Monday 15 October 2012

DIARI CINTA - 2

"Kau dengan Ridz tu dah ada perkembangan ke Dodol Manis ?."

"Tak payah kau nak kenenkan aku dengan budak hingusan tu. Tak ingin aku."

"Jangan benci sangat dengan Ridz tu Dodol Manis. Tak baik."

"Siapa kata aku budak hingusan. aku dah besar panjang ni. "

Memang kelakarnya cinta diorang ni kan Dayang kan.

"Psstt...diamlah Kijiya."


"Apa yang kelakar sangat ni Kijiya"  Hana kawan baik aku yang suka menyemak sekali. Bukan dia tidak tahu aku geram dengan Ridz. Main tanya lagi.

Kijiya jangan sibuk jaga tepi kain orang. Baik kau jaga Makteh baik-baik.

"Garang la Dodol Manis hari ini. Takut aku tengok balas Duyan."

 Kawan-kawan aku kat gilerkentang ni memang penyibuk sekali.

Pagi-pagi dah sibuk dengan cerita sensasi antara Ridzuan dengan Dodol Manis. Nasib baik boss tak ada hari ini kalau tidak dah awal-awal kena warning. Keluh Amir.

Semalam dia dan Nana bertengkar lagi. Semenjak break down dengan Nana ni ada-ada je yang tak kena.  Amir masih mengharap ada cinta lagi antara dia dan Nana.


****

Dah 3 jam meeting kat pejabat Giler Kentang ni. Dahlah aircond tidak ada. Rasa sesak nafas aku dibuatnya. Pening kepala aku tiba-tiba.

"Kau okay ke Dodol Manis ? pucat je aku tengok muka kau ni. "

"Aku okay la Nana."

"Aku tak rasa macam tu la Dodol Manis. Lain benar aku tengok muka kau ni. Pucat benar aku tengok. Kau sakit ke  Dodol Manis." Belum sempat  Nana nak tegur. Dodol Manis tiba-tipa pengsan.

Aku dah cakap tadi. Dodol Manis ni memang degil sangat.

"Nana  tolong aku angkat Dodol Manis ni. Kau ni Dodol Manis , buat kitorang susah hati je." Riuh satu pejabat bila Dodol Manis tiba-tiba pengsan.

"Apa hal dengan Dodol Manis tu Nana."

"Tak  tahulah Ridz. Tiba-tiba je Dodol Manis ni pengsan. Aku rasa dia ni ada sakitlah Ridz, tapi dia tak nak bagi tahu."

"Yang tanya tiba-tiba ni apa hal. Kata tak nak ambil tahu." Usik Dayang

"Alah aku tanya je bukan ada maksud apa-apa pun."

"Yea la Ridz. Mata kau tu kata lain."

"Kau dah memang ada hati kat dia kan Ridz tapi tak nak mengaku."

"Korang berdua ni bila lagi nak berhenti soal menjawab ni. Dah lah kawan kita ni pengsan. Korang sibuk nak berdebat."

"Sorry Ancih..... Terlupa ada yang pengsan. Balas Ridz.

***

Kelakarnya Cinta akan menjadi slot baru di Giler Kentang bagi mengantikan slot Geng Giler Kentang. Tajuk ni macam pernah aku dengar tapi kat mana ?. Alah ni kan tajuk diari aku. Siapa pulak yang berani curi

nama diari aku ni. Yang ni aku tidak puas hati ni.

"Hai Dodol Manis, jauhnya mengelamun, dah sampai ke himalaya ke."

"Hish kau ni Mira, mengelamun apanya. Aku tengah baca yang ni, tentang slot baru di Giler Kentang. Tajuknya sama dengan diari aku."

"Mungkin kebetulan je, nama sama tapi tidaklah serupa". Balas Mira

"Maybe...., I hope so." Dodol Ma

"Bercerita tentang tajuk ini. Aku dengar idea ini Ridzuan yang usulkan di mesyuarat  minggu lepas. Aku rasa menarik juga idea ini."

"Apa yang menarik sangat tentang idea budak hingusan ni Mira. Aku rasa biasa je".

"Very insteresting bukan begitu Dila."

"Yup....sangat menarik. Mesti slot ni  Rating dia akan tinggi selepas Geng Giler Kentang".

"Mira dan Dila asyik bela budak Ridz tu apa hal."

"Kitaorang bukan nak bela siapa pun . Cuma idea Ridz ni memang menarik." Balas Dila.

Dodol Manis rimas mendengar  kata-kata kawannya. "Aku nak blah dulu. Sakit kepala aku tiba-tiba dibuat korang ni."


Aku memandang wajah lelaki yang akhirnya menjadi penting buat diri aku. Tapi aku tidak berdaya untuk menyatakannya. Dia bukan siapa-siapa buat aku.

Akhirnya aku hanya mampu berdiam diri. Aku menoleh ke arah dayang yang tersenyum melihat gelagat aku yang memang lain dari biasa.

Makteh dan Kijiya dari tadi lagi dah keluar pergi dating. Diorang tu memang tidak boleh di pisahkan lagi.

Dayang dengan Ancih. Pasangan serasi bersama. Amir dengan nana walapun dah berpisah namun hati mereka masih ada cinta lagi cuma degil untuk mengaku.

Erroshi nampaknya dah bertunang dengan gadis pilihannya. Tak lama lagi title bujang tu akan berakhir juga. Tentu tak sabar nak naik pelamin. Dodol Manis tersenyum bila teringat bossnya nak kawen. Tentu

pasangan yang secocok, sama cantik dan sama padan.

****

"Tengok sini..." Tiba-tiba je Wak daly menahan tunangnya daripada keluar kereta.

"Apa hal abang tahan ira dari keluar ni".

"Aira jangan bagi tunjuk muka kat giler kentang tu, nanti tak pasal khabar angin yang tak best keluar".

"Apa la abang ni, diorang dah tahu pun ira ni tunang abang. Abang je tu tak tahu".

"Siapalah mulut laser ni hebohkan berita ni, kalau abang tahu memang kena bom sekali".

"Ala yang tu pun abang dah mula bising. Apa salahnya diorang tahu. Abang tak suka yea. Kecik hati ira abang tak nak orang tahu."

"Haish bukan macam tu la beb. Abang cuma tak nak satu dunia tahu yang ira tu tunang abang."

"Biarlah satu dunia tahu yang ira ni memang milik abang".

"Yea lah ira. Nak berbahas dengan ira ni memang abang selalu kalah."

Dari jauh Nana memandang pasangan kekasih ini dengan senyuman yang lucu. Wak ni memang lucu dah bertunang pun buat macam tak bertunang. Nasib baik la tunang dia tu sporting kalau tidak memang dah

kena hempuk bontot dia.

Senyum sokmo lak budak Nana ni. Amir mengaru-garu kepalanya.

Nana dan Amir. Cerita cinta mereka berdua memang belum selesai lagi. Aku pun still the same. Keluh Dodol Manis.

Wak dengan Aira memanglah padan. Sepadan cinta Romeo & Juliet . Gambar Aira kat dalam facebook wak memang cantik sangat. Bisik hati kecik Dodol Manis.




Hari ini hari Isnin. Malas nak mulakan tugas. Mood nak rehat masih ada lagi. Semalam aku lambat tidur apa tidaknya aku sibuk dengan diari  cinta aku. Berlambak coretan hati aku kat sana. Tidak sedar aku tertidur
beralaskan diari cinta aku yang paling aku sayang. Dodol Manis mengeleng-gelengkan kepala bila teringatkan hal semalam.





1 comment:

  1. hahaha nice story kak zee ... nak tggu smbungan cerita ni lagi .. nak tahu smpai ending nye .. :)

    ReplyDelete

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).