Monday 23 January 2012

sebenarnya cinta

"Maafkan saya.. dila, kita terpaksa berpisah".

Ungkapan itulah yang masih tergiang-giang di telinga dila, Kata- kata yang lahir dari mulut kekasih hatinya bagaikan panahan yang menusuk jantung,

"sampai hati sungguh, tergamak kau memutuskan hubungan yang telah kita bina selama ini, apa kau fikir bercinta tu macam melepaskan batuk di tangga ke? tidak ada perasaan langsung..huh!" rungut dila sendirian.
"nih lelaki kalau tidak suka begitu senang nak buang kita, dulu bukan main manis memujuk agar menerima cintanya". Keluh resah dila bila mengenangkan perangai kekasihnya terhadap dirinya.

Dila hanya diam dan mencari di mana silapnya, kesilapan yang dia sendiri tidak pasti dimana ianya bermula sehinggakan sanggup Izzudin memutuskan hubungan cinta mereka yang terjalin hampir 3 tahun itu.

Kelucuaan dan kemesraan 'chiki' tikus kesayangannya membuat hatinya terusik, kalau chiki tak ada, entah apa yang dia harus lakukan.

 "Kurang cantik ke aku ni..hish, kalau cantik yang dia harapkan, lama-lama kerepot juga" pujuk hati dila.

 " macamlah dia tuh handsome sangat , hmm.... handsome la juga..hish" , dila cuma melayan hati sendirian.

 " biarlah..tak mengapa,  mungkin ada silap aku, kerana tak pandai menjaga hati izzudin...mungkin" dila  masih memujuk hatinya walaupun masih terasa sakit.

" arghhh..... kenapalah susah sangat  untuk aku melupakan dirimu izzudin. .." dila cuba melawan perasaan dan sesekali airmata mengalir ke pipi. Hanya airmata yang setia menemaninya ketika ini.

Berikan aku sayang, tika kasih sedang bertamu, sambutlah sayangku saat nafas ni mengembus rindu. Begitulah kata-kata izzudin terhadapnya saat mereka berkenalan.

Sekarang hanya tinggal kenangan yang pahit untuk dia lupakan, walaupun berat hati nak melupakan insan yang dicintainya namun apakan daya hidup ini perlu diteruskan walaupun tanpa dirinya.

*****

"Dila apa cerita nih, tetiba saja balik kampung.. ada masalah ke? kenapa tak balas mesej aku nih? kau ok ke tak ..dila ?please balas mesej aku.... jangan buat aku risau..ok".

Dila tersenyum, " sayang juga kau kat aku ye Nana,  ingat tak sayang...hehe"  dila tersengih sendirian. dan dila membalas semula Mesej Nana.

" Ok.. Jangan risau ye kawan, aku hidup lagi, nanti hari isnin aku balik, aku ambil cuti sampai rabu nih, nanti aku cerita dengan kau ye Cik Nana".

Dila amat bertuah punya kawan seperti nana yang begitu setia dan selalu menghiburkan hatinya.

Selepas pesanan ringkas Nana dibalas, mata dila terpaku apabila terpandang nama terakhir disenarai kawan-kawan yang menghantar pesanan ringkas kepadanya.

" Izzudin ?? " bisik hati dila dan degup jantungnya tiba-tiba menjadi kencang, dila menarik nafasnya lalu membuka pesanan ringkas dari izzudin.

" Dila.. maafkan saya, kerana terlalu sangat ikutkan perasaan amarah ini..tapi kalau awak marahkan saya,saya terima".

Senang je nak minta maaf, dah lah dia sakitkan hati aku pastuh dia nak maaf dari aku, no way, dia anggap aku apa, barang mainan ke..huh memang dasar lelaki tak tahu diri.

" Arghh.. meluat betul aku...ikut suka dia aje" rungut hati dila.

 "Biarkan dia, lain kali fikirlah sebelum berkata-kata, jangan nak ikut marah sahaja. rasakan"  dila merungut lagi.

 Dila mencampakkan telefon bimbitnya keatas katil, tanpa membalas. dan melabuhkan punggungnya diatas katil, dan kelihatan gadis ini mengenang sesuatu dan fikirannya jauh melayang.

 " kalau ada jodoh ada lah, kalau  tak ada, apa aku nak buat.." Dila mengomel sendirian.

   " menangislah....esok kalau boleh aku tidak mahu menangis lagi... "kata-kata semangat dila adalah untuk diri sendiri.

 Tok! Tok!

 Kedengaran pintu bilik dila diketuk perlahan.

 "Boleh yaya masuk kak" , Yaya adalah adik dila yang akan mengambil peperiksaan STPM tidak lama lagi.

 " masuklah pintu tak berkunci pun" sahut Dila.

 " ada apa nih,  beriya aje muka tuh,  nampak macam ada cerita menarik nak beritahu pada akak ni".

 " marilah duduk sebelah kakak" pelawa dila kepada adiknya.

 " tak lah penting sangat biasa je, saja nak sembang dengan akak, takkan tak boleh kot" gurau yaya.

 "ermm.. nak sembang ke?..boleh.. apa salahnya".

"ermm...apa dia yang nak di ceritakan tuh?, ceritalah biar akak dengar".

"ermm...Kak..kenapa setiap pertemuan mesti diakhirnya dengan perpisahan kan kak, buat hati kita ni sedih je kan" Yaya memulakan pertanyaan.

Terkedu dila dengan pertanyaan adiknya, macamana adiknya boleh tahu ?, bertubi- tubi persoalan yang berlegar di kepala dila, adakah ibu yang menceritakan kepada adiknya, atau adiknya terdengar perbualannya dengan ibu ketika di dapur pagi tadi.

" maksud adik...apa?" dila cuba ingin tahu.

 " adik ada berkawan dengan seseorang, hubungan kami macam,hmm... macam apa nak cakap ye" yaya cuba menjelaskan kedudukan sebenarnya apa yang ada dihatinya sekarang ini.

"Bercinta ke?, amboi belum habis sekolah lagi dah nak berkapel "seloroh dila.

"itulahkan belum habis sekolah lagi dah nak bercinta kan kak.." Yaya menjawab.

"aik..yaya yang bercinta waktu sekolah ni tau pun bukan akak" dila membalas.

 "tapi kan akak... bila hati kita diuji oleh satu perasaan, mampukah kita menolak ujian itu kak", yaya inginkan kepastian terhadap perasaan yang selalu menjadi tanda tanya ?.

Susah soalan yaya nih, walaupun dihatinya merasa lega kerana pertanyaan itu tiada kaitan dengan dirinya.

"baiklah... sebenarnya semua tu dari hati yaya sendiri, andai yaya menerimanya pasti yaya sudah bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan" nasihat dila.

"maksud akak.. setiap percintaan tu ada risiko ke?" yaya keliru dengan kata-kata akaknya.

" pandai pun adik akak ni, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan kehidupan mesti ada risikonya" jelas dila lagi. Jadi,.. andai yaya tak bersedia, yaya mungkin akan kecewa" tambah dila.

 "ermm.. ada benarnya cakap akak ni...mungkin juga saya belum bersedia lagi" akui adiknya lagi.

"Yaya.. dengar baik-baik ya, bercinta sesama manusia ni memang banyak yang mengundang luka dihati, tapi jika kita teguhkan pendirian dan menyerahkan rasa cinta kita kepadaNya..insyaAllah hati kita akan lebih redha dan ikhlas diatas apa yang akan berlaku, lebih-lebih lagi berkaitan jiwa yang melibatkan hati dan perasaan ni" jelas dila dengan  panjang lebar. Dila mengharap adiknya akan lebih mengerti dengan setiap nasihat yang diberikannya kepada adiknya.

"Terima kasih ya kak, nasihat akak saya ingat sampai bila-bila" mata yaya memandang tepat kemata kakaknya sambil tangan mereka mengengam erat, Dan dila akui bukan mudah untuk membuang rasa sayang andai cinta sudah terbina di hati. Kata-kata dila tadi sebenarnya untuk dirinya juga.

*****

 Percutian dua hari dikampung benar-benar menenangkan fikirannya, membuatkan dirinya cukup kuat untuk menerima apa jua dugaan yang mendatang, mudah tersenyum tidak pernah menunjukkan kesedihan pada riak wajahya. sekalipun dihati tersimpan seribu kelukaan, baginya setiap dugaan yang Allah berikan pasti punya hikmah yang tersembunyi, dila mesti hadapi setiap dugaan itu dengan redha, kerana padanya setiap dugaan menguatkan lagi ingatannya pada Ilahi dan dengan cara itu sahaja hati dila menjadi tenang.

****

 " Esok hari Selasa dila masih cuti lagi mak, abah, tapi saja je dila balik awal sebab takut kepenatan pula nanti, hari khamis dila ada mesyuarat, jadi dila kena gerak dari rumah awal, malas nak tempuh jem, takut lambat pula sampai pejabat" jelas dila kepada kedua orang tuanya.

 "Baiklah, hati-hati pandu kereta tu, jangan nak berangan sahaja ya, dan lepas ni, bila dila nak balik  kampung lagi," nasihat dan pertanyaan dari Ibunya diajukan kepadanya."Baiklah Ibu, InsyaAllah saya ingat pesan ibu, balik semula tak pastilah ibu, nanti kalau dila dapat cuti, dila beritahu Ibu ya...tapi nanti Ibu masak yang sedap-sedap tau" sempat lagi dila bermanja dengan ibunya.

"hmm..yelah, tapi kena beritahu awallah, telefon dan beritahu bila dila nak balik..kalau tidak makan ikan bilis dengan kicap sahaja lah jawapnya"gurau ibunya.

"hehe.. takpe janji ibu yang masak... kicap dengan ikan bilis pun sedap" balas dila.

 Dila bersalaman dan memeluk erat kedua orang tuanya serta dua orang adiknya sebelum memasuki kereta adakala timbul rasa sebak dihati dila, namun demi tugas dila merelakannya, yang pasti perjalanan dari Terenganu ke Shah Alam  mengambil masa  6 jam untuk sampai destinasi yang dila nak dituju.

 ******

 Di rumah sewanya..

"Assalammualaikum" dila memberi salam lalu membuka pintu yang berkunci. ternyata rumah sewanya sunyi tanpa penghuni, dan sememangnya menjadi kebiasaan dila, memberi salam sebelum masuk kerumah, sama ada rumah itu berpenghuni ataupun tidak. Tiba- tiba kedengaran suara menjawap salam.

" Walaikumusalam.. baru sampai ke? aku solat tadi" Nana kawan dila yang ada ditingkat atas.

 "kau tak kerja ke hari ini, Nana, atau kau bangun lambat ya" dila cuba meneka.

 "tidaklah...aku ambil cuti semalam, nak sambut Tuan Puteri Dila pulang ke istana menanti" gurau nana.

 " Amiiin..mana lah tahu memang betul nanti aku berkahwin dengan anak raja baru kau tahu., hehe" dila membalas gurauan nana.

Kawan aku nih kalau tidak usik aku memang tak sah.

"susah-susah sahaja, sampai ambil cuti, sayang juga kau kat aku ya" tambah dila lagi.

"Sayang la juga, tapi sayang aku ada makna..hehe" Nana masih bergurau.

 " aku tahu, kau nak tahu cerita dari aku kan, tapi kau kena belanja aku makan, boleh? aku lapar ni belum makan lagi" seloroh dila.

" pasal makan tidak ada masaalah, aku dah siap masak awal-awal tadi" jelas nana.

" wah..kau masak ke? , sejak bila kau pandai masak Nana, cukup teruja aku mendengarnya". Gurauan dila semakin menjadi-jadi, dan sedang mereka berdua asyik ketawa, tiba-tiba;

"Assalammualaikum" kedengaran  suara lelaki di pintu pagar rumah mereka, ternyata kelibat lelaki bertubuh tegap sedang memberi salam.

"Walaikumsalam, nak cari siapa ya, " Nana menjawap salam.

"Dila ada tak, kereta dia nampaknya ada, dia ada tak?" lelaki itu bertanya.

"Dila tak ada dirumah, ermm..dia keluar dengan kawan dia tadi" jelas Nana yang teragak-agak.

"Baiklah, dia keluar ya, sampaikan salam saya pada dila dan katakan padanya saya izzudin  kirim salam".

"Izzudin ya...baiklah InsyaAllah akan saya sampaikan nanti" sahut Nana.


***

 "Kacaknya jejaka diluar tadi tu dila, siapa lah nama buah hati dia kan, kalau solo, aku pun nak sebab aku nih solo juga" Nana sengaja mengapi-apikan perasaan dila.

 " yelah tuh hensemlah sangat, hensem ke?" dila menyoal semula bila mendengar sindiran nana terhadapnya.

 " amboi macam tak yakin jer, kenapa? lain je renungan kau tuh kat aku, kalau tak salah aku dia kirim salam kat kau".

 "waalaikumsalam, dia bekas kekasih aku lah" jelas dila.

 "betul ke dila, tapi kenapa?" Nana mula bertanya.

 "Yup..memang dia yang aku sering ceritakan kat kau, mungkin jodoh percintaan kami hanya setakat tuh je". Dila mula merasa hiba bila teringatkan kejadian itu.

"aku tidak pernah dengar kau cerita yang kau ada perselisihan faham atau gaduh besar, semuanya cerita yang baik- baik je",  Nana ingin menyiasat dengan lebih dalam lagi manalah tahu dia akan tahu puncanya.

"masaalah kecil atau besar aku sendiri pun tak pasti, tapi yang aku pasti kasih kami sudah putus dan tak mungkin ada ruang diantara kami lagi " jelas dila.

" Siapa yang mula memutuskan? kau ke? atau dia, Izzudin." Nana benar-benar nak tahu.

"Dia yang memutuskan, kerana aku yang terlalu cemburu agaknya" jelas dila jujur.

"Dila..kau dah tanya atau siasat betul-betul ke?  sebelum kau meletakkan rasa cemburu kau itu dari mata, dan dihakimi oleh hati dan perasaan kau.. dila."Tanya nana.

"Dila..kadang-kadang cemburu itu tandanya sayang, namun cemburu juga boleh mengundang kebencian dari dalam hati" nana cuba menasihati dila.

"Jika kau menyayangi seseorang, sayanglah.. tapi jangan sampai sayang kau kepada dia melebihi rasa sayang kau kepada Allah, kerana bila kita terlalu mengharapkan rasa sayang kita dari manusia beginilah akhirnya, jiwa penuh dengan kebencian,dan bila kau membenci, jangan pula kau terlalu membencikannya, kerana dalam benci ada terkandung rasa sayang dan yang pasti akan buat kau kecewa nanti, kecewa kerana menyesal jika kesilapan itu berpihak dari kau,  kerana kedua-duanya akan buat hati kau semakin terluka andai sesuatu keputusan itu bukan dari kerelaan hati " nasihat nana panjang lebar.

"terima kasih Nana, ada benar kata-kata kau tu..ermm" dila menarik nafas panjang.

"satu lagi aku nak pesan, buanglah sedikit rasa ego tuh, dan kau tak akan rugi mana pun, tengoklah dia pun dah datang nak mencari kau kan...nih maknanya siapa yang ego dan siapa yang sayang siapa" tambah nana.

 "baiklah aku mengaku, memang ada sedikit keegoan dalam diri aku, insyaAllah akan aku buang semua yang boleh merosakkan hati aku dan tentang sayang tuh biarlah masa yang menentukannya" kata dila dengan jujur.

" terima kasih sekali lagi ya kawan, bertuah sungguh aku menjadi kawan kau".

"sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa ada di sisi sahabatnya sama ada susah mahupun senang..betul tak dila? " jelas Nana.

" Nana... terima kasih" tiada kata- kata yang dapat diungkapkan buat dila saat ini hanya senyuman tanda bahagia punya teman seperti Nana.

 *****

Keesokkan harinya di tempat kerja.

 "Cik Adila  Daniya Zakuan , ada panggilan telefon untuk cik dila, panggilan dari Encik Izzudin dari pejabat Pesona media katanya" kata setiausaha di tempat dila bekerja.

 "sambungkan ke bilik saya, ye" permintaan dila.

Dila terus belari-lari anak untuk sampai ke bilik pejabat dan tiba di mejanya, terus dila mengangkat gagang telefon.

"Assalamualaikum, Izzu".Dila memberi salam.

"Waalaikumussalam, dila", Izzudin menjawap salam.

"Dila.... " Izzudin terhenti seketika bila mendengar suara gadis yang dicintainya.

"ye Izzudin, ada apa-apa yang nak awak cakapkan, saya sedang mendengar nih" kata dila dengan lembut.

"Dila.., saya betul-betul menyesal, saya tidak sepatutnya memutuskan hubungan cinta kita" Jelas Izzudin dengan nada menyesal sekali.

"Saya tahu, awak mesti merasa terkilankan...awak mesti benci pada saya, awak mesti.........." belum sempat izzudin menghabiskan kata-katanya dan dila memintas"Izzu, Saya sedar kekurangan saya, dan......."  kini giliran dila kata-katanya dipintas izzudin " Bukan kekurangan atau kelebihan yang menjadi ukuran emas dan permata yang saya pilih, tapi hati awak dila, hati awak yang membuatkan saya sukar mencari penganti, hati awak tiada kutemui dimana-mana sayang.. kesucian hati itu yang buat saya terkenang pada setiap zarah kebaikan awak terhadap saya, bagaimana saya nak melupakan awak....bagaimana dila " jelas izzudin.

" Saya tak minta awak melupakan saya, dan bukan saya yang memutuskan perhubungan kita" dila seolah menduga izzudin.

"Ye saya mengaku saya yang memutuskan, tapi setelah awak tak percayakan saya, setelah saya dituduh sesuatu yg saya tak lakukan dan keputusan itu dari perasaan marah..dan bukan dari hati" akuan izzudin.

Dila terdiam sejenak dan berfikir, wajarkah dia melupakan izzudin, atau memberi peluang untuk kali kedua.. degupan jantung dila semakin kencang.

"Dila.. kenapa awak senyap....tak mengapa kalau awak tak boleh maafkan saya" nada izzudin semakin kurang jelas.

"ye..saya masih di talian ni, lama rasanya kita bercakap, kalau ada masa kita jumpa waktu makan tengahari nanti.. boleh?" dila bertanya.

"ye...ye..boleh sangat,  saya datang pejabat awak ye dila"balas izzudin.

"ermm..tak mengapa... saya bawa kereta sendiri, kita jumpa di restoran makanan segara aje di Macdonald Kota Kemuning, Shah Alam. waktu makan tengahari nanti".

" tak kisahlah di mana pun asal awak sudi nak berjumpa  dengan saya, baiklah kita jumpa disana nanti, saya telefon awak bila dah sampai nanti". Balas izzudin dengan rasa gembira.

" baiklah, ok izzu, saya nak siapkan kerja saya ni dulu ye,"  jelas dila.

 "Dila.........." izzudin mematikan kata-katanya.

 "Ye Izzu... ada apa-apa lagi yang awak nak cakap" tanya dila.

"Demi Tuhan, saya sayangkan awak dila" luahan izzudin agar dila bisa memahami apa yang dirasakannya sekarang ini.

Dila terkedu dan terdiam, airmatanya menitis laju tanpa disedari, dengan perlahan dila meletakkan gagang telefonnya tanpa berkata apa-apa.

Hati dila berbisik" Demi Tuhan yang Maha penyayang, aku juga menyayangimu Dila". Hati  dila  meruntun lagi, kasihnya pada izzudin sudah diserahkannya pada takdir. moga takdir menyebelahinya memilih insan yang benar-benar layak seiringan bersamanya untuk membina kehidupan.

*****

Jam menunjukkan pukul 12.35 tengahari.

 bila resah semuanya keranamu... lagu dari rahayudean menjadi lagu kegemaran telepon dila  berbunyi.

 "Asalammualaikum, ye izzu" dila menjawap panggilan telefon dari izzudin.

" waalaikummussalam dila.. saya dalam perjalanan ke MCD ni, awak dah gerak ke?" izzudin membalas panggilan dila. 

"baiklah awak tunggu,  5 minit lagi saya sampai, hati-hati ye bawak kereta, timbul di hati dila rasa lebih perhatian terhada lelaki yang masih dicintainya lagi.

Setibanya ditempat yang dijanjikan, dila dengan hati yang berdebar, dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu melangkahkan kakinya menuju ke restoran makanan segera itu.Dan ketika mata dila tertumpu pada izzudin, hatinya seakan terhenti berdetak, rasa mahu sahaja dia mejerit di situ juga, dan dila cuba kuatkan hatinya menuju kearah izzudin..

Setibanya dila dimeja izzudin.

" Dila.. mari sini izzudin kenalkan Syarifah sharinah sepupu izzu, sepupu sebelah emak.. baru balik dari luar negara, belajar di sana sekarang kerja dengan saya dulu sementara belum dapat kerja yang di minta dan cuba cari pengalaman di tempat saya." jelas Izzudin panjang lebar.

" bukan ke Syarifah sharinah  nih yang saya nampak hari tu dekat depan Pejabat awak, izzudin" dila dah mula meminta kepastian.

" tapi kenapa tak macam sepupu pun ?... maafkan saya".

" kenapa dila ?, maksud awak.. apa yang awak nampak hari itu, adakah kemesraan saya dengan izzudin, begini dila..kami dibesarkan bersama, ketika arwah ibu saya meninggal, saya berumur 4 bulan, ketika itu ayah saya tak dapat menjaga saya kerana waktu itu saya masih menyusu badan, ayah berikan saya kepada makngah untuk di jaga kerana ketika itu makngah menyusukan abang izzu  yang waktu itu abang izzu berusia 12 bulan". sambung  syarifah sharinah sepupu kepada izzudin.

" Jadi........." kata-kata dila terhenti.

" Jadi kami adik beradik susuan..dila, kalau tak percaya pergilah tanya makngah maksud saya ibunya abang izzu," Syarifah sharinah mahukan dila benar-benar percaya dengan setiap kata-katanya.

"Cuma jangkamasa saya bersama keluarga izzudin tak lama, ketika usia 3 tahun saya telah pun mengikut ayah pulang ke Terenganu, tetapi ayah menyerahkan saya semula kepada keluarga izzudin  ketika usia saya 15 tahun, ketika itu ayah mendapat tawaran bekerja di Dhubai, Selama 4 tahun, saya membesar dan bersekolah bersama izzudin sehinggalah saya tamat tingkatan 5, apabila mendapat keputusan yang agak cemerlang, saya memohon untuk melanjutkan pelajaran di Kota London dan tahun nih baru saya ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, hujan batu di negara sendiri kan dila", sambung syarifah sharinah dengan panjang lebar. Dila terdiam dan lidahnya terkaku, matanya tepat merenung izzudin, begitu juga mata izzudin.

" sekejap lagi tunang saya datang menjemput saya, untuk pengetahuan dila, insyaAllah saya akan berkahwin hujung tahun ini." jelas Syarifah sharinah dengan jujur.

 "Abang Izzu meminta saya untuk membantunya menjelaskan keadaan yang sebenar-benarnya kepada awak dila. dan saya akan lakukannya sebagai tanda terima kasih saya pada abang kesayangan saya" sambung Syarifah sharinah dengan penuh rasa bahagia.

 Tak lama selepas itu muncullah seorang jejaka berwajah kacukan muncul di pintu restoran, dan matanya seolah mencari- cari  seseorang.

 " oklah, dah sampai pun tunang saya, pergi dulu ya dila,abang izzu , ifah jalan dulu ye".

 " hati-hati jangan lambat pula sampai rumah nanti, bonda kata ada makan- makan malam nih" Izzu  yang tadi berdiam kini bersuara.

"ye.. masuk ni dah 3 kali bonda hantar pesanan ringkas pada ifah, ifah ingat lah bang" jelas sharifah sharinah.

Syarifah memberi salam dan  cium tangan izzudin dan dila hanya senyum lalu menghulurkan tangan pada Syarifah dan memeluknya, tanda maaf dan salam perkenalan.

"Ifah, terima kasih ya" kebetulan dila  dan izzudin mengucapkan ucapan itu secara serentak dan mereka berdua berpandangan lalu menguntum senyuman.

Syarifah sharinah meninggalkan mereka berdua.

Setelah  Syarifah  berlalu pergi. 

Dila dan Izzudin pun duduk semula.

" Izzu.. maafkan saya kerana menuduh awak yang bukan-bukan. sepatutnya......".

" Dila, cukup sayang... saya dah memaafkan awak, dan kalau saya di tempat awak pun saya akan melakukan perkara yang sama, saya pun bersalah kerana cepat sangat memutuskan hubungan yang sekian lama kita bina.. kita sama-sama ada kelemahan sayang"

Airmata  dila bertakung dikelopak mata.

" shhh.... jangan lah nangis, malu nanti orang lain nampak".

 " Biarlah orang nampak, nanti saya cakap lah ada orang yg buat saya menangis".

 " saya ke sayang?" senyum manja izzu buat dila turut tersenyum.

"ye awak... awak buat saya terseksa dan merindu sepanjang malam". rajuk dila.

" Habis tu saya, tidak merana ke ? kalau saya tak merana saya tak cari sayang" jelas izzudin dengan renungan yang tajam.

" maafkan saya, demi Allah, sayang saya pada awak sebenar-benarnya cinta  wahai Izzudin Asrizal Bin Asawawi".

"Terima kasih sayang, cinta saya pada Adila Daniya Binti Zakuan adalah dengan izinNya" .

" Hari ini saya nak melamar awak dengan penuh rasa cinta saya,  dila.. semoga sudi menerima lamaran ringkas saya ni, sebelum lamaran dari ayah bonda saya, untuk ibu dan ayah awak terima".

 "Alhamdulilah.. saya terima lamaran awak, Izzu, dengan rasa cinta saya.. semoga setiap helaan senafas rindu kita diberkati dan dirahmati oleh yang Maha Esa.

****

Jika ada ruang untuk kembali mengapa tidak menerimanya, selagi cinta masih dihati selagi itu kasih dan sayang tetap ada . Tidak mengapa merasa sakit dan lukanya hati jika bisa membawa kemanisan dalam percintaan.

 Melafazkan kemaafkan bukaanya susah jika hati benar-benar ikhlas untuk mengungkapkannya.

say again that i'm so sorry....mudahkan...so tunggu apa lagi..katakan pada orang yang kita sayang..sesungguhnya kemaafan adalah satu perkara yang tidak akan merugikan kita...hihi never say never.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).