Thursday 14 June 2012

Hujan Cinta ~ 15 ( Ending )


"Abang ada sesuatu nak cakap ni, harap sayang tak marah kat abang." Khusairi memulakan bicara bila tinggal mereka berdua dibilik yang
dihiasi cantik oleh isteri kesayangannya.

"Abang ceritalah, mona tak akan marah pun, buat apa nak marah-marah tak tentu pasal". Balas Mona.

"Betul nih tak marah. nanti sayang libas abang ketat-ketat, susahlah nanti abang." Usik khusairi.

Mona pun turut tersenyum mendengar usikan manja suaminya.


"Adakah macam tuh sekali mona nak buat kat abang, apalah abang ni fikir yang bukan-bukan."

"Sayang ingat tak lagi abang nak jumpa kawan abang dua minggu yang lalu."

"Owh ! kawan abang yang hari tuh ke, mona masih ingat lagi. Mona tetap akan ingat sebab hari tuh abang berkelakuan pelik, lain je perangai abang. Bertambah gatal pun ada."

"Hahaha....tergelak khusairi bila mendengar kata-kata mona."

Haish gelak pulak suami aku ni, lucu sangat ke apa yang aku cakap.

"Abang ceritalah biar mona dengar luahan hati abang tuh, kut-kut ada yang bisa mona tolong."

"Sebenarnya kawan abang hari tu bekas girlfriend abang, tapi sayang jangan risau, antara kami memang tidak ada apa-apa pun sekarang."

"Mona dah tahu siapa kawan abang tuh."

"Macam mana sayang boleh tahu ?, abang tak ada cerita pun kat sayang." Balas khusairi.

"Mona terbaca pesanan dia kat telepon abang tu, harap abang tidak marah kat mona sebab membacanya tanpa izin abang. Dari hari tu
 mona dah tahu siapa kawan abang tu sebab dulu mona pun macam abang ada kisah silam yang memang menyedihkan."

"Yelah bang, biasalah cerita cinta yang memang sukar kita lupakan. Kata orang cinta pertama selalunya sukar dilupakan betul tak bang, saja je
mona mengusik suaminya."

"Cinta pertama tidak semestinya tidak akan dapat dilupakan, ia tetap akan pergi bila tiba dan masannya. Contohnya abang dah bisa melupakan dia dalam
hidup abang bila berjumpa dengan sayang abang ni, jantung hati abang. Abang sayang ketat-ketat isteri abang ni hingga akhir ke akhir hayat."

"Yelah tuh, mulut cakap lain tapi hati kata lain." Usik mona.

"Haish sayang abang ni, ada-ada jelah. Cubit kang baru tahu."

Mona tanpa sengaja menjelir lidahnya kearah khusairi. membuat khusairi geram lalu menarik tangan isterinya.
Tanpa sengaja mona terjatuh bersama suaminya dikatil milik mereka berdua.

Mona memejam matanya sambil berkelip-kelip sambil melihat apa tindakan khusairi selanjutnya.

Khusairi menarik pipi lembut isterinya sambil tersenyum melihat perangai mona bagai budak-budak kecik yang minta dibelai.

Apapun sejarah cinta yang pernah dialaminya, tidak mungkin dapat memisahkan cintanya terhadap isteri kesayangannya.

"Tapi abang nak tanya sayang satu soalan ni. Dah lama abang pendam kat dalam hati abang, silap-silap dah berkulat soalan abang ni."

"Tanyalah....biar mona jawap segala kemuskilan abang dengan hati yang lapang."

"Hari tu...abang ada tanya kat sayang tentang cinta pertama sayang, ingat lagi tak."

"Owh yang itu, ingatkan soalan apa tadi rupanya cinta pertama mona, haish abang ni."

"Yelah, dah lama abang tunggu sayang nak cerita kat abang."

"Itu cerita lama lah bang, tak payah nak ungkit lagi, dah lama mona lupakan so abang tak payah nak ingat lagi. Mona dah buang jauh
kenangan silam yang tak layak mona ingat lagi."

"Sekarang mona dah ada abang. Buah hati mona adalah abang. Biar kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Mona dan abang punya
kisah silam yang sama, jadi tak payah nak ungkit lagi, betul tak abang ?."

"Hmmm...kalau sayang dah cakap macam tu, Abang setuju je tak nak komen apa-apa pun."

"Abang ni, macam tuh je ke." Balas Mona.

Khusairi tersenyum sambil memeluk pinggang isteri kesayangannya.

****

"Cantik sangatlah  ! sayang abang ni, spontan je suaminya memuji dirinya,
terasa dunia miliknya. Tersipu malu mona dibuatnya. Kembang hati macam bunga di taman.

"Abang ni memang nak mengoda monalah."

"Bukan nak mengodalah sayang abang ni, cuma memuji kecantikan isteri dihati,
salah ke abang puji  isteri sendiri ?."

"Tak salahpun cuma pujian abang tu lain je maksudnya. Ni mesti ada apa-apa ni ?".

"Sayang ni, kesitu pulak fikiran sayang terhadap abang. Tak ada maksud apa-apa pun."

"Cinta, kasih dan sayang hanya untuk isteri abang je tak ada duanya didunia ini semoga jodoh
kita akan kekal hingga ke akhir hayat."

Mona terharu mendengar setiap kata-katanya khusairi terhadap dirinya, begitu besar ke sayang
dan cinta suaminya kepadanya. Semoga apa yang dihajatkan oleh suaminya akan termakbul. Ya
Allah penuhilah permintaan khusairi suami yang kini amat ku sayang. Inikah rahmatMu Ya Allah mengirimkan
aku suami yang penuh pengertian dan kaya dengan kasih dan sayang, betapa beruntungnya aku.

Kenangan cerita semalam telah pergi untuk selamanya, cinta ketika hujan yang sering menghantuinya telah hilang dari hatinya. Mona tidak
lagi menangisi lelaki yang telah membuat hatinya luka . Kini cintanya telah beralih arah bila dia telah jatuh cinta kepada suami yang kini
setia menemaninya di saat duka bertandang. Senyuman, kesabaran n kasih sayang yang suaminya berikan membuat hatinya bertambah cinta,
Hujan datang lagi seolah-olah merestui cinta antara mereka. Sesungguhnya Hujan adalah rahmat buat dirinya.

"Sayang abang ketat-ketat,"  sambil mona mencium pipi suami kesayangannya.

"Haish sayang abang ni, lain benar perangai, ada apa-apa ke ni .?"

Monalisa hanya mampu tersenyum sambil mengulangi kata-kata tadi. "Sayang abang ketat-ketat taw."


(Tamat sudah cerita Hujan Cinta  ....semoga cerita cinta korang semua berakhir dengan kebahagiaan yang berkekalan...AMIN)


Tak sangka akhirnya dapat juga aku buat ending cerita ini, ingatkan tahun depan baru nak siap, Ya Allah syukur Alhamdulillah kerana memberi aku anugerah dan idea yang tak terhingga buat diri insan yang lemah ini. Diri ini pun Sayang Allah ketat-ketat.



No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).