Sunday 17 June 2012

CINTA SUCI TANPA RACUN



YAKINLAH ALLAH ITU INDAH DAN CINTA PADA KEINDAHAN - tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri. Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.

Allah maha mengetahui dan maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.

Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam syurga. Ketika itu benarlah ungkapan "ku nantikan kau di pintu syurga." Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta ! Cinta Nabi Adam dan Siti Hawa. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Tertolak segala racun dan fitnah. Ya, jangan tunggu si dia di pintu neraka kerana di sana tidak ada cinta. Na'uzubillah.

Kata lagu lama, " Rasa cinta pasti ada.... pada makhluk yang bernyawa." Itu betul. Tetapi "Sejak lama sampai kini....tetap suci dan abadi." Itu belum tentu. Sebabnya ? Cinta pada masa kini, banyak yang tak suci lagi, apa lagi untuk abadi...Cinta yang abadi hanya ada di syurga.

P/S Gapailah n raihlah cinta itu di syurga. Jangan pernah merasa kecewa kerana putus cinta sebab ada cinta menunggu kita di sana (Syurga). ~ yg ni idea dari admin Cinta Puisi DI HATI


Di taip semula oleh admin Cinta Puisi DIHATI

Hasil karya oleh Pahrol Mohd Juoi ~ Tentang CINTA ~

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).