Sunday 19 February 2012

hujan cinta 14


"Aku.... aku dah menyesal, ariey ! aku tahu aku salah tapi semua nih bukan aku yang pinta. Semuanya....semuanya datang sendiri....".


"Kau tak payah nak berlakon depan mata aku, kau memang perempuan yang tak setia. Buat apa lagi kau datang jumpa aku, tidak puas lagi ke, kau luka kan hati aku ".



"Maafkan aku sekali lagi, aku dah berubah, aku bukan Aniesa yang kau kenal dulu, aku dah berubah sekarang ini, kenapa ariey tidak percayakan niesa ?".

" percaya atau tidak, antara kita telah lama berlalu, aku dah tak kisah lagi.  Kau tak payahlah susah nak terangkan kat aku. Aku telah lupakan semuanya  semenjak kau pinta perpisahan dari aku dulu".

"Ariey, kau dah jauh berubah sekarang. Dulu kau tak macam begini". Keluh aniesa bila melihat perubahan khusairi terhadapnya".

"Ariey bukanlah ariey yang kau kenal dulu, lain dulu lain sekarang".

"Aku nak balik, aku harap kita tak kan jumpa lagi  selepas ini".

"Sampai hati ariey buat niesa macam nih. Dah lama niesa tunggu saat ini, tapi ariey buat tak tahu je. Apakah ariey memang dah lupakan percintaan kita dulu".

"What's wrong with you niesa, antara kita memang tiada apa-apa lagi yang tinggal,  aku tak nak tengok muka kau, niesa". Ariey semakin tidak mengerti dengan perangai niesa.

Aniesa mengeluh perlahan sambil menyapu airmatanya yang setia menemaninya.

"Ariey nak kemana ?". Suara lembut niesa memecah suasana yang tegang saat itu.

"Ariey nak balik, aku harap ini adalah pertemuaan kita yang terakhir. Aku tak nak antara kita masih lagi menyimpan kenangan yang silam, bagi aku .....aku dah buang jauh dari hati ku saat kau tinggalkan aku dulu. Ku harap kau terima kenyataan antara kita memang tiada jodoh lagi".

Terbeliak biji mata niesa . Mendengar setiap patah perkataan dari mulut ariey. Mulutnya tidak mampu berkata apa-apa pun kerana kesalahan yang dilakukannya memang tidak layak di maafkan.

Ya Allah....maafkan aku jika kekasaran ku terhadap niesa melebihi batas namun aku tak ingin menoleh kebelakang lagi. Aku punya kehidupan yang baru dan aku ada mona yang menghiasi cinta di hati ini.


*****

 "Dah lama abang sampai", adess...tersasul lagi, nak buat cam neh, hari-hari jumpa perkataan tuh macam magnet, asyik terkeluar dari mulut aku. Keluh mona.

Mona meringankan mulutnya sekali lagi , yang pasti kali ini mona akan memanggil khusairi dengan panggil abang, mona dah nekad.

"Dah lama abang sampai".

"Baru sekejap". Khusairi tersenyum bila mendengar mona memanggilnya dengan panggilan abang. Bertuah rasanya bila sang isteri dah mula memanggilnya dengan panggilan yang dah lama dia tunggu selama ini.

"abang dah jumpa kawan abang ke". Tegur mona.

"Mana ibu dan ayah" tanya khusairi perlahan.

"Ada kat luar sana". Balas mona perlahan.

Hampir 9 bulan mona menjadi isteri khusairi, rasa sayangnya terhadap suaminya semakin dalam.

"Abang belum jawab pertanyaan mona?".

"Abang terlupalah sayang, sayang tanya apa kat abang".

"Adesss...abang nih belum tua dah lupa ke, abang dah jumpa ke ngan kawan abang".

"Oh yang tuh ke, abang dah jumpa pun ngan kawan abang tuh".

"Apa yang abang khayalkan dari tadi, abang nih  jauh mengelamun je . Abang nih ada masalah ke ?".

"Abang...".

Suasana yang tenang tadi tiba-tiba dikejutkan dengan suara manja mona bila suaminya tiba-tiba mendekatinya.

"Kenapa...?". Balas khusairi.

"Hmm...jangan buat macam nih bang".

"Kenapa tak boleh ?".

Mona telah air liur berkali-kali. Dia cuba melepaskan diri dari pautan tangan sasa milik khusairi. Namun semakin dia mencuba semakin kuat cengkaman itu.

"Janganlah abang....malulah macam ini. Tengok tuh...ibu dan ayah jeling2 tengok abang". Perlahan saja suara mona. Wajahnya sudah merona  merah kerana menahan malu. Dia tidak biasa di perlakukan begitu apatah lagi di depan ibu dan ayahnya.

"Biarlah.....ibu dan ayah bukannya marah, lagipun kita kan dah sah jadi suami isteri. Apa yang mona malukan sangat nih ". Tanyanya mengusik mona. Rambut mona di tolak ke belakang. Manisnya dia, pujinya dalam hati.

"Jom.... kita masuk dalam, tanpa pedulikan riak wajah mona yang merasa pelik, dia mencapai tangan mona lalu digenggamnya erat jari jemari runcing milik isterinya itu terasa betapa lembutnya.

Mona merasa hairan dengan sikap khusairi. Semenjak balik dari berjumpa kawannya, perangai suaminya aneh sekali. Seolah ada sesuatu yang terjadi tapi mona malu nak bertanya, siapalah dia nak bertanya sedangkan mereka berdua bukanlah akrab sangat. Tapi timbul rasa ingin tahu di hati mona melihat suami yang pelik melayannya begitu sekali. Suami aku nih dah angau ke. Keluh mona.


No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).