Saturday 28 April 2012

I HATE YOU


I HATE YOU SO MUCH, 
hanya perkataan itu yang mampu aku luahkan kepada lelaki yang berada dihadapan aku. Lelaki yang pernah aku abaikan dan melukai perasaannya, tapi kali ini aku yang terluka dan kecewa.

“WHY....?.” Balas Iskandar Izuan Syah.

“Tak payah kau tanya aku kenapa ?. Kau pun dah tahu dah jawapannya.Baru aku tahu selama ini sayang dan rindu kau tu cuma pura-pura.”


“Nape tiba-tiba marah dan benci dengan aku ni ? cuba kau terus terang dengan aku, tak payah nak tinggikan suara macam tu, kita ni kat tempat awam, kalau ada masalah lebih baik kita bincang tempat lain.”

“Aku tak nak! Aku tak nak! I really hate you so much, aku nak balik, aku tak nak jumpa kau lagi, lebih baik perhubungan kita sampai kat sini. Buat apa kita kawan kalau dalam hati kau penuh dengan dendam kat aku, lebih baik kita macam dulu, pura-pura tak kenal, lebih baik kau cari perempuan yang layak untuk kau”.

“Dah mula dah tu, selalu macam ni, tiap kali ada masalah mesti nak lari dari aku, siapa yang nak balas dendam ni.” Keluh is.

“Tak payah nak basi-basi dengan aku, Is memang dari dulu tidak pernah berubah, memang hampa.”

“Aqiesa Aqilah baik kau terus terang kat aku apa salah aku, jangan main tuduh je, berat sangat ke kesalahan yang Is dah buat,  marah sangat sampai nak runtuh bumi ni .” Geram dengan perangai Aqiesa yang suka bertindak melulu tanpa berfikir panjang.

“Baik kau tanya kawan kau tu, apa dia cerita kat aku tentang misi kau nak balas dendam, aku sangka .. ” tak mampu Qiesa meneruskan kata2nya yang membuat hatinya begitu sebak dan terlukai, tidak di sangka insan yang berada di hadapannya sekarang ini punya motif.

“Aqiesa bawa bertenang, cuba cerita kat is apa sebenarnya yang berlaku.” Is cuba mengawal keadaan walaupun begitu banyak persoalan bermain di fikiran Is, Is sedar terlalu sukar untuk mengawal amarah gadis yang dicintainya ini. 

“Is memang kejam, kejam sangat, I really hate you, aqiesa tak nak jumpa is lagi, biarlah qiesa undur diri buat selamanya.” Aqiesa ,membalas kata-kata Is dengan penuh emosi.

“Bawa bertenang qiesa, dengar dulu penjelasan is ni, tidak terniat di hati is ini untuk mengecewakan ataupun melukai gadis yang is cintai. apa lagi nak balas dendam, dari mana qiesa dengar cerita karut ni.”

“Jangan nak bagi alasan lagi lah is, qiesa dah tahu segalanya, patutlah bukan main lagi is nak dekat dengan Qiesa rupanya dalam diam Is ada rancangan yang hebat nak kenakan qiesa.”

Alahai gadis yang berada didepan aku ni, memang suka merajuk, ada-ada je perangainya, dari mana lagi dia dengar aku ni nak kenakan dia, memang nak cari penyakit orang tu. 

Iskandar tak larat lagi nak memujuk qiesa, biarlah kali ini aku yang mengalah, kalau nak harapkan qiesa nak cool down memanglah susah sangat, sampai esok pun tiada kesudahannya.

*****

AQIESA AQILAH menghempas begnya ke tilam pink lover dreamland kegemarannya, kali ini memang dia sakit hati. 

“Hmm… tak ada ribut, tak ada angin, cik aqiesa kita nih bad mood je, kau gaduh lagi ke ngan is ke tu”. 

“Entahlah riesa, geram aku dibuat is ni, aku memang bencikan dia.”

“Dah berapa kali dah aku dengar ayat kau tu, dah beribu kali aku dengar kau cakap cam tuh tapi kau sayang juga dia, kau ni qiesa macam budak kecik, hari2 korang gaduh macam kucing dengan tikus.”

“Tapi kali ini aku memang betul2 bencikan dia.” Balas qiesa.

“Jangan suka sangat cakap macam tu cik qiesa nanti sayang kau tuh makin bertambah, semakin kau benci semakin kau cinta.” Usik riesa, bukan dia tak tahu kawannya seorang ni, cakap je benci tapi sebenarnya sayang. Lain di mulut lain di hati.

“Kali ini aku tidak main2 lah riesa, aku dah tahu tujuan is nak kat aku, dia sebenarnya bukan cintakan aku tapi nak balas dendam kat aku sebab aku pernah sakitkan hati dia dan kecewakan perasaannya.

“Siapa yang cerita kat kau yang is nak balas dendam ni.”

“Herliana bagi tahu kat aku, motif sebenar is nak mendekati aku selama ni.”

“Janganlah percaya sangat liana tuh, dia kan memang sukakan is, macamlah kau tak tahu.”

“Mula2 aku memang tidak percaya apa yang liana cakap tuh tapi dia bagi aku bukti yang is memang nak kenakan aku, ini buktinya. ”

“Boleh percaya ke dengan surat ni, mungkin liana sengaja reka surat ni supaya perhubungan korang berdua putus". Balas Ariesa.

"Entahlah riesa , sakit hati aku bila baca surat ni, sampai hati is buat aku macam begini. Mungkin ini balasan aku agaknya bila mengabaikan hati dan perasaannya dulu."

"Janganlah difikirkan sangat surat tu, baik kau jumpa is dan bawa bincang elok-elok, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya". Ariesa cuba mententeramkan perasaan aqiesa yang sedang sedih."

"Aku malas nak jumpa is lagi, biarlah......lagipun aku dah penat , aku nak rehat dulu."

"Hmm....Kasihan aku tengok kau ni, bila kau dah betul-betul cinta kan dia, dia pula buat perangai, ada-ada jelah cerita korang berdua ni, nasib baik aku ni belum masuk perangkap cinta kalau tidak memang aku pun akan frust macam kau ni." Usik Ariesa.

Cinta ada-ada je ragamnya. Kalau tak tahan hati tak payah nak bercinta, macam aku ni, masih single lagi...Ariesa dah mula syok sendiri. Tak pe syok sendiri yang penting tidak sakit hati kerana cinta.

****

"Aqiesa Aqilah , janganlah buat keputusan terburu-buru, nanti menyesal kemudian hari." Ariesa memujuk kawan baiknya agar berfikir secara rasional tentang keputusannya untuk menikah dengan Aqasha, lelaki yang memang dari dulu menyimpan perasaan terhadap qiesa.

"Aku dah fikir secara dalam, aku tak akan berganjak dengan keputusan aku ni riesa."

"Iskandar tahu ke tentang kau nak kahwin ni.". Keluh Ariesa 

"Iskandar tak akan pernah tahu, biarlah dia tak tahu apa-apa pun." Balas Aqiesa.

"Hmmm..., aku harap kau tahu apa yang kau buat ni qiesa, aku tidak mahu kau sendiri yang akan kecewa.". Keluh Ariesa.

"Biarlah riesa, aku dah malas nak fikir semua tu, aku nak is rasa macam mana rasanya hati yang sakit".

"Is yang sakit atau kau yang sakit qiesa, kau ambil jalan yang singkat nak lupakan is dari hati kau tu, kau rasa berbaloi ke kau buat keputusan cam ni.".

Aqiesa terdiam bila mendengar kata-kata riesa terhadap dirinya. Memang betul apa yang riesa kata tu tapi aku dah terima lamaran aqasha tu, macam mana aku nak tolak ?, menyesal tiada gunanya lagi bisik hati qiesa. Mulai hari ini aku mesti lupakan is dari hati aku ni, kalau dulu boleh aku abaikan dia, kenapa tidak sekarang, kejam sangat ke aku amik keputusan ini.

******

"Apa kau buat kat sini is, Aqiesa terkejut bila iskandar berdiri di hadapannya."

"Aku nak bawa lari pengantin aku yang cantik ni.".

"Kau dah gila ke is, macam mana kau tahu aku nak kahwin ni ?” ni mesti kerja ariesa, teman baiknya .

"Memang aku dah gila, aku gilakan kau, kalau dulu bolehlah kau patah2kan hati aku ni, tapi sekarang no way, jangan harap aku nak lepaskan kau dari hati aku."

"Siapa yang patahkan hati kau tu is, bukan ke kau hanya berpura-pura untuk mendekati aku, kau hanya ingin membalas dendam terhadap aku."

"Janganlah nak menolak kenyataan bahawa sebenarnya kau memang sengaja mempermainkan perasaan aku ni, kau memang sengaja nak sakitkan hati aku, kau nak balas dendam, betul tak is ?."

"Itu dulu, sekarang aku memang cintakan kau qiesa, aku memang sayangkan kau, aku harap kau dapat terima aku seperti dulu."

"Sorrylah is aku tak nak ikut kau, biarkan aku kahwin, i really hate you."

"But i really love you qiesa, janganlah degil sangat macam ni, kau pun bukan kahwin dengan orang yang kau cintai."

"Biarlah aku kahwin dengan dia. Buat apa kawen dengan orang aku cintai tapi orang tu memang tidak pernah cintakan aku, buang masa je aku cintakan dia, lebih baik aku kawen dengan orang yang mencintai aku." Aqiesa memalingkan mukanya dari berhadapan dengan iskandar, sambil tangannya menyapu airmatanya yang mula mengalir lembut di pipinya.

"Aku tak kan biarkan itu terjadi, kalau kau tak nak, aku akan paksa, kalau perlu Is akan culik,biar qiesa tahu yang is tidak main-main." 

"Kau dah gila ke, sampai nak culik aku, haish kau ni is, jangan buat aku malu, baik kau pergi sebelum ada orang masuk kat bilik qiesa ni."

"Biarkan diorang masuk kat bilik ni, lagi senang kerja aku nak buat." 

"Kau ni is, memang kurang siuman. Memang suka cari penyakit."

"Apa boleh buat, kalau itu yang terbaik, aku buat je, apa kau nak kisah. Kalau kau betul sayangkan aku, jom ikut aku lari ?." 

"Tak nak !!!, dah berapa kali aku kata, aku tak nak !."

"Lepaslah...."

"Aku tak nak lepas, kalau kau tak nak ikut aku, aku sendiri pergi jumpa emak dan ayah kau , biar perkara ni selesai dengan cepat."

"Sampai hati is cakap cam tu kat aku, kau tak kasihan ke dengan keluarga aku, ibu dan ayah aku akan tanggung malu."

"Aqiesa yang paksa is buat sampai macam ni, suka sangat amik keputusan terburu-buru, ada masalah sikit dah mula naik angin, nasib baiklah aku ni tahan sikit dengan perangai majuk kau tu. Kalau dulu bolehlah kau sakitkan hati aku nih tapi sekarang no way, aku dah  pegang hati kau tuh dalam taman hati aku so kau tak boleh nak lari dari aku. Faham tak Aqiesa Aqilah."

*****

AKHIRNYA selesai juga ijab kabul antara iskandar dengan aqiesa.

ARIESA tersenyum bila rancangan untuk menyatukan aqiesa dan iskandar berjaya, tidak sangka perkahwinan antara aqasha dan dan aqiesa adalah semata-mata untuk memerangkap aqiesa agar lebih berani untuk meluahkan perasaanya terhadap is, pada mulanya ariesa takut juga jika aqasha tidak  sanggup melepaskan aqiesa,  kalau tidak memang rancangan aku akan hancur berkecai.

Aqiesa dan Iskandar saling menjeling, diam membisu tanpa kata.

"Ehem2, apa lagi di tunggu tu is, pergilah ajak aqiesa tu masuk bilik." Usik Ariesa.

"Aqiesa merasa malu bila diusik."

Ariesa ni memang sengaja nak kenakan aku, dahlah kahwen pun dia yang aturkan, pelah kawan aku ni buat aku sakit jantung je, ada je rancangan gila  yang dibuatnya.

"Aqiesa merasa sakit bila ada seseorang mencubit pipinya, ni mesti is punya kerja, memang suka sangat nak dera hati aku ni."

"Pe cubit2 ni, is tak de kerja lain ke."

"Jomlah ...." Iskandar memberi isyarat ke arah bilik.

"Haish, dah buang tabiat agaknya is ni, buat malu aku je." Keluh aqiesa.

"Benci itu tandanya sayang, betul tak qiesa ?,"  is dah mula mengusik gadis yang dicintainya, ternyata jodoh antara mereka tetap ada walaupun dia pernah dikecewakan oleh gadis itu tapi sekarang ni dia telah menjadi miliknya.

AQIESA hanya mampu tersenyum bila di usik begitu. 

Aqiesa memandang lembut ke wajah iskandar, dalam diam bibir aqiesa memberikan senyuman bahagia. Iskandar adalah cinta pertama dan terakhir buat dirinya. 

 Walau berulang kali ku ungkap benci ternyata  sayang mengatasi segalanya. 

CINTA itu  milik mereka berdua .




No comments:

Post a Comment

Tazkirah

Berita Cinta DI HATI

PERHATIAN !

Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Cinta Puisi DI HATI & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan).