Thursday 29 December 2011

Bukan cinta biasa ~ 4




Aku perlukan dia dalam hidup ini, aku tak dapat hidup tanpa dirinya.

Sesekali wan mengeluh bila memikirkan hasrat hatinya ingin melamar aleya menjadi pendamping hidupnya.

Mustahil ke impian aku untuk hidup bersamanya.

Layak ke aku untuk dirinya, dia hanyalah manusia tak punya apa pun, yang ada cuma motosikal kesayangannya.

Aleya yasmin adalah puteri cantik dari kayangan, yang selalu cantik di pandang membuat dirinya kecik kalau dibandingkan dia dan aleya, bagai pipit dan enggang. Tapi aku masih lagi degil nak merebut cintanya.


Cinta itu layak pada siapaun yang menginginkannya yang penting ikhlas memberi dan menerima.

"Ikmal, aku dengan aleya ada peluang hidup bersama tak ".

"Kalau aku cakap terus terang, jangan pulak marah, nanti sakit hati wan bila ikmal cakap, nak dengar ke atau tak". Usik Ikmal..

"Cakaplah, aku tak akan marah, aku senang kalau kau dapat tolong aku selesaikan teka teki di hati aku."

"Wan dan aleya jauh beza, tak serasi bersama, perangai lagi jauh beza, baik wan lupakan aleya dari hidup wan".

Wan diam membisu bila mendengar pengakuan zahar terhadap hubungannya dengan aleya.

Ikmal menjeling, kasihan juga dia tengok wan  dah buat muka mencuka. Biar dia rasa kebenaran dan realiti yang cinta tidak seharusnya memiliki.

Marah ke kawan aku nih, diam tak bersuara, susahlah kalau begini. Giliran ikmal mengeluh sambil mengaru kepala yang tak gatal pun.

Hish, kata tadi tak marah kalau aku cakap terus terang, nih dah lain jadinya, hampeh seketika bila melihat fikiran wan telah melayang jauh ke bintang, bintang lagi..buat apa nak pergi ke bintang, lagi best kalau dapot pergi ke syurga cinta ilahi. Tersenyum ikmal melihat wan serba tak kena, dah angau.

****

"Awak serius ke nak lamar saya, kalau saya tak terima , apa awak nak buat ?, nak bunuh saya ke", aleya geram dengan kelakuan mat rempit yang berlutut di hadapannya, siap dengan bunga ros purple kesukaanya.

"Wan serius nak lamar aleya, wan harap lamaran ini tidak di tolak, wan akan sanggup terima apa je syaratnya, asal kan wan dapat kawen ngan aleya, terimalah lamaran saya". Wan dah sepenuh hati merayu agar aleya melihat keikhlasan di hatinya.

"Amboi sukanya berjanji, tak takut ke nanti saya bagi syarat yang susah, apa awak nak buat".

"Saya tak takut pun dengan semua syarat yang aleya bagi, yang penting aleya setuju nak kawen dengan wan". Ujar wan asraful terhadap aleya yasmin gadis yang dicintainya sepenuh hati.

"Awak, bagi saya masa untuk berfikir, kalau hati saya setuju, saya akan hubungi awak nanti". Gila agaknya aku, buat janji dengan mat rempit yang tak punya apa pun, nak cari penyakit agaknya aku, tak takut ke kalau mat rempit nih hanya mempermainkan perasaanya.

"Tak payah fikir lagi, setuju lah, saya serius bukannya main, aleya tak percaya ke". Balas wan.

"Ini soal kebahagian saya, mestilah kena fikir, awak ingat saya kawen ngan awak cuma main2 ke".

"Bukan itu maksud saya, janganlah awak cepat marah, awak nih tak pernah berlembut, sayang sangat, awak tuh kan perempuan, bila lagi nak tunjukkan sifat-sifat seorang wanita". Usik wan.

"Amboi awak nih, kalau dah bersuara memang tak pandai nak kawal, main sedap mulut je kalau bercakap". Balas aleya.

"Marah ke puteri kesayangan wan nih, nanti tak comel lah kalau dah marah".

"Malas nak layan awak, baik saya pergi dulu sebelum hati saya makin sakit".

"Alah aleya, tunggulah dulu, janganlah cepat tinggalkan wan, kita belum selesai lagi nak bincang".

"Tak payah bincang, saya tak nak kawen dengan awak, so janganlah perasan sangat wahai mat rempit".

"Janganlah aleya buat saya macam nih, nanti saya tak tidur lena malam nih, awak nak saya merana ke".

"Terserah awak nak merana ke tak ke, itu hal awak, bukan hal saya, apa saya peduli". Aleya cuba menyakitkan hati mat rempit tuh agar berputus asa untuk melamarnya.

"Please lah aleya, untuk kali nih je, sudilah bagi peluang untuk saya, wan tahu cinta yang ada di hati nih bukan cinta biasa yang aleya harapkan".

"Tahu tak pe, so nape nak paksa aleya ?. cinta bukan boleh dipaksa.

"Wan tahu siapa wan, siapalah wan nih berbanding dengan diri aleya yang sangat sempurna".

"Aleya bukanlah sesempurna yang awak sangka kan, aleya cuma insan biasa, janganlah memuji sangat".

"Wan tahu. wan minta maaf jika terlalu memuji keindahan ciptaan Tuhan".

"Tak apalah awak", balas aleya.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).