Sunday 17 February 2013

DIARI CINTA ~ AKHIR


Tertawan hati ku
Namun ku hanya bertepuk sebelah tangan.
Tapi ada aku kesah sangat.
Hati ini milik aku seorang
Pada siapa dia nak ?
Pada siapa dia suka ?
Itu haknya....


Ku harap dia mengerti
Saat aku memandangnya
Saat itu hati aku terpaut
Ku harap dia akan tersenyum
Bila melihat gadis seperti aku....

Aku tak harap dia mencintai aku,
Cukuplah dia mengerti apa yang aku rasakan...

Hatiku milikku
Hatimu milikmu
Ku tahu tiada cinta antara kita
Tapi aku tak kisah sangat pun...
***
Ni sajak ke luahan hati ?. Dodol manis tersenyum malu bila membaca Diari Cintanya sekali lagi. Malam ni dia berjaga macam selalu.

Kesal dihati bila dia selalu menyakiti hati Ridzuan. Tapi bukan itu mahu ku. Mulut kata lain tapi hati kata lain. Inilah permainan perasaan, sekejap ya sekejap tak.

Esok kerja lagi. Jumpa orang itu lagi. Hati ini selalu berdebar bila melihat dia walaupun dari kejauhan. Ini kah tandanya aku dah jatuh ke lantai lagi. Apalah sangat dengan semua itu. Ini Cuma mainan perasaan aku saja.

Cinta akan hadir tanpa dipinta so buat aku nak peningkan kepala. Puisi pun dah macam rojak. Kalau lah aku ada sakti, aku nak pergi berjumpa dengan empunya cinta. Nak tanya macam mana nak hilangkan rasa cinta yang sedang mekar didalam hati.

***

Dodol manis sibuk dengan tugas sehariannya. ‘Love is Cinta’ menjadi temannya ketika ini. Pagi hingga ke malam asyik melayan cinta. Dah tugas aku , apa lagi aku nak buat.

Makteh sibuk dengan  ‘Giler Kentang’. Berwajah baru, nafas baru. Tapi sejak kebelakangan ini, dah tak ramai singgah ke ‘Chatroom’. Busy kut. Entahlah. Hati aku pun terikut sepi.

Amir dan Budak Ridzuan sibuk dengan kerja masing2. Sekarang ini aku dah lepas tangan  untuk turut sama dalam segmen ‘Diari cinta’. Idea asal memang milik aku. Malas nak aku cerita. Bila teringat Ridz hati dodol manis memang sakit tapi dalam hati ada kebimbangan yang tak mungkin dapat disangkal lagi. Gejolak hati memang sukar dimengertikan.

Dah lama aku tak update diari aku. Rasanya tahun 2013 aku dah malas nak bermadah cinta. Entah kenapa ?. Tak ada idea lagi dah. Tapi tengoklah kalau mood aku tiba-tiba dah okay.

***

Kata-kata aku taklah sehebat mana. Lain je rasanya. Semakin aku baca semakin tunggang terbalik ayat-ayat aku. Pelah aku ni. Semakin senget jadinya. Aku nak rehat dulu nak pergi main icon-icon kat ‘chatroom’. Siapalah agaknya ada kat sana. Hope budak ridzuan tak ada kat sana. Budak sepet tu memang selalu buat aku bengang. Matanya sepet macam pelakon korea. Dalam hati ada taman, dalam taman ada dia bermata sepet. (Aku dah gila agaknya. Kata benci tapi asyik nak cerita pasal dia je.)


Rasa nak hentam je kaki budak baru ni. Keluh iema. Dah budak baru tapi dah mula berlagak. Boringnya aku kat sini. Baik aku kacau nana kat sebelah.

“Nana ! Aku bosan ni, meh la kat sini. Temankan aku.”
“Aku malas la iema. Aku banyak kerja ni.”

“Kejap je, meh la...dah la mira tinggalkan aku sorang2 kat sini. Kau pun sama.”

“Ajaklah siapa-siapa kat ‘Love is Cinta’. Aku ada kerja nak buat ni.”

“Alah tinggalkan dulu keje tu. Aku nak luahkan perasaan aku ni.”

“Apa yang tak kena ni ?.” Nana dah mula ambil perhatian, kalau tak di layan ada yang majuk lama-lama.

“Aku dah malas chat kat cb GK. Asal aku masuk, ada je muka monyet kat sana.”

“Memang banyak sangat monyet kat chat GK tu. Tapi monyet2 tu still cute macam selalu.”

“Cute apanya.”

“Janganlah macam tu Cik Iema. Asyik kecik hati je. Matanglah sikit.”

“Yea la Cik Nana Tanjung. Aku je yang selalu terkena.”

“Hehehe..janganlah cepat terasa kawan.”

“Biar la aku terasa. Nak majuk jauh-jauh.”

“Pulak...Aku main-main je dah amik hati ke. Kalau macam ni memang cepat tua la Cik Iema kita ni.”

“Lama lagi aku nak ‘Tua’. Study belum abis macam mana nak tua ?.”

“Alah kau ni Iema aku gurau je. Cepat sangat nak amik hati.”

“Mestilah aku amik hati.” Balas Iema.

***

“Boss kita kawen hari tu kau ada pergi tak Dodol Manis.”

“Tak dapat nak pergi. Jauh sangat la Dayang.”

“Aku wish kat fb je.”

“Hehehe...aku pun sama.” Balas Dayang

“Aku tak puas hati la Anon tak jemput aku pergi majlis kawen dia.” Tiba-tiba je budak Neko mencelah.

“Kalau Anon jemput pun mesti kau tak pergi punya.”  Usik Dodol.

“Wakaka....Wak encem dah nak kawen pun. Dia dah terkena air zam2 ala kazam boss kita tu.” Dayang mencelah.

“Patutlah wangi sangat ‘Chatroom’ kita ni dibuat Anon.” Mira turut sama mencelah, dia tak nak ketinggalan bab kawen ni. Dalam hati teringin gak nak kawen ni tapi jodoh dia belum datang.

Gelak sakan budak GK bila mendengar usikan mira.

Hope banyak yang nak mendirikan MASJID.

“Korang semua ni borak memanjang, kerja dah beres ke ?. Dahlah boss cuti memanjang tak kan korang nak join sekali cuti kerja memanjang. Habislah company boss kita macam ni. Lama-lama bankrap jadinya.” Cinderella tiba-tiba menyampuk perbualan kawan-kawannya.

“Alah cin...aku baru nak join sekali . Kau dah warning. Hish-hish Cik Cinderella ni. “ Usik Mira.

“Cik Mira sayam. Aku bukannya apa-apa pun saja nak bagi warning, biar ada yang terasa. Siapa makan lada dialah terasa pedasnya.” Usik Cinderella. Saja nak kenakan kawan-kawannya.

“Pedas pe nya. Banyak mana warning tu tak akan cair hati aku ni.” Balas Duyan.
“Amboi duyan. Sejak bila hati boleh cair. Bermadah pun kenalah up skit.” Giliran Lex budak nakal lak menyampuk.

Biasalah dengan budak-budak Gilerkentang ni memang giler-giler seperti biasa. Tak ada yang nak dihairankan. Diorang ni bukan budak lagi dah boleh kawen pun tapi perangai memang macam budak-budak kecik. Dalam diam Dodol Manis tersenyum melihat setiap perangai kawan-kawannya.

****

“Dalam segmen ‘Diari Cinta’ hari tu ada seorang kawan meluahkan perasaan dia pada seorang lelaki yang diminatinya tapi dia terlambat nak membalas cinta budak lelaki tu. Kawan tu kata; ‘budak lelaki itu dah tak nak bercinta lagi. Dia dah patah hati. Dah 3 kali dia ‘couple’ tapi putus je macam tu. Kawan tu cakap dia sebenarnya cinta pertama lelaki itu tapi dia buat tak endah hingga akhirnya budak lelaki itu menerima gadis yang lain setelah dia melukai hati lelaki itu. So sekarang ini dia tak nak bercinta. Dia rela berkawan dari bercinta. ’

Yang lucunya kawan tu akhirnya jatuh cinta pada budak lelaki tu tapi lelaki itu hanya anggap dia just a friend. Bagi lelaki itu cinta seorang sahabat lebih baik dari cinta seorang lelaki. Sekarang ni diorang hanya bersahabat. Mula-mula kawan tu susah nak melupakan lelaki itu tapi dia harus menerima hakikat lelaki itu bukan jodohnya. “ Begitu teliti Ridzuan bercerita, budak GK yang lain Cuma mendengar penuh perhatian.

‘Diari Cinta’ akan menjadi hot selepas GK. InsyaAllah jika tiada halangan yang mendatang, Ridzuan akan cuba menjadikan ruangan ini suatu yang tak akan dilupakannya.‘Diari Cinta’ adalah kegemarannya sekarang. Hope aku tidak akan kecewa lagi selepas ini. Begitu dalam maksud yang tersirat dihatinya.
Memandang Dodol manis dalam diam sesuatu yang janggal dirasakannya. Jantungnya berdebar-debar.

***

Diari Cinta’ menjadi catatan cinta antara aku dan GK yang tiada noktah akhirnya. Dulu dan kini cinta telah lama hadir Cuma kehadirannya kali ini sesuatu yang berbeza. Aku, dia dan GK menyelami cinta yang sama Cuma berbeza rasa.
Malam ini aku menulis sesuatu yang indah dalam ‘Diari Cinta’ ku. Dodol Manis tersenyum bila diarinya menjadi inspirasi budak sepet yang mula mencuri hatinya.

Sesuatu yang indah harus dikenang. Biarlah yang lalu menjadi panduan untuk aku melangkah lebih jauh dalam realiti kehidupan yang penuh dengan cerita cinta yang tak ingin aku lepaskan kerana cinta itu datang dariNya. Tak mungkin aku persiakan.

Aku tak akan sunyi dengan kehadiran teman-teman ku yang selalu hadir ketika suka dan duka. 

Dayang gadis manis. Berwajah lembut namun tegas, tapi dalam tegas ada kelucuan. Mempunyai kata-kata yang indah. Maklumlah ‘Doktor Cinta’ dalam GK.

Ridzuan lelaki bermata sepet. Dulu aku benci. Kini aku mula menyayanginya. Ego tapi sebenarnya hatinya baik.

Nana gadis kecik. Periang selalu menghiburkan hati. Suka sangat nak sakitkan hati amir, lelaki yang pernah dibencinya. Tapi sekarang aku tahu dia tetap menyayangi amir Cuma hati nana tidak mengaku . Dah suka katalah suka ni tidak asyik tak nak je. Dodol manis tersenyum bila teringatkan Nana. Bagi dodol cinta Nana tetap utuh buat Amir.

Amir budak nakal tapi baik sangat. Suka sangat gelarkan aku ‘Kak Ipar’. Terasa dah tua pulak bila dia panggil aku macam tu. Orangnya kecik tapi suaranya besar macam orang dah kawen.

Iema gadis comel. Penyayang dan periang. Suka sangat mengacau kitorang kat GK. Suka gaduh dengan lelaki idamannya. Dah lupa nama dia siapa ?.

Mira gadis cantik. Sibuk memanjang dengan kerjanya. Lovely and understanding person. Dah cakap orang putih lak. Sesekali pe salahnya. Cinta pada mira amat sukar untuk dimengertikan kerana dia pernah terluka. Lelaki yang dulu membuat hatinya terluka tiba-tiba datang dalam hidupnya. Sebagai kawan aku Cuma boleh memberi dia nasihat. Semoga dia berbahagia.

Wak yang suka gelarkan dirinya kacak. Dulu aku malas nak layan dia dengan perangai dia suka mengada2 tapi sebenarnya wak tu baik sangat. Lucu pun ada. Tak lama lagi wak nak tamatkan zaman bujangnya dengan gadis yang dicintainya. Semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.

Makteh gadis paling nakal tapi hati memang lar baik sangat. Pandai dan loving person. Buah hati kijiya. Suka nak menyamar sebagai lelaki. Gila betul tapi aku tetap sayang teh sangat-sangat.

Kijiya memang pun perangai gila2. Memang sepadan dengan makteh. Dulu kijiya boyer tapi sekarang tak lagi semenjak jatuh hati kat teh. Tapi kijiya still lelaki paling glemer kat GK.

Duyan best friend budak lex. Tak pernah berpisah.Ingatkan diorang ni gay. Wakaka...korang jangan marah , aku gurau je. Kalau duyan baca kenyataan aku ni memang sah aku kena lempeng.

Lex budak nakal bermata sepet macam Ridzuan. Suka menyakat. Gila-gila dan yang paling senget antara kawan-kawan aku. Jangan marah lex budak nakal.Dah serik bercinta konon. Yea la tu macam aku percaya sangat dengan kenyataannya tu.

I Cinderella my best friend. Orangnya cantik dan penyayang. Teman aku yang memang understanding. Siapa nak kat dia mesti minta izin dari kat aku dulu.
Bertemu mestilah sesuatu yang indah. Apa lagi jika pertemuaan itu bukan sesuatu yang kita duga. Berkenalan dengan kawan-kawan aku memang aku hargai sangat-sangat.


Hana paling cute. Manja dengan siapa saja. Suka kacau lex. Apa tidaknya satu kepala. Kalau dah berjumpa memang buat GK kelam kabut. Nasib baik tidak satu kerja kalau tidak memang sah opis dibuat pasar ayam.

Sepatu Batu tidak kurang hebatnya. Gadis comelll , secomel icon kat GK. Perangai sama ngan Nana. Kalau bersama mesti riuh GK dibuat mereka berdua. 

Nak cerita tentang diorang ni memang tak de penghujungnya.  


***

KEDAI : STRAWBERI ITU KAMU
HAK MILIK : 123 aka Zee

Aku sepak juga mamat seorang ni. Asal aku nak gerak mesti dia parking betul-betul kat depan kedai aku.

“Cik Sofi !  Bagi tahu kat mamat tu. Banyak-banyak tempat dia nak parking. Kenapa mesti depan kedai aku ?.” Popek-popek mulut aku pagi sabtu yang indah ini tapi dah tak indah lagi dah dibuat mamat seorang ni.

“Alah beb...aku tak nak masuk campur.”

“Aku baru nak minta tolong kau dah tak nak.” Apalah sahabat aku ni. Ni mesti dia dah tangkap cintan kat mamat gelap macam pantat kuali.

Aku rasalah kan beb. Mamat tu sengaja nak parking kat depan kedai ni sebab dia nak takel kau”.

“Tak kuasa aku nak layan. Aku tak nak kusutkan kepala aku dengan soal lelaki.”

“Cik ! Saya nak ais kerim strawberi campur coklat.”

Sejak bila mamat ni masuk kedai aku. Siap order ais kerim kegemaran aku.

“Awak ! ...kenapa order ais kerim yang ni ?.”

Aikk...saya order pun tak boleh ke ?

“Bukan tak boleh tapi....selalu yang nak mesti kaum perempuan je.”

“Erkkk..sejak bila kaum lelaki macam aku ni tak boleh nak makan ais kerim perasa strawberi.”

Banyak songehlah mamat satu ni. Geramnya aku. Sofea dari jauh asyik jeling aku. Ni mesti kes dera aku la ni.

***     

“Cik Sofi ! aku nak keluar kejap. Aku nak pergi GK kejap.”

“Okay beb. Tapi jangan lama-lama taw nanti tak larat aku nak layan jejaka idaman malaya kau tu.”

“Hish-hish kesitu pulak  otak senget Cik Sofi ni.”

“Hahaha...saja je nak test perempuan malaya dari negeri di bawah bayu ni.”

“Nak test la konon....kau pergilah test jejaka malaya tu sendiri.”

“Pulak aku yang kena. Kau ni beb. Aku dah murah hati bagi kat kau, kau tak nak. Nanti aku takel betul-betul jejaka tu baru kau taw.”

“Takel la. Ada aku hairan sangat.”

“Yea la tu tak hairan sangat. Nanti ada yang tergigit jari sendiri bila kecewa.”

***

“Mak..Datuk mamat sorang ni. Datang lagi dia. Ni mesti nak ais kerim strawberi coklat lagi ni.”

“Uittt Cik Sofi. Meh sini kejap.”

“Pe dia beb. Aku busy ni.”

“Tolong aku layan jejaka malaya sorang ni.”

“Amboi...jejaka malaya konon.”

“Pergilah Cik Sofi. Dia dah tunggu tu.”

“Aku tak nak la. Beb je yang layan dia.”


***

“Beb ! aku tengok mamat seorang ni dah ketagih ais kerim strawberi coklat . Yang buat aku hairan, kenapalah dia suka sangat  dengan ais kerim strawberi tu?.” Usik Sofea.

“Apa yang nak dihairankan. Ais kerim tu kan memang sedap.” Balas 123 aka Zee."

“Ni mesti ada apa-apa ni kat korang ni.” Usik Sofi.

“Mula la tu fikir yang bukan-bukan.” Balas 123.

“Cik Sofea...aku nak pergi melepak kat Opis tempat kawan aku keja tu. Tolong jaga kedai ni kejap yea. Kalau mamat tu datang, kau layanlah dia elok-elok. Cakap kat dia....nape la suka sangat makan ais kerim strawberi coklat kegemaran aku tu.”

“Bagi tahu la sendiri. Buat susah aku nak bagi tahu. Nanti aku yang sangkut kat mamat tu. Tak nak aku.”

“Okay la tu kalau Cik Sofi kita ni dah tersangkut. Lega hati aku.”

“Amboi beb...mulut tu memang manis. Aku ni still young lagi la. Bab cinta ni aku tolak tepi dulu. Aku nak enjoy puas-puas dulu. Mamat tu aku bagi kat beb.So jangan nak lepas tangan pulak jadinya.”

“Sorry yea Cik Sofi. Aku tak ingin. Tengok muka mamat tu aku dah tak ingin.”

“Tak baik taw cakap macam tu nanti mamat tu dengar. Mesti kecik hatinya.”

“Biarlah kecik hati mamat tu. Ada aku kisah sangat.”

“Aku nak jalan dulu ni. Layan Cik Sofi kita ni memang sampai ke malam tak ada kesudahannya.”

“Salam kat kawan-kawan GK beb tu. Salam kenalan katakan.”

“InsyaAllah..akan aku sampaikan.”

***

Sepupu aku ni minat sangat dengan 123 aka zee. Jatuh hati dengan strawberi katanya. Strawberi ke or tuanpunya kedai.

Setiap hari mesti parking kat kedai zee. Entah apalah agaknya keadaan zee bila sepupu aku tu selalu kacau dia.

Mesti dia kelam kabut. Zee manalah nak layan budak lelaki. Dah serik katanya. Lelaki ni kalau dilayan baik mesti diorang anggap yang bukan-bukan. Tak nak layan hati dan perasaan la tu. Cerita pasal bab lelaki, aku pun sama...malas nak cerita, kalau boleh aku tak nak layan sangat. Nanti terluka merana sendiri.

Biarlah cinta itu datang sendiri. Biarlah seorang dari berdua buat sakit pale. Ingatkan kalau dah bercinta boleh la bahagia, ni tidak asyik memendam perasaan je dibuatnya.

Esok aku nak update ‘ Love is Cinta’. Semenjak lappy aku buat hal. Banyak kerja tertangguh. Harap esok aku boleh siapkan kerja aku. Taklah bosan sangat. Boss aku ni pun satu, asyik nak harapkan aku je buat kerja kat ‘ Love is Cinta’. Asyik dengan cinta je kerja aku. Dahlah kat rumah aku busy ngan ‘diari cinta’ aku. Bila kat opis pulak, busy melayan cinta. Bila la agaknya aku bebas ngan cinta ni.
Sejujurnya aku nak....jujur apa agaknya aku nak. Entahlah, aku dah blurrr. Baik aku tido dulu. Aku layan cinta ni buat aku ngantuk. Baik aku peluk angry birds aku ni.Aku nak bermimpi malam ni, nak jumpa Tuan Putera aku. Harap-harap kacak macam Aaron Aziz.

Baik aku berdoa dulu sebelum tido. Dari aku layan perasaan baik aku tenangkan hati aku dengan mengingatiNya.

“Ya Allah, jika ak terlupa mengingatimu....Ingatkanlah aku
Ya Allah, ingatilah aku....jangan biarkan aku terus melupakan Mu Ya Allah.”

***

Jangan pernah mengalah hanya kerana kecewa. Bertahanlah seandainya kita ingin bahagia.
Jika dihati ada cinta. Mengapa harus membohonginya. Luahkanlah, usah pendamkannya.

DIARI CINTA ~ DODOL MANIS
DD 17/02/2013



~ TAMAT ~

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).