Thursday 2 February 2012

bukan cinta biasa ~ 7

Bukan cinta yang luarbiasa yang ingin aku cari namun bukan cinta biasa yang ku kejar cukuplah dia menyayangiku, tapi selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan.


Aleya tidak pernah memandangnya sebagai lelaki yang ingin didambakan, sejak keluar dari hospital, aleya tidak pernah mahu berjumpa dengannya.

Salah kah aku jatuh cinta, salah kah aku inginkan dia dalam hidup ku. Sendirian disini mengajak aku rindu kepadanya. Nak turutkan hati, mahu saja dia berjumpa dengan aleya, tapi kakinya seolah terpaku, tidak mahu berganjak, napelah ngan aku hari ini, lain semacam je seolah2 ada sesuatu yang akan berlaku atau pun ini hanya mainan hati. Apakah aleya ingin pergi jauh dari hidupnya.
Mendengarkan lagu sedih membuat wan gelisah, asyik kesana kesini tidak tentu arah. Resah begini membuatkan dirinya tidak menentu.

“Kau dari mana zahar ?, dah lama aku tunggu”. Kau ada khabar berita tak tentang aleya?”.

“Hish banyaknya soalan ?, kalau iapun tanyalah perlahan-lahan orang putih cakap slow-slow down nih tak macam dikejar anjing, semua nak cepat.”

“Sorry zahar, aku tak sengaja tiba-tiba je timbul soalan itu satu persatu, ingatkan bolehlah kawal hati tapi nampaknya tak boleh dah kawal”.

“Apa yang kau nak tahu tentang aleya, kalau kau nak tahu, pergilah sendiri jumpa dia, tak kan kau nak menyerah kalah, mana wan yang aku kenal dulu, tidak takut pada apa-apa pun halangan dan rintangan so apa lagi nak di tunggu pergilah kejar gadis idaman kau tuh”.

“Erk..., lain je bunyinya, ada sesuatu yang kau  sembunyikan dari aku ke zahar. Cuba kau terus terang ngan aku dari kau selindungkan sesuatu dari pengetahuan ku. Biasanya kalau aku sebut tentang aleya kau dah bangkang, hari ini kau suruh aku pergi jumpa dia.”

“Tidak adalah wan, mana ada aku sembunyikan apa2 dari kau, kalau tak percaya pergilah jumpa aleya”.

“Aku takut nak jumpa dia, aku takut kalau dia tak nak jumpa aku lagi, tapi……”, wan tidak dapat meneruskan kata-katanya bila dia rasakan debaran hatinya tiba lain dari biasanya.

“Pergilah jumpa dia wan, sekaranglah masanya kau buktikan pada aleya yang kau memang mencintainya dengan tulus ikhlas”. Zahar memberi semangat pada temannya dan dia tahu hari ini aleya akan bertolak ke luar Negara dan ada kemungkinan tidak akan pulang untuk tempoh yang lama. Kasihan aku tengok wan nih, badan dah kurus, muka tak ceria, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Adesss…apakah aku harus berterus terang atau hanya mendiamkan diri.

****

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).