Tuesday 4 September 2012

AKU, PUISI & CINTA





aku tak akan mampu memberimu bahagia
aku tak akan mampu memberimu kerinduaan
aku tak akan mampu memberimu kedamaian
aku tak akan mampu memberimu kasih n sayang
jika dirimu tidak pernah ikhlas mencintai aku......

kau tak akan mampu mengerti
apa yang ku rasa...
kau tak akan bisa menyelami
derita yang ku rasa
kau tak akan rela terluka
seperti derita yang ku rasakan....


disini aku sendiri
mengharap akan cinta
disini aku sendiri
menanti akan cinta..

ku cuba untuk mengerti
ku cuba untuk memahami
cinta yang mana kau mahu...

namun aku tak mengerti
mengapa harus aku ?
mengapa mesti aku ?
menunggu cintamu
sedangkan aku tahu
menerimamu bererti luka akan bermukim dihati....

Mencintaimu terkadang buat aku kesal
Menrinduimu terkadang buat aku kecewa
Mencintaimu terkadang buat aku terluka....

Ini takdir cinta
Yang harus aku terima
Yang sesungguhnya
telah tertulis sejak dulu lagi....

Namun aku selalu berharap agar dirimu bisa bahagia
bahagia tanpa diriku disisimu.....


Mendengarkan lagu Bahagia Untukmu dari Adeff memang bisa membuat hati

siapa-siapapun akan terluka dan menangis.

Cinta tak akan mampu menghadirkan dirimu untuk bisa berada disisiku. Menerima

takdirku  tak akan pernah ku kesali.

Wahai bulan terangi hati aku saat ini.

Wahai bintang temani aku ketika ini.

Sepi aku tanpa dia disisiku

Ku ilham puisi ini lewat lagu ini.

Ku ilham puisi ini lewat cinta ku untukmu.

Ku ilham puisi ini atas cinta ku untukmu.

Menanti bahagia. Bahagia yang tak akan dapat ku raih darimu.

Ku tahu cinta tidak harus memiliki. Memiliki cinta yang indah dari hatimu.

Wahai awan berilah aku kedamaian.

Wahai pelangi berilah aku warna-warna indahmu

Wahai hati sabarlah,

Sesungguhnya sabar itu akan bisa membuatmu bahagia.

Wahai cinta sabarlah.  Sabarlah ye sayang.

Ku tahu ku harus tulus menerima semua ini

Rasa bahagia itu bukan milik kita berdua.

Ku relakan dirimu pergi dari hidupku.

Cinta ooo Cinta

Sabarlah..........

***

bukan sekali ku terluka
bukan sekali ku kecewa
bukan sekali ku merana
berulang kali kau biarkan aku
sendiri dalam melayan perasaan.

Mengeluh bukan dapat menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Aku harus bersyukur
kerana aku dipilih menerima dugaan ini. Memang betul kata noor, buat apa aku

mengeluh.

Cinta memang telah membutakan hati dan perasaan ku. Bercakap tentang cinta

memang tidak pernah habis macam coklat semakin di makan semakin nak lagi. Cinta

umpama coklat ke, biar betul aku ni. Tadi bukan main meroyan setengah mati. Sekarang

ni aku bukan lagi meroyan tapi mengila.

Hihihi...nasib baik abang aku tak ada kat sini kalau tidak memang aku dah kena cuci

sekali lagi. Tu je kerja abang aku tu, asyik aku je yang nak diwashingkan telinga. Awek

dia yang selalu bising setiap hari takut pulak nak dicucikan telinganya. Ini mesti takut

awek ni.

****
Apa aku dah buat dengan diri aku ni, sekejap berpuisi, sekejap menulis cerita cinta.

Yang mana satu aku nak buat ni. Biarlah, aku peduli apa. Dah memang begitu tabiat aku

sambil berpuisi sambil menulis cerita cinta. Dushhhhh sebiji....apa kena mengena

dengan sibiji pulak ni. Aduhai Puteri Puisi di hati, awak dah mereng kut.

Ada aku kesah dengan semua itu. Yelah tu, mulut kata lain, hati kata lain. Macamlah aku

tak tahu. Keluh aku sendirian bila mengenangkan perangai aku yang memag semacam.

Nasib baik teman baik aku sekarang ni dah kawen. Kalau tidak dengan dia sekali aku

ajak gila-gila macam aku. Siapalah nak kat aku ni yang memang gila-gila semacam.

Bulan Ogos ni genap umur aku yang ke-27, dah dekat nak jadi andartu, kata ibu aku.

Peduli apa aku. Ada aku kesah. Tapi sebenarnya aku ni memang kisah pun. Sampai

sekarang aku asyik terkecewa je. Kalau macam ni aku bujang sampai tua la ceritanya.

Alah jodoh, pertemuan dan percintaan kan ditangan Tuhan. Biarlah semua ini aku

serahkan kepadaNya je, yang lain biarlah macam ni. Dari aku jatuh cinta tapi akhirnya

kecewa, buat apa. Nak aku hisap jari lagi ke. Macam tak ada kerja lain agaknya aku.

Apa-apa pun biar aku dengan dunia ku yang macam ni. Bertemankan puisi-puisi cinta

dan cerita cinta walaupun cerita cinta yang selalu ku karang semuanya indah-indah

belaka, taklah seindah cerita cinta aku tapi tak apalah. Kecewa dalam bercinta memang

dah lumrah kehidupan tanpa kecewa kita tidak akan kuat, tidak akan tabah dan belajar

sabar dalam percintaan. Itu kata aku bukan kata orang lain ye. So kalau korang kecewa,

belajar sendiri sebab ni percintaan korang sendiri, tidak ada kena mengena dengan aku

ye. Jangan marah, aku ni asyik membebel je. Dah kalah makcik bedah jiran sebelah ibu

aku. hihihihi....ada aku kesah.

Tapi bising-bising aku ni. Aku selalu mendoakan yang terbaik buat semua. Semoga

kawan-kawan aku akan berjaya dalam percintaan mereka. Boleh lah aku makan nasi

minyak free. Itu pulak yang aku kisahkan. Aku ni bila lagi nak makan nasi minyak aku

sendiri. Wah ! dah memang terdesak sangat ke aku nak kawen. Kalau si Acer depan aku

sekarang ni memang aku dah lamar dia pun. Aiyah dah buang tabiat agaknya aku nak

pinang si Acer ni buat teman hidup aku.

****
Dengan kalimah Bismillah ku hulurkan salam cinta. Wow  tajuk filem ni memang best

among the best lah. Kalah cerita Romeo dan Julia. Ini percintaan abad terkini. Kalau

sekarang ini ada seseorang nak lamar aku dengan kalimah ini. Memang hari ini juga aku

kawen dengan dia. Amboi ! aku ni memang kuat berangan. Apa salahnya aku berangan,

tidak salahpun. Bak kata pepatah lama tidak salah ibu mengandung. Aku dah salah

pepatah lagi ,agaknya.

Malam-malam begini rasa nak rehat dulu dari bermadah cinta. Nak baca dulu kata-kata

dari blog yang baru je aku kunjungi. Semenjak dua menjak ni aku dah rajin berblog,

walaupun penat seharian bekerja tapi kerana cintaku pada puisi dan duniaku sewaktu

dengannya, aku gagahi jua. Tak pe penat yang penting dapat belajar sesuatu dari blog

kawan-kawan, hihi bukan kawan aku lah tapi aku anggap kawan je. Tak rugi pun aku

beranggapan begitu. Langit  tak selalu cerah. Awan pula tak selalu mendung. Selepas

malam pasti datangnya siang. Selepas hujan, pastinya ada nikmat menanti. Selepas

musibah, insyaAllah turunlah rahmat. Sungguh indah kata-katanya, lepas baca ni lega

hati aku dibuatnya. Moga aku akan tabah selalu. Maklumlah kadang-kadang jiwa, emosi,

perasaan dan mood  tidak selalunya okay, ada waktunya tidak menentu, begitu juga

dengan iman, terkadang begitu kuat tapi seringkali goyah juga bila diuji dengan

berbagai dugaan yang terkadang tidak dapat ku atasi.

****

Simfoni cintaNya sering ku dengar
Mengalun rindu di hati
Memaut resah di hati
Ku pagar hati dengan kasih n sayangNya
Memantau cintaNya bertakhta dihati
Duhai hati, ku serahkan segala kepadaNya
Ya Allah tuntunlah hati ini agar tidak resah gelisah ....

Kerinduan ini bukan ku pinta, resah ini bukan ku minta.
Membawa gelora menyapa kalbu....

Tabir malam janganlah simpan mimpi ini,
biarlah ia berlalu bersama kenangan lalu....

Ya Allah.....
Irama CintaMu tidak akan berakhir,
kerana di hati ini ianya baru bermula........

****

Maafkan aku Ya Allah, jika langkah ini salah,
Maafkan aku Ya Allah, jika keinginan ini salah,
Maafkan aku Ya Allah, jika mahu ku ini salah....
bimbinglah aku Ya Allah agar setiap langkah ini  tidak salah
bimbinglah aku Ya Allah agar setiap keinginan ini tidak salah
bimbinglah aku Ya Allah agar setiap mahu ini tidak salah
bimbinglah aku Ya Allah agar hidup ini tidak salah memilih.....

Itulah aku, puisi dan cinta memang tidak akan dapat dipisahkan. Biar Tuhan yang

memisahkannya kerana itu adalah HakNya.

Langkah ini baru bermula bersama jejak-jejak indah yang ingin ku tinggalkan bersama

seribu kekuatan di hati. Biar ku jatuh berulang kali namun Kasih n SayangMu jua akan

selalu menuntun jiwa ini agar lebih kuat.




No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).