Wednesday 13 February 2013

JANGAN TAKUT BERCINTA LAGI


Sayang itu milikNya
Cinta itu milikNya
Rindu itu milikNya
Aku mengerti dan cukup memahaminya...
Tapi aku selalu leka dalam permainan perasaan
Apatah lagi jika melibatkan soal hati....

Teman ku selalu berkata “ tak ingin bercinta lagi, dia dah serik untuk terluka dan kecewa”.
Teman ku selalu berkata “ biarlah menjadi sahabat dari menjadi kekasih kerana sayang seorang sahabat akan selalu ada berbanding sayang seorang kekasih”.

Mungkin dia tak  rela kecewa dan  terluka untuk kedua kalinya dalam percintaan.
Tapi dia tidak menyedari dalam setiap perhubungan itu  kita akan selalu diuji dan di uji kerana itu adalah adatnya bercinta.


Sedangkan wanita yang cantik tidak pernah lepas dari menderita n kecewa.Begitu juga dengan  lelaki yang tampan pasti pernah mengalami perasaan kecewa dan terluka. Lalu mengapa takut untuk jatuh cinta lagi. Usahlah takut. Kita harus kuat jika ingin bahagia. Kita harus tabah jika ingin disayangi. Kita harus bersabar jika ingin meraih percintaan yang indah. Gapailah cinta yang halal. Jangan asyik nak bercinta tapi bila nak diajak kawen tak nak pulak. Kalau jumpa lelaki macam ni baik putus je.

Jika tak ingin bercinta. Pujuk hati agar lebih rasional dalam mencari pasangan yang lebih baik. Pinang je wanita itu tapi kalau hati belum terbuka itu tandanya memang belum ada seru. Tapi janganlah sampai hilang keyakinan untuk bercinta lagi.Bercinta tidak salah. Terluka pun tidak mengapa. Yang penting niat untuk mencari kebahagian itu ada. Tidak perlu bercinta bagai nak rak tapi tak nak bahagia dengan mengikat tali cinta yang halal. Asyik nak berkepit buat apa ?. Percintaan macam tu tak akan kemana akhirnya.

Mimpi tak akan kemana, jika tidak menjadikan ia realiti. Realiti tu pun kena ada usaha dan tekad, baru ada makna dalam kehidupan.Bercinta biarlah ada manis dan pahitnya. Biar hati mengerti erti cinta yang sebenar. Jika mudah melafazkan cinta biarlah mudah melafazkan lamaran untuk insan tersayang.

Sayang biarlah tulus dan murni,
Biar hati indah merasakannnya.
Rindu biarlah ikhlas,
Biar hati indah merasakannya...
Jangan pernah mengalah
Hanya kerana cinta pertama kandas
Cuba dan cuba lagi...
InsyaAllah cinta kedua  akan membawa bahagia ke cinta yang halal.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).