Tuesday 10 January 2012

Bukan cinta biasa ~ 6


“Aku tak nak jumpa dia ayah, please !, bagi tahu dia yang aleya tak nak jumpa dia. Kalau boleh aleya tidak ingin jumpa dia untuk selamanya”.

“Tapi aleya, kenapa aleya tak nak jumpa dia ?, ayah rasa dia lelaki yang baik, dia cintakan aleya, dia sanggup tunggu aleya sampai sedarkan diri. Kenapa aleya sanggup buat begini terhadap dia?. Wan dah buat kesalahan yang berat ke sampai aleya tidak mahu bersemuka. Terus terang dengan ayah, apa yang sebenarnya telah berlaku”.

“Ayah tidak faham apa yang telah terjadi, lagipun aleya tidak pernah cintakan dia, lebih dia pergi hidup aleya, lagipun sekarang aleya bukannya aleya yang dulu, aleya dah cacat ayah, aleya tak punya apa pun. Kalau dia tahu aleya dah cacat, dia tak akan cintakan aleya lagi. Buat apa aleya jumpa dia kalau menambahkan rasa pedih di hati aleya”.

“Aleya nak pergi dari sini ayah, kalau boleh aleya nak pergi luarnegara, aleya tak nak tinggal kat sini lagi. Biarlah masa yang menentukan apa yang terjadi tidak boleh lagi aleya ubah. Biarlah aleya bawa hati ini pergi dari dia ayah. Aleya tak nak dia simpati dengan aleya. Aleya tidak nak simpati siapapun”.


“Tapi aleya, bagilah peluang pada dia, tidak salah mencuba, bagi ayah wan tuh lelaki yang baik walaupun tak kaya tapi hatinya begitu baik. Kenapa aleya tidak memberi peluang untuk diri aleya menerima wan ?”. Ayahnya inginkan kebahagian anaknya bersama lelaki yang memang cintakannya sepenuh hati. Wan asraful memang tercipta untuk anaknya.


Wan tidak akan bertindak kejam bila melihat anaknya yang memang serba kekurangan, anak gadisnya bukan lagi gadis yang sempurna, namun ayahnya tahu aleya memang seorang yang degil, kalau dah kata tidak, memang tidaklah jawapannya.


****


“Aleya tak nak jumpa aku zahar, apa yang harus aku lakukan, wan dah buntu memikirkan masaalah ini, aku dah rindukan dia, dah sebulan aku tak jumpa dia selepas kemalangan itu. Entah apa khabar agaknya  aleya tuh?. Aku dah tak sabar nak jumpa dia, tolonglah aku zahar. Bagi tahu kat nazira, aku nak jumpa aleya”.


“Sabarlah wan, mungin aleya dah okay Cuma dia nak berehat, maklumlah dia kan baru je sedar, mungkin dia tak nak diganggu, biasalah dengan perangai aleya yang memang degil dan keras kepala”.


“Tapi aku tak bolehlah zahar, ini kan dah sebulan sedangkan sehari tak jumpa dia buat aku jadi gila”. Wan tidak tertahan menanggung rindu, dah sarat rindu di hatinya, dan kalau boleh sekarang juga dia nak jumpa aleya. Dia memang dah jadi tak menentu, makan tak lalu mandi tak basah, hatinya merintih setiap hari ingin berjumpa dengan gadis idaman hati.


“Pergilah jumpa dia sekali lagi wan, manalah tahu kau dapat jumpa dia. Cubalah hingga ke titis darah yang terakhir”. Usik zahar yang merasa kasihan melihat wan yang tidak menentu gara-gara seorang gadis yang bagi dirinya memang sombong, kalau nak dibandingkan aleya dengan nazira memang jauh beza. Nazira  punya segalanya, gadis yang lemah lembut, tidak sombong tapi mengapa wan boleh jatuh cinta dengan aleya ?, macam tak ada gadis lain agaknya.


“Macam mana aku nak jumpa dia kalau dia tak nak ?, tak kan aku nak pergi colek dia, nak cari nahas ke”. Balas wan.


“Okay juga dengan idea kau tuh wan, pergilah colek dia dan kalau boleh ikat sekali kakinya supaya dia tak lari lagi”. Usik zahar.


“Banyak cantik idea kau tuh, tak pasal aku kena penjara, lagi bahaya”.


“Alah wan, aku gurau jelah, tak kan kau nak amik serius sangat, tak apalah wan nanti aku jumpa nazira, aku akan minta tolong pada dia agar kau dapat  jumpa dengan aleya”.


“Terima kasihlah zahar, kalau kau tak ada, aku tak tahu dimana lagi aku nak minta tolong, nasib baik kau ada”.


“It’s okay lah wan, itulah gunanya kawan, mungkin sekarang kau perlukan pertolongan aku, entah esok lusa aku pulak yang nak minta tolong”.


****


“Aku tak nak jumpa dia , boleh tak jangan paksa aleya”.


“Pleaselah aleya, tak kan kau sampai hati tak nak jumpa dengan dia, kasihan aku tengok, sekarang dia dah tak terurus, asyik ingatkan kau”. Nazira dah berusaha agar aleya dapat berjumpa dengan wan namun keras hati aleya memang tidak boleh diubah.


“Janganlah paksa aleya, aku memang tak nak jumpa dia, kau tolong bagi tahu kat wan agar melupakan hasratnya nak kawen dengan aku, dan tolong bagi tahu dia, yang aku bukan seperti dulu lagi, dah jauh berbeza sekarang. Kalau boleh kau nasihatkan dia agar melupakan aku dari hatinya”. Aleya terpaksa bertindak begitu agar wan melupakan hasratnya untuk selamanya.


“Aku rasa baik kau sendiri jumpa dia dan bagi tahu dia yang kau tak nak jumpa dia dan cakap sendiri kat wan yang kau tidak ingin jumpa dia untuk selamanya, aku malas nak campur tangan dengan korang berdua, pening kepala aku dibuat korang berdua”.


“Mungkin aku dah tak dapat jumpa dia lagi, esok aku nak bertolak ke luar Negara, aku nak kau rahsia kan ini semua dari wan. 

Biarlah dia tidak tahu menahu tentang semua ini. Aku rasa inilah jalan terbaik agar wan dapat melupakan dirinya. Sekarang aku memang tak layak buat dia. Aleya sekali sekala mengeluh pada dirinya, mengapalah sekarang ini hatinya begitu berat melepaskan wan pergi dari hidupnya, aku bukannya cintakan dia tapi mengapa wajah dan senyuman wan selalu terbayang di ingatannya. Apakah kebenciannya bertukar kepada sayang.


“Kau memang kejam lah aleya, tak baik kau buat begitu pada dia, apa salah wan, salahkah wan untuk jatuh cinta pada gadis yang disukainya, kau buat begini tambah lagi dia terseksa”.


“Biarlah dia terseksa, dari dia tahu kenyataan yang sebenar, gadis yang disukainya bukanlah sesempurna lagi untuk dirinya, aku tak nak dia kasihan bila melihat aku, aku tak nak harapkan kasihan yang hadir dihatinya. Cukuplah , dan inilah jalan terbaik antara aku dan wan”.


“Ish kau nih aleya memang keras kepala, kalau kau dah tahu kau bukan lagi princess yang perfect , kenapa kau tak bagi peluang pada dia, manalah tahu cinta mengatasi segalanya”. Nazira sekali memujuk aleya agar mempertimbangkan keputusan yang dibuatnya.


“Biarlah ira, aku dah bulat dengan keputusan aku, aku tak nak jumpa dia lagi”. Balas aleya


Apa ada pada cinta, jika cinta yang ku harapkan bukanlah cinta biasa ia Cuma cinta yang mengores hatinya. Mungkin cinta wan tidaklah sehebat manapun bila dia tahu aku hanyalah gadis yang cacat, tidak sesempurna mana pun, apakah cinta akan mengatasi segalanya, biarlah cerita ini berakhir begitu saja. Aku harap wan dapat menemui gadis yang lebih baik dari dirinya.








No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).