Wednesday 7 December 2011

Geng Giler Kentang ~ 7

Geng Giler Kentang ~ 7

Ku cermin diriku dan sesungguhnya kita serupa, tiada beza warna , aku tidak secerah dirimu namun ia tidak menghalang untuk kita bina ikatan persahabatan yang suci dan murni.

Senyuman dan gurau sendamu membuat ku bahagia kerana aku bisa berada disisimu untuk mencipta kenangan paling indah yang tak mungkin kita akan lupa hingga akhir hayat.

Indahnya dunia ini dapat bersama teman tersayang dan bisa berkongsi cerita suka dan duka. Cerita jalinan kehidupan kita sentiasa ceria walau hanya bertemu di alam maya, namun semua itu tidak menghalang untuk kita mencipta bahagia bersama. Yes ,  i love my friend with all my heart.

*****

Macam aku pernah dengar kata-kata nih tapi di mana  ?, kiji berfikir sejenak bila membaca kata-kata zee  tapi entah dimana aku terbaca,? hish aku nih pelupa jugak.

“Apa yang kau menungkan tuh kiji, macam orang susah hati je,” cin menegur bila melihat kiji mengeleng2kan kepala tanpa menyedari kehadirannya.

“Oh kau cin, tak adalah , aku tengah baca kata-kata zee nih” ~ Selagi kaki melangkah, selagi itu aku akan tetap membawa setiap kenangan kita walau terkadang ia menyeksa hati aku, namun aku tetap gagahi juga kehidupan ini.

Ku ingin melepaskan bebanan ini yang dah terlalu lama ku pikul. Hati ! bantulah aku untuk bisa melupakannya. Terlalu penat aku ketika ini, teringin hati ini untuk berehat walau Cuma seketika.~

“Alah kau nih kiji, tak kan dah lupa tuh kan dari petikan cerpen zee yang terbaru Hujan cinta ~ 7”. Balas cinderella aka cin.

“hihihi....yer lah, macam manalah aku boleh lupa, kiji anguk-anguk malu bila terlupa yang kata2 tuh petikan dari cerita hujan cinta, pelah zee nih ada2 jelah cerita dia tuh, terlalu mendalam setiap kata2nya tuh, macam orang patah hati berulang kali “. Kiji menyedari zee punya rahsia yang terlalu sukar untuk ditafsirkan walaupun mereka telah lama berkawan namun terkadang tidak memahami dengan sikap dan perangai zee.

“Apa yang dihairankan tuh kiji, alah biasalah ngan zee tuh, dia dengan dunianya yang selalu mencipta seribu satu macam kata2 yang terlalu puitis untuk kita tafsirkan, tak usahlah kau hairankan tuh kiji, biasalah orang jiwang nih, punya bahasa2 indah “. Lola menyampuk perbualan antara kiji dan cinderella.

“Uit lola, sejak bila kau ada kat sini, tak ada bagi salam pun kat kitaorang nih”. Usik kiji.

“Sorry gengs, aku terlupa lah, assalamualaikum ! tolong buka pintu aku nak masuk nih”. Lola sengaja mengusik kiji membuat kiji tergelak seketika.

“Kau dah masuk pun lola, baru nak bagi salam ke, hish2 budak satu nih”. Balas amir.

“Biasalah tuh amir aka shut, aku tak sengaja pun, kalau iapun balaslah salam aku tuh, tak baik taw,” usik lola.

Walaikumussalam, serentak diorang membalas salam.

Sejak kebelakangan ini dah ramai budak baru kat gilerkentang nih, wah ! dah ramai peminat gilerkentang nih petanda yang baik. Mesti ciku, mm dan erroshi happy selalu bila melihat perkembangan gilerkentang nih dah semakin membanggakan.

 “Apa yang dimenungkan tuh zee,” shimu dah mula menengur pe tidaknya bila melihat zee termenung seketika.


Biasalah shi, ada yang zee fikirkan kebelakangan ini, tapi shi jangan risau sangat, tak de yang penting sangat perkara tuh. Zee tak ingin berterus terang kerana baginya ada setengah perkara tuh lebih baik didiamkan.

Dayang kebelakangan nih tak selalu masuk kat gilerkentang sebab amik SPM , nak kena tumpukan perhatian kat exam nih, semoga dayang akan berjaya dalam menghadapi SPM,  chaiyok untuk dayang.

Cinderella aka cin seorang yang manis dan ayu selalu berkepit ngan dodol kat gk nih, dah macam kembar tak seiras, kemana2 mesti berdua, kalau ada masalah mesti cari tempat parking kat gk nih, selalunya duk tepi taman kat gilerkentang nih.

Lola awek cun kat gk memang idaman hati lelaki macho, sape lagi kalau bukan amir aka shut, perangainya Ya Allah memang nakal sangat tak leh duk diam ada2 keja gila yang selalu dibuatnya, terkadang tuh wat lola menangis je bila berdepan dengan amir nih, nasib baiklah akak dia tuh tak lah gila sangat kalau tidak adik dan kakak memang satu kepala.

Iema dah lama tak datang kat gk nih, bagaimana agak keadaannya sekarang ini, sibuk ngan keja sekolah agaknya.

Meow budak gk yang baru, zee tak lah kenal sangat, tapi mereka semua kat sini adalah adik2 yang baik walaupun terkadang nakal sangat tapi zee pasti mereka semua ada hati yang baik. Macam aku ngan lex tuh walaupun selalu gaduh tapi zee pasti antara kami tidak ada dendam yang tersimpan. Aku harap lex tidak akan terasa jika ada  kata2 yang menyakitkan hati yang terkadang tak mampu aku nak kawal, salam kemaafan dari hati zee yang ikhlas nih. Zee sayang semua yang ada kat gilerkentang nih like family.

Mungkin dah tiba masa untuk zee undur diri dari gk nih atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, selama ini zee menghargai erti persahabatan antara kita (ggk) semoga kita bahagia selalu dalam menempuhi kehidupan ini

Gadis kesepian,qasandra, boy,hidayat,emo,lone dan mus salam kenalan dari zee buat geng2 yang baru kat gk, maaflah tak sempat mengenali anda semua, jika diberi kesempatan teringin zee mengenali anda semua seperti adik2 zee yang ada kat gilerkentang ini. Jika diberi kesempatan zee ingin berkongsi cerita dan cinta buat semua.

Ridz teman yang sering memanggil aku dengan panggilan cikgu, entah kenapa ridz selalu berkata begitu ?, adakah aku layak dengan panggilan itu, entahlah, aku pun teringin mengetahu apakah sebabnya dia selalu memanggil aku dengan panggilan cikgu.Mungkin suatu masa nanti aku bisa mengetahuinya, insyaAllah jika di beri waktu dan umur yang panjang untuk aku bisa lebih dekat untuk mengenali siapa kah sebenarnya ridz nih.

Amir aka shut adalah adik kesayangan aku selain zack, amir adalah kekuatan aku di gk selain dodol manis, cinderella dan dayang, amir adalah adik yang memahami kakaknya walaupun aku bukanlah kakak yang terbaik untuknya namun aku bertuah punya adik seperti amir, jika di beri kesempatan aku teringin mengucapkan rasa terima kasih aku kerana sudi melayan kerenah aku walau terkadang senget gak. Hihihi...lawaknya aku.

Ciku lelaki yang pendiam, selalu ingin menjadi shemale kat gk, selalu memakai smilies gadis yang suka bermekap, lucu sangat ciku nih, namun aku tahu ciku adalah lelaki yang baik dan selalu setia pada cintanya. Pasti aku akan merindui saat perkenalan aku  dengan ciku.

Anon yang selalu aku panggil dengan panggilan erroshi, adalah teman yang terbaik, selalu memberi dorongan dan nasihat buat aku, membuka minda aku agar lebih bisa memahami adik2 yang ada di gilerkentang. Aku amat menghormati dirinya, terima kasih untuk segala2nya yer erroshi.

Shimu adalah teman ku yang paling aku akan rindui kerana dia selalu membuat aku selalu tersenyum walau terkadang aku ingin menangis, namun kehadirannya membuat aku lebih menyayangi diri aku lebih dari segalanya, thanks yer shimu. I will never forget you wherever i go.

Buat sahabat2 yang lain, anda semua adalah sahabat yang paling berharga. Mengenali anda semua membuat dunia ku indah selalu. Perkenalan kita adalah saat2 yang paling indah, yang akan selalu ku ingat sampai ke akhir hayat , tanpa korang semua siapalah aku. Terima kasih untuk segala2nya.

Apalah ngan aku kebelakangan nih, asyik tacing je, kalau wak nampak aku mesti dia cakap ngan aku. Lah zee tuh dah mula dah ngan tacingnya. Tak berubah langsung. Saat begini rindu pulak ngan wak nih.
“Nih cerita ke luhahan perasaan , hihihi dah macam luahan perasaan pulak, pe lah zee nih sejak kebelakangan ini dah berubah langsung”. Mm dah mula perasan dengan perubahan zee. Something wrong with this girl. Tapi tak tahu nak tegur macam mana?.

“Apa yang berubah tuh mm, dodol dah mula curiga dengan kelakuan zee kebelakanga nih”. Dia pun macam mm dah mula perasan dengan perubahan zee.

“Kalau tidak ada nape buat statement begitu, sampai hati zee nak tinggalkan kitaorang semua nih,” ujar cin.

“Alah cin, aku bukannya nak tinggalkan korang semua tapi aku nak berehat dulu dari semua nih.” Balas zee

“Kalau iapun nak berehat janganlah nak undur diri macam kitaorang nih semua tak ada nilainya buat zee.” Erroshi cuba memujuk zee agar jangan terlalu emosional.

“Aku tak emosional lah erroshi, tak ada apa2 pun, korang semua jangan risaukan zee yer, zee biasa2 je lah tak ada nak simpan apa2 pun kat dalam hati.” Zee ingin menjelaskan tentang situasi yang sebenarnya tapi berat hati nak mengatakannya. “Walau bagaimanapun terima kasih untuk segala2nya. Zee sayang korang semua macam aku sayangkan diri ku sendiri”.

“Macam pelik je ngan semua nih”, amir sempat menjeling ngan akak zeenya, yang pasti akan dirinduinya.

“Alah kak janganlah tamatkan cerita gk cam gini tak mahulah amir, sambunglah lagi”. Amir cuba memujuk akak zee nya agar jangan berputus asa agar cuba lagi untuk meneruskannya.

“Alahai adik akak nih pandainya nak pujuk akak, tak adalah dik, sebenarnya cerita itu tak akan pernah berakhir kerana jalan ceritanya masih panjang lagi  semoga amir faham maksud akak zee nih”.

“Sudah2lah tuh zee , aku nak kau tetap kat sini je, aku tak nak kau pergi mana2 ?, boleh tak, pinta dodol manis dengan senyuman yang manis.

“Aku tak boleh nak janji apa2 pun yer dodol, insyaAllah zee akan selalu jenguk2 korang semua kt gk nih. Okay lah zee nak keluar dulu, insyaAllah kita jumpa lagi di episode akan datang. Kalau ada jodoh kita akan pasti berjumpa lagi. Korang semua jagalah diri baik2 yer. Salam akhir dari zee buat semua. Sebak hati ketika ini tapi nak buat macam mana ? i have to go....

Alamak terlupa pulak ngan dak hafiz nih, zee gembira sangat dapat berkenalan ngan dia tuh, biar brape hari je tapi bagi zee dah cukup mengembirkan dapat teman sebaik hafiz. Semoga hafiz gembira bersama tunang tersayang, jangan tunggu lama2 kawen je. Zee sempat lagi nak mengusik walaupun dah sampai masa nak melangkah pergi. Wahai hati, jom kita pergi, kita pergi untuk kebahagian bersama, macam ayat frust je aku nih. Dah memang buang tabiat agaknya aku nih. Dah2 latuh wahai zee, kalau nak pergi, pergi jelah. Hati mengusik diri sendiri. Lawaknya hati aku nih.

Sebelum zee nak pergi, zee nak request lagu , lagu nih pendam dari shahir. Lagu nih wat geng giler kentang dengan ucapan semoga gembira dan ceria selalu bersama teman dan keluarga tercinta, zee selalu mendoakan yang terbaik buat semua. Salam sayang dari hati zee yang ikhlas.

TAMAT
(CERITA GGK TAK AKAN PERNAH BERAKHIR KERANA IA BARU BERMULA, ZEE MEMOHON MAAF JIKA ADA SALAH N SILAP DALAM MEMBUAT CERITA GGK NIH, HARAPLAH DIMAAFKAN. GGK NIH UNTUK KORANG SEMUA, TERIMA KASIH KERANA SELALU MENYOKONG ZEE DALAM MEBUAT CERITA GGK1 HINGGALAH KE GGK7)

3 comments:

  1. sungguh touching GGK7 ni . mekasih zee sbb x pnah lpekan cen dri GGK1 smpi GGK7 . zee mmg kawan terbaik . semoga sukses slalu :)

    ReplyDelete

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).