Wednesday 6 June 2012

Senyuman

Kita akan tersenyum disebabkan oleh kebahagian yang kita rasakan. Tetapi kita juga

boleh bahagia disebabkan oleh senyuman yang kita hadirkan.

Senyumlah agar kesusahan pergi meninggalkan kita. Atau dampinglah orang yang

banyak tersenyum, kerana senyuman dan kebahagian itu saling berkait antara satu sama

lain.


Sewaktu melihat senyuman di wajah orang lain, kita akan melihat kebahagian yang ada

pada mereka. Senyuman dan kebahagian itu boleh mendorong kita untuk berasa lebih

bahagia, atau setidak-tidaknya ia akan menghilangkan sebahagian daripada perasaan

susah yang ada di dalam diri kita.

Kerana itu tersenyumlah. Pergilah ke cermin dan lihatlah wajah kita yang sedang

tersenyum, sehingga kebahagian hadir ke hati kita. Lupakan masalah-masalah kita untuk

sementara waktu. Carilah senyuman di sekitar kita, agar bibir kita juga turut tersenyum. Dan

senyumlah, sehingga orang lain juga akan turut tersenyum bersama kita.

****

Awak, senyuman awak tetap terindah dihati. Walau seribu kesusahan yang datang, namun

bila melihat senyuman yang hadir dibibirmu membuat hatiku bahagia sekali, terima kasih

atas senyuman yang paling manis darimu buat diriku.....

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).