Saturday 7 January 2012

Bukan cinta biasa ~ 5

Bukan cinta biasa ~ 5


Amboi panjangnya syarat dia bagi kat aku,  aku cuma ada motor tuh je, aku tak ada apa2 pun selain itu. Memang patut pun dia kenakan aku sebab aku memang tak tahu malu, nak juga menagih cintanya.



1). tak nak bercinta
2). lepas kawen, tidur berasing
3). tak nak awak sentuh saya
4). kalau lepas setahun kita tak serasi, kita berpisah
5).lepas kawen, awak jadi tukang masak saya
6).tak nak kongsi bilik air
7). lepas kawen awak boleh panggil saya apa2 je kecuali sayang
8). jangan bagi tahu abah saya yg kite sebenarnya bukan sepasang kekasih



Pelah mona, syarat bukan main panjang, dia nak cekik darah aku ke, nasib baik aku cinta kan dia kalau tidak dah awal2 aku kena tolak semua syarat dia. Tak kan lepas kawen aku tak boleh tidur dengan dia, hish dah memang dia kena kan aku cukup2. Tak apa, aku nak lihat sejauh mana keras hati dia terhadap aku.


"hai wan....apa yang dibaca tuh, surat kawen ke ". Usik ikmal.


"Surat kawen apanya, nih bukan surat kawen tapi syarat2 sebelum kawen, aleya letak syarat kalau nak kawen dengan dia, nak mampus aku baca semua syarat dia, tak masuk akal langsung. Keluh wan.


"padan muka wan, sekarang baru rasa takut ke, ikmal dah bagi tahu korang berdua tuh bagai pinang di belah dua tapi wan tak percaya sekarang siapa yang susah".


"wan bukannya takut tapi aleya tuh memang sengaja nak kenakan aku".


"Yelah tuh wan, baik wan fikir baik2 jangan sampai merana badan, siapa yang susah, diri sendiri juga yang susah". Balas ikmal.


"Biarlah susah, aku sanggup tanggung yang penting ada aleya disisiku". Balas wan.


"Amboi wan, asyiknya di lamun cinta, tak ingat susah lagi dah". Usik ikmal.


"hihi...mestilah ikmal, segala-galanya untuk aleya, semuanya ku serahkan untuknya".


"Apa-apa pun aku doakan yang terbaik buat kau dan aleya. Kalau kau rasa nak pinjam bahu aku untuk kau nak nangis, bisa diatur". Usik ikmal sekali lagi.


"terima kasih lah ikmal sebab sudi pinjamkan bahu untuk aku nangis". Balas wan.


"untuk kawan, aku sanggup buat apa, nak berenang ke laut china selatan pun aku nak". Usik ikmal membuat wan tersenyum manja bila melihat kerenah kawannya yang selalu menghiburkan hatinya.


****


"Wan, aleya kena kemalangan langgar lari, sekarang dia ada di hospital", ikmal termengah2 memberitahu berita yang akan membuat wan hilang arah.


Betul ke ikmal, kau jangan main2 ngan aku, mana mungkin aleya dapat kemalangan, kau salah dengar ke". Balas wan, tidak percaya dengan berita yang baru di dengarnya dari ikmal.

"Betul, ikmal tidak bohong, perkara macam begini mana boleh bawa main-main". 


"Dia tidak apa-apa,  kan ikmal ", wan inginkan kepastian sekali dari mulut ikmal.


"entahlah, aku pun tak tahu sejauh mana keadaan dia, tuh pun aku dengar dari kawan yang lain, maklumlah aleya tuh kan anak datuk, mestilah beritanya cepat tersebar".


"ikmal aku nak jenguk aleya kat hospital", lain benar perasaan wan saat ini seperti ada sesuatu yang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin perasaan aku begini disebabkan kerisauannya terhadap aleya.ida


"janganlah risau sangat wan, mungkin tidaklah teruk sangat , sabarlah ya wan". Ikmal cuba untuk menenangkan hati wan agar tidak memikirkan perkara yang negatif je.


"okaylah ikmal aku pergi dulu".


"baiklah wan, pergilah tapi hati-hati bila bawak motor tuh, jangan ikutkan perasaan bimbang kau tuh, berdoalah agar tiada apa-apa yang berlaku terhadap aleya".


"mekasih ya ikmal atas perhatian yang kau berikan". Balas wan, bertuah dirinya punya teman yang selalu caring terhadap dirinya.




+++++


"Anak nih siapa ?,  apa kaitan anak dengan anak pakcik ?.persoalan timbul dihati bapa aleya bila melihat seorang pemuda yang sibuk bertanyakan khabar aleya.


"Sebenarnya saya Wan Asaraful kawan anak pakcik". Balas wan.


Inilah pertemuaan yang pertama bagi dirinya dengan bapa aleya, selalunya wan melihat wajah bapa aleya cuma di suratkhabar je, tapi hari ini dia berpeluang untuk berkenalan dengan bapa aleya.


"Macam mana dengan aleya pakcik ?." Wan tidak sabar ingin mengetahui keadaan aleya.


"Entahlah wan, dari tadi aleya masih berada di wad kecemasan, entah apa sebenarnya masaalah yang aleya hadapi ? . Bila pakcik sampai di hospital, aleya dah pun didalam bilik rawatan kecemasan".


"Sabarlah pakcik, mungin tiada kejadian buruk yang berlaku". Wan cuba menenangkan hati bapa aleya dan juga hatinya yang sekarang ini hanya Allah saja yang mengetahuinya betapa hatinya begitu risau sekali.


"Tapi dah 3 jam aleya berada di bilik rawatan kecemasan, hati pakcik mengatakan ada perkara yang buruk akan berlaku nanti".


Wan hanya mampu berdiam diri saat ini kerana hatinya pun begitu risau bila melihat bapa aleya tidak tentu arah. Ya Allah Ya Tuhan ku semoga aleya baik-baik saja.  

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).