Wednesday 13 February 2013

BUKAN KU PINTA ~ BAB 2



I miss you so much ! terpampang di skrin telefon bimbit exal tanpa sengaja dira membacanya dan pengirimnya dari Sakinah Sahirah. 

Ini mesti buah hati exal. Dah kawen pun masih lagi berkasih sayang. Terbit rasa cemburu dihati dira. Kenapa aku yang cemburu, antara kami tiada apa-apa pun ? tapi kenapa hati ini dah lain rajuknya ?.

"Hmmm.... " tersentak dira bila seseorang menghentikan lamunannya, dan orang itu tak lain dan tak bukan ada tuanpunya telefon yang berada di tangannya. Malunya aku . Kalau exal tahu aku baca setiap pesanan yang baru je dibacanya, memang mampus aku.


"Awak ! telefon awak berbunyi tadi ...tapi awak jangan risau saya tidak baca apa-apapun. Dira terpaksa berbohong demi menyelamatkan dirinya dari salah sangka .

Exal diam membisu tanpa mempedulikan dira dihadapannya. Marah ke dia, resah hati dira bila melihat tingkah laku exal terhadapnya.

Sesekali teringat pada haniff membuat hati dira sayu dan pilu. Teringat kenangan silam mengajak dira mengingati setiap bait-bait puisi cinta dari haniff buat dirinya.Puisi terakhir dari kekasih hati sebelum dia menjadi milik orang lain.

Dimalam sepi ini..Aku menatap rindu dibayanganmu..Menatap indah disudut-sudut ingatan pandanganku..Disetiap saat ku berharap ada keajaiban untukku..Yang datang atas kerinduan selama ini kepadamu..Indahnya masa lalu bersamamu..Walaupun tergurisnya hatiku..Tapi aku terus berharap dan berharap ada bintang-bintang bersamaku..Tiap detik titisan airmata ku hanya teringat untukmu..Dan kini air mata ku menjadi sebuah kerinduan yang terdalam..Aku tidak tahu sampai bila rasa ini berakhir..Kerna setiap nafasku selalu ada bayanganmu....

Tanpa disedari airmata mengalir lembut dipipinya, sebak hati tidak tertahan lalu dia pergi meninggalkan exal yang sibuk melayan perasaan bila membaca pesanan dari gadis yang dirinduinya.

Sama-sama merindu namun kerinduan yang terbit bukan untuk cinta dari hati mereka tapi untuk orang yang sama-sama mereka cintai yang selalu bertakhta dihati mereka.

****

"Sampai bila korang berdua ni begini, sama-sama memendam perasaan." Shuhana mula bising bila melihat dira duduk termenung. Dia tahu luka hati yang dialami oleh kawannya itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung.

"Entahlah shu, aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi ?. Tak kan aku nak minta cerai dari dia. Aku taklah sekejam itu cuma buat masa ini hati aku belum terbuka untuk exal."

"Kau kena lupakan haniff tu dira. Kau dah jadi isteri orang. Berdosa seorang isteri bila dihatinya ada orang lain selain suaminya."

"Aku tahu tu shu tapi aku tak boleh nak kawal hati aku ni lagipun exal bukan cintakan aku . Dia kawen dengan aku pun kerana terpaksa." Balas Dira.

"Itu aku tahu lah dira, tapi setidak-tidaknya kau harus belajar menerimanya dan mencintainya. Jangan mudah mengalah, cinta selepas kawen kadang-kadang lebih hebat dari bercinta sebelum kawen."

"Jangan buat tak tahu je, jangan diam seribu bahasa, semat sayang kat dalam hati kau tu dira. Cinta, kasih dan sayang boleh dipupuk cuma bagilah masa dan ruang untuk korang berdua."

Kawan aku seorang ni kalau dah membebel tak ada noktah lagi dah. Sakit telinga aku dengar.
"Dengar ke tak ni dira, penat aku bercakap je kat sini, kau buat tak endah je."

"Dengarlah ni, haish kau ni shuhaila kalau tak membebel memang tak sah hidup kau." Mengeluh dira dibuatnya.

***
"Hai geng ! , dah lama tunggu. Sorrylah lambat sampai."

Saad, Keno dan Azizul tersenyum bila melihat Exal. Semenjak dah kawen ni, diorang dah jarang berlepak. Maklumlah pengantin baru.

"Biasalah, kitorang kan memang selalu awal  dari dulu lagi sebelum kau kawen. Dah biasa pun selalu menunggu."

"Macam mana pengantin baru kita ni, okay tak kawen." Usik keno.

"Apa yang okay ?. Dira layan aku macam orang yang sakit jiwa. Memang pun dira dah sakit jiwa. Layan aku dingin je macam ais batu kat dalam peti sejuk." Balas exal.

"Macam tuh sekali ke. Kau buat salah ke sampai dia layan kau macam tuh sekali."  Sengaja saad mengusik exal. Dia tahu exal kawen tanpa kerelaan hati."

"Entahlah saad. Kalau aku fikir secara dalam, tak pernah pun aku buat salah. Aku tahulah aku nih siapa kat hati dia. Bukan lelaki yang dicintainya. Tapi bukan aku pinta nak kawen dengan dia tuh. Nih semua diluar kemampuan aku. Mungkin dah jodoh aku dengan dia. Aku nak buat macam mana lagi so aku biarkan je dia melayan aku macam tuh sekali. Kadang-kadang aku macam nak lari je dari semua ini."

"Jangan macam tuh sekali kawan. Bawalah bersabar, sabar tuh kan separuh daripada iman. Kuatkan kesabaran kat dalam hati. InsyaAllah ada kebahagian yang menanti untuk kau dan dira ." Giliran izul menyuarakan pendapatnya.

"Dira memang tidak sukakan aku. Dia dah terus terang kat aku bahawa dia tidak cintakan aku. Aku tidak salahkan dia sebab aku pun macam dia juga, tiada cinta antara kami sebab dihati kami dah ada yang lain."

"Cinta selepas kawen kan boleh dipupuk. Belajar untuk mencintainya. Belum cuba macam mana nak tahu ?."

"Cinta tidak boleh dipaksa. Biarlah ia datang sendiri tanpa dipinta." Balas exal.
"Macam orang frust je kawan kita nih." Usik keno sekali lagi.

"Memang pun aku frust. Kecewa terpaksa berpisah dengan kekasih hati. Minggu lalu sakinah ada message aku. Dia masih rindukan aku. Serba salah aku dibuatnya."

"Kau janganlah layan sangat sakinah tuh exal. Dia kan dah berpunya macam kau. Tak baik kacau hak orang ni."

"Aku faham lah saad. Tapi aku kasihan tengok dia. Aku faham perasaan dia tuh."

"Jangan dilayan perasaan macam tuh exal, tak baik ."

"Korang nih kalau dilayan memang payah. Aku baru nak lepaskan tension aku kat rumah, bila sampai je kat sini, korang dah mula bising tak tentu pasal."

"Kami bising pun macam nih sebab sayangkan kau." Balas keno.

"Yelah-yelah, sudah-sudahlah tuh memekak. Tension aku ni bertambah-tambah. Jom makan ! biar aku belanja kali ini."

"Bestnya ada orang nak belanja." Usik izul.

"Dah-dah lah tu izul. " Balas exal


No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).