Sunday 25 December 2011

benarkah cinta ? ~ 5

Wanie begitu resah sekali bila setiap hari hatinya teringatkan zakuan.  Dah sebulan mereka tidak berjumpa, bertanya khabar pun tidak. Zack dah lupakan aku, adakah hatinya dah berubah. Bingung memikirkan semua ini.


Hatinya masih lagi sayang dan tidak mungkin dia begitu mudah melupakan zack dalam hidupnya cuma terkadang zack tidak memahami keinginannya.




Apa khabar agaknya dia ?, masih sayang lagi ke zack kepada dirinya ?, sedih di hati terasa sekali, kenapa dulu dia amat mementingkan kerjayanya dari zack. Aku ke yang bersalah yang selalu mementingkan diri, dan tidak pernah meluangkan masa aku bersama zack. Entahlah, dah kusut kepala akumemikirkan semua ini. Masih ada ruang lagi ke untuk dirinya memperbaiki perhubungan mereka berdua.


" belum selesai lagi ke problem wanie ngan zack". Usik elise.


"Macam mana nak selesai ?, kalau zack dah tak mahu jumpa aku".


"Call lah zack tuh wanie, baik kau yang pujuk dia, manalah tahu sejuk hatinya bila dia tahu kau cari dia, apa salahnya sekali sekala kau pulak yang cari dia dan pujuk dia, wanie kenalah bertolak ansur, tak kan korang berdua saling menyepi dan tak nak mengalah".


"Aku seganlah elise, aku tak tahu nak mula di mana ?," keluh wanie.


"Apa yang nak disegankan, kau dan zack dah lama kawan, tak kan kau tak tahu macam mana hati budi zack ?, atau wanie dah memang tak cintakan dia lagi".


"Aku masih sayang dan cintakan dia, mana mungkin aku boleh lupakan percintaan aku dengan zack , hati ini tidak mungkin cepat berubah". Balas wanie.


"Kalau kau masih cintakan dia, pergilah call dia, tak kan dia je yang selalu tercari2  cik wanie kita nih". Usik elise.


"Aku malu lah elise nak cari dia, aku kan perempuan tak kan aku yang cari dia dulu".


"Hish kau nih wanie, zaman dah berubah sekarang, kalau kau tak rebut peluang sekarang, aku takut  kawan aku yang comel nih akan kecewa, buanglah ego tuh sikit wanie." Elise kesal dengan sikap wanie yang selalu egois, tak nak mengalah.


"Entahlah elise". Balas wanie.


"Suka sangat cakap gituh, kau dah putus asa ke wanie ?, janganlah begitu, kasihan aku tengok zack tuh, setianya tak pernah berubah".


"Kalau dia setia, dia tak akan tergamak cakap begitu kat aku, hati aku masih sakit lagi bila aku ingat tuduhan dia yang tak masuk akal, malas nak layan". (dalam hati 'betul ke apa yang aku buat nih').


Elise hanya mengelengkan kepala, tak tahu nak cakap apa lagi, dia hanya mampu berdoa agar wanie akan dapat cari penyelesaian yang terbaik.


Kalau cinta tak perlu kata apa-apa, betul ke....hihi ....tersengeh elise bila terfikir tentang cinta itu seperti apa ?, teringat cerita semalam ....biar mimpi sampai ke bintang...nak juga bermimpi berjumpa dengan putera idaman hati tapi kalau nak cari sampai ke bintang, susahlah. Biarlah aku cari kat bumi Allah je nih tak payah susah nak cari kat bintang atau bulan. Terimalah cinta apa adanya tak perlu cari kat mana2, sebab cinta tak boleh di jual beli macam kat supermarket. Adess....dah jauh aku tersasar nih...wake up elise...jangan biarkan diri hanyut dalam khayalan semata-mata.


*****


Tolong lembutkan hati dia untuk menerima ku kerana ku tak sanggup hidup tanpa dia, asyiknya zack melayan lagu ombak rindu, terasa sayu hati  bila dengar lagu hafiz dan adira. napelah saat begini aku rasa nak nangis ?, pelah hati aku ini selalu je sensitif.


ermmm......hati mengapa sejak kebelakangan ini resah tak menentu, layan lagu ini buat aku sakit, teramat sakit hati ini.
Bukan kerana aku tidak sayang dia lagi tapi aku tak tahu nak buat apa lagi...zack merasa geram dengan sikap wanie yang selalu menjadikan dirinya sebagai orang kedua selain kerjayanya. Apakah aku tidak layak untuk dirinya ?.


Tak ku sangka tak ku duga, beginilah nasib diri yang selalu kecewa dan dikecewakan, tak tentu arah kerana cinta, terkadang hati ini tidak memahami apa yang dikejarnya. Cinta buat aku  tidak bernafas.


kita semakin jauh dari apa yang kita impikan, semuanya semakin menjauh.


Wanie...i really love you...benarkah itu cinta ?..pening kepalanya bila soalan itu bermain difikirannya sekarang ini.


Amboi aku dah mula tacing, kalau ikmal nampak aku berperangai begini, memang siap aku dikenakan.


Biarkanlah ikmal nampak aku, bukannya aku buat apa2 pun, hanya melayan perasaan yang gundah gelana. Aku bukannya kacau siapa pun. Tapi aku tak mampu nak tipu hati aku sekarang yang sesungguhnya aku amat rindu sekali pada wanie, kalau aku ada sayap sekarang ini, aku dah terbang cari dia.
Cakap kat dia yang aku nak kawen sekarang juga dengan dia. Wahai angin ! sampaikanlah hasrat hati aku ini.


Sesekali melayan perasaan ini buat hatinya bertambah kacau, biarkanlah kacau, bukannya aku kacau anak orang pun.hihi....geli dengan perasaan sendiri...yang aku layan sangat perasaan aku nih buat apa, baik aku layan lagu apa ye....jap2 nak cari lagu kat u tube nih, apa lagi kalau bukan lagu beribu sesalan lagu kegemaran wanie my lovely sweet girlfriend. Adesss....biar betul aku nih nak dengar lagu tangkap jiwang lagi. Hahaha...sesekali apa salahnya
nak lepaskan rindu aku pada wanie, tak ada orangnya, dengar lagunya pun bolehlah tuh.


****


Wanie termenung jauh memikirkan dirinya semakin hari semakin rindu pada kekasih hatinya, kalau nak ikutkah hatinya mahu je dia yang pergi meminang zack tuh. Adess....dah kes angau, sampai nak pergi meminang pe cerita nih.


Apa aku nak buat sekarang nih, tak kan lah aku yang nak pergi jumpa dia, pastu aku nak lamar dia, dah terbalik dunia agaknya. Napelah aku boleh terfikir dengan idea yang gila-gila ?.


Biarlah aku yang jadi orang pertama yang melamar kekasih hati, pe salahnya aku buat begitu, mesti zack akan terharu kalau aku yang luahkan hati aku yang hangat membara. Hihihi......wanie awak dah memang giler.


Tiba-tiba khayalannya tergangu dengan deringan lagu aishiteru phonenya membuat dia terhenti seketika, siapalah yang call aku nih, kacau daun je lah.


"Assalamualaikum, hello siapa di sana ?", wanie menunggu suara orang yang memanggilnya namun tak ada pun kedengaran, orang nih nak mainkan aku ke, dah memang buang tabiat agaknya, ganggu aku je berimiginasi. Siapalah yang call aku tapi tak berani nak cakap, agak2nya zack ke.


Deringan lagu aishiteru ke dengaran lagi, membuat hatinya begitu geram hinggakan dia terlepas cakap, "zack jom kita kawen" bila saja dia membalas call dari seseorang yang tak mahu bersuara.


"Zack, jom kita kawen", wanie dah mula melamar zack. adess...sah aku memang dah giler, kalau orang tahu aku yang lamar zakuan memang heboh satu malaysia ada seorang gadis melamar pakwee dia. Aku dah hilang pertimbangan ke.


"Zack, say somethinglah", diam membisu je zack nih, dia  tak sayang aku lagi ke. Wanie mengeluh bila dilayan begitu, sampai hati zack tak layan aku.


Baik aku tutup phone aku, buat malu aku je nak lamar dia, macamlah aku nih teringin sangat nak kawen ngan dia.


"Wanie, jom kita kawen, tiba2 suara zack memecah kerisauan wanie terhadap lamaran yang baru je dibuatnya.


"Alahai zack, napelah baru sekarang nak jawab ?, ingatkan tadi dah memang aku yang bertepuk sebelah tangan. rupanya tangan ini berbunyi juga akhirnya".


"Soorry my dear, ingatkan tadi zack salah dengar, tak sangka wanie sanggup cakap begitu,, rupanya sayang juga wanie nih kat aku".


"Siapa yang tak sayang siapa nih", usik wanie bila hatinya kini berbunga cinta lagi. Biarlah aku yang mengalah buat masa ini kalau menjamin kebahagian yang selama ini ditunggunya.


Benarkah cinta ? antara dia dan zakuan,akhirnya terjawab juga, betapa bahagianya saat ini bila mengenangkan yang perjalanannya bersama insan tersayang baru bermula.


Ya memang benar aku sangat menyintai insan yang bernama zakuan yang dah begitu lama menemani aku di kala suka dan duka, walau terkadang ada pahit dan manis dalam perhubungan mereka  namun itulah lumrah percintaan yang akan selalu menguji setiap insan yang ingin jatuh cinta.


****


Benarkah cinta ?,
seperti angin.....
Datang cuma sebentar.....
hilang hanya menyapa seketika, lalu pergi...


Benarkah cinta ?,
seperti air....
adakala tenang.....mendamaikan....
namun terkadang menghanyutkan...
menenggelamkan....


Benarkah cinta sebegitu ?,
jika benar ...
Bukan cinta itu yang ku mahu...


Kuingin cinta yang biasa...
bukan cinta yang luarbiasa.....
cinta yang buat aku rasa bahagia
cinta yang bisa menyatukan dua hati
agar lebih memahami .....
kerana cinta itu memang indah....
bila dari hati ke hati....






TAMATLAH SEBUAH CERITA......BENARKAH CINTA ?

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).