Tuesday 15 November 2011

hujan cinta ~ 4

“Cik ooo cik !”, lamunan ku terhenti seketika.

“Yep.....,  aku dalam samar2 mencari suara siapa ke yang selalu menganggu mimpi-mimpi indah yang selalu ku angankan.

“Maaf cik, jika saya selalu menganggu.” Balas pemuda itu.

Pehal lah lelaki ini selalu muncul kat mana2 ku berada.

“Memang pun awak ganggu saya, awak tak ada tempat ke nak pergi, nape selalu ikut kemana saya pergi ?, ada sesuatu ke yang awak nak dari saya”. Mona dah terlanjur berbicara membuat pemuda itu tak menentu.

“Sorry sangat kalau kedatangan saya nih membuat cik tak rasa selesa, saya pergi dulu lah”. Balas pemuda itu.

Aik cepatnya dia pergi, aku tegur sikit pun dah terasa ke, apakah aku terlalu kejam terhadapnya, entahlah, biarkan jelah dia nak pergi., lagipun antara aku dan dia tak ada kaitan pun.

****

Hujan senantiasa mengajarkan aku tentang erti cinta dan kehidupan. Mengajar aku agar lebih tabah. Hujan cinta bulan disember sentiasa jadi rahsia rintik rindu aku dan dia.

Kepada pohon berbunga yang sentiasa basah ketika hujan turun adalah saksi cerita cinta aku dan dia

Tiada yang indah seindah hujan bulan disember walaupun aku ingin menghapusnya dari hati aku ini namun jejak-jejaknya masih ada walaupun telah hilang ketika hujan membasahi bumi ini.

Napelah aku nih selalu memikirkannya, sedangkan hati ini telah bulat untuk tidak mengingatinya lagi. Susahlah macam ini, rupanya aku taklah sekuat mana pun. Mona mengaru kepalanya yang tidak gatal pun.

‘Cinta itu tak terlihat....’. Sedangkan aku sentiasa menutupi hati ini agar bisa melupakannya, memanglah cinta itu tak terlihat oleh mata kasar, sedangkan cinta itu terlihat oleh mata hati kita sendiri. Adesss cinta lagi, sejak kebelakangan ini aku selalu sentimental, asyik nak cinta itu dan ini, kalau begini bila lagi aku nak mulakan cerita baru kalau selalu ingatkan kisah silam yang seharusnya aku lupakan, macam manalah aku nak lupakan tentang dirinya kalau hujan tuh selalu mengingatkan aku kepadanya.

Ketika mata ini tertutup, bayangannya selalu datang menerpa tidur ku yang lena. Ketika aku ingin menemukan seseorang dalam hidupku, sesuatu keindahan yang serupa yang pasti inginkan terkadang terhenti oleh kerana ada sesuatu yang tidak ingin aku lepaskan, sedangkan aku tahu melepaskan sesuatu bukannya jalan akhir dalam percintaan ini.

MENCINTAI…, Bukanlah bagaimana aku melupakan, melainkan bagaimana aku memaafkan, bukanlah bagaimana aku mendengarkan, melainkan bagaimana aku mengerti, bukanlah apa yang aku lihat, melainkan apa yang aku rasakan, bukanlah bagaimana aku melepaskan, melainkan bagaimana aku bertahan. Lebih berbahaya lagi jika aku mencucurkan airmata dalam hati pasti kesannya amat dalam sekali. Sedangkan aku telah pun tahu  dalam urusan cinta, kita akan selalu merasa kecewa namun ada ketikanya kita harus menerimanya walaupun pahit untuk ditelan.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).