Sunday 28 October 2012

AKU BUKAN MILIKMU YANG SEBENARNYA

Mendengar lagu yang kau suka membuat hati aku terusik. Menangis aku jua akhirnya. Sesak nafas aku dibuatnya. Alahai hati aku tidak mampu bertahan menahan kesedihan ini.

Mengalir lembut airmata ku di pipi seolah menahan gelora hati aku saat ini. Ku tahu ku harus memilih untuk melepaskan mu dari sisi ku. Tapi ku tahu itu tak mungkin aku dapat lakukan.

Kasih dan sayang kau beri membuat hidup ini amatlah bererti. Rindu yang kau tinggalkan membuat aku bahagia.

Bertemu dengan dirimu saat yang paling bahagia. Berpisah dengan dirimu perit terasa namun takdir Tuhan tak akan dapat aku tahan.

Ku susun jari-jemari ku memohon kepadaNYA agar aku dapat  bertahan. Duhai sayang, duhai kasih pergilah kepadaNYA kerana DIA lebih layak untukmu berbanding aku hanya kekasihmu di dunia ini.

Aku bukanlah hak milikmu yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).