Monday 12 December 2011

Bukan cinta biasa ~ 2

Aleya yasmin menangis bila sampai ke biliknya dan memeluk patung angry bird kesayangannya tanpa mempedulikan sepasang mata melihatnya. Dasar memang mat rempit, tak tahu berbudi bahasa. Senangnya nak bagi penampor kat pipinya. Dahlah sakit pipi aku nih, tapi tak akan sama dengan kesakitan dihati aku nih.

Apalah malang nasibnya hari ini,  berjumpa dengan mat rempit yang selalu menguji kesabaran hatinya. Mengapalah aku selalu terserempak dengan mat rempit tuh, aleya mengharap dia bukanlah jodohnya. Mengeluh dalam diam membuatkan aleya terlelap seketika tanpa disedari ada airmata mengalir dikelopak matanya.


Sepasang mata yang dari tadi melihat kelakuan anak perempuannya hanya mampu membisu seperti selalu. Tidak sampai hati nak menegur anak kesayangannya dan ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya, namun bila melihat aleya tertidur tak sampai hati niatnya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Semenjak isterinya meninggal 10 tahun yang lalu, aleya sajalah pengubat kerinduannya terhadap isterinya. Aleya diberikan kasih sayang sepenuhnya, tiada yang mampu memisahkannya antara dia dan aleya. Tapi kenapa hari ini  bila melihat anaknya menangis membuat hatinya begitu sakit
Sekali ?. Siapalah agaknya yang membuatkan anaknya begitu sedih sekali.

Ayahnya mengambil selimut lalu meletakkannya kebadan anaknya yang begitu kurus sekali, namun masih menampakkan keayuannya anaknya seperti ibunya yang selalu cantik. Teringat kenangan lalu bila bersama isteri kesayangannya seolah dunia itu milik mereka berdua. Dia tak menyangka yang panas tak selalu sampai ke petang rupanya hujan ditenghari. Namun dia tak pernah menyalahkan takdir. Malah dia bersyukur masih ada aleya menemaninya.

*****                                     

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku…

Melayan lagu afghan bukan cinta biasa adalah kemestian dalam hidupnnya, apatah lagi jiwanya sekarang tengah kacau bila teringat insden seminggu lalu bila dia menampar gadis idamannya membuat tidurnya tak lena. Apa dah ku buat sebenarnya, makin bencilah gadis idamannya terhadap dirinya.

Memejam mata seketika tidak akan dapat mengubah kenyataan yang sesungguhnya aku telah menyakitkan hati insane yang dicintainya. Aku bukanlah mengharap cinta luarbiasa, namun hati ini selalu inginkan cinta bukan hanya sekadar cinta biasa, cukuplah sekadar cinta disirami dengan kasih dan sayang antara dia dan gadis yang bertakhta dihatinya. Adakah permintaannya itu keterlaluan untuk dikecapinya.

Wan asraful mengambil gambar aleya yasmin yang tanpa sengaja diambilnya semasa melihat gadis itu di taman zoo Negara hari yang pertama didalam hidupnya itu, tidak di sangka pertemuaanya dengan aleya telah menimbulkan bibit cinta dihatinya. Kalau difikir memang pelik sebab baru berjumpa hati dah terpaut mungkin ini ada tanda cinta pandang pertama, semenjak itu dia selalu mengikuti perkembangan gadis itu walaupun setengah mati dia mencari maklumat tentang aleya namun dia tak pernah mengaku kalah.

“Apalah yang dimenungkan tuh wan,” ibunya menegur anak bujangnya tuh yang belum lagi tidur, jam dah menjangkau 11 malam tapi anaknya tak tidur lagi. Membuat hati ibunya ingin mengetahui apa yang meresahkan hati anaknya sampai tak lalu nak tidur.

“Tak adalah bu, wan tak boleh nak tidur lah bu, mungkin kejap lagi wan nak tidur. Usahlah ibu risaukan wan nih, bila wan dah ngantuk nanti wan akan tidur. Ibu pergilah tidur, kasihan kat ayah tidur seorang-orang kat sana tuh yer bu.” Wan sempat lagi mengusik ibunya.

“Hish budak bertuah nih sempat lagi nak usik ibu.” Balas ibunya.

Wan asraful tersenyum bila melihat ibunya mencubit pipinya, itulah kerenah ibu kesayangannya yang tak pernah berubah walaupun usia ibunya dah semakin meningkat namun kemesraan antara mereka tetap sama seperti dulu. Like mother like son lah katakan. Wan tersenyum lagi sendirian bila melihat ibunya telah pergi meninggalkan dirinya kesorangan lagi di bilik green grass home kesukaannya.

Semoga esok yang mendatang akan selalu memberikan dirinya suatu kebahagiaan walaupun terkadang sukar untuk digenggamnya, namun dia tak akan berputus asa selagi dia masih bernafas. Wah ! tak sangka pulak aku nih mat jiwang juga. Ingatkan aku nih tahu merempit jer, sorry yer bukan merempit tak tentu pasal, dah memang minatnya suka membawa motosikal kesukaannya lagipun dia tak pernah pun berlumba haram seperti kawan-kawannya  tak kenal tempat mesti  berlumba.
          

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).