Saturday 10 December 2011

Cinta

Cinta

Hati, sememangnya penting untuk kita jaga, selalu patah hati kerana apa ? tak lain mesti kerana cinta, cinta itu apa ?, dia seperti apa ?, adakah seperti gula-gula manis.


Ramai antara kita yang pernah merasai cinta pandang pertama, cinta dari hati ke hati bukan cinta sekadar memandang  mata. Tapi berapa ramai yang sampai ke jinjang pelamin, ramai diantara mereka ingin berkapel tapi tak pernah terfikir untuk bisa sampai ke jinjang pelamin.


Ya mungkin bukan sekadar cinta pertama cinta kedua ataupun cinta ke3 yang bisa membuat hati anda berdebar-debar saat anda memandang wajahnya. Ada juga yang tidak ingin jatuh cinta kerana cinta bagi mereka hanya menyusahkan ataupun hanya melukakan hati mereka.


Mengapa perlu mencari cinta hingga ke hujung dunia sedangkan pada dasarnya cinta itu telah ada didepan mata, kita hanya perlu menerimanya.


Mampu kah lagi kita mencari cinta yang lain selain cinta yang hakiki. Sememangnya love is cinta dan cinta is love tapi sejauh mana kita lebih mendekati Cinta Allah yang sememangnya membuat hati kita tenang, damai dan selalu mengajak kita membuat pilihan yang terbaik, tidak mudah goyah bila ditimpa musibah, redha pada ketentuannya, pasrah pada setiap dugaan yang diberikan oleh-Nya.


Seandainya cinta itu dapat diuji dengan termometer, adakah kita tahu  berapa tinggi darjah cinta seseorang, adakah ...10CC...40CC... OR 90CC...tapi yang pasti tidak melebihi  100CC...CUMA ITU SAHAJA TAHAP CINTA SESAMA MANUSIA...PERCAYA TAK???. Mestilah percaya kan, betul tak ?, Ya, sungguh cinta manusia tidak akan sampai dan tidak melebihi 100CC berbanding indahnya cinta ilahi..maka, pandanglah dengan mata hati..agar kau akan temui cinta yang melebihi segalanya iaitu cinta hakiki...cinta ilahi.
Cinta Allah cinta yang tak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-Nya,  hati akan merasakan manisnya bercinta dengan Allah, tak ada lagi keluhan, tak ada lagi rintihan, tak ada lagi keresahan di hati kerana hati telah mempunyai cinta-Nya Allah.



No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).