Friday 20 January 2012

sahabat dan cinta

Semua sibuk nak belajar subjek cinta, pening dibuat kepala aku, hari2 ada2 je soalan nak Tanya kat aku, macamlah aku nih pakar cinta atau pun ustazah.

“Nape ngan kau bulan ?”.

“Owh kau sepi, biasalah aku dengan dunia ku yang selalu dihujani dengan masalah cinta budak2 zaman sekarang, diorang selalu Tanya aku subjek cinta, macamlah kat sekolah dulu aku amik subjek yang femes tuh”.

“Alah biasalah tuh, kau kan memang tahu dan berpengalam soal cinta ini, pura2 tak tahu ke”, sepi mula mengusik teman baiknya bulan.

“Mengonglah kau sepi. Aku bukan hebat sangat soal2 cinta nih, walaupun aku banyak pengalaman tapi aku takutlah nak ajar2 diorang nih, takut pulak aku salah bagi pengertian dan pemahaman”. Balas bulan.

“Kau nih bulan macam cikgu, hihi bertuah sape yang dapat kan kau”. Usik sepi

“Amboi sepi, lain je bunyinya, kau nyindir aku ke yang belum kawen nih”.

“Tak adalah, aku cakap apa yang ku lihatlah, aku bukan sengaja nak sindir, kata orang tak kenal maka tak cinta, betul tak bulan”.

“Pulak, apa kena mengenan dengan tak kenal maka tak cinta, kita dah lama kenal pun tidak ada cinta pun, hihi…”.

“Ish kau nih bulan, manalah tahu dalam hati dah ada bunga2 cinta tuh sebab kau selalu cakap pasal cinta, aku pun nak belajar subjek ini cam budak2 yang lain”.

“Kau dah tua lah sepi, tak payah nak ajar, kau dah pandai pun, dalam hati aku mana ada bunga2 cinta lagi, lain lah kau sepi mesti dah ada kan, betul kan sepi”.

“Ada tuh mestilah ada tapi aku takutlah kalau gadis yang aku suka tuh tolak aku, lagi parah hati aku terima semua tuh”.

“Apa yang nak di takutkan sepi, face to face dengan gadis tuh, kata gentleman rupanya takut gak dengan bab meluahkan perasaan, perahhh sepi, hari2 bermadah pujangga rupanya takut gak, hihi….”.

“Alah bulan, yang tuh lainlah, aku cakap guna hati dan perasaan aku tapi kalau dah bertentang dengan dia, lidah kelu tanpa kata”. Balas sepi.

“Assalamualaikum wbt, korang berdua nih cerita pasal apa, boleh aku join ke, hihi…” kacoi dah mula berminat dengan perbincangan antara bulan dan sepi.

“Uit kau nih kacoi, bila jumpa mesti berminat dengan apa je yang kami bualkan, kau dari mana nih, kau tak keja ke”. Sepi memang dah tahu dari dulu lagi kacoi nih Nampak je  diam tapi nakal jugak.

“Aku tengah menganggur, hari2 aku cuti, sampai aku dah boring duk kat rumah tuh yang aku dating kat sini, sambil dengar korang bercerita, cerita apa yang kau bincang nih macam hangat di pasaran je aku tengok”.

“Hihi..hangat ke kacoi, alah biasa je cerita kita hari ini, aku rimaslah kacoi, hari2 aku ditanya soalan semasa apa lagi kalau bukan cintan cantun “.

“Bagi tahulah kat diorang kalau bab cinta nih kenalah sendiri belajar, kena sendir macam mana rasanya, sakit ke, indah ke, gembira ke, yang penting cinta itu tidak melalaikan. Buat apa nak kejar cinta semasa kita kalau cinta yang satu tuh tidak nak belajar”.

“Amboi kacoi, tak ku sangka tak ku duga kacoi yang selalu diam dan nakal pandai juga beri pandangan yang bernas”. Usik bulan.

“hihihi…, aku tahulah sikit2 aku bukannya pujangga cinta yang selalu ada kata2 cinta, aku bagi pendapat yang mana aku rasa lebih baik, diorang mati2 nak cinta yang bisa membuat mereka bahagia tapi tidak pernah pulak sentuh nak carik cinta ilahi. Kalau nak cinta yang sejati kenalah mulakan dengan cinta kepada sang pencipta”.

“Cewah kacoi memang hebatlah”, puji ain yang tiba2 datang hingga lupa member salam.

“Ah kau ain, sejak  bila pulak kau ada kat sini, aku datang tadi, tak Nampak pun batang hidung kau kat sini”. Sergah sepi

“Hihi..sorry aku lupa nak bagi salam, aku baru je sampai kat sini, terdiam seketika bila mendengar kacoi bermadah pujangga, sekarang boleh aku join sekali…ihihiii..Assalamualaikum semua”.

“Aku bukan bermadahlah ain, aku bagi pendapat je bukannya madah cinta, aku tak mainlah dengan ayat2 cinta nih buat rimas je”.

“Nape pulak kau rimas nih kacoi ?, kau pernah patah hati ke kacoi”. Usik ain

“Kau tuh ain masih lagi study tak elok bincang bab cinta nih, kalau boleh tumpukan perhatian dengan pelajaran dulu, jangan asyik berkapel je sampai lupa yang mana penting, antara cita ataupun cinta”. Redbull memberi nasihat kepada ain.

“Alah red aku Tanya je, salah ke aku Tanya, aku tahulah aku masih belajar lagipun aku bukannya terhegeh2  sangat nak berkapel”. Balas ain yang geram dengan setengah kawannya yang selalu memandang dirinya masih lagi budak kecik.

“Assalamualaikum …hihi”, dari kejauhan lex memberi salam

“Walaikumussalam, ain menjawab salam, sejak bila pulak lex nih pandai member salam, setahu dirinya lex nih bukan islam.

“Kau mimpi apa semalam lex, hari ini datang terus bagi salam, biasanya kau main terjah je masuk kat sini”. Usik bulan.

“Amboi bulan, salah ke kalau aku bagi salam, tidak salah kan, betul tak redbull. Lagipun aku dah lama berangan-angan....sudah lama aku simpan keinginan ini. Tetapi aku tak tahu nak mula dimana dan bagaimana. Bila aku dengar hari2 azan kat masjid tuh macam hati aku nih dipanggil2 aku pun tak tahu. Korang boleh tolong aku tak?”.

“Yang ini barulah best nak kita bincang, betul tak bulan”, sepi mula berminat dengan cerita lex yang dirasanya baik untuk dibincang dan dikongsi bersama.

“Betul betul betul kata ipin, balas bulan membuat kawan2 kat situh ketawa tanpa henti2.

“Apalah bulan nih macam budak kecik, kalau ada yang nak pinang kau tuh dah boleh kawen dah”.

“Apa kena mengena ngan kawen pulak nih sepi, kau jangan nak naik kan darah aku”. Balas bulan.

“Aku usik pun dah marah ke bulan, janganlah marah bulan nanti cahaya di wajahmu akan hilang, kasihanlah bintang sendirian tiada teman”. Usik redbull.

“Kau nih red sama ngan sepi, kalau tak usik aku memang korang tak leh bernafas dengan aman”.

“Hish korang semua nih, aku nak minta pendapat, korang sibuk pulak dengan perasaan masing2”.

“ Alah lex janganlah marah, kami nih main2 je nak hilangkan tension je kan ain kan”. Usik sepi.

“Kenapa pulak Tanya kat ain ?, kan korang semua tak suruh aku masuk campur, aku diam jelah tak nak komen apa2 pun, sorry ye”. Balas ain dengan muka mucuk yang selalu dibuatnya bila merajuk.

“Kau tahu tak lex, kalau kau dengar azan tuh kau rasa macam mana ?, best tak ? bestkan.. merdu jek.. menusuk terus dalam hati.. rasa macam dekat jek.. rasa Allah ada disebelah dan melambai2 memanggil kita menunaikan kewajiban.

Laungan suci ini membuatkan hati kita tenang.. barang siapa yang panas baran.. kalau dengar.. mesti reda marah tu.. azan ni cukup indah.. azan ni mampu buatkan kita rasa semangat.. elakkan dari bala.. tak caya?? ce kalau korang dalam suatu situasi cam hujan lebat sampai ribut cam nak runtuhkan rumah.. korang amek wudhu.. korang azan.. insyaAllah dengan bantuan Allah.. ribut tu akan redha sedikit.. tak pun terus berhenti.. kalau korang dengar azan.. dengan hati.. korang akan tahu.. indahnya panggilan Illahi. Kuasa Yang Maha Esa”. Redbull dah mula berhujah macam biasalah sebab antara semua2 kat sini dialah yang selalu memberi nasihat yang bernas dan boleh dikongsi bersama.

“Nak belajar islam nih bukannya susah, yang penting hati kena ikhlas, jangan buat kerna terpaksa tapi hati tuh yang nak buat benda tuh, kita tidak cukup hanya berpandukan pada buku semata2 tapi kenalah amalkan semua tuh”.

“Lex belajarlah perlahan2, kalau betul hati lex dah bulat nak belajar tentang islam, kami kat sini alu2kan dan bolehlah bawa lex pergi jumpa orang yang lebih arif lagi tentang agama nih”. Giliran bulan pulak member pendapat, senang hatinya ada diantara kawannya yang bukan islam berminat untuk belajar tentang agamanya.

Tersentuh hati ain bila melihat lex ada minat untuk mendalami islam, semoga hatinya akan terbuka untuk memeluk agama islam, insyaAllah dengan keizinan Allah swt akan terlaksana. Aku tumpang gembira dengan semua ini.

“Terima kasih yer kawan2, aku rasa dah okay sekarang nih, jika ada masalah aku akan Tanya lagi korang semua”. Balas lex.

“Sama2 lah lex, alah tuh perkara kecik je tuh, kalau kau ada problem lagi tentang agama islam nih nanti aku bawa kau pergi jumpa pakar agama kat tempat aku tuh”.

“Ya lah redbull, aku akan cuba dan kalau boleh aku nak buat perlahan2 dulu, boleh kan red”.

“Mestilah boleh”. Balas redbull.

“Nama macam ganas tapi bukan main alim redbull kita nih”, usik bulan.

“Hihihi..kau nih bulan ada2 jelah nak usik aku”, dah merah muka red dibuat bulan.

******

Dalam marah ada rajuk ku..
Dalam keliru terbit rindu terlalu..
Dalam perpisahan..masih ku sebut nama mu.
biar lain caranya tapi RASAnya tetap sama.

“Amboi abe, madah tuh dalam sangat maksudnya, kau buat tuh untuk siapa, untuk aku ke”. Usik ain

“Jangan kacau abet uh ain, dia tuh kepunyaan pang, kau tak Nampak ke cahaya matanya tuh untuk siapa”. Bulan menjeling kearah ain sambil tersenyum melihat abe yang hangat bercinta dengan gadis pujaannya.

“Aku bukan kacau abe tuh, aku saja je nak usik dia, aku tahulah hati dia tuh untuk siapa ?.

“Kau merajuk ke ain”. Lex menegur bila melihat muka ain masam macam cuka je.

“Aku tak ada masalah nak merajuk nih, bukan boleh buat aku kaya pun, hihi…”. Balas ain.

“Hahaha….amboi ain, lain je bunyinya macam kes frust putus cinta je nih”. Usik kacoi.

“Apa pulak putus cinta nih kacoi, aku tak inginlah cinta2 nih aku kan masih study, so tak main dengan subjek cinta nih”.

“Alah ain tuh malu2 kucing lah kacoi, janganlah usik dia lagi, nanti dia nangis kau juga yang susah nak pujuk”. Balas sepi.

“Sepi dan kacoi nih kalau tak usik ain memang tidak sempurna hidup korang berdua nih, pergi main jauh2 kat sana tuh, biarkan ain kat sini”. Ain mula blah dengan perangai mereka berdua.

“Aik, sudah2lah tuh sepi dan kacoi, korang berdua nih janganlah usik ain tuh, cian aku tengok”.

“Okaylah cikgu bulan, kitorang tak usik ain lagi tuh kan sepi”. Balas kacoi.

****

Cinta adalah anugerah terindah yang pernah diterima manusia,dan akan selalu hidup dalam setiap hati manusia. Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja dan lalu bisa kita buang bila kita tidak menyukainya.

"Betul tuh abe, aku sokong seratus peratus, cinta memang anugerah terindah darinya, tetap akan mekar di hati kita, cinta yang ikhlas tidak akan dapat diberikan begitu saja dan tidak akan bisa di tinggalkan bila kita tidak suka kerana cinta tetap bersatu dengan hati kita". Balas pang.

"Amboi korang berdua nih kalau dah berjumpa memang tidak lari dari bab cinta, patutlah diorang kat sini nak aku ajar bab cinta nih rupanya dah ada pembawa, hihi..usik bulan bila melihat kemesraan antara abe dan pang.

"Korang berdua nih bila nak kawen, selalu berkepit je, kalau dah suka,  cepat2lah kawen, buat apa nak tunggu lama2".

"Hihi..aku tak duit lagi lah kacoi, lagipun kami belum nak kawen lagi, masih muda lagi". Balas abe.

"Ini bukan pasal tak ada duit atau tidak, tapi sekurang2nya nikah lah dulu biar perhubungan korang berdua tuh halal, tidaklah ada mr.s nak goda korang berdua bila berduaan".

"Uit kacoi, pe kena mengena mr.s dengan perhubungan kami berdua". Balas pang.

"Korang tahu ke siapa mr.s tuh".

"Hihih...tak tahu pulak siapa mr.s, kau tak bagi tahu aku. manalah aku tahu, pelah kacoi nih".

"Mr.S tuh adalah syaitan lah sape lagi. hahaha".

"Apalah kacoi nih, ingatkan siapa tadi". 

"Yalah, mr.s tuh kan bahaya,  so sebelum apa terjadi baik korang bersiap nak nikah. Kalau korang nak cinta lama2 lepas kawen pun tidak apa-apa".

"Mekasihlah kacoi atas perhatian kau tuh nanti aku bincang ngan abe, betul tak abe".

"InsyaAllah, kalau tiada halangan yang datang, aku akan pinang kau dengan alquran je sebab aku tak punya apa2 nak bagi kat kau pang, aku harap kau akan terima lamaran aku nanti".

"Gituh lah kan bagus, tak lah banyak dosa korang tanggung". Sepi memberi kata setuju bila mendengar kata2 pang.

Ermmm..."

"kau sakit tekak ke bulan". Usik sepi.

"bukanlah, pelah sepi nih, saja aku nak test suara aku, masih power lagi ke".

"Owh ingatkan apa tadi, bukan ke aku dengar kau kata yang satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan...hihi..".

"Mengonglah sepi nih, itu bukan ayat aku tapi ayat2 cinta si kacoi, kan ada kat wall fb dia tuh, pelah kau nih sepi".

"Hihihi...sorry2 my dear bulan, saje je aku nak test".

"Kau tak ada keja lain ke sepi, selalu nak test aku".

"Aku dengar si cnn nak kawen bulan 3 nih tul ke kacoi".

"Yup, aku dengar gituhlah, sape yang ada hati kat cnn tuh, ermmm melepaslah korang semua". Usik kacoi.

"Amboi kacoi, bukan kacoi ke yang akan melepas nanti". Balas ain.

"Erk, apa kena mengena ngan aku pulak, tak ada ribu, tak tsunami tiba2 je ada khabar angin yang datang".

"Hahaha...dah merah muka si kacoi nih ain, jangan usik dia lagi nanti dia merajuk, kita yang susah, nanti setiap hari menyanyi lagu petuh bulah, lagu kegemaran si kacoi nih".

"Entahlah sepi, aku pun tak tahu lagu mana, lagu hindi kut dia suka, hihi...dia kan suka layan lagu hindi dan dangdut".

****

SEMUA MENCARI ...
SEMUA TERKEJAR2...
SEMUA TERKAPAI BILA SEBUT JE TENTANG CINTA, 
AKU NAK CINTA MACAM BEGINI
AKU NAK CINTA MACAM BEGITU
POKOKNYA SEMUA ADA......
NAPE CINTA ITU SAKIT..?
NAPE CINTA ITU INDAH...?
DALAM CINTA MEMANGNYA ADA SAKIT, 
DALAM CINTA MEMANGNYA ADA BAHAGIA....
TIDAK SEMPURNA CINTA JIKA KITA TIDAK PERNAH RASA SAKIT DAN BAHAGIA...MACAM  KITA BELAJAR MASAK...MESTI ADA SEMUA BAHAN2NYA BARULAH MASAKAN TUH SEDAP DI MAKAN....
BEGITU JUGA DENGAN CINTA KITA HARUS MEMILIKI SEMUANYA BARULAH INDAH  UNTUK MENGECAPI BAHAGIA....

Itulah cinta dari mata hati ema aka amih, dah berbunga2 cinta kat tempat nih korang buat, like love garden, hihi....tergelak seketika hati bulan bila melihat sahabat2nya terlalu fanatik dengan cinta.

 "Korang semua jangan lupa, cinta...cinta jugak tapi ingat cinta ilahi lagi yang terbaik dari cinta yang korang bangga2kan tuh, permulaan cinta sememangnya dari Allah swt, kalau korang dah mampu mencintaiNYA lebih dari segala2nya, korang memang terbaik punya, betul tak ?".

 "Aku sokong satu peratus". Balas wolf.

 "hihihi...biasalah wolf, melayan budak2 kat sini memang dah tugas aku agaknya lah".

 "Baguslah tuh bulan, tak lah diorang tuh tak tentu arah, tidak tahu nak buat apa, sekurang2nya kau ada disini dapat membantu setiap pertanyaan yang mereka inginkan".

"Kalau begini baik aku buka ruangan masalah cinta atau lebih tepat lagi jom aku ajarkan subjek cinta, hihi...cewah ke situ pulak fikiran aku, lucu rasanya bila dia sendiri pun melayan kemaruk cinta.

*****

kita belajar dari kesilapan, kekecewaan dan penderitaan, tanpa itu semua kita tidak akan tahu betapa kuatnya hati kita untuk menahan onak duri dalam percintaan. kita tidak perlu bersusah payah mengejar cinta sesama manusia kerana cinta yang harus kita kejar adalah cinta ilahi. CintaNYA mengatasi segalanya.

Perjalanan kita masih panjang lagi, di kiri dan kanan pasti kita temui liku-liku kehidupan so mengapa perlu berlumba mengejar cinta yang selalu membuat kita alpa, rebutlah peluang apa yang telah sedia di depan mata kita. Hulurkanlah hati kita untuk menerimanya dan mencintainya setulus hati, tanpa cintaNYA siapalah kita.

Senyuman awak adalah terindah buat ku wahai sahabat ku, siapa pun yang kita cintai semoga kita bahagia selalu.

~ CINTANYA ALLAH ADALAH UBAT BAGI SEGALA PENYAKIT YANG ADA DIDALAM HATI KITA ~ 

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).