Sunday 11 December 2011

Hujan Cinta ~ 8

Hujan Cinta ~ 8

Hujan cinta itu datang lagi membasahi aku ketika ini, melenyapkan segala impian aku seketika. Teringat bukan bereti dapat mengulangi kebahagian itu bersama orang tersayang.

Mona melihat keluar pintu rumahnya bila melihat hujan tidak seakan mahu berhenti seolah menemaninya ketika ini, huhu ada apa dengan hujan, dingin dan sejuk terasa hatinya ketika ini membuat dia teringat kepada azwan daniel jejaka yang pernah melemahkan hatinya, yang pernah mengusik cintanya walaupun azwan dah lama meninggalkannya namun mona seakan ingin mengingatinya lagi, mungkin untuk kali terakhir hatinya ingin mengulangi detik2 gembira bersama lelaki itu, ya lelaki yang bernama azwan daniel yang dah menjadi kepunyaan gadis yang lain.

Mendengar lagu sad story dari korea membuat aku menangis ketika ini, sedihnya lagu nih membuat hati aku turut sama menangis, pelah aku nih tacing sangat hari ini. Aku seperti mengerti setiap bait2 lirik lagu itu. Aduh ! sakitnya hati aku nih. Airmata lembut mengalir ke pipi ku seolah memahami kesedihan hati ini. Maafkan aku yah hati kerana tak bisa menahan kesedihan ini.

Dari kejauhan mira mengeleng kepala bila melihat mona menangis, seminggu lalu dah okay, napelah pulak hari ini sedih sangat aku tengok, tuhlah kalau kerap sangat tengok cerita korea, dah mula nangis bila dengar lagu sad story, hish2 kawan aku nih bila lagi nak jadi matang nih.  

Apalah nak jadi dengan mona nih, lagi baik dia kawen dari aku tengok dia sedih memanjang.
Setiap hari sedih, nangis tuh je dia tahu, pe lah nasib kawan aku nih, dulu ceria dan selalu tersenyum, sekarang nih dah banyak termenung, dah tak nampak wajah mona yang ayu selalu, sentiasa tersenyum walau apapun dihadapinya, namun bak kata pepatah melayu walau sekuat manapun hati tetap akan lemah bila berkaitan dengan cinta, betul ke pepatah nih atau aku je yang memandai buat pepatah, nanti aku jugak yang kena nanti kalau dewan bahasa pustaka tuh tahu apa yang dah aku buat, pandai2 je buat pepatah sendiri. Mira tersenyum sendirian bila dia pun ikut melayan perasaan sendiri.

Nasib baiklah aku nih malas bercinta, kalau tidak aku pun macam mona, selalu termenung, menangis, ketawa dan sedih sepanjang hari. Lagi baik kawen dari bercinta kalau akhirnya kecewa.


Mungkin dulu kalau bercinta akan bahagia selalu namun sekarang nih dah lain tidak semestinya kita cinta satu sama lain akan berakhir dengan kebahagian. Contohnya dah ada didepan aku nih, bercinta dah 3 tahun tapi akhirnya berpisah juga, cinta apalah tuh kalau akhirnya kecewa. Cinta tidak pernah bersalah, kita sendiri yang selalu alpa, selalu menyalahkan yang cinta itu kejam sedangkan cinta itu tak pernah membuat apa2 pun, kerana cinta yang lahir dari hati akan selalu indah untuk dirasai oleh setiap insan yang menginginkannya.

Aku pulak yang jiwang dan tacing nih dibuatnya. Dari tadi aku asyik fikir cinta2, kalau begini bila nak berakhir, baik aku pergi tegur si mona tuh, kalau tidak airmata tuh dah satu baldi penuh dibuatnya. Tergelak sendiri bila mengenangkan perangainya dah macam senget jadinya.

Monalisa airanisa terperanjat bila melihat mira dah berada didepan matanya. Tak ada ribut, tak ada angin tiba2 je dah ada kat depan aku nih, macam dia tahu je aku nih dah tacing sekarang nih.

“Apa yang kau menungkan tuh mona, tak selesai ke lagi masalah kau tuh mona”. Usik mira.

“Tak adalah mira, aku okay je nih, masalah pe lagi yang kau cakapkan nih,” mona pura2 mengalihkan pandangan matanya kearah lain sambil menyapu airmata yang sedari tadi mengalir lembut dipipinya.

“Alah kau nih mona, aku tahulah kau nangis dari tadi, aku nih belum buta lagi”. Balas mira.

“Tak adalah mira, habuk masuk mata aku nih”, sengaja mona mengelak dari menjawab pertanyaan mira yang bagi dirinya malas nak berbahas2 dengan kawannya tuh.

“Wah ! bukan main habuk tuh rajin masuk kat mata kau tuh yer mona”. Usik mira membuat hati mona terusik lagi.

“Pandai2 lah kau nih mira, ada2 jelah”. Balas mona.

“Aku tak nak paksa orang nih nak cakap apa yang terbuku kat dalam hati dia , terpulanglah kalau tak nak berterus terang , jangan sampai ada yang makan hati tuh yang berbahaya.” Usik mira.

“Hish kau nih mira ada2 jelah, tak ada benda lain ke, asyik berburuk sangka terhadap aku. Aku bukan tak nak berterus terang tapi memang tak ada yang nak dirahsiakan. Kau kan dah tahu masalah aku sebenarnya. Dah tahu bertanya pulak”. Giliran mona mengusik mira.

“Apa lagi yang ada di kepala kau tuh mona, baik kau setuju ngan permintaan keluarga kau tuh, tak salah mencuba kalau dapat membahagiakan diri kau tuh. Bagilah peluang untuk kau mengecapi bahagia, tak salah kan”. Mira memberi kata semangat agar mona dapat menyelesaikan masalahnya dengan baik.

“Bukan itu yang aku tengah fikir sekarang nih, aku tiba2 teringat ngan azwan daniel tuh, tuh yang sebak hati aku tuh dibuatnya.” Balas mona.

“Apa lagi kau nak ingat kat budak azwan daniel tuh mona, dia dah tinggalkan kau, buat apa lagi kau nak ingat dia lagi, lagi baik kau kawen dari selalu ingat kat dia tuh. Tak ada maknanya kau nak ingat dia sedangkan dia tak pernah ingatkan kau, dia dah bahagia dengan gadis lain. Mulai hari ini baik kau lupakan dia dalam hidup kau tuh. Kau bukalah hati kau tuh menerima insan yang lain, mungkin lelaki itu lebih baik dari azwan daniel tuh”. Mira malas dah bercakap pasal budak azwan daniel tuh yang bagi dirinya memang tak layak untuk diingat, buang masa je si mona nih memikirkan budak yang tak berguna tuh.

“Baiklah mak datin, mulai hari ini aku tak akan ingat dia lagi, macam mana cik mira sayang, dah puas hati”. Usik mona.

“Begitulah mona, aku tak nak tengok kau selalu bazirkan airmata kau tuh untuk lelaki yang tak pantas untuk kau tangisi, baik kau terima lelaki pilihan ibu kau tuh lagi baik”. Mira setuju sangat dengan pilihan ibu mona tuh, sebab pilihan orang tua memang pilihan terbaik.

“Aku dah fikir sedalam2nya, aku akan terima pilihan ibu aku tuh. Aku tak nak sakitkah hati ibu aku tuh. Mungkin dah tiba masanya aku lupakan kenangan silam dan mulakan hari baru dan cerita baru dan juga cinta baru.” Balas mona.

“Aku setuju sangat dengan pendapat kau tuh mona, aku selalu mendoakan apa yang terbaik untuk kau tuh yang penting kau bahagia bersama insan yang mungkin satu masa nanti menjadi cahaya buat percintaan yang kau angan2kan walaupun orang tuh bukan orang yang kau cintai”. Mira memberi kata2 semangat agar mona selalu bahagia.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).