Sunday 3 February 2013

CINTA-NYA


Sisipkan cinta ini di hatimu,
Jangan pernah lepaskan...
Sematkan cinta ini dihatimu,
Jangan pernah lepaskan...
Aku tak akan meminta lebih dari yang kau berikan,
Kerana cinta tidak meminta lebih....
Aku cinta kerana aku cinta
Aku rindu kerana aku rindu
Aku sayang kerana aku sayang
Usah persiakan rasa itu....

Allah memberi aku hati untuk bisa berkongsi perasaan ingin dicinta dan mencintai
Allah memberi aku perasaan agar aku bisa menghargai cinta yang lahir di hati ini
Allah memberi aku kekuatan agar aku dapat memberi apa yang mampu aku berikan
Allah memberi aku kesabaran agar aku dapat bertahan untuk melindungi cinta dihati ini
Allah memberi aku harapan agar aku dapat memberi harapan pada dirimu bakal ‘suami ku’
Aku tidak bisa berjanji namun aku akan cuba bertahan menahah gejolak hati agar cinta itu tidak sia-sia
Biar cinta itu sampai ke PENGHUJUNG CINTA YANG HALAL...
SABARLAH dan dekatilah aku kerana AGAMA KU
CINTAILAH aku kerana AGAMA KU
BIMBINGLAH aku agar bisa menjadi WANITA yang layak dibanggakan
Jika jodoh itu milik kita, kita akan bersama dengan kehendakNya
Memiliki cintaNya lebih layak berbanding cinta di hati ini
Sama-samalah kita berdoa kita akan disatukan dalam ikatan ‘CINTA YANG HALAL’





No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).