Tuesday 12 February 2013

SETIA SANG LELAKI




Kadang kala kita rasa kita faham lelaki, tapi pada masa yang sama kita mencari apakah misteri di sebalik mereka ini. Mereka bagaikan punya sesuatu sifat halus dan penuh seni yang harus diungkaikan berkali-kali.

Rahsia setia sang lelaki.


Ada ketikanya, dia ketawa semahunya bila bersama kita tapi pada masa yang sama dia boleh menongkat dunia dan melukakan hati kita dalam gerak perlahan, tanpa kata.



Kita tidak tahu apa mahu lelaki. Kita sehabis dunia duduk terpaku apakah yang ada di bicara mereka yang sangat mencabar hati.


Lelaki tidak mudah mempertontonkan emosi sedih mereka. Mereka hidup dengan cuba menutup rona lembut hati kerana mereka mahu kelihatan gagah dalam menguasai emosi. Mereka jurangkan satu perasaan yang lembut terkurung itu disebalik satu sifat yang nampak kebal dan tersendiri.


Menangis itu bukan lelaki bagi mereka, tetapi menangis itu ialah satu sedekah murah si airmata yang hanya akan hilangkan kebal yang cuba mereka tunjukkan pada dunia.


Tetapi mereka sebenarnya menangis di dalam hati, kalah pada satu pertarungan diri apabila ada perempuan agung melamar cinta dan membungkus buang satu perasaan duka. Mereka kalah pada satu tuntutan cinta yang merebak menguasai kuat sebuah jauh kembara.


Lelaki sebenarnya insan yang amat setia, andai dirinya ditatang tinggi akan kuat rasa cinta.


Lelaki juga sebenarnya mahukan satu penghormatan pada dirinya agar dia di pandang bukan kerana gagah sifat dan ego semata-mata tetapi kerana dia bakal menjadi seorang ketua keluarga. Mereka ini sebenarnya kalah pada kelembutan. Kalah pada kata-kata semangat. Kalah pada sifat baik dan sekuntum senyuman yang manis.


Mereka mahukan perhatian itu, perhatian yang dapat membuang segala rasa keras hati dan cemburu. Perhatian yang dapat meletakkan tertinggi rasa setia itu.


Setia sang lelaki, bagai tiada sudah dan henti. Bagai harum mawar dalam barisan halangan duri. Bagai satu doa dalam sejuta kasih yang mencari. Bagai titian kuat pada jejantas menghubung dua hati.


Tapi ingat juga dalam cuba mendalami kisah setia sang lelaki ini, mereka sebenarnya kadang kala cepat amat mencari pengganti dan sering terleka pada nafsu yang mencabar diri.


Perempuan, kamu harus tahu memimpin setia kamu sehingga ke satu sudut pengorbanan itu dapat ditelah, dibaca dan dihargai. Mendampingi dalam sejuta susah-dalam fizikal mahupun dari sudut material. Ketika itu, lelaki yang baik akan tahu di mana letak setianya.


Bagaimana kalau ada lelaki kamu bermain kasih dan emosi dengan lain insan. Kalau ada lelaki kamu yang menyimpan sayang dan cinta walau sepicing cuma buat lain perempuan dan kalau ada lelaki kamu menyatakan berikan masa untuk melupakan cinta lama, kamu harus tahu berjalan dan menuju ke pintu.


Setia lelakimu sebenarnya bukan lagi milik kamu yang satu sekiranya mahu berkongsi cinta itu atau pun mahu berdiri menjadi hebat tanpa cuba mempedulikan hati kamu dan menjadi lebih kuat dan serba baru.


Kita orang perempuan, takluk kita pada hati lelaki bukan sesekali pada perasaan marah dan dendam. Kita tidak akan rugi menjadi cempaka putih yang gugur menghias bumi asalkan kita tahu dimana maruah kita yang tegak cantik berdiri.


Hidup ini ialah satu pertarungan tanpa perlu ada catatan kalah dan menang. Terbaik buat kita, ada dimana-mana. Rezeki buat kita, Tuhan suratkan tanpa ada pendua dan rahmat yang ada buat kita sebenarnya sebesar-besar rahmat yang harus kita syukur dan pelihara. Mengapa?


Kerana, nama pun kita hanyalah seorang manusia yang cuba belajar memandang positif atas baik kejam dunia pada kita.


Setia sang lelaki, bagaikan sejuk si embun pagi. Diharapkan basahnya biarlah sampai ke dinihari agar ada perempuan baik menyambut salam setia kamu sehinggakan tiada lagi nafas didalam diri.


HASIL NUKILAN DARI CINTA SETIA LELAKI


No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).