Friday 6 January 2012

Hujan cinta ~ 11

Hujan cinta ~ 11

Azwan daniel merasa sedih bila dikecewakan dengan gadis yang disangkanya baik rupanya diluar je baik tapi didalam jahat. Terkadang dia merasa hampa dengan keputusan yang dibuatnya bila memilih gadis itu dari mona. Apa khabar agaknya mona sekarang nih, dia dah kawen ke ?, berbagai persoalan bermain di fikirannya, seolah menyesali setiap perbuatannya terhadap mona.

Timbul di hatinya untuk mencari mona sekali lagi, teringin dihatinya ingin mengetahui apakah masih cinta kah lagi mona terhadap dirinya.


Tapi di mana aku nak cari dia ?, dah lama aku tak berhubung dengan mona, dia masih lagi ke tinggal di sana ataupun dah pindah. Berbagai persoalan yang timbul membuat dia teringat pada gadis yang pernah bertahkta di hatinya ketika dulu. Apakah aku masih cintakan dia ataupun aku merasa bersalah diatas apa yang telah aku lakukan terhadapnya.

****

Mona cuba untuk menerima kehadiran khusairi dihatinya, betapa manjanya suaminya melayan dia seolah memanggil hatinya untuk jatuh cinta sekali lagi tapi yang hairannya hujan tiada datang lagi ketika ini seolah mengajak dirinya membuka lembaran baru untuknya bersama insan yang mula menyukainya sejak pertemua pertama mereka ketika hujan turun saat dia terkenangkan percintaanya bersama hujan2 cinta yang membakar hatinya saat itu.

Tapi sekarang aku ingin mulakan hidup baru, aku nak rasa juga bercinta selepas kawen, apakah lebih indah dari yang aku rasakan dulu bersama azwan daniel. Napelah saat begini aku teringatkan lelaki yang pernah menghancurkan hatinya ketika itu.

Menangis hatinya ketika itu tapi sekarang tidak lagi kerana ada dia dihati ku ketika ini. Wah ! aku dah terima dia ke dihati aku. Mona tidak memahami permainan hatinya ketika ini. Seolah-olah ada sinar bahagia menanti dirinya ketika ini, dia merasakan langkahnya kini pasti bahagia, semoga ini bukan mimpi semata-mata.

“Sayang buat apa tuh?, dari tadi abang perhatikan diam je tanpa menyedari kehadiran abang kat sini”.
“Awak nih kan, boleh tak bagi salam kalau nak masuk, nih tidak main terjah je macam selalu”.

“Abang dah bagi salam lah sayang tapi sayang tak dengar pun, maklumlah tengah ingatkan kekasih lama agaknya”.

Pelah suami aku nih macam tahu2 je apa yang aku fikirkan sekarang ini.

“Betul tak sayang, sayang masih ingat dia lagi ke”. Khusairi inginkan kepastian dari isterinya yang isterinya masih ingat lagi lelaki yang pernah hadir dihati mona.

“Boleh tak awak jangan tanya saya soalan yang satu tuh, mona bukan ingatkan siapa, kalau cakap tuh jangan main sedap mulut je”. Mona sengaja mengelak bila di tanya soalan yang bukan2. Dia mahu buang semua kenangan antara dia dan azwan, kalau boleh dia tidak mahu suaminya selalu merasa dipinggirkan. Adakah aku dah mula sayang pada suami aku, entahlah, malas aku nak fikir, betul ke aku malas nak fikir tuh semua sedangkan hati aku dah mula berdebar2 bila berduaan dengan khusairi suaminya. Suami aku pelita hidup ku. Amboi aku dah mula tacing lagi.

“Jom kita tukar2 cerita, tiba-tiba keluar dari mulut suaminya idea yang dah lama dia rancangkan, dia nak tahu sejauh mana kebenaran isterinya yang dia tidak mengingati seseorang dalam hatinya.

“Permainan apa lagi yang awak nak main nih, kalau susah sangat, mona tak mahulah”.

“Alah sayang nih, mahulah, permainan nih bukannya susah sangat, kita kongsi cerita je macam hikayat cerita cinta semalam, kalau sayang nak kongsi cerita cam tuh abang lagi suka”.

Macam lain je bunyinya, macamlah kita nih hidup di zaman hikayat seribu satu malam, pelah my husband nih ada2 je idea yang ada di kepalanya.

“Nak tak sayang, kalau nak, jom kita mulakan. Sayang nak mulakan atau abang yang nak mulakan dulu”.
“Ikut suka hati awak lah, malas mona nak fikir”.

Begini sayang, dulu abang pernah jatuh cinta dengan seorang perempuan, kami dah lama berkawan tapi dia tinggalkan abang bila dia jumpa sahabat baik abang, mula2 abang tidak perasaan perubahan yang berlaku pada perempuan ini, atau lebih dikenali dengan nama hazlina sakinah. Abang pun sendiri tidak mengerti nape dia sanggup curang dengan kawan baik abang, kalau nak diikutkan hati, abang lagi kacak dari kawan abang tuh tapi entah kenapa dia tidak memilih abang sebaliknya dia lebih memilih sahabat abang dari abang. Bila abang tanya kenapa ? lina tidak pernah menjawap dengan ikhlas. Tapi sekarang abang dah tahu nape percintaan kami berakhir begitu, sayang nak tahu nape ?, sebab antara kami memang tiada jodoh, walau sekuat mana abang cinta kan dia tapi kalau memang di takdirkan cinta itu bukan milik abang, hazlina tetap bukan untuk abang, dan tidak semestinya cinta pertama tuh akan berakhir dengan kebahagian ke akhir hayat. Terkadang cinta kedua pun akan membawa sinar bahagia jika memang ditakdirkan ada jodoh antara kita, kita tidak bisa melawan takdir dan juga susunan tuhan terhadap kita”.

Dia perli aku ke nih, mungkin dia sengaja reka cerita supaya aku boleh buka mulut, sorrylah abang, bukan sekarang mona nak luahkan segala yang terbuku di hati ini.

Apakah aku mampu bercerita dihadapan suami aku sekarang ini, marah ke dia bila kebenaran akan tiba jua, adakah dia tidak kecik hati bila aku ceritakan semuanya. Buat masa ini biarlah rahsia, aku belum sedia lagi nak kongsi cerita walaupun dihadapannya sekarang ini adalah masa hadapannya dan bukan masa lalunya. Itu semua perlukan masa. 

Apakah belum cukup lagi ke semua yang telah aku hadapi dan mengapakah aku masih lagi menyimpan kenangan itu ?, seharusnya aku dah lama buang kenangan lalu saat aku bergelar isteri pada lelaki yang kini bergelar suami ku. ENTAHLAH hanya itu yang mampu aku katakan sambil melihat suaminya yang menunggunya dengan sabar untuk memulakan cerita hikayat cinta satu malam. Ada2 je suami aku nih. Mungkin di sini bermulanya cerita baru antara aku dan dia , siapa lagi kalau suami kesayangan ibu aku.


No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).