Monday 12 December 2011

Bukan cinta biasa ~ 1


“Aku tak nak kapel ngan kau, wei... kau dengar tak aku cakap nih.” Dah sakit tekak  aleya yasmin menolak cinta mat rempit yang berada didepannya sekarang. Hari ini dah masuk hari ke 100, hidupnya tak pernah aman dibuat oleh mat rempit yang selalu menyusahkan hidupnya.

Wan asraful tak pernah mengalah untuk merebut cinta gadis idamannya yang selalu mencuit hatinya walaupun terkadang gadis itu bersifat kejam sekali terhadapnya namun dia tak pernah mengaku kalah. Tidak akan sekali ! dia dah nekad dan bulat hatinya untuk menawan hati gadis idamannya.

“Weiiii….kau dengar tak nih,” apalah mat rempit nih, buat tak dengar pulak dia, dahlah menyusahkan hidup aku, sekarang nih dia don’t know je, macam lah aku nih tunggul kayu kat sini.

Nasib baiklah aku ada hati kat dia, kalau tidak dari tadi dah memang nak kena penampor aku yang hebat nih. Wan sempat menjeling manja kat aleya. Membuat hatinya bertambah kasih bila melihat renungan mata gadis itu. Dah memang angaulah aku nih. Kalau hari-hari aku tenung 
matanya, memang gerenti aku tidur lena sepanjang malam.

“Tepi !!!, weiii…kau dengar tak aku panggil nih, kalau iapun balas lah kalau ada orang nak panggil, ini tidak asyik diam je, macam orang bisu je.” Mat rempit nih buat aku hilang sabar, nak ikutkan hati ini, memang aku nak amik kasut aku, nak ketuk kepala dia, biar dia sedar sikit dengan perangainya yang menyakitkan hati.

“Boleh tak awak cakap lemah lembut sikit, dah muka cantik takkan perangai tak cantik, kalau macam begini perangai awak, dah ramai pakwee yang lari dari awak bila melihat gadis yang selalu panas baran dan juga suka menengking tak tentu pasal. Wan sengaja nak menyakat gadis yang manis bila marah apatah lagi bila ada lesung pipit kat pipi kiri dan kanan gadis itu membuatkan dirinya tak ingin melepas pandangannya kearah gadis itu.

“What are you talking, are you really crazy. Aleya dah mula hilang sabar bila melihat mat rempit tuh sengaja nak menyakitkan hatinya.

“Hai kawan, kita nih orang Melayu, kenalah cakap melayu, kenapalah bangga sangat tuh nak cakap bahasa orang putih ?, tak kan dah hilang identiti orang melayu atau sengaja nak buat cam gituh sebab nak gelemer, opss !! bukan gelemer tapi nak amik perhatian dari saya yang kacak ini”. Usik wan asraful.

“Sukanya aku nak cakap orang putih ke or melayu ke, tak ada kena mengena ngan kau. Dasar memang kaki mat rempit, senang je nak cakap kat kita nak cari gelemer. Kau cermin muka dulu lah baru nak cakap”. Balas aleya yasmin.

Memang nak kena gadis idamannya nih, dah melampau sangat perangai dia, tak boleh nak dibiarkan kalau cam begini. Baik aku bagi hadiah dia sikit baru padan muka dia tuh, macamlah hebat sangat, tapi dia memang hebatlah, kalau tak hebat macam mana aku boleh jatuh hati kat gadis itu. Tapi aku nak bagi pengajaran kat dia agar jangan terlalu sombong. Mat rempit pun manusia biasa juga tak ada beza antara dia dan aleya yasmin gadis idaman di hati.

Pangggggggggg….dengan sekuat hati. Wan asraful member hadiah yang paling indah, yang tak mungkin aleya akan melupakannya sampai akhir hayat.

“Sampai hati awak tampar saya, awak nih dah hilang waras ke atau dah kurang siuman. Bukan main nak tampar anak orang sedangkan emak dan abah saya tak pernah tampar saya macam begini.” Aleya yasmin menahan sebak di dadanya ketika ini, dia tak mahu menangis didepan mat rempit yang gila itu.

Wan asraful sengaja tak mengendahkan patah-patah perkataan yang ditujukan buat dirinya. Sedangkan dihatinya begitu sakit bila melihat pipi merah aleya, akibat tamparan yang dilakukannya.

Tiba-tiba aleya yasmin berlalu tanpa mengendahkannya. Sakit sangat ke tamparan aku tadi, ish2 pelah aku nih, mestilah sakit kalau tidak tak kan merah pipinya tuh dibuat aku. Wan asraful mengaru kepalanya yang tak gatal pun bila melihat gadis idaman hati meninggalkannya begitu saja. Tak apalah hati. Mungkin hari ini kita tak ada jodoh, namun insyaAllah kita akan bertemu sekiranya Allah berkehendakkan aku dengan dia bersatu dalam satu hati dan cinta.


No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).