampu memberimu kasih n sayang
jika dirimu tidak pernah ikhlas mencintai aku......

kau tak akan mampu mengerti
apa yang ku rasa...
kau tak akan bisa menyelami
derita yang ku rasa
kau tak akan rela terluka
seperti derita yang ku rasakan....

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).