Sunday 23 September 2012

HATIKU YANG CANTIK

Biar susah asal bahagia, Jangan senang tapi sengsara....
Biar merindu asal tak jemu, Jangan cinta tapi terseksa...
Biar berjauhan tiada perbalahan, Jangan di sisi tapi tak serasi...

Amacam best tak kata-kata tu. Tu bukan aku yang buat yea. Aku amik dari facebook je.

Tertarik pada kata-katanya. Aku harap korang pun suka. Pada yang empunya kata-kata,

mohon share yea. Halalkan la yea.

'Biar bahagia itu pilihan bukannya paksaan..'

Kata-kata ini barulah dari hati aku. Tiba-tiba je kata-kata ini muncul di kotak fikiran aku,

tapi tentulah kata-kata ini lahir dari hati aku. Bermanja dengan hati memanglah

kegemaran aku. Berkasih sayang dengan hati aku memanglah saat yang paling indah.


'Ku mengenalmu biarlah lewat hatiku bukan lewat pandangan...'

Tiba-tiba je jiwang karat aku hari ini. Bermadah pujangga pulak tu. Hihihi dah memang jiwang pun.
Tapi tak pelah hari ini biar aku layan perasaan aku.  Yang penting aku tak kacau hati orang yang
tidak cinta kan aku. Dah tahu cinta itu tidak selalunya indah tapi aku juga yang nak merasakannya
so padan muka aku lah dah merana. Layan je lah, kan hati ku yang cantik.

***

Terkadang kita tak mampu membaca apa yang tersirat dihati. Tidak mampu meluahkan
perasaan dan meluahkan apa yang ada dihati. Akhirnya aku pendam je perasaan itu hingga akhirnya aku yang terkecewa.

Wahai hati ku yang cantik. Berilah aku peluang untuk bahagia. Berilah aku ruang untuk

mencipta bahagia walaupun bukan dengan orang yang aku cinta tapi cukuplah dia

menyintai aku. Ni dah kes  menyerah kalah pada cinta. Apa-apapun aku terima je seandainya

jodoh aku tu bukannya dari pilihan hati aku yang penting dia lebih menyintai aku. Cakap

memanglah senang tapi nak buat tu yang susah. Pandainya aku nak pujuk hati aku yang

cantik dan indah ini.

***

Wahai rembulan datanglah kepada aku. Temani aku dan hati ku yang resah gelisah ini.

Rembulan setiakah kau pada bintang. Bintang yang menemanimu dikegelapan malam.

Untuk apa aku bertanya pada rembulan jika ku tahu jawapannya.

Mampukah diri ini untuk mengungkap rindu padanya. Mampukah diri ini untuk

mengungkap cinta padanya, sedangkan ku tahu dia tidak akan memilih aku. Ku pejam

mata ini dan ku berkata pada hati ini bahawa aku memang merindukannya. Apa ada

pada kerinduan jika dia bukan milik ku lagi dan memang sejak dulu lagi dia memang

bukan untuk aku.

***

Maafkan aku wahai hatiku yang cantik kerana memaksa dirimu untuk merinduinya. Maaf

atas cintaku. Seharusnya aku sedar. Seharusnya aku tahu dirinya memang bukan

untukku. Kini aku percaya. Kini aku yakin dia bukan milikku lagi. Maaf atas cinta ini wahai

hatiku yang cantik.

****

Merapu je kerja aku hari ini. Korang faham ke apa yang aku bebelkan ini. Lain je bunyinya. Dari bahagia, ke rembulan pastu ke bintang . Cinta buat aku merapu-rapu. Baik aku rapi-rapikan wajah aku dengan cintaNya lagi baik. Dapat pahala lagi tu. Wahai hati ku yang cantik, jangan pergi dari hidup ku yea.Baik aku sirami muka aku dengan air sembahyang lagi baik dari aku basahkan hati aku dengan cinta yang merapu-rapu.

Apa-apa pun cinta itu tak salah. Kan cinta kan. Cinta itu lahir dari CintaNya. Oleh itu pandai-pandailah korang melafazkannya. Lagi baik kalau cinta itu terlafaz saat cinta yang halal datang dalam hidup kita.

Alhamdulillah jika itu menjadi kenyataan. Wahai hatiku yang cantik, jom kita tunggu cinta yang halal di taman cinta kita.

***

'Wajah yang indah lahir dari hati yang cantik.  '

Alahai belum habis lagi rupanya aku berkata-kata. Hihi...ingatkan dah selesai rupanya aku merapu-rapu lagi. Cinta ini buat aku merapu-rapu. Tapi dalam aku merapu-rapu aku kenal siapa aku so jangan macam-macam dengan aku yea. Libas kang ketat-ketat baru tahu. Datang lagi libas gilerkentang aku. Hahaha aku  seorang je kat sini yang melayan syok sendiri jiwang karat aku yang terover.

Rasanya aku dah penat dalam melayan jiwang karat aku hari ini. Baik aku parking kat tepi ini nak bagi laluan korang semua baca apa yang aku merepek-repek kali ini. Sebelum aku away atau orang melayu kata sebelum undur diri. Nak pesan kat korang semua. Yang mana baik tu jadikan teladan yang mana tidak baik tu baik korang tinggalkan sebelum korang dapat penyakit cinta angau.

Bye-bye u all, moga korang semua happy membacanya. Jika tak happy. Aku tak leh buat apa-apapun. Hanya salam sayang aku untuk korang semua semoga gembira apa adanya. Carilah cinta di segenap hatimu sebelum kau cari cinta di hati si dia. Hihi...ingatkan dah habis rupanya terselit lagi ayat-ayat cinta aku yang mengancam.

REHAT DULU YEA NAK BAGI LALUAN UNTUK KORANG SEMUA MEMBACANYA.








No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).