Teman..
tak mengapa dirimu berdiam,
kerana percuma bicara bila hati membisu...
kerana percuma bicara bila hati membisu...
Teman....
Tak mengapa dirimu berdiam
jika kata-kata tak bermakna
jika kata-kata tak bermakna
Jika kata –kata tak
tersusun indah....
Teman.
tak mengapa dirimu berdiam,
Jika mahu mendengar dengan setulus hati
kerana ikhlas hati lebih bermakna dari sekadar simpati
Jika mahu mendengar dengan setulus hati
kerana ikhlas hati lebih bermakna dari sekadar simpati
Teman..
tak mengapa dirimu berdiam,
Jika diam itu penuh dengan makna
Moga diam itu bukan kerana benci…
Jika diam itu penuh dengan makna
Moga diam itu bukan kerana benci…
Tak
mengapa jika dirimu berdiam,
Kerana akan ada sesorang yang mengerti diammu
menunggumu dengan sabar
menunggumu dengan sabar
Menunggumu ketika ingin
bercerita
Bercerita tentang makna
disebalik diammu.
Diammu yang penuh cinta,
kasih dan sayang...
Teman.
tak mengapa dirimu berdiam,
ku mengerti diammu untuk menjaga maruahmu
ku memahami diammu untuk kebaikan diriku dan dirimu…
Teman...
ku mengerti diammu untuk menjaga maruahmu
ku memahami diammu untuk kebaikan diriku dan dirimu…
Teman...
ku disini bisa bersabar,
Saat dirimu mampu
berbicara dan kembali berkata....
No comments:
Post a Comment