Thursday 27 September 2012

SAYANG TANPA CINTA (BERCINTA)



Sayang tanpa bercinta. Apa agak rasanya ? indah ke, bahagia ke ?. Aku pun tak tahu.
Dirimu sayang padaku tapi dirimu tak ingin bercinta. Aku rasa dia ni memang dah tak siuman.
Tak kan ada sayang kalau tidak ada cinta. Senang sangat cakap macam tu kat aku. Dia ingat aku ni siapa ?.
Baik dia layan sayang dia tu sendiri. Malas aku nak join dia sekali. Hati aku ni dah berapa kali kecewa. Kejap dia nak macam tu, kejap nak macam ni. Dia ingat sayang dan cinta tu senang kena rasa ke. Aku pun nak amik Feeling yang bagus gak ni.

Aku pun nak cinta
Aku pun nak sayang
Aku pun nak rindu
Aku pun nak kasih

Susah sangat ke dia nak bagi. Aku pun tak boleh paksa dia nak ikut cakap aku. Dia memang suka nak sakitkan hati aku. Tapi aku tetap sayang dan cinta kan dia. Berat hati aku ni nak tinggalkan dia.

Sayang tanpa cinta. Payahnya aku nak buat macam tu. Memang suka sangat nak sakitkan hati aku. Kalau dia baca kenyataan aku kat sini. Memang dia akan cekik aku sampai pengsan. Tapi ada ku kisah sangat dengan marah dia kat aku. Mulut memang mudah melafazkan sayang tanpa cinta tapi hati tak akan rela. Dia tu memang nak bersikap macho tapi sebenarnya memang tidak macho. Takut bercinta sebab takut nanti berpisah. Kalau takut nak bercinta, janganlah bercinta terus kawen kan senang cerita. Aku pula yang terover-over dalam melayan perasaan.

Jom layan lagu kegemaran dia. Best lagu ni. Tajuknya Tanpa Cinta dari Eren. Ku tahu dia bersikap begitu bukan kerana dipaksa. Tapi dia memang sayang sangat kat aku tapi dia takut bercinta kerana takut satu hari nanti kitaorang akan berpisah. Tapi dia kena ingat setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kalau memang  dia jodohku , dia tetap menjadi milikku namun jika dia bukan jodohku, sekuat mana aku dan dia pertahankan sayang itu akan tetap terlerai jua.

Bila dia nyanyi lagu ini..Hmmm memang best suara dia. Aku falling in love kat dia. Pandainya dia nyanyi. Aku tak kan paksa dia nak bercinta kat aku. Yang penting dia sayang kat aku macam selalu. Sorry yea sayang aku selalu terover perasaan.

Jom sayang dengar lagu kesukaanmu.
Kata sayang kat aku tapi takut pulak nak bercinta. Jomlah kawen kalau takut nak bercinta. Biar aku pulak yang lamar dia. Habis cerita. Siapa sokong aku kenalah like……

Hasil Nukilan Sayang Tanpa Cinta

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).