Monday 9 April 2012

puteri hatiku ~ 2

“Puteri dan hanisah ! kenapa hari ini lambat masuk kelas ?, berapa kali dah cikgu bagi amaran jangan lambat masuk kelas, Kamu berdua ni memang tak pernah ambil peduli, cikgu denda korang berdua jangan balik kelas sehingga selesai tugasan yang cikgu beri, faham tak ! Qayyum sengaja meninggikan suara biar puteri dan hanisah takut  , baru puas hati aku , dah lama dia nak kenakan puteri yang selalu keras kepala.

“Cikgu  Qayyum kalau tak kenakan kita berdua memang tak sah,  ini semua kau punya pasallah buat kita lambat pergi kelas , kau kan dah tahu cikgu kita tuh garang macam singa yang lapar”, membebel mulut hanisah tanda tidak puas hati turut didenda oleh cikgu qayyum.

“Aku minta maaflah kawan, semua ini memang salah aku, takkan kau pun nak marahkan aku, dahlah cikgu garang tuh marahkan aku ”, terasa sayu hati puteri bila kawannya pun turut marah.
“Kau ni kan puteri memang suka merajuk, aku cuma geram sangat dengan sikap kau tuh, selalu lambat bangun, aku hairan lah dengan kau nih puteri selalu teringatkan cikgu qayyum sampai tidur pun kau boleh mimpikan dia. Dahlah cikgu kita garang semacam, kalau kacak tak pelah boleh lah aku nak cuci mata aku ini tidak  muka macam monyet je aku tengok”, Usik hanisah.

“Sudahlah nisah, kalau kau tak suka dengan cikgu kita tak apalah tapi jangan sampai kau pandang rendah terhadap cikgu qayyum kita tuh. Aku sebenarnya bukan nak bercinta dengan dia Cuma  aku minat je kat dia taklah sampai aku nak tangkap cintan dengan cikgu aku sendiri , lagipun kita ni masih sekolah lagi, masih jauh lagi perjalanan kita, tapi kalau aku ada jodoh dengan cikgu qayyum lagi aku suka”.


Adoiii….., sakitlah nisah, kenapa kau ketuk kepala aku nih , bising mulut puteri bila kepalanya kena ketuk dengan pembaris.


“Kau nih p uteri memang kuat berangan memang patut kena  ketuk kepala kau tuh, belum habis belajar ada hati nak bercinta, sedarlah diri sikit  kawan, masih muda tak payah fikir soal cinta “, nisah merasa geram dengan perangai kawannya itu yang mudah jatuh cinta.


"Baiklah datin hanisah, mulai hari ini aku tidak akan fikir tentang cikgu asraf, aku akan fokus pada pelajaran dan tak nak fikir yang bukan2 lagi."

"Puteri dan hanisah, cikgu suruh buat kerja sekolah bukan suruh bercerita, nanti cikgu denda baru tahu, nak tak ?," Asraf sudah mula naik angin melihat puteri dan hanisah tidak mempedulikannya.

“Janganlah cikgu denda kami, cikgu nih garang sangatlah, malang sungguh siapa yang nak kawen dengan cikgu” , alamak kenapalah aku tiba-tiba cakap begitu kat cikgu asraf, puteri memang cari masalah sendiri, memang kena denda lagi aku ni, sambil puteri ketuk kepalanya bila memikirkan ketelanjurannya bercakap.


“Hmmm….amboi mulut tuh macam tak ada insuran je asyik mengata cikgu , memang tak sayang mulut”, asraf memang tak tahan dengan perangai puteri, pening kepalanya bila memikirkan  anak muridnya yang satu ini., memang tak mahu mengaku kalah, nasib baiklah aku sayang kat dia, kalau tidak memang dah nahas aku kerjakan, nanti aku pinang betul baru dia tahu, siapa yang malang sebenarnya, terdetik hati asraf bila dia nak nekad untuk melamar puteri kesayangannya.


“Maaf cikgu…., lain kali  puteri tak buat lagi”.
****

No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).