Sunday, 19 February 2012

MULUT KATA BENCI HATI KATA SAYANG

"elok2 bersama2 , kenapa berpisah ?..korang berdua ingat cinta itu macam gula2 bila dah habis ia akan hilang begitu saja".



"yang awak bising2 tuh kenapa ?, bukan awak yang putus cinta", geram dengan sikap amir terhadapnya.


"yelah bukan saya yang frust, mengonglah lola",  balas amir.
"dah elok2 berkasih, senang2 je nak berpisah, kau memang tidak cintakan impeace ke lola, dulu bukan main nak kenal sangat dengan budak im tuh tapi bila dah dapat korang senang2 je nak break. pelah begitu mudah ke cinta korang nih".


"diamlah ko amir, aku bukan nak pendapat kau, yang kau busy body tuh wat pe, hampeh".


"ish kau nih lola, aku kan kawan kau, mestilah aku busy macam selalu, kalau kau tak suka, ada aku kesah, hihihi...".


"kau nak kena libas ke amir, meh aku bagi, biar mulut kau tuh diam sehari". Penat melayan amir yang selalu membuat hatinya sakit, dahlah aku break ngan im, senang2 je cakap, macam mulut dia tuh aku bayar untuk bercakap.


"amboi garangnya, ngan aku bolehlah kau garang tapi kalau dengan im kau diam je bila dia nak minta break, pelah punya kawan".


"suka hati aku lah, ada aku kesah". Balas lola.


"amboi korang berdua nih, hari2 mesti  gaduh, aku rasa korang berdua lebih baik kawen jelah, memang padan dan serasi". Dayang menyakat kawan-kawannya bila melihat perangai  mereka tidak pernah berubah walaupun dah meningkat dewasa.


"sorry ye dayang, aku nak kawen dengan amir tuh, tak payahlah, lebih baik bujang sampai ketua, tak ingin aku,hihihi...sorry to say..."


"hahaha...aku pun tak ingin, perasan sangat, ada ku kesah". Balas amir membuat dayang ketawa melihat perangai mereka berdua.


"korang berdua nih, mulut kata lain tapi hati sape lah yang tahu, hihi...ermmm hanya Tuhan saja yang tahu mainan cinta nih ye amir dan lola".


*****


"bagi balik ais kerim aku tuh amir".


"tak nak, aku nak ais kerim strawberi nih gak, pegilah amik ais kerim yang lain, wat pe nak amik ais kerim amir lak".


"tapi aku tak nak ais kerim yang lain, aku nak yang itu gak, lola tak nak yang lain".


"sape yang dulu, dia lah yang dapat, ada aku kesah". Balas amir.


"amir jahat lah, ais kerim pun tak nak bagi, pelah...". lola menarik muka merajuk, kesal dengan sikap amir yang selalu merebut setiap apa yang dia suka.


"alah lola nih sikit2 merajuk, patutlah im tuh tinggalkan kau sebab kuat merajuk".


"kau nak gaduh ke amir, nape sampai nama im pun kau nak sebut", memang nak carik nahas ngan aku, suka hati nak cakap". Betapa geramnya hati lola saat ini hanya Tuhan saja yang  tahu, macam manalah aku boleh kawan dengan budak yang selalu buat dia sakit hati, adess....pening kepala aku dibuat amir nih.


"Sowie2 lola, macam mana aku boleh lepas cakap, memang nak kena penampor je mulut aku nih", sambil menjeling ke arah lola sambil mengenyit mata, adess...comelnya lola nih bila marah, aikkk nape perasaan aku tiba2 berdebar2 tidak tentu arah.


"kau memang sengal lah amir",  dahlah perangai macam orang gila, yang aku layan sangat, nape ?, dah memang sah aku pun dah terjangkit dengan perangai amir.


****


"kau demam ke lola, meh aku tengok kepala kau, panas ke sejuk ke. " Tegur amir.


"tak payahlah, kau bukannya doktor pun".


"aku tahulah aku bukan doktor, tapi sekurang2nya aku nak tahu gak sejauh mana kepanasan badan kau tuh, adess aku amik perhatian pun susah sangat ke, aku bukannya nak buat apa2 pun kat kau".


"aku tak ingin, aku tak rela".


"yelah tuh tak ingin dan tak rela, selama ini sape yang temankan kau, walaupun kita nih asyik bertekak 24 jam, aku juga yang setia kawankan kau". Usik amir.


"aku tak suruh pun kau teman kan aku 24 jam, siapa yang selalu muncul depan muka aku kalau bukan kau sendiri", adesss kejamnya aku...biarkanlah dia juga yang dulu carik gaduh bukannya aku.


"kita kan kawan, saling membantu dan memerlukan manalah tahu bolehlah jadi kawan tapi mesra, hihi...".


"mengonglah amir, layanlah perasaan sendiri, aku tak kisah pun".


"tengah layan perasaan sendirilah nih tuh yang jadi tak tentu arah nih. hihi kalau cinta jangan marah, kalau sayang jangan pendam..", adess dah bukan lagu dah aku nyanyi nih.


"aku tak sayang dan cinta wat pe aku nak marah, grrrrr....", ada2 jelah kawan aku nih, ayat tuh lain je bunyinya.




****


Menyampah dan meluat hati lola melihat kemesraan antara impeace dengan gadis disebelahnya. Rupanya dia minta putus ngan aku rupanya dia dah berpaling kasih. menyesal dulu aku terima cintanya. Hampeh sekali.


"Uit lola, apa yang kau tengok kat sana tuh", dayang cuba mendongak dan melihat apa yang menjadi minat lola sampai tidak mempedulikan dirinya.


"Sakit hati aku nih dayang bila melihat im bermesraan dengan gadis lain depan mata aku , kalau ikutkan hati, aku nak jumpa dia sekarang dan tampar dia depan gadis tuh, tapi aku masih waras lagi nih, aku tak nak jatuhkan maruah aku". Lola begitu geram lalu melepaskan perasaan ketidakpuas hatinya pada dayang.


"sabar kawan sabar, jangan ikutkan perasaan marah tuh, bukan kau yang rugi sebab melepaskan cinta kau tapi impeace, banyak lagi lelaki yang baik, yang lebih  baik dari im, contohnya amir, dia kan lelaki baik walaupun suka gaduh ngan kau tapi dayang pasti dia terbaik buat kau". Dayang memberi nasihat agar lola memandang kebaikan dan ketulusan hati amir.


"hahaha....biar betul, lucu aku dengar, apa kena mengena amir ngan aku nih dayang, amir tuh kan kawan baik aku, adesss...pelah".


"Nape gelak nih lola ?, salah ke aku cakap, kalau dibandingkan dengan im tuh, amir lagi banyak kelebihannya, walaupun terkadang tuh amir giler sikit tapi hati dia baik tak cam im, nampak je kacak tapi hati dia hampeh".


"Adesss...awat cakap camtuh dayang ?". Balas lola.


"Erk..salah ke aku cakap". Pening kepala dayang memikirkan perangai lola, sekejap benci sangat kat im, sekejap nak bela im bila aku tegur dengan perangai im yang memang mengecewakan.


"Abaikan jelah, jomlah kita balik".Lola sengaja mengelak pertanyaan dayang terhadapnya.


"Yelah lola, jomlah balik". Dalam diam dayang mengerti perasaan lola ketika ini.


*****


3 TAHUN BERLALU.......


Tangan sape nak merayap kat badan aku. Sejak bila aku tidur berteman, selalu aku sendiri je... Baik aku tendang kaki dia.


"Aduh sakitnya...., weiii lola nape ko tendang kaki aku". Amir dah mula bising dengan perangai lola.


"Sejak bila kau tidur kat sebelah aku amir".


"Ibu suruh aku temankan kau tidur. Kata ibu aku dah jadi suami kau, nape nak tidur kat luar ?".


"kau nak cari nahas ke amir". Balas lola.

"Amboi garangnya isteri aku, garang macam harimau".


"Adesss... kau cakap apa amir, aku garang kau kata. Kalau garang nape kau nak kawen ngan aku".


"Alahai lola my lovely wife, bak kata pepatah melayu mulut kata benci tapi hati kata sayang. Bukan gituh sayangku lola.


"Yelah tuh amir".


"Emmm.... jomlah tidur, jangan risau aku tak akan kacau punya, percapa pada ku aku tak akan sentuh walau seincipun...hihihihi...tapi kalau tak leh tahan jangan marah". Usik amir yang memang sejak dulu amat menyayangi lola walaupun dia bukanlah insan yang pertama hadir di hati lola, namun dia akan cuba untuk menawan hatinya.


"Emmm....". 


Sedih mendengar kata2 amir terhadapnya. Aku dah terima dia sebagai suami aku.  Yang aku larang dia tidur ngan aku pehal. Adesss....macam2 bermain di fikiran lola sekarang nih. 


Betul kata amir bila dia cakap mulut kata benci tapi hati kata sayang. Dalam diam aku dah mula mencintainya cuma hati aku masih lagi tak nak mengaku.


TAMAT










4 comments:

  1. hahahahha.. zee, nape guna nama diorang nih? saje je ek?

    ReplyDelete
  2. zee, ada tpyo error ;-
    "percapa pada ku"

    cuma ayat ada ku kesah banyak sangat... rasa pelik bila mendengar.Tapi jalan cerita menarik cuma ending terlalu mengejut.

    hahaha... jgn marah,banyak pula komen.

    muaaah

    ReplyDelete

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).