Tuesday 10 January 2012

heart trap

Heart trap

Lembut angin sepoi2 bahasa mengajak untuk aku terperangkap sekali dalam cinta, cinta yang ingin aku buang jauh dari hidup ku. Namun sesekali aku terasa sepi tanpanya.


Senja itu selalu menemani  aku duduk di taman kasih ku yang dulu. Mengenang detik pertemuan, mengimbau kenangan pahit memang ingin aku lenyapkan dari pandangan hati ini. Entah kali keberapa hati ini seolah2 memanggil dia kembali agar aku bisa menyentuh cintanya.


Pagi yang indah memberi aku cerita indah n syahdu walau aku sendiri melangkah sekali lagi di destinasi ini.


*****

Terperangkap sekali dalam cinta fb membuat hati aku berdebar sekali lagi, hello pembuka bicara antara kau dan aku.


Mengukir seribu kemanisan antara kita. 166 hari mengenal dirimu membuat hati ku menyanyi indah seindah wajahmu yang terpampang di pic wall mu.


Suka aku melihat ada sinar bahagia antara kita, tapi aku takut untuk lebih dekat lagi terhadap mu kerana aku tak ingin sekali lagi terluka.


Ada cinta di hati ku, ada kamu di hati ku, ada puisi cinta di hati ku. Membawa seribu kemanisan walau sekadar bicara kita terbatas teman namun aku bahagia kerana ada kamu disisiku. Aku tak ingin meminta lebih dari itu, kerana biasa itu lebih baik dari luarbiasa.


*****


Pertemuan antara kita adalah satu anugerah buat diriku, mengenal diri mu suatu saat yang tak mungkin aku lupakan. Terperangkap sekali lagi hati ini membuat aku pasrah andai suatu masa nanti aku akan di tinggalkan sekali lagi.


Jom sekali lagi kita raikan pertemuan ini dengan seribu kenangan yang terindah walau ku tahu esok bukan tentu milik ku lagi namun aku tidak akan cuba untuk membuang dirimu dari ku kerana kehadiranmu satu bukti ada sinar bahagia menanti. Benar atau tidak biarlah hanya Tuhan yang mengaturkannya.


Kita mampu merancang namun Tuhan yang menentukan segala2nya.


Kita cipta sweet moment antara kita, memberi sinar  baru buat ku, mencipta detik2 terindah untuk kita kongsi bersama. Jom kita cipta berjuta kemanisan dalam perhubungan kita , jom teman kita bawa langkah kita bersama ketulusan hati kita.


But sometimes is good to stop thinking about love…… fikir saja kita Cuma teman. Sama2 ingin mengisi kekosongan hati….kerna ku tahu kau ingin perlukan masa untuk melupakan apa yang ingin kau lupakan dalam hatimu.


*****


“Betul tak selina”. Usik zarulhisyam.


“Tak tahu nak cakap apa”. Balas selina


“ish awak nih, yang itu pun malu2 nak cakap”. Zarul tersenyum 
bila memandang selina yang tersipu malu bila di tanya.


“Betul lah, memang lin tidak tahu nak cakap apa”.


“Adess….awak nih lin memang selalu cakap gituh, tak pernah berubah”.


“Alah biasalah zarul, aku kan suka cam begini, tak boleh nak ubah”.


“Ermmm….itu yang buat aku suka ngan kau nih lin, senyum je macam selalu, I like it so much”.


“yelah tuh zarulhisyam, kalau nak memuji memang terrer sangat”.


“Zarul , malulah saya, nape suka sangat tulis cerita kita kat wall nih ?, tak malu ke”.


“Awak nih, apa yang nak dimalukan tuh kan cerita kita, nape nak malu ?, alah ini kan uuntuk kita dua je mana orang lain masuk campur, zarul dah blok semua orang kat fb aku”.


“Awak nih kan zarul memang senget, wat pe blok, aish awak nih dah memang buang tabuat”.


Hihihi aku gurau jelah, buat apa lah aku blok kawan2 aku, memang aku tidak ada keja lain ke nak blok2 orang nih”.


“Tahu tak pe”. Balas selina.


“Tapi delete semua yang awak tulis kat wall tuh, saya tak nak”.


“Tamao lah, penat2 zarul taip senang je nak suruh kita delete, penat aku perah otak aku nih nak tulis ayat2 jiwang karat nih”.


“Bolehlah  sayang oii, kalau tak mahu, bagi balik hati aku”


“Aik, lain je bunyinya, nape nak bagi balik hati kau ?, sejak bila aku amik hati kau tuh selina”. Usik hisyam.


Awak nih kan zarul, dah memang nak kena zasss…meh aku bagi satu zas baru tahu, wat malu aku je lah zarulhisyam nih”.
“Hahahaha..padan muka, berani2 nak amik hatinya kat aku, aku dah simpan elok2 senang je nak amik….huhu biar sampai ke tua lah kau selina tak dapat2 hati kau tuh”.


“Ish awak nih zarul, jahatlah, delete semua tuh, please2 my dear ”.


“Esok2 lah aku delete, sabarlah yer cik selina”.


“Janji taw, kalau tidak aku pergi rompak hati aku tuh, biarlah aku rempuh dinding wall fb kau, biar roboh sekali, selina tidak kisah pun, biar padan muka”.


“Amboi mulut tuh macam tak ada insuran je, main redah je kalau bercakap, amiklah kalau berani”.


“Malaslah layan awak nih zarul, baik aku offline fb aku”.


“Merajuklah tuh, awak nih selina tak pernah berubah, asyik merajuk 24 jam”.


“Mana de aku merajuk, aku nak layan lagu jambu jap kt u tube nih, nih lagu wat kau zarul, biar jambu selalu”.


“Tak mainlah ngan lagu jambu tuh, ish2 lagu tuh kau minat jugak, tak ada lagu lain ke”. Usik zarulhisyam.


“Nape ngan lagu nih hisyam ?, okay je aku dengar, kalau kau tak suka aku bukan nak paksa”.


“yelah tuh”.


“memang pun, tak nak. Tak usahlah layan”.


“Okaylah zarul, lin nak out dulu, esok2 lah kita jumpa lagi tapi 
sebelum tuh jangan lupa janji kau tuh, padam semua yang ada kat wall kau tuh, kalau aku Nampak masih ada lagi, jangan sms aku atau pm aku kt fb”.


“Ya nanti zarul padam”, dalam hati hish tak nak aku, buat apa aku padam, nihkan cerita pertemuan kita, biarlah terpampang kat wall aku, bukannya apa2 pun.


“Awak tuh baik2 kat sana,  so pandai2lah jaga diri selalu nanti kalau ada masa aku nak jumpa kau kat sana”.


“Buat apa kau nak jumpa aku kat sini, tak mahulah aku”. Balas selina.


“Aik tak nak jumpa aku ke, kau tak rindu ke, asyik chat je kat sini, aku pun teringin sangat nak jumpa kau, macam mana lin boleh tak ?”.


“Tamaolah”.


“Mahulah”.


“Tamao lah”.


“Yes yes yes”.


“No no no”.


“Adess kalau cam nih, sampai esok pagilah kita asyik yes n no je, 
biar aku chaw dulu, kalau ada jodoh kita jumpa juga so jangan nak paksa2”.


Hish awak nih selina, kita belum habis cakap dia dah offline, susahlah awek satu nih, susah nak faham. Sekejap okay, sekejap tidak. Beginilah kalau hati dah terperangkap dalam permainan cinta ~ heart trap, hihihi…


Esok nak tunggu dia lagi, ehem2 tak sabar nak tunggu, hi guys wish me luck.


~~.SERIBU SATU MALAM CINTA DI FACEBOOK MENANTI ANDA, JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA DAN JANGAN SIA2KAN JIKA PELUANG KEDUA BERTANDANG KE TERATAK FB ANDA~~


(cerita ini adalah rekaan semata2, jika ada nama n tempat yang sama dengan teman2,  maaf di pinta ~ peace )


TAMAT

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).